Saturday 26 May 2012

Serunding Ikan

Assalamualaikum semua....

Serunding ikan yang kakros buat ni sebenarnya serunding ikan yang selalu
kakros buat untuk makan dengan nasi kerabu biru. Tapi kadang-kadang tak
buat pun nasi kerabu tu, kakros masak juga serunding ikan bila teringat nak
makan.
Sedap jugak serunding ikan ni walaupun makan dengan nasi putih biasa atau
dengan roti kosong saja. Layan jer lah resepi kat bawah kalau ada yang rasa
nak cuba.


Serunding Ikan

Bahan-bahan :

2 tin ikan tuna (kakros guna tuna chunk)
sebiji bawang besar  }
sedikit halia              }  di kisar
sebatang serai          }
1 cawan desicated coconut
2 keping asam gelugur
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar brown sugar
sedikit minyak

Cara-cara menyediakannya :

Sangai atau goreng tanpa minyak desicated coconut atau kelapa kering
hingga berwarna keperangan rata, pindahkan kedalam mangkuk.
Guna kuali yang sama, letak sedikit minyak tumis bahan yang di kisar
hingga wangi kemudian masukkan isi ikan tuna sahaja (buang airnya)
dan asam gelugur.
Gaul goreng hingga rata, letak kelapa yang di sangai tadi kemudian masukkan
lada hitam, garam secukup rasa dan brown sugar.
Masak hingga sedikit kering tapi masih lembab, dah pun siap.


Rendang Ayam (tanpa kerisik) II


Bahan-bahan :

2 kg isi ayam tanpa tulang
2 biji bawang besar  }
4 ulas bawang putih  }  di kisar
halia dan lengkuas    }
4 batang serai          }
2 sudu besar ketumbar  (kakros guna serbuk ketumbar)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili *
3 keping asam gelugur
2 cawan santan  (kakros guna 2 cawan susu segar)
3 helai daun limau perut  (buang urat tengahnya)
2 helai daun kunyit di hiris  (kakros koyakkan saja)
1 1/2 - 2 sudu besar garam
4 sudu besar brown sugar

Cara-cara menyediakannya :

Panaskan sedikit minyak tumis bahan-bahan yang telah di kisar,
masukkan isi ayam, serbuk ketumbar, kunyit, serbuk cili, asam gelugur
dan santan. (kakros guna susu segar untuk jaga kesihatan)

Masak hingga sedikit pekat, kemudian masukkan daun limau perut, daun
kunyit, garam secukup rasa dan brown sugar.

Kalau suka kuah yang pekat, masaklah rendang hingga sedikit kering.
Yang suka rendang berkuah macam kakros bolehlah tutup api selepas
sahaja ayam masak. Selamat mencuba.

* kalau tak nak pedas supaya anak boleh makan sama ~ 2 sb serbuk cili tu
   boleh gantikan dengan 1 sb serbuk cili + 1 sb serbuk paprika ye.



Wednesday 16 May 2012

Sup Ayam




Bahan-bahan :
12 ketul ayam
2 biji kentang
sebatang karot
5 batang celery

1 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
kulit kayu manis, bunga lawang
buah pelaga, bunga cengkih
air secukupnya untuk kuah

1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sup bunjut adabi
1 kiub pati ayam

1 sudu besar garam
segenggam bawang goreng
segenggam daun bawang

Cara menyediakan nya :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, bawang putih dan halia
serta rempah 4 sekawan.
Tuangkan air secukupnya untuk kuah, masukkan serbuk ketumbar,
jintan manis, jintan putih, lada hitam, sup bunjut dan kiub pati ayam.
Biarkan kuah mendidih, masukkan ayam masak hingga ayam masak
lembut dan masukkan kentang, karot dan batang celery.
Masukkan garam secukup rasa.
Dah siap boleh tutupkan api, taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Cili kicap

Bahan-bahan :
15 biji cili padi
sebiji cili merah
seulas bawang putih
kicap manis cap kipas udang secukupnya
jus lemon secukupnya
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula

Cara-cara :
Kisar cili padi, cili merah, bawang putih, garam dan gula.
Kemudian gaulkan dengan kicap manis dan jus lemon.

Sup Ayam dan Cili Kicap ni boleh jer kalau nak makan dengan bubur nasi kosong,
mee kuning dan mee hoon yang di celur atau nasi impit kalau suka.



Tuesday 15 May 2012

Mee Hoon Goreng dan Baked Potatoes dalam Microwave

Selamat pagi semua, entry biasa-biasa jer untuk sarapan pagi tadi.
Terima kasih semua yang sudi singgah ke mari...


Mee Hoon Goreng
Bahan-bahan :

sebungkus meehoon di rendam
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
sejemput udang kering  }
sejemput ikan bilis       }  di rendam air panas
sebiji kentang di potong dadu
4 batang sosej ayam di potong
2 sudu besar cili kisar

secawan lebih air panas
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula

sebatang karot
semangkuk kobis
sebiji cili merah, daun bawang

Cara-cara menyediakan nya :

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, bawang putih hingga wangi, masukkan
cili kisar, udang kering dan ikan bilis yang di rendam serta sosej yang telah di potong.
Masukkan kentang yang di dadu juga, goreng hingga sosej dan kentang masak.
Kemudian masukkan secawan lebih air panas, sos tomato, kicap manis, sos tiram, garam dan gula.
Biarkan mendidih sebentar masukkan karot dan kobis serta mee hoon yang di rendam tadi.
Balik-balikkan hingga bergaul rata dan mee hoon masak lembut.
Taburkan cili merah dan daun bawang.






Baked Potatoes dalam Microwave
Bahan-bahan :

4 biji kentang
6 batang sosej ayam di potong
1 tin baked beans
< 1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan nya :

Kulit kentang di bersihkan kemudian di potong silang di atas nya jangan putus.
Kalau nak cucuk kentang guna garfu saja pun boleh.
Bungkus kentang satu satu dalam plastik cling wrap, letak keatas pinggan dan
masakkan dalam microwave selama 8 minit.
Lama masa memasak bergantung kepada besar nya kentang yang di gunakan.
Bila sudah masak jangan terus keluarkan kentang, biarkan kentang di dalam microwave
beberapa minit lagi. (proses stim masih berlaku)

Sosej ayam di potong dan di goreng sebentar hingga masak dan toskan.
Tuang baked beans atau kacang panggang ke dalam mangkuk, letak sedikit garam
dan masak dalam microwave selama 30 saat.

Bila hendak makan keluarkan kentang yang sudah masak tadi dari plastik wrap
letak dalam mangkuk yang hendak di gunakan dan tekan sedikit bahagian atas nya.
Hati-hati kerana masih panas, kemudian tekan bahagian bawah kentang menggunakan
kedua-dua tangan supaya terbuka bahagian atas yang di potong silang di awal tadi.
Kemudian sudukan kacang panggang ke atas nya dan taburkan sosej yang telah
di goreng.

Bake Potatoes ini boleh di makan dengan berbagai-bagai topping seperti mayonais
dan tuna, scrambble eggs dan cheese, mince chicken yang di goreng dengan bawang.
Yang ini semua contoh, anda boleh makan dengan apa saja yang anda rasa suka.. okeh...


Mushroom Soup ~ sup cendawan sedap


Bahan-bahan :

1 pack cendawan butang
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1litre susu segar
bancuhan tepung gandum
serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam
sedikit minyak / olive oil / butter

Cara menyediakan nya :

Cendawan di potong nipis-nipis.
Panaskan sedikit olive oil dan butter, tumiskan bawang dan bawang putih.
Masukkan cendawan yang di potong tadi, masukkan susu segar.
Kemudian letak kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan garam.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan nya
sambil di kacau supaya tidak bergentel.
Renihkan sebentar lagi, rasa dahulu kalau dah okay dah boleh tutupkan api.
Kakros suka sup cendawan panas-panas.



Friday 11 May 2012

Bubur Kacang Hijau



Bahan-bahan :

500g kacang hijau
air secukupnya untuk merebus
1 tin santan + susu segar
4 sudu besar brown sugar / 1/2 ketul gula melaka
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
sehelai daun pandan

Cara menyediakannya :

Kacang hijau di rebus hingga  lembut bersama sehelai daun pandan.
Kemudian masukkan setin santan, tambah susu segar kalau kuah sedikit.
Masukkan brown sugar, gula pasir serta garam.
Kalau nak guna gula melaka pun boleh, masak dengan air kemudian tapis.
Didihkan sekejap, rasa dahulu kalau dah okay, bolehlah tutupkan api.

Selain di makan begitu saja bubur kacang hijau ni boleh di makan dengan
pulut, roti dan biskut lemak (cream crackers).
Kalau ada lebih boleh di buat aiskrim kacang hijau juga.
Yang suka bubur kacang berdurian boleh masukkan isi durian selepas
memasukkan santan.


yang ni mangkuk yang kak ros makan ...banyaknya biskut

Friday 4 May 2012

Cili Asam Garam Ikan Parang

Masakan yang akak masak hari ini kakros tak tahu nama asal nya, tapi kakros
pernah tengok mak masak. Mak kakros kata resepi orang Singapura,
dia dapat dari radio, tapi dah lama lah masa kakros sekolah rendah lagi mak dah
selalu buat. Jadi sampai hari ini pun kakros masih ingat macamana nak menyediakan nya.

Masakan ini kakros bagi nama Asam Garam Ikan Parang saja. Kalau yang tahu nama
sebenar nya bolehlah betulkan kakros nanti ye. Kakros ingat nak share lah kat sini,
itu pun kalau ada yang sudi. Masakan ini sebenar nya menggunakan ikan parang, tapi
kat sini rasa nya memang tak ada ikan parang. Jadi kakros gantikan dengan ikan salmon sahaja.

Ikan parang ini di potong lebar-lebar, di sapu garam dan serbuk kunyit. Kemudian
di panggang dengan sedikit minyak di dalam kuali leper. Bila dah masak, kaitkan
ke dalam pinggan.

Kemudian sediakan cili untuk di tepekkan ke atas nya. Cili kering di potong
kemudian di rebus. Toskan dan tumbuk cili hingga hancur, masukkan kedalam
mangkuk. Kemudian tumbuk bawang putih dan halia. Gaul dengan asam jawa
pekat, gula dan garam. Masa ni cili dah pun bertukar warna kepada gelap. Potong
bawang besar nipis-nipis dan gaul sekali kedalam nya.

Selepas itu tepekkan cili yang dah siap ini keatas ikan parang yang telah di panggang
tadi. Mesti pelikkan.....cili ini memang tidak perlu di masak ye. Cubalah ye kalau
nak tahu macamana rasa nya. Pada kakros, kami sekeluarga sukakan nya.


Cili Asam Garam Ikan Parang

Bahan-bahan :

seekor ikan parang di potong lebar-lebar    (kakros guna ikan salmon)
di gaul serbuk kunyit dan garam kemudian
di panggang dengan sedikit minyak

semangkuk cili kering  (di rebus, toskan dan di tumbuk)
seulas bawang putih
sedikit halia
8 sudu besar gula
2 sudu besar garam
1 sudu besar pes asam jawa pekat
2 biji bawang besar (di belah 4 di hiris nipis-nipis)

Cara-cara menyediakan nya :

Seekor ikan parang di potong lebar-lebar di sapu garam dan kunyit,
kemudian di panggang dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
Tutup kuali leper dengan tutup periuk, terbalikkan ikan masak sebelah lagi.
Bila dah masak angkat ikan kedalam pinggan.

Cili kering di rebus, toskan kemudian di tumbuk hingga halus, kaitkan kedalam mangkuk.
Tumbuk seulas bawang putih dan sedikit halia.
Masukkan kedalam mangkuk tadi dan gaulkan dengan gula, garam dan asam jawa pekat.
Adjust rasa nya ikut kepedasan cili yang anda guna.
Masa ni cili sudah pun bertukar ke warna gelap.
Potong bawang besar nipis-nipis dan gaul kan sekali kedalam cili tadi.
Dah siap bolehlah tepekkan cili ini keatas ikan yang sudah siap di panggang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...