Salam semua
Kalau kat tanahair ni mudah-mudah aje nak dapat jantung pisang.
Kalau tak kat belakang rumah, kat pasar malam pun ada, kat pasar pagi
hari minggu pun ada.
Tapi kat sini kalau teringin nak makan kena beli yang dalam tin lah ye.
Lupa pulak nak ambil gambar tin jantung pisang tu.
Bahan-bahan :
10 ketul ayam buang kulit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 tin jantung pisang
2 biji ubi kentang
santan (kakros guna susu segar)
cili merah
asam gelugur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara-cara :
Tumis bawang, bawang putih dan halia, kemudian masukkan ayam.
Masukkan juga ubi kentang, letak air secukupnya untuk kuah.
Biarkan mendidih, masak ayam dan kentang hingga lembut, baru masukkan santan.
Kakros guna susu segar sama saja ye.
Kemudian masukkan serbuk kunyit dan asam gelugur.
Akhir sekali masukkan jantung pisang dan cili merah.
Perasakan dengan garam, boleh letak gula sikit kalau perlu.
*Kalau guna jantung pisang segar, belah empat dan rebus dahulu.
Bila dah empuk tos air, hiris nipis-nipis. Sudah boleh guna untuk masak.
No comments:
Post a Comment