Sunday, 28 October 2012

Kuih Qasidah

Salam manis

Pada Raihan Shaari@periuktanah kakros sudah pun cuba kuih ini dan kakros suka.
Cuma ia sedikit lembik dan tak boleh dipotong, jadi bila makan kena guna sudu.
Apa-apa pun kakros akan buat lagi kuih ini dan cuba adjust airnya nanti.
Terima kasih kepada penyumbang resepi dan kakros ingin panjang-panjangkan disini
supaya boleh dicuba oleh teman-teman yang lain.

Kuih Qasidah
Sumber : Raihan Shaari@periuktanah


Bahan-bahan : (satu loyang 10 orang makan)

1 cawan tepung gandum
3 cawan air                  
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Bahan untuk tabur :
5 ulas bawang merah dihiris nipis
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam periuk kacau dengan api perlahan
hingga pekat berkilat.
Tuang dalam loyang atau acuan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali kecil goreng bawang hingga perang.
Tuang bawang goreng serta minyaknya sekali keatas kuih Qasidah.
Potong bila kuih Qasidah sudah sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...