Saturday 24 November 2012

Kofta Ayam Tandoori

koftaayamtandoori1
Bahan-bahan :

1kg daging ayam cincang
1 labu bawang besar dicincang halus
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 sudu besar serbuk tandoori masala
2 sudu besar daun ketumbar yang dicincang halus (kakros guna dried parsley sebab tak ada)
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul rata.
Sediakan loyang dilapik dengan aluminium foil.
Bentukkan adunan kofta tadi bulat memanjang seperti dalam gambar.
Kemudian bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga masak suhu 160 darjah.
Terbalikkan selang 15 minit.
Dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan tamarind chutney, nak cicah sos cili pun boleh.
Nak makan kepit dengan roti bun / roti pita / roti nan yang diletak salad dan sos mayonais
pun sedap, terpulanglah pada citarasa masing-masing ye.

koftaayamtandoori

Thursday 22 November 2012

Rangka Ayam Goreng Berempah

rangkaayamgorengrempah
Bahan-bahan :

6 rangka ayam  dikerat dua setiap satu
4 biji kentang dipotong baji
2 batang karot dipotong kasar
1 labu bawang besar didadu

1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
jus asam limau secukupnya
4 sudu besar gula
2 sudu besar garam

Cara-cara :

Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang besar terus masukkan kentang, karot
dan rangka ayam.
Balik-balikkan dan goreng hingga rangka ayam masak dan kentang empuk lembut.
Kemudian masukkan pes bawang putih dan halia serta semua rempah-rempah, garam dan gula
serta jus asam limau.
Kacau /goreng lagi masak hingga terbit minyak, rasapun dah okay bolehlah padamkan api.

Kepak Ayam Goreng Tandoori

kepak goreng tandoori
Bahan-bahan :

26 keping kepak ayam
3-4 sudu besar yougurt
3 sudu besar rempah tandoori
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Bersihkan kepak ayam dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan, perapkan sebentar.
Panaskan minyak secukupnya dan masukkan semua kepak ayam serta bahan perapan.
Sekali sekala balik-balikkan kepak ayam, goreng hingga masak.
Sedap di makan dengan apa saja nasi atau di ratah begitu saja.

kepakgoreng tandori

Wednesday 21 November 2012

Samphire Goreng

Salam semua

Pernah lihat sayur ini ? Kalau tak pernah, cuba cari di wiki atau di sini www.samphire.org.uk.
Tumbuhan ini hidup di persisiran pantai yang berlumpur. Yang duduk disini mesti sudah pernah merasainya.
Rasanya masin, sebab itu samphire ini selalu di gandingkan dengan masakan ikan. Ada juga yang menjadikan nya jeruk atau kalau suka dimakan begitu saja sebagai salad.
Kakros lebih suka goreng simple seperti resepi yang di bawah, makan dengan nasi putih panas-panas atau kepitkan dengan roti saja. Ada yang nak cuba ? Tak rugi mencuba sebab samphire ni memang sedap.

samphire goreng
Bahan-bahan :

1 pek samphire
3 biji kentang dipotong panjang
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak, terus masukkan bawang besar dan kentang sekali.
Goreng hingga bawang perang dan kentang empuk lembut.
Masukkan sos tiram dan samphire, balik-balikkan sebentar, agak-agak dah masak
bolehlah padamkan api.
*Pastikan kentang sudah lembut baru masukkan samphire, bila dah masuk samphire tak
 perlu masak lama.
 Kakros tak masukkan garam sebab samphire ni rasanya dah memang masin.
 Dan akak tak masukkan gula sebab bawang dan ubi kentang sudah cukup manis,
 memadai dengan sos tiram sahaja sebagai bahan perasa.


cr: http://north19.co.uk

Monday 19 November 2012

Ayam Goreng Perap Brown Sauce

kepak ayam goreng brown sos

Bahan-bahan :

24 keping kepak ayam
brown sauce secukupnya
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Bersihkan kepak ayam toskan.
Gaul kepak ayam bersama brown sauce secukupnya, campur garam dan gula.
Perap kalau tak boleh lama, 30 minit pun okay, kemudian goreng hingga masak.
Tapi kalau perap lama lagi sedap ye, brown sauce tu cari yang halal.
Ayam goreng kat atas tu nampak saja hitam tapi sedap menjilat jari.


Sunday 18 November 2012

Pakora

pakorakentang3

sumber : jiran berbangsa pakistan

Bahan-bahan :

5 cawan tepung kacang kuda  (gram flour atau chick pea flour)
1 biji bawang besar didadu
2 biji cili hijau buang biji dicincang halus
2 biji kentang didadu kecil
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu garam atau secukup rasa
lebih kurang 2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Campur tepung kacang kuda dengan semua bahan-bahan lain.
Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul adunan tepung hingga jadi pekat.
Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng.
Goreng pakora hingga keperangan.
Makan begitu saja atau boleh cicah dengan raita atau tamarind chutney.

Cara menyediakan cucumber raita :
1 cawan yougurt yang pekat
1 cawan timun yang disagat
1 susu kecil serbuk jintan manis
sedikit garam

Perah air dari timun yang disagat, gaulkan dengan yougurt, jintan manis dan sedikit garam.
Cucumber raita boleh juga dimakan dengan nasi biryani dan kari.

Cara menyediakan tamarind chutney :
200g pes asam jawa
2 cawan air panas
100g gula merah/gula melaka
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis }
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih  } disangai
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam

Masukkan semua bahan dalam periuk kecil masak hingga pekat, masukkan
dalam botol simpan dalam petisejuk. Bila sejuk ia akan lebih pekat.
Tamarind chutney boleh juga dimakan dengan nasi biryani.

pakorakentang


pakorakentangg2

Sambal Ikan Bilis

sambalikan bilis

Bahan-bahan :

semangkuk kecil ikan bilis halus
semangkuk kecil cili kisar
3 labu bawang besar (2 labu dikisar 1 labu dipotong kasar)
1 sudu besar pes bawang putih
semangkuk kecil air asam jawa
sebesar ibu jari belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
Kemudian tumis bawang dan cili kisar hingga terbit minyak.
Masukkan sedikit gula dahulu supaya cili cepat masak.
Bila cili yang dimasak terbit minyak, warna yang merah tadi bertukar sedikit kehitaman
itu maknanya cili yang dimasak telah garing, masukkan air asam jawa, belacan,
garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1 labu bawang besar yang dipotong kasar tadi, masak lagi hingga sedikit pekat.
Cuba rasa kalau sudah ok bolehlah padamkan api.
Sambal ikan bilis yang sedap ialah sambal yang cukup rasa masam , masin dan manisnya,
dan yang penting cili mesti betul-betul masak.
Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi atas sambal bila hendak makan.

Hari ni kakros makan sambal ikan bilis dengan ikan masin gelama basah goreng letak
bawang dan cili potong. Simple kan...

gelamabasahgoreng

Thursday 15 November 2012

Sardin Kicap

sardin kicap

Bahan-bahan :

1 tin sardin
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap manis kipas udang
4 sudu besar jus lemon / air asam limau
1 cili padi, 1cili merah
garam dan gula secukup rasa
daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara :

Tumis 1/2 labu bawang besar dan bawang putih, masukkan cili kisar.
Bila terbit minyak, masukkan kicap manis dan jus lemon.
Masukkan ikan sardin dan sos nya sekali.
Letak cili padi dan cili merah serta 1/2 labu bawang besar yang dipotong kasar.
Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Biarkan merenih sekejap padamkan api.

Lemak Cili Padi Kobis dengan Cendawan Telinga Kera

lemak cili padi cendawan

Bahan-bahan :

1/4 biji kobis dipotong
cendawan telinga kera direndam kembang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
sejemput ikan bilis direndam
sedikit serbuk kunyit
1 asam gelugur
garam dan sedikit gula secukup rasa
cili merah dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara :

Tumbuk bawang, bawang putih, cili padi dan ikan bilis masukkan
dalam periuk.
Tuang santan, letak sedikit serbuk kunyit, masukkan cendawan dan kobis
serta asam gelugur.
Biarkan mendidih masukkan garam dan sedikit gula.
Bila kobis dah lembut padamkan api.

cendawan telinga kera

Monday 12 November 2012

Kupang Goreng Kunyit


Bahan- bahan :

750g isi kupang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
secekak soo hoon direndam
3 pokok daun bawang
1 cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula

Cara- cara :

Panaskan sedikit minyak tumis bawang hingga wangi.
Masukkan isi kupang letak serbuk kunyit goreng hingga rata.
Kemudian masukkan soo hoon dan daun bawang yang dipotong kasar.
Balik- balikkan lagi, masukkan potongan cili merah, garam dan gula secukup rasa.
Cuba rasa kalau sudah ok bolehlah padamkan api.

Sunday 11 November 2012

Rendang Spring Green

Selamat pagi semua

Kalau selalu kita masak rendang pucuk ubi, kali ini kakros masak
rendang spring green, sebab kat sini susah nak cari pucuk ubi ye.
Kalau yang tak tahu macamana rupa spring green boleh cari kat ternet ye.
Sebenarnya sayur spring green adalah permulaan sayur yang sebelum
terjadinya kobis bulat ditengah.
Pernah tengok pokok kobis tak?
Daun- daun hijau yang lebar dituai lebih awal sebelum terjadinya kobis bulat.
Daunnya yang lebar, tebal dan berwarna hijau gelap kaya dengan vitamin C,
folic asid dan bersirat tinggi menjadikan ia sayuran yang sangat berkhasiat.

Jom layan rendang spring green kakros ni, akak tak guna santan dan serai berbagai.
Hanya sayur spring green, bawang, cili padi, ikan bilis, asam gelugur, gula dan garam.
Kalau nak tahu rasanya cubalah ye, sedap makan dengan nasi putih panas-panas
atau diratah begitu saja.
Kalau yang digoreng garing dan kering tu boleh disimpan lama tapi kali ni kakros
buat ada basah-basah sikit.
Sedapnya bau, buat tak sabar nak makan.


Rendang Spring Green
Bahan- bahan :

500g spring green
2 labu bawang besar
15 biji cili padi
semangkuk kecil ikan bilis direndam
sekeping asam gelugur
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Cara- cara :

Sayur spring green dipotong halus-halus.
Kisar bawang besar, cili padi dan ikan bilis.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi,
asam gelugur, garam dan gula, goreng hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan spring green yang telah dipotong halus tadi.
Sekali sekala balik-balikkan masak hingga kering air, sudah boleh padamkan api.

*Kalau suka yang garing dan kering, teruskan mengoreng lagi hingga betul-betul kering ye.




Pastri Tomato dan Cheese

Salam ceria semua

Ada empat bungkus lagi pastri dalam peti sejuk tu, saja je kakros biarkan.
Bukan apa... tau- tau ajerlah timbangan dah naik angka nih, ishh seram.
Janganlah jarum tu beralih angka, kalau turun takpe kalau naik pengsan.....

Jeling punya jeling tak boleh tahan jugak, kan kakros dah cakap akak ni
kalau pastri- pastri ni tak tahannn.....
Layan jelah kerenah akak ni..... konon nak dietkan kan kan tapi mana boleh tahannn......

Bukan kakros saja tau.... Hilman pun sama, dia dok depan oven tu dok kata
cepatlah masak...cepatlah masak.... dah tak sabar- sabar apa tak nyer baunya saja
dah menggoda......


Bahan- bahan :

4 bungkus shortcrust pastri
1 botol tomato bolognese atau tomato lasagne pun boleh (saiz 500g)
1 pek mild cheddar cheese (340g)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara- cara :

Sagat cheddar cheese dan ketepikan.
Dalam botol tomato masukkan 2sb gula dan 1sk garam gaulkan.
Buka gulungan pastri kemudian sapu tomato atas permukaan pastri.
Taburkan cheese, kemudian gulungkan perlahan-lahan.
Potong setiap gulungan kepada 6 bahagian, kalau guna 4 bungkus pastri
macam akak boleh dapat 24 keping.
Susun terlentang diatas loyang pembakar yang dilapik dengan aluminium foil.
Kemudian taburkan lebihan cheddar cheese keatas pastri.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 45 minit
atau sehingga masak suhu 165 darjah.
Selamat mencuba, pastri yang senang dan mudah.






Friday 9 November 2012

Rendang Perak


Bahan- bahan :

2 kg ayam
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 biji cili padi
4 batang serai
3 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes lengkuas
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar rempah kari
3 keping asam gelugur
1 tin santan
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa
5 sudu besar kerisek
4 helai daun kunyit

Cara- cara:

Bersihkan ayam ketepikan, kisar bawang besar, bawang putih, cili padi,
dan serai.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi, masukkan pes halia dan
pes lengkuas.
Masukkan juga serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan rempah kari.
Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam balik-balikkan, tuangkan santan letak juga asam gelugur.
Sekali sekala gaul dan balikkan ayam supaya bahagian bawah tidak berkerak.
Bila sudah hampir kering masukkan kerisek, garam dan gula merah secukup rasa.
Taburkan daun kunyit yang dihiris halus.
Cuba rasa, kalau sudah okay rasanya bolehlah padamkan api.

*kalau suka rendang yang kering bolehlah masak hingga kering, kalau suka yang
  ada kuah sikit-sikit bolehlah padamkan api awal sedikit ikut kesukaan masing-masinglah ye.


Thursday 8 November 2012

Nasi Daging


Assalamualaikum

Hari ni terasa nak makan Nasi Daging pulak, kebetulan ada daging yang tak berapa
banyak tulang dan sedikit berlemak dalam peti. Pestime kakros cuba masak Nasi Daging ni,
selalu makan kat rumah kawan kakros Encik Nazir dan isterinya Puan Tirzah.
Dah teruja dengan Nasi Daging ni, kakros pun nak lah cuba masak sendiri ye.
Jom layan Nasi Daging stail kakros.


Bahan-bahan untuk Nasi :

3 mug beras basmathi
1 kg daging bertulang direbus hingga lembut
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar sos tomato
1 mug susu segar
3 mug air rebusan daging
sehelai daun pandan
11/2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula
bawang goreng, daun ketumbar

Bahan tumis untuk Nasi :

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
tiga hiris halia
1 sudu kecil jintan manis
kkayu manis, pelaga, lawang, cengkih
sebatang serai diketuk
3 sudu besar minyak sapi (kakros guna 2 minyak +1 minyak sapi)


Untuk Air Asam :

2 bji cili merah
8 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 biji tomato didadu  (kakros tak letak sebab tak ada)
air asam jawa secukupnya
sedikit belacan
garam dan gula

Daging Masak Asam

3/4 dari daging yang direbus tadi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar pes halia
semangkuk kecil cili kisar
secubit belacan
garam dan gula secukup rasa
sebatang serai diketuk
sebatang bunga kantan dibelah dua
secekak daun kesum

Cara-cara :

Rebus daging hingga lembut, lebih kurang sejam setengah.
Dalam periuk rice cooker tumiskan bahan-bahan tumis hingga wangi, masukkan
rempah kurma yang bancuh dengan sedikit air serta sos tomato.
Masukkan 1/4 dari daging yang telah direbus tadi, hiris- hiriskan nipis dagingnya
dan sukat air rebusan daging secukupnya serta susu segar.
(3/4 dari daging yang direbus kakros buat masak asam)
Masukkan daun pandan yang disimpul dan beras basmathi.
Letakkan garam dan gula secukup rasa, kacau hingga rata.
Kemudian masaklah seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker.
Bila nasi sudah masak sempurna, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.

Untuk air asam, cili merah dan cili padi ditumbuk.
Kemudian digaul dengan bawang besar dan tomato yang didadu.
Campurkan air asam jawa yang telah dikacau rata dengan belacan, garam dan gula.


Untuk Daging Masam Asam, kakros guna 3/4 dari daging yang direbus tadi.
Tumis bawang, bawang putih, halia dan cili kisar.
Letak belacan, garam dan gula, tumis hingga wangi dan terbit minyak.
Kemudian tuang tumisan cili dalam rebusan daging, masukkan serai diketuk, bunga
kantan dan daun kesum, biarkan mendidih.
Rasa dahulu sudah ok bolehlah padamkan api.

Kakros hidangkan Nasi Daging ini bersama daging masak asam, air asam dan hirisan timun.
Boleh juga hidangkan lauk sampingan lain yang anda suka seperti sambal tumis udang,
hati goreng kunyit dan lada hitam, paru-paru berlada, dalca ayam dan sebagainya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...