Friday 27 April 2012

Kari Kambing Pekat ~ 30 minit



 Bahan-bahan :

sekilo daging kambing (bahagian rib)
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 sudu besar mild curry powder  }
1 sudu besar paprika                    } di bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu besar serbuk kunyit        }
1 cawan susu segar + 2 susu besar jus lemon jadikan yogurt
1 tin tomato
1 tin new potato
garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan nya :

Daging kambing di bersihkan terlebih dahulu, kemudian masakkan
dalam microwave selama 15 minit.
Sementara itu tumiskan bawang, bawang putih, halia, kulit kayu manis
dan bunga lawang hingga wangi.
Selepas itu bolehlah masukkan daging kambing yang telah di masak tadi.
Masukkan sekali rempah yang telah di bancuh dengan sedikit air.
Masak rempah hingga terbit minyak, masukkan tomato dan kentang.
Kemudian masukkan secawan susu segar yang telah di campur dengan
jus lemon tadi.
Letakkan garam secukup rasa masak hingga pekat dah pun siap.                                                                                    
Ambil masa 30 minit sahaja untuk menyediakan nya sebab daging sudah
di masak terlebih dahulu di dalam microwave dan guna kentang dalam tin.




Wednesday 25 April 2012

Pajeri Terung



Bahan-bahan :

8 biji terung panjang kecil (di belah dua jangan putus)
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
segenggam udang kering (di rendam air panas)
5 sudu besar kerisek
1 sudu teh pes asam jawa pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 cawan santan

Cara-cara menyediakan nya :

Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan rempah kari, letakkan sekali asam jawa.
Tumis hingga rempah kari masak dan terbit minyak, kemudian masukkan santan.
Biarkan mendidih masukkan terung, letak sekali kerisek.
Balik-balikkan terung masak hingga terung lembut.
Rasa garam dan gula secukup rasa, dah okay bolehlah padamkan api.


Monday 23 April 2012

Strawberry Jam

Salam semua teman-teman, ini kes nengok CMG buat jem tu..hari. Ada strawberry dalam
dalam peti ais tu...sebelum rosak kakros pun buat lah jem strawberi gak. Dah siap  jem,
akak belasah makan dengan roti bakar, anak-anak pulak makan dengan aiskrim vanilla.
ermm....sedap nya... masam-masam manis gitu.




Jem Strawberi

Bahan-Bahan : (ikut cara kakros)
3 pack kecil buah strawberi (berat 300g)
1/2  cawan gula
3 sudu besar jus lemon

Cara-cara :

Potong tampok atas buah strawberi kemudian bersihkan.
Potong kasar buah strawberi dan masukkan ke dalam periuk kecil bersama
gula dan jus lemon.
Masak atas api perlahan sambil di kacau hingga buah strawberi jadi lembut
dan hancur sedikit.
Bila dah siap masukkan dalam botol yang telah di steril dan simpan dalam
petiais.

Tak sempat nak simpan seminggu pun, cepat jer habis. Terbayang-bayang lagi
makan dengan aiskrim vanilla, ermm...sedapnya....Bulan jun ni boleh kutip
strawberi...nak buat lagi lah.





Sunday 22 April 2012

Botok-Botok



Bahan-bahan :

5 potong ikan tenggiri ( kakros guna 5 potong ikan salmon)

Bahan untuk di kisar :
1 biji bawang besar      }
2 ulas bawang putih      }
sedikit halia                  } di kisar dengan  hanya sedikit air
sedikit lengkuas            } (ramuan mesti pekat)
3 biji buah keras           }
2 batang serai               }

Bahan-bahan lain yang di gunakan :
3 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 ketul gula melaka atau 4 sb dark brown sugar
5 sudu besar kerisek
sedikit air asam jawa pekat
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 sudu besar garam

Antara Daun / Ulam kampung yang biasa di gunakan              Daun / Ulam yang kakros gunakan
dalam pembuatan botok-botok ini :                                        menggantikan daun-daun yang
daun mengkudu                                                                    tersebut di sebelah :
daun kaduk                                                                          daun kunyit
pucuk bebuas                                                                       daun kesom
daun selasih / daun kemangi                                                  kacang buncis
daun kesom
daun kunyit
pucuk ubi kayu
daun tenggek burung
pucuk puding semangkuk
pucuk puding teh
daun salam / daun bay
pucuk betik
ulam raja
dan lain-lain lagi


Cara-cara menyediakan :

Ikan Salmon tu kakros gaulkan dengan sedikit garam dan air asam limau
supaya hilang hanyir nya kemudian bilas dengan air.

Kemudian sediakan bahan-bahan untuk rempah.
Kisar semua bahan untuk di kisar dengan hanya sedikit air, agak-agak mesin
pengisar boleh jalan cukup ye.
Sebab kita hendakkan rempah yang pekat, tak mahu cair ye.

Tuangkan dalam kuali kecil dan satukan dengan rempah kari, serbuk kunyit,
air asam jawa pekat, santan pekat, kerisek, garam dan gula melaka yang
di rincik kecil. Kalau tak ada gula melaka boleh pakai dark brown sugar.
Gaul semua bahan hingga bercampur rata atas api hingga rempah masak.

Hiris daun kunyit dan daun kesom halus-halus gaulkan dalam rempah yang
telah di masak tadi.
Kalau yang ada daun pisang bolehlah sediakan untuk di bungkus, layurkan
dahulu supaya tak mudah koyak.
Susun serba sedikit daun / ulam kampung, letak 2-3 sudu rempah, kemudian letak
ikan sekeping, letak balik 2-3 sudu rempah dan letak lagi daun / ulam tadi kemudian
bungkus dengan cermat daun pisang dan sematkan dengan lidi.
Lebih kurang macam nak bungkus tapai tapi lebih besar sedikit dari bungkus tapai yer.
Selepas tu bolehlah di kukus sehingga masak.


Kakros tak ada daun pisang jadi masak jer dalam mangkuk pyrex pun boleh juga.
Lepas dah susun selang seli dengan rempah dan kacang buncis yang kakros gunakan
untuk hari ini, kakros tutup mangkuk pyrex dengan cling film dan stim kan dalam
microwave sehingga masak selama 8 minit.
Jangan lupa cucuk sekali dengan hujung mata pisau atas plastik cling supaya wap
boleh keluar.

Sesiapa yang nak cuba tu kalau masak guna microwave boleh sediakan, susun elok-elok
semua bahan dalam mangkuk pyrex, bila nak hidangkan baru masakkan dalam microwave.
Bila buka plastik cling tu.....wah wangi nya bau....terus hidangkan berasap lagi atas meja
dengan nasi putih panas-panas.
Terus buka selera...ni yang nak tambah nasi lagi nih.

Jangan risau bahan tak cukup, kita cari alternatif lain, janji boleh makan Botok-Botok.
Puas jugaklah dapat makan Botok-Botok walaupun duduk jauh, anak-anak dan suami
sukaa.... sangat. Alhamdulillah.


Sambal Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, di harap semuanya berada dalam
keadaan yang sihat di samping keluarga tersayang. Yang tak berapa sihat tu...
cepat-cepat makan ubat ye.

Hari ni kakros tak nak cerita panjang lah sebab lepas ni kak ros ada kerja lain nak buat.
Kakros masak Sambal Telur dan Botok-Botok... tapi malulah sebab tak sempat nak posing
dalam pinggan. Tak pe lah ye...posing dalam kuali jer Sambal Telur tu.... Ingat nak posing
lepas orang balik tapi dah tinggal sebutir jer.


Sambal Telur

Bahan-bahan :

10 butir telur ayam (di rebus kopek kulit di kelar dan di goreng sebentar hingga kekuningan)
2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
3 senduk cili kisar
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakan nya :

Telur ayam di rebus kemudian di kopek kulit di kelar dan di goreng sebentar hingga
kuning sedikit bahagian luar telur putih.
Guna minyak lebihan telur yang di goreng tadi, tumiskan bawang yang di dadu dan
bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan air asam jawa.
Tumis hingga cili masak dan terbit minyak, kalau nak cepat cili garing masukkan sekali
gula semasa menumis cili.
Gula membantu mempercepatkan proses caramelisation, cili kisar akan bertukar warna
sedikit gelap dan sambal akan terbit minyak.
Selepas itu bolehlah masukkan telur yang telah di goreng tadi, balik-balik sebentar
lagi, rasa cukup masam masin dan manis dah pun boleh tutupkan api.






Kuih Bakar Pandan

Hari ni kakros buat lagi Kuih Bakar Pandan Yatiememories. Setiap kali buat
laku sungguh kuih Yatie ni...cepat jer habis. Tak tahu lah orang lainkan...tapi kakros
memang suka jer ikut resepi Yatie ni, memang kena dengan tekak akak.
Bukan kakros jer ramai lagi lah yang dah buat....memang ternyata sedap.

Kalau yang belum cuba tu cubalah ye, tak rugi mencuba boleh buat untuk minum petang
karang. Haa... jangan lupa resepi Kuih Bakar Pandan Yatiememories tapi resepi asal
oleh Joayee ye. Nanti kecik hati lak akak tak sebut nama Joayee. Apa-apa pun terima kasih
pada mereka yang berkongsi resepi. Izinkan kakros letak resepi nya sekali lagi kat sini.


Kuih Bakar Pandan
resepi asal : Joayee@myresepi
sumber : Yatiememories@sinarkehidupanku

Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 caw air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas,
masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180C sampai kuning/garing.
(Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api
atas dalam 5 minit terakhir)







Saturday 21 April 2012

Spring 2012 ~ Musim bunga datang lagi

Bunga tahun ni kembang agak lambat sikit sebab cuaca tak sepanas tahun lepas.
Cahaya matahari  agak kurang, lebih ke mendung. Bunga-bunga lambat kembang,
bila kembang cepat pula rosak di sebabkan keadaan yang lembab.

Walau bagaimana pun keadaan, musim spring setahun sekali. Bunga-bunga yang
kembang tetap kakros abadikan dalam simpanan. Sila layan siapa yang minat
dengan bunga ~ Gadis dan bunga atau Mat bunga sesapa lah ye.











Fusilli Goreng Tuna



Bahan-bahan :

sebungkus fusilli (di rebus hingga lembut dan di tos)
1 tin tuna chunk
1 tin chopped tomato
sebatang karot di potong
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh parsley kering
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
cili merah dan daun bawang

Cara-cara :

Sebungkus fusilli di rebus hingga lembut lebih kurang 12 minit kemudian di tos.
Tumis bawang dan bawang putih, masukkan cili kisar dan chopped tomato.
Tumis hingga cili masak dan terbit minyak, masukkan karot, serbuk lada hitam,
oregano, parsley kering, garam dan gula.
Selepas itu masukkan tuna chunk dan fusilli yang dah di rebus tadi.
Balik-balikkan rata dah pun siap, hidangkan tabur cili merah dan daun bawang.



Thursday 19 April 2012

Nasi Lobak Merah, Ayam Bakar Sos Burger Relish dan Pajeri Nenas


Nasi Lobak Merah
Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
sukatan air seperti memasak nasi biasa

1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
4 sudu besar rempah beriani daging (bancuh dgn sedikit air)

1 kiub ayam
2 batang karot di potong dadu
segenggam daun ketumbar
segenggam kismis kuning
1 1/2 sudu besar garam

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak

Cara menyediakan nya :

Panaskan minyak sapi + minyak tumis bawang ,bawang putih dan halia.
Masukkan rempah beriani daging yang di bancuh dengan sedikit air.
Tumis sekejap hingga terbit minyak tutup api.

Bersihkan beras basmathi dalam periuk rice cooker, masukkan sukatan
air seperti memasak nasi biasa.
Masukkan kesemua rempah yang di tumis tadi, karot yang di potong dadu,
kismis kuning dan kiub ayam serta garam secukup rasa.
Selepas itu masak seperti biasa, bila nasi dah kering air masukkan daun
ketumbar, tutup penutup periuk nasi semula biar naik wap sebentar.
Bila dah 'keep warm' gemburkan nasi, boleh lah tabur bawang goreng dan
gajus sebagai hiasan kalau suka,




Ayam Bakar Sos Burger Relish
Bahan-bahan :

2 ekor ayam (kakros guna ayam muda atau baby chicken)
seekor di potong 4 jadi 8 keping semuanya di bersihkan dikelar

1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar garam
1 sudu besar madu
3 senduk sos burger relish
4 sudu besar minyak

Cara menyediakan nya :

Ayam di bersihkan di kelar, kemudian gaul kan dengan bawang putih,
garam, madu, sos dan minyak.
Susun dalam loyang beralaskan aluminium foil.
Bakar dalam oven suhu 165C selama 1 jam, balikkan 1/2 jam pertama.
Ayam tu kalau nak perap semalaman pun boleh, kalau tak ada masa gaulkan
terus bakar pun okay sebab kakros guna baby chicken cepat masak dan ayam lembut.



Pajeri Nenas
Bahan-bahan :

1 tin nenas (pineapple pieces in lightly syrup)
3/4 biji bawang besar
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 bunga lawang
2 sudu besar rempah kari
sejemput udang kering (di rendam)
100g kerisek
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara menyediakan nya :

Tumis bawang, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi,
masukkan udang kering, rempah kari dan jus dari nenas tin tadi.
Tumis rempah hingga terbit minyak, masukkan kerisek, garam dan gula.
Masukkan nenas tin tadi balik-balikkan sebentar, rasa cukup garam dan
gula dah okay bolehlah tutupkan api, tak payah lama-lama.


sos yang digunakan untuk perap ayam

Tuesday 17 April 2012

Beriani Daging, Ayam Panggang @ Ayam Golek Munira dan Acar Timun Masak

Salam ceria semua, hari ini kakros masak Nasi Beriani Daging, Ayam Panggang aka Ayam Golek
dari resepi di dapur Puan Munira Baharum serta Acar Timun Masak. Memandangkan yang
abang tak boleh makan daging (sekali sekala tu boleh lah), kakros pun masak aje Beriani Daging
tanpa daging dengan menggunakan perencah Beriani Daging yang masih ada balen 1/2 peket lagi.

Malamnya kakros kena masak lagi nasi sebab Beriani Daging yang akak masak siang tadi dah
habis. Pada Puan Munira salam kenalan dan terima kasih kerana sudi kongsikan resepi Ayam
Panggang aka Ayam Golek tu, memang sedap. Kakros minta izin kongsikan di sini pula. Pada
sapa yang sedang mencari resepi ayam untuk di masak hari ini boleh lah cuba resepi dari Puan
Munira ini ye. Kakros buat Acar Timun Masak juga, pada yang suka makan berkuah boleh lah
masak apa-apa kari atau kuah dalca sebagai tambahan terpulang lah pada masing-masing yer.
Jangan lupa gorengkan papadom juga.



Beriani Daging

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
air ikut sukatan seperti memasak nasi biasa
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
4 sudu besar rempah beriani daging
1 kiub pati ayam atau kiub daging
2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
pewarna kuning
daun ketumbar

Cara-cara menyediakan :

Dalam periuk rice cooker bersihkan beras dan masukkan air mengikut sukatan seperti
memasak nasi biasa.
Panaskan minyak sapi dan minyak, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga
wangi.
Kemudian masukkan rempah beriani daging dan kiub pati ayam, letakkan
sedikit air.
Masak hingga terbit minyak kemudian terus masukkan dalam periuk
rice cooker bersama beras tadi.
Masak seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker, bila air dah kering titiskan
pewarna kuning dan tabur daun ketumbar.
Tutup semula penutup periuk nasi biar naik wap sebentar, bila dah 'keep warm' dah siap
dah Nasi Beriani Daging tu ye.
Boleh gembur nasi dan hidangkan bersama lauk kegemaran keluarga anda.




Ayam Panggang aka Ayam Golek
Resepi : Puan Munira Baharum @ DiraBakers

Bahan-bahan :

28 ketul ayam  (di kelar)
2 biji bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar lada putih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

1 senduk sos tiram
1 senduk kicap pekat (kakros guna kicap manis cap kipas udang)
1 senduk jus lemon
2 sudu besar madu
4 sudu makan gula perang (kakros tak letak)
1 kiub ayam

Cara-cara menyediakan :

Ayam di bersihkan dan di kelar.
Kisar bawang dan semua rempah di atas dan gaul sebati ayam dengan semua bahan di atas.
Perap ayam semalaman di dalam tupperware bertutup dalam peti ais, lagi lama perap lagi
sedap ye.
Kalau nak perap 5-6 jam pun boleh juga kata Pn Munira mengikut tahap kesabaran masing-masing.
Nak membakar di atas pemanggang atau susun jer ayam dalam loyang berlapik aluminium
dan bakar ayam dalam oven selama 1 jam suhu 165 darjah atau sehingga masak (ikut suhu
kepanasan oven masing-masing) jangan lupa terbalikkan 1/2 jam pertama.
Kalau nak pastikan ayam dah masak sempurna bolehlah cucukkan dengan garfu atau hujung
mata pisau, kalau jus yang keluar jernih dah masak lah ayam tu.

Resepi asal boleh lihat di dapur Pn Munira Baharum @ DiraBakers sebab kakros telah
double kan bahan di atas sebab ayam yang kakros guna kan banyak sikit.
Kalau guna seekur ayam seperti Pn Munira boleh lah semak resepi asal di dapur beliau.
Pada Pn Munira terima kasih dan izinkan kakros kongsikan resepi Ayam Panggang aka
Ayam Golek ini di sini pula.




Acar Timun Masak

Bahan-bahan :

1 biji timun
2 batang karot
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit hirisan halia
1/2 sudu besar halba campur
setangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari
1/4 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar cuka
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
hanya sedikit air (lebih kurang 2-3 sudu besar air)
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan :

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang yang di dadu dan halia hingga sedikit
perang masukkan halba campur dan daun kari.
Kemudian masukkan rempah kari, serbuk kunyit, cuka, garam dan gula.
Letak sedikit air nak kasi rempah masak.
Tumis sebentar lagi hingga terbit minyak, dah boleh masukkan karot dan timun.
Balik-balikkan tak mau lama sangat sebab tak nak sayur jadi lembut, cuba rasa
dulu dah okay bolehlah tutupkan api.







Sunday 15 April 2012

Cucur Ketumbar dan Kuah Kacang


Selamat pagi dan salam ceria semua, hari ni kakros buat cucur ketumbar lagi.
Lepas tu kakros buat kuah kacang sekali, kalau rajin tu potong halus timun, rebus
telur. Kalau ada tauhu goreng lagi best. Kalau rajin lagi tu buat lah ayam bakar satay,
yang rebus telur dengan goreng tauhu tu akak tak buat lah sebab tak ada tauhu.
Saja jer nak bagi idea hehehe...

Ini yang dah keberapa kali akak buat, kekadang letak entry kekadang tak. Mesti ada
yang tertanya kenapa akak selalu buat cucur ketumbar ni ye ? Sedap ke ?
Haa...kalau nak tahu...cubalah ye... Mesti ada yang kata, alah...anak saya tak makan
sayur lah kak....

4 orang anak kakros pun tak suka makan semua sayur, ada sesetengah sayur jer yang
dorang suka. Tapi bila buat cucur ketumbar ni dorang tak pernah tolak, kalau buat
sekilo tepung pun tak cukup. Hilman anak akak yang kecik sekali tu siap request
untuk esok pulak.



Jangan risau bila dah siap tak ada rasa ketumbar pun, tapi daun ketumbar ni lah
yang buat cucur ini sedap. Pada yang suka makan rojak mamak...pasti akan suka
cucur kakros ni. Cuba ye jangan tak cuba, pasti lepas makan nak lagi. Baru kejap
tadi suami akak tanya, ''Mama ada lagi tak cucur tadi ?'' Sorry bang ye...dah abis !



Cucur Ketumbar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
semangkuk kecil daun ketumbar (di potong kasar)
2 genggam ikan bilis kecil (di rendam dalam air panas)
2 batang karot di parut
1 biji telur
1 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2  3/4 cawan air

Cara membuatnya :

Dalam mangkuk besar masukkan kesemua bahan-bahan untuk cucur ketumbar
dan gaul kan hingga sebati dengan air.
Panaskan minyak secukup nya dan bolehlah mula menggoreng.
Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cucur ketumbar kedalam minyak.
Balik-balikkan dah masak toskan ke atas tisu dapur, dah boleh di hidangkan.




Kuah Kacang
Bahan-bahan :

400g kacang tanah  (kakros beli yg dah siap kisar kemudian di goreng hingga perang)
1 biji bawang besar  (kakros dadukan sahaja)
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
sebatang serai  (di ketuk)
semangkuk air asam jawa
2 sudu besar cili kisar  (kakros guna 2 sb serbuk cili + 2 sb paprika)
air atau santan secukupnya  (kakros guna air + susu segar)
gula melaka atau brown sugar
garam secukup rasa

Cara menyediakan nya :

Kacang tanah di goreng dengan api perlahan hingga masak sekata kemudian di tumbuk
hingga halus bersama kulit, pasti kan jangan ada yang hangus nanti kuah tak cantik.
Masukkan kedalam periuk, letak air sahaja atau santan ikut pilihan masing-masing.
Selepas itu masukkan bawang dan halia yang di tumbuk, serai yang di ketuk dan air asam
jawa secukupnya serta cili kisar.
Cili kisar boleh letak lebih kalau suka pedas.
Kemudian jerangkan atas api sederhana, sesekali di kacau, masak hingga terbit minyak.
Jangan lupa letak gula melaka dan garam secukup rasa.

Bila dah siap kakros makan cucur ketumbar ni dengan kuah kacang, ayam bakar satay
dan potongan timun. Ermm.....sedap sesangat sampai lupa nak ambil gambar siap sepinggan
sebab lepas tu kakros terus jer ngap.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...