Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Friday, 11 May 2012

Bubur Kacang Hijau



Bahan-bahan :

500g kacang hijau
air secukupnya untuk merebus
1 tin santan + susu segar
4 sudu besar brown sugar / 1/2 ketul gula melaka
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
sehelai daun pandan

Cara menyediakannya :

Kacang hijau di rebus hingga  lembut bersama sehelai daun pandan.
Kemudian masukkan setin santan, tambah susu segar kalau kuah sedikit.
Masukkan brown sugar, gula pasir serta garam.
Kalau nak guna gula melaka pun boleh, masak dengan air kemudian tapis.
Didihkan sekejap, rasa dahulu kalau dah okay, bolehlah tutupkan api.

Selain di makan begitu saja bubur kacang hijau ni boleh di makan dengan
pulut, roti dan biskut lemak (cream crackers).
Kalau ada lebih boleh di buat aiskrim kacang hijau juga.
Yang suka bubur kacang berdurian boleh masukkan isi durian selepas
memasukkan santan.


yang ni mangkuk yang kak ros makan ...banyaknya biskut

Saturday, 4 February 2012

Pengat Labu dengan Jagung


Bahan-bahan :

1/2 biji labu
1 tin jagung
2 cubit garam
1 ketul gula melaka
sehelai daun pandan
1 tin santan
sedikit air untuk kuah

Cara-cara :

Masak gula melaka dengan sedikit air hingga cair. Ketepikan.
Rebus buah labu yang di potong dadu dengan air yang secukupnya hingga empuk.
Letak sehelai daun pandan yang di simpul.
Kemudian masukkan santan dan garam.
Tapiskan air gula melaka ke dalam nya dan masukkan setin jagung.
Biarkan mendidih perlahan-lahan sebentar lagi kemudian padamkan api.
Kalau yang suka manis tu bolehlah tambah sedikit gula kedalamnya ye.


Wednesday, 12 October 2011

Bubur Pisang Nangka dan Butir Tepung Pulut

Bahan-bahan :

3 biji pisang nangka di potong serong
1/2 cawan sagu biji
secawan tepung pulut
pewarna hijau
setin santan
air secukupnya
5 sudu besar dark brown sugar
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
sehelai daun pandan

Cara-cara :

1. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan pewarna hijau jadikan doh.
    Panaskan air secukupnya untuk kuah hingga mendidih dan letak daun pandan. Lalukan
    sagu biji dalam tapis kecil bawah paip air kemudian masukkan dalam air yang mendidih tadi.
    Masak hingga sagu kembang.

2. Sementara tu bulat-bulatkan doh dan tekan sedikit di tengahnya lalu masukkan terus
    kedalam air dan sagu yang sedang mendidih tadi. Buat sampai habis doh, sementara tu
    doh tadi pun akan timbul sebab dah masak. Sekarang bolehlah masukkan pisang nangka,
    santan, gula perang, gula dan garam. Biarkan mendidih sebentar lagi kemudian bolehlah
    tutupkan api. Sendukkan kedalam mangkuk dan hidangkan untuk minum petang.



Saturday, 8 October 2011

Bubur Kacang Jagung dan Pisang


Bahan-bahan :

2 cawan kacang hijau
setin jagung
2 biji pisang
setin santan
2 sudu besar brown sugar
gula secukup manis
secubit garam
sehelai daun pandan

1. Rebuskan kacang hijau hingga lembut kemudian masukkan santan dan daun pandan.

2. Kemudian masukkan setin jagung, perasakan gula dan garam secukup rasa. Bila dah
    mendidih masukkan pisang yang di potong serong. Masak sebentar lagi bolehlah
    di tutupkan api. Hidangkan semasa minum petang.

Tuesday, 23 August 2011

Sira Pisang


Bahan-bahan :

4 biji pisang  (di potong dua dan dibelah dua)
air secukupnya untuk kuah
4 sb gula
sehelai daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit kkmanis,b lawang dan cengkih  (tak letak)

Cara-cara :

1. Didihkan air secukupnya untuk kuah.Masukkan gula, daun pandan serta pewarna kuning.

2. Pisang di potong dua dan di belah dua lagi kemudian masukkan kedalam air gula yang sedang
    mendidih.

3. Masak sekejap saja lagi kemudian bolehlah di tutupkan api. Pada yang dah biasa rasa Sira Pisang
    ni tentu dah tahu macamana rasanya. Boleh di makan sejuk atau semasa masih panas lagi.

Saturday, 6 August 2011

Bubur Kacang Hijau dengan Pulut Microwave


Bahan2 :

250g kacang hijau
1 tin santan
1 cawan susu segar
6 sb gula
2 sb dark brown sugar
1/2 st garam
sebatang lempok durian
sehelai daun pandan

Cara2 :

1. Basuh kacang hijau letak air secukupnya dan rebus sampai hempuk. Bila kacang dah
    lembut masukkan santan, susu segar, gula, brown sugar dan garam serta daun pandan.
    Jangan lupa masukkan juga lempuk durian yang di potong-potong kecil.

2. Bila dah mendidih dan cukup rasa manisnya bolehlah tutupkan api.

3. Masukkan sedikit pulut kedalam mangkuk dan sendukkan bubur kacang kedalamnya.

4. Bubur kacang hijau ini boleh di makan dengan biskut lemak dan roti selain dari pulut
    seperti di atas. Resepi pulut microwave seperti di bawah.


Pulut Microwave

Bahan2 :

1 cawan beras pulut
1 cawan air panas
1 sb minyak masak
1/2 st garam

Cara2 :

1. Basuh beras pulut dalam bekas plastik yang tahan panas.

2. Masukkan air panas, minyak dan garam. Microwavekan 2 minit x 4.
    Gaulkan pulut setiap 2 minit. Siap dah untuk di makan bersama bubur kacang.

Saturday, 21 May 2011

Serawa Ubikayu dan Pisang


Bahan2:

1 bungkus ubikayu
3 biji pisang
1 tin santan
Sedikit sagu biji
Dark brown sugar secukupnya
Sedikit gula
Sehelai daun pandan
Secubit garam

Cara2:

1. Rebus ubikayu sehingga empuk dan lembut. Masukkan sagu biji.
    Bila sagu dah kembang, masukkan santan dan daun pandan disimpul.
2. Masukkan  dark brown sugar, gula, secubit garam dan pisang.
    Didihkan sebentar. Hidangan untuk minuman petang.
 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...