Sunday, 14 October 2012

Mee Sup


Bahan-bahan :

sebungkus mee kuning (kakros guna spaghetti)
12 ketul ayam dibuang kulit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2sudu besar pes halia
1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub pati ayam
bawang goreng
daun bawang
garam secukup rasa

Bahan untuk tabur :
kacang tanah goreng
isi ayam yang dicarik
cili merah
taugeh dicelur
daun bawang
bawang goreng

sambal kicap : cili padi ,cili merah, kicap manis, bawang putih,
                       jus lemon dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Mee kuning dicelur tapi kakros guna spaghetti direbus hingga lembut.
Cara membuat sup boleh pilih samada hendak menumis atau merebus.
Kalau hendak cara menumis panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang,
bawang putih, halia dan rempah-rempah lain.
Letak air secukupnya untuk kuah, biarkan mendidih masukkan ayam.
Biarkan mendidih hingga ayam masak lembut.
Letak kiub pati ayam dan perasakan dengan garam.
Sudah masak tutup api, taburkan segenggam daun bawang dan segenggam
bawang goreng dalam sup.

Pada yang jaga kesihatan boleh ikut cara merebus, terus rebus ayam dengan air.
Banyak air bergantung pada banyak mana kuah yang anda hendak.
Masukkan bawang, bawang putih, halia dan semua rempah-rempah.
Biarkan mendidih masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Sudah masak padamkan api, taburkan bawang goreng dan daun bawang dalam sup.
Tak guna minyak sekadar minyak yang keluar dari lemak ayam.
Keluarkan ayam dan carik-carikkan isi nya, tulang boleh masukkan semula dalam sup.

Masukkan mee atau spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuah sup.
Taburkan taugeh, isi ayam, daun bawang, bawang goreng, cili merah
dan kacang goreng.
Sebelum makan jangan lupa letak sambal kicap nyum, nyum,nyum.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...