Saturday, 13 October 2012

Bihun Putih Singapore

Selamat pagi

Bihun atau mee hoon sama saja ye, ok hari ni sarapan pagi kakros buat
Bihun Putih atau ada yang panggil Bihun Singapore.
Bahan-bahan nya mudah saja, yang kakros buat ni, ikut barang apa yang
ada kat rumah saja.
Nak letak perencah udang basah ke, daging ke, ayam ke terpulanglah pada
tekak masing-masing.
Nak letak tiga-tiga perencah pun boleh jugak, lagi meriah.
Boleh juga kalu nak tambah udang kering atau ikan bilis, pun sedap.


Bahan-bahan :

1 bungkus bihun direndam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
semangkuk kecil udang basah
2 batang karot
2 batang celery
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
1 cawan air panas
garam dan gula secukup rasa
daun bawang
cili merah, cili padi
bawang goreng

Cara-cara :

Bihun direndam sebentar hingga lembut, toskan.
Tumis bawang, bawang putih hingga wangi, masukkan udang.
Kemudian masukkan sedikit air panas, letak kiub pati ayam, sos tiram,
lada hitam, karot dan celery.
Balik-balikkan letak lebih kurang sesudu garam dan sesudu gula, terus
masukkan bihun.
Balik-balikkan hingga bihun lembut baru masukkan cili merah dan cili padi
yang telah dihiris.
Sudah siap padamkan api hidangkan, tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
Makan dengan cili kicap atau cili jeruk pun best jugak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...