Wednesday, 1 August 2012
Sayur Lodeh ~ Lontong
Bahan-bahan :
1 labu bawang besar }
3 ulas bawang putih }
1 inci halia } dikisar
3 biji buah keras }
segenggam udang kering direndam }
1 inci kunyit hidup } kakros guna serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
air secukupnya
santan pekat secukupnya } kakros guna susu segar
semangkuk kobis
semangkuk kacang buncis (nak guna kacang panjang pun boleh)
sebatang karot
semangkuk sengkuang } kakros tak guna
2 keping tauhu empatsegi (digoreng dan dipotong) kakros guna bebola tauhu kering
2 keping tempe (dipotong dan digoreng) kakros tak guna sebab tak ada
fucuk atau tauhu kering (di rendam) kakros tak guna sebab tak ada
sedikit soo hoon atau suun
2 biji cili merah potong serong
1 1/2 sudu garam atau secukup rasa
sedikit gula
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk
hingga garing dan wangi.
Kemudian masukkan air biarkan mendidih.
Kemudian masukkan santan pekat, kat sini kakros tak guna santan,
tapi guna susu segar yang secukupnya untuk kuah.
Selepas itu masukkan serbuk kunyit.
Guna api sederhana, masukkan karot, kobis dan kacang buncis serta sengkuang kalau guna.
Masukkan juga tauhu dan tempe yang digoreng, fucuk serta soo hoon (kakros guna soo hoon
dan bebola tauhu kering yang direndam terlebih dahulu)
Gaul rata kemudian masukkan cili merah yang dipotong serong, garam serta sedikit gula.
Biarkan merenih, bila mendidih rasa pun sudah okay, bolehlah padamkan api.
Hidangkan bersama nasi impit, sambal ikan bilis dan telur rebus.
Labels:
lontong,
sayur lodeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment