Tuesday 26 June 2012

Sizzling Mee ~ ringkas dan sedap


Resepi : Yusnani  Nordin

Bahan- bahan : 

sebungkus mee kuning/ mee sanggul/ mee kering (kakros guna spaghetti)
10 ketul ayam (boleh guna isi ayam sahaja)
sebungkus shitake mushroom* (kakros guna cendawan butang)
1/2 biji bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih
3 keping halia di hiris halus (kakros guna 1sb pes halia)
2 tangkai cili kering (kakros lupa letak)
air secukupnya untuk kuah
2 senduk nasi kicap manis cap kipas udang
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 sudu besar garam atau secukup rasa
3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
sawi dan karot (kakros tak letak)
2 atau 3 biji telur (kakros tak letak)

Cara-cara : 

Spaghetti direbus sehingga lembut.
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia serta cili kering, masukkan ayam.
Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah.
Rebus ayam sehingga masak lembut isi nya.
Masukkan kicap, sos tiram, lada hitam dan kiub pati ayam.
Kemudian masukkan cendawan, biarkan mendidih.
Letakkan garam secukup rasa dan bancuhan tepung jagung.
Cuba rasa dahulu kuahnya dah okay bolehlah padamkan api.
Hidangkan sizzling mee panas-panas.

*Kalau menggunakan cendawan kering shitake mesti direndam terlebih dahulu sehingga kembang.
  Boleh  tambah sawi dan karot kalau suka, begitu juga dengan telur.


Saturday 23 June 2012

Pudding Triffle


Bahan-bahan :

sebungkus besar swiss roll chocolate {boleh guna plain swiss roll juga)
sekotak jelly perasa strawberry (200g) (boleh guna jelly perasa lain)
sekotak ready to eat custard (boleh guna kastad yang di buat sendiri) 
setin peach slices in syrup (boleh guna fruit cocktail atau pineapple)

Cara-cara :

Sejat syrup dari dalam tin buah peach kedalam cawan lain. 
Potong swiss roll chocolate dan susun dalam bekas yang hendak dihidangkan rapat-rapat. 
Tuang sekotak kastad hingga habis rata-rata di atas swiss roll tadi. 
Kemudian bancuh jelly perasa strawberry bersama 2 cawan air panas. 
(boleh lihat cara-cara menyediakan jelly di bahagian dalam kotak) 
Tuang jelly yang telah cair keatas kastad perlahan-lahan dengan cara menuangkannya keatas 
permukaan sudu.(supaya kastad tidak berlubang) 
Selepas itu dengan segera susunkan buah-buahan yang hendak digunakan kerana jelly instant 
ini cepat mengeras. 
Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Kuih Lopes Microwave


Bahan- bahan :

4 cawan beras pulut siam
4 cawan air panas
3 sudu besar minyak
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan

Cara- cara :

Nak guna mangkuk plastik tahan panas atau mangkuk pyrex pun boleh.
Sukat 4 cawan beras pulut dan bersihkan, kemudian masukkan 4 cawan air panas, minyak, garam dan sehelai daun pandan disimpul.
Masukkan dalam microwave dan tekan 4 minit, keluarkan kacau rata dengan sudu.
Ulangi proses yang sama sebanyak 3 kali lagi. Selepas di masak 4 minit x 4 kali, kuih lopes microwave dah pun masak.
Sekarang bolehlah bentukkan kuih lopes bulat atau tiga segi.
Golekkan dalam kelapa yang di gaul dengan sedikit garam.
Hidangkan bersama air gula merah.

Untuk kelapa :

Kakros hanya gunakan 1 cawan desicated coconut yang di gaul dengan 1/4 cawan air panas dan 1 sudu kecil garam kemudian masukkan kedalam microwave selama 30 saat.

Untuk air gula merah :

Kakros gunakan seketul gula melaka berat 200g di masak bersama 1 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan di simpul hingga mendidih dan gula hancur kemudian bila sejuk di tapis.

Untuk membentuk kuih lopes :

Kakros gunakan tutup botol nescafe yang kecil di lapis dengan plastik untuk yang bulat.
Dan untuk yang tiga segi kakros gunakan hujung bucu plastik sandwich.

Agak- agak faham tak ? Kalau tak faham tanya kakros balik ye...

Untuk rujukan kakros kemudian hari :
Kalau guna sebungkus beras pulut berat 2kg, buat dalam 3 kali, sekali buat dalam 4 cawan, boleh menghasilkan 130 lebih kuih lopes. Desicated coconut guna 300g dan gula melaka guna 3 ketul berat 600g.

Monday 18 June 2012

Gulai Kawah Ayam


Bahan-bahan :

12 ketul ayam (mana-mana bahagian pun boleh)
2 biji kentang di potong

2 biji bawang besar   }
4 ulas bawang putih  }
sedikit halia              } di kisar
sedikit lengkuas        }
setangkai daun kari

1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 buah pelaga

5 sudu besar rempah kari          }
1 sudu besar serbuk cili Baba's } bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar serbuk kunyit       }

1 tin santan
air
3 keping asam gelugur
200gm kerisik
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula perang
sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :

Tumis bawang, bawang putih, halia, lengkuas dan daun kari.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang; dan buah pelaga, tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit yang di bancuh dengan air.
Tumis rempah hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam dan asam gelugur, tambah sedikit air supaya
ayam masak, masukkan juga kentang.
Masak hingga ayam dan kentang lembut, baru masukkan kerisik, garam
dan gula perang secukup rasa.
Masak hingga sedikit pekat, sudah boleh padamkan api.


Bendi Rebus Air


Bahan- bahan :

kacang bendi (banyak ikut suka)
1/2 biji bawang besar di hiris
2 tangkai cili kering di gunting serong
2 keping asam gelugur
sedikit udang kering di rendam
sedikit belacan
air secukupnya untuk kuah
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula

Cara-cara :

Rebus air secukupnya untuk kuah, masukkan sekali bawang, cili kering,
asam gelugur, udang kering dan belacan.
Bersihkan terlebih dahulu kacang bendi kemudian di potong hujung dan atasnya.
Bila kuah sudah mendidih, masukkan kacang bendi tadi.
Rasa garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah mendidih sekali lagi bolehlah tutupkan api.

Tuesday 12 June 2012

Nasi Lemak versi sihat, Sambal Ikan Bilis microwave

Lauk sampingan ~ ayam goreng, telor rebus, timun dan lobak asin goreng.
Cuma nak kongsi cara mudah menyediakan sambal ikan bilis microwave.
Sapa suka boleh cuba, kalau tak suka tak ada masalah. Jom semak resepi...



Nasi Lemak versi sihat

Bahan-bahan :
3 mug beras basmathi
3 mug air
1 mug susu segar

1/2 biji bawang besar di hiris
1 kulit kayu manis
1 sudu besar pes halia (boleh guna 3 keping halia yg dihiris halus)
><15 lada hitam biji
1 sudu kecil halba
3 sudu besar minyak kelapa (kalau tak ada minyak biasa pun boleh)
sehelai daun pandan
1 1/2 sudu besar garam

Cara-cara :
Bersihkan beras basmathi dalam periuk rice cooker kemudian masukkan
air dan satu mug susu segar.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, bawang hiris, halia, kulit
kayu manis, lada hitam biji, halba, minyak, daun pandan dan garam secukup rasa.
Masaklah seperti biasa dalam rice cooker, bila dah 'keep warm' gemburkan
nasi, tutup semula penutup periuk biarkan naik wap sebentar.
Switch off rice cooker bila Nasi Lemak dah masak.


Sambal Ikan Bilis microwave (6 minit)
~(boleh tambah masa ikut microwave yang biasa anda gunakan)

Bahan-bahan :
1/2 bekas plastik cili kering kisar (lebih kurang 2 cawan agaknya)*
2 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di cincang
segenggam ikan bilis direndam air panas (nak guna lebih ikan bilis pun ok)
1/2 ibu jari belacan bancuh dengan 1 sudu besar air *
2 sudu teh pes asam jawa
8 sudu besar gula (boleh tambah gula ikut kepedasan cili yg di gunakan)
1 1/2 sudu besar garam
3 atau 4 sudu besar olive oil atau minyak biasa

Cara-cara :
Dalam bekas plastik seperti yang kakros guna atau nak guna mangkuk pyrex
pun boleh, terus masukkan cili kisar, garam gula, pes asam jawa, belacan,
minyak, bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
Letak penutup bekas plastik, tak payah tekan pun takpe, untuk jaga kebersihan
microwave.
Kemudian microwave kan cili dan bahan lain tadi selama 3 minit.
Buka penutup plastik, kacau rata semua bahan tadi, masa ni kalau tak cukup gula
garam atau asam jawa boleh tambah ikut kesesuaian rasa sendiri.
Letak penutup semula, tekan microwave 3 minit lagi, dah pun siap Sambal Ikan
Bilis microwave anda.

* Pada yang tak boleh makan belacan boleh ganti dengan sos ikan.
* Sapa yang guna cili kering Heera bungkus hijau, cili tu berkilat dan agak pedas
   sedikit, bolehlah tambah sikit lagi gula.


Lobak Asin Goreng

Bahan-bahan :
sepinggan lobak asin yg telah di potong di rendam air panas (>< 1/2 peket)
2 biji bawang besar dihiris
1 cili merah dan 2 cili hijau di potong
segenggam ikan bilis di rendam air panas
1/2 sudu gula
sedikit minyak

Cara-cara :
Potong lobak asin guna gunting lagi senang, rendam air panas.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga wangi dan sedikit keperangan.
Masukkan lobak asin (toskan air rendaman tadi) gaul goreng sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis (toskan air rendaman tadi) dan sedikit gula, gaul goreng lagi.
Akhir sekali masukkan cili potong, goreng sebentar hingga naik wap, bolehlah padamkan api.

Sudah siap bolehlah hidangkan Nasi Lemak bersama ayam goreng, telur rebus, lobak asin dan
potongan timun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...