Salam ceria
Hari ni kakros masak bubur nasi ala-ala Mc D.
Cubalah ye, kalau sedap boleh buat lagi.
Kalau tak sedap, beritahu kakros, boleh diperbaiki.
Sangat mengenyangkan, walaupun masak satu mug beras bersama
9 mug air dapat banyak sebab beras jadi moi.
Terus tersandar, sekali hadap dua mangkuk kakros makan hemmmm....nyum nyum nyum.
Bahan-bahan :
10 ketul ayam dibuang kulit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar pes halia
1 kayu manis, 3 bunga lawang, 5 pelaga
air secukupnya untuk kuah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
semangkuk kecil bawang goreng
semangkuk kecil daun bawang
semangkuk kecil kacang tanah
cili merah/cili padi
1 mug beras basmathi
9 mug air
1 sudu besar garam
Guna dua periuk, satu untuk buat sup ayam dan satu lagi untuk bubur nasi.
Masak beras campur air dan garam, masak hingga jadi bubur, moi gitu nanti
penuh satu periuk.
Dalam periuk satu lagi, tumis bawang, bawang putih dan halia, masukkan juga
kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Nak letak cengkih pun boleh.
Kemudian letak air secukupnya untuk kuah.
Masukkan ayam dan semua rempah seperti serbuk lada hitam, jintan manis,
jintan putih dan serbuk ketumbar.
Biarkan mendidih dan ayam masak lembut, masukkan kiub pati ayam.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Taburkan bawang goreng dan daun bawang dalam sup.
Sendukkan bubur nasi dalam mangkuk, sendukkan sup, tabur bawang goreng,
daun bawang dan kacang tanah serta cili potong.
Sediakan sambal cili kicap sekali, yang ni kakros tambah.
No comments:
Post a Comment