Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts
Saturday, 6 October 2012
Kerabu Perut
Bahan-bahan :
500g perut lembu yang telah dibersihkan
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
4 biji cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit daun kesom
2 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk bawang putih
jus lemon
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Perut lembu yang telah dibersihkan dihiris halus.
Rebus perut lembu dengan halia,garam dan bawang putih hingga lembut.
Potong / hiris cili merah dan cili padi, bawang besar, daun ketumbar
dan daun kesom.
Kemudian gaulkan dengan perut dan perasakan dengan jus lemon,
garam dan gula secukup rasa.
*Kalau beli perut lembu yang belum dicuci, bersihkan dengan kapur makan.
Ratakan kapur diatas permukaan perut lembu dan rendamkan sekejap.
Kemudian guna sudu kikis / kerukkan permukaan yang hitam hingga bersih.
Cuci hingga bersih.
Thursday, 29 March 2012
Nasi Butter Mixed Veg, Ayam Goreng Peri-peri, Kerabu Tomato dan Kuah Dal
Bahan-bahan utk Nasi Butter Mixed Veg :
3 mug beras basmathi
sukatan air seperti memasak nasi biasa
3 sudu besar butter
1/2 biji bawang besar
semangkuk kecil mixed veg
1 kiub pati ayam
2 sudu besar garam
sedikit bawang goreng untuk tabur
Cara memasak :
Beras di bersihkan dan letak air mengikut sukatan memasak nasi biasa.
Tumis bawang dengan butter hingga lembut kemudian masukkan
semuanya kedalam periuk nasi.
Masukkan sayur campur, kiub pati ayam dan garam, kemudian masak
dalam periuk rice cooker seperti memasak nasi biasa.
Bila dah siap gemburkan nasi dan tabur dengan bawang goreng.
Bahan untuk Ayam Goreng Peri-peri :
seekur ayam muda atau baby chicken di potong kecil
5 sudu besar sos Peri-peri Ketchup (jenama Olympic)
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
Cara memasak :
Potongan ayam di gaul bersama sos peri-peri, gula dan garam.
Perap sebentar kemudian gorengkan ayam sehingga masak.
Bahan untuk Kerabu Tomato :
3 biji tomato
1/2 biji bawang besar
sebiji cili merah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
Cara-cara menyediakan :
Potong / hiris tomato, bawang besar dan cili merah kecil- kecil.
Masukkan kedalam mangkuk dan gaul bersama sos cili, sos tomato,
garam dan gula.
Bahan untuk Kuah Dal :
200g kacang dal
air secukupnya utk merebus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar
setangkai daun kari
setangkai cili kering di potong
1 sudu besar halba campur
garam secukup rasa
Cara menyediakannya :
Rendam kacang dal semalaman kemudian rebus hingga empuk.
Masukkan serbuk kunyit sekali, masak hingga kacang dal lembut.
Dalam pan kecil panaskan sedikit minyak tumis bawang besar, daun kari,
cili kering dan halba campur.
Bila bawang dah keperangan dan wangi tuangkan semuanya kedalam
periuk kacang dal tadi.
Letak garam secukup rasa.
Masak ikut kepekatan yang disukai.
Monday, 6 February 2012
Kerabu Cox Apple dan Tomato
Bahan-bahan :
3 biji cox apple
3 biji tomato
1/2 biji bawang besar
untuk sambal belacan :
3 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan
garam dan gula
jus lemon atau limau nipis
Cara-cara :
Buat sambal belacan dahulu, nak tumbuk atau nak kisar saja pun boleh.
Kakros kisar semuanya dalam blender,dah siap rasa cukup garam gula dan limau
tuangkan dalam pinggan.
Kemudian baru potong apple dan tomato kecil-kecil terus gaulkan dengan sambal belacan.
Apple tak jadi hitam sebab ada jus lemon dalam sambal belacan.
Friday, 18 November 2011
Kerabu Timun Bersantan
Bahan-bahan :
sebiji timun di potong halus
3 biji tomato di potong kecil
sebiji bawang besar di mayang nipis
3 biji cili merah } di kisar
segenggam udang kering di rendam }
2 genggam udang basah
secawan santan pekat (guna santan tin)
3 sudu besar juice lemon
sebiji cili merah di potong serong
1 1/2 sudu besar garam, 1/2 sudu besar gula
Cara-cara :
1. Potong timun nipis-nipis kemudian potong halus memanjang, masukkan kedalam salad bowl
atau besen untuk mengaul nanti. Tomato di belah empat kemudian potong nipis-nipis begitu
juga dengan bawang besar di mayang nipis.
2. Udang basah basuh masukkan kedalam periuk kecil tak payah letak apa-apa, tutup tutup periuk
buka api perlahan masak hingga keluar airnya dan bertukar ke warna merah. Ambil udang sahaja
masukkan ke dalam besen bersama timun tadi.
Kalau beli udang yang ready to eat (yang sudah di rebus dan di kopek kulit nya) hanya panaskan
sekejap dalam microwave selama 2 minit.
3. Cili merah dan udang kering di kisar kemudian masukkan kedalam besen juga.
4. Selepas tu masukkan semua bahan-bahan lain santan pekat, garam gula secukup rasa dan juice
lemon. Gaul semua bahan dan rasa kalau dah okay bolehlah salinkan ke dalam mangkuk bersih
taburkan dengan cili merah yang di potong serong dan hidangkan.
Kalau guna kelapa, perah santan guna air panas ye. Tapi kalau guna santan tin macam kakros guna,
tuang santan dalam cawan dan panaskan selama seminit dalam microwave dahulu baru gaulkan.
Monday, 30 May 2011
Kerabu Tomato dan Timun
Bahan2 :
4 biji tomato }
1/2 biji timun } di potong
1 biji bawang besar }
2 biji cili merah
3 biji cili padi
secubit belacan } tak gunakan pun takpe
3 sb. sos ikan
3 sb. lemon juice
1 sb. sos tomato
3 sb. gula dan sedikit garam
segenggam udang kering } di rendam dlm. air
Cara2 :
1. Potong tomato ,timun dan bawang besar masukkan kedalam sebuah bekas .
2. Kemudian blender bahan asas sambal belacan , cili ,belacan ,gula dan garam .
Blender juga udang kering .Campurkan semua bahan yang di blender tadi bersama
sos ikan ,air asam limau dan sos tomato .
3. Masukkan semua bahan-bahan ini kedalam bekas berisi tomato ,timun dan bawang yang
di potong tadi .Gaul sebati ,salinkan kedalam sebuah pinggan yang bersih dan hidangkan
bersama lauk-lauk yang lain .
Subscribe to:
Posts (Atom)

















