Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts
Thursday, 12 July 2012
Puding Sagu Bersusu
Salam ceria dan selamat petang semua.
Dah minum petang ke...uissh sedapnya ada kuih bingka, ada kuih talam,
goreng pisang, kuih pau pun ada.
Rajin- rajinnya kawan-kawan semua, kakros petang ni buat Puding Sagu jer,
dimakan dengan susu segar kemudian diletak sesudu dua air gula melaka.
Kalau nak tahu rasanya kenalah cuba ye.
Kakros sekeluarga memang suka sangat Puding Sagu Bersusu ni,
ada iras-iras macam rasa cendol. Bila rasa nak makan cendol kakros buatlah
Puding Sagu Bersusu ni, haa...lepaslah rasa teringin tu.
Kalau yang tak ada masalah kesihatan tu boleh jer ganti susu segar tu dengan santan.
Boleh jer kalau nak panggil Puding Sagu Gula Melaka cuma kakros nak bezakan
yang ini sebab kakros makan dengan susu segar.
Nak makan sedap- sedap ni kadang-kadang kena juga ingat jaga kesihatan, bukan
ikut sedap mulut jer, kang naik pulak kolestrol sapa yang susah, diri sendiri jugak
yang susah.
Maaflah yer banyak lak kakros ni celoteh, jom kita terus ke resepi....
Puding Sagu Bersusu
Bahan-bahan :
sebungkus sagu kecil (yang putih atau warna hijau pun boleh)
air panas secukupnya
1 sudu kecil pewarna hijau
air gula melaka
susu segar yang sejuk
Cara- cara :
Didihkan air panas secukupnya dalam periuk, kemudian masukkan sagu.
Kacau dengan senduk kayu hingga sagu kembang, tambah lagi air panas
kalau sagu belum kembang.
Bila sagu sudah masak sempurna, tuang sagu kedalam mangkuk hidang biarkan sejuk.
Bila hendak makan, sendukkan sagu kedalam mangkuk kecil, tuang susu segar sejuk
dan masukkan sesudu dua gula melaka.
hemm....kalau kakros makan tu tak hengat dunia, sejuk sedap jer masuk ke tekak.
Saturday, 23 June 2012
Pudding Triffle
Bahan-bahan :
sebungkus besar swiss roll chocolate {boleh guna plain swiss roll juga)
sekotak jelly perasa strawberry (200g) (boleh guna jelly perasa lain)
sekotak ready to eat custard (boleh guna kastad yang di buat sendiri)
setin peach slices in syrup (boleh guna fruit cocktail atau pineapple)
Cara-cara :
Sejat syrup dari dalam tin buah peach kedalam cawan lain.
Potong swiss roll chocolate dan susun dalam bekas yang hendak dihidangkan rapat-rapat.
Tuang sekotak kastad hingga habis rata-rata di atas swiss roll tadi.
Kemudian bancuh jelly perasa strawberry bersama 2 cawan air panas.
(boleh lihat cara-cara menyediakan jelly di bahagian dalam kotak)
Tuang jelly yang telah cair keatas kastad perlahan-lahan dengan cara menuangkannya keatas
permukaan sudu.(supaya kastad tidak berlubang)
Selepas itu dengan segera susunkan buah-buahan yang hendak digunakan kerana jelly instant
ini cepat mengeras.
Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.
Thursday, 22 December 2011
Puding Jagung
Bahan -bahan :
1 cawan tepung kastad
1 tin sweet corn
3 cawan air
1 1/2 cawan susu segar
3/4 cawan gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
1. Dalam periuk bancuhkan tepung kastad dan air kacau hingga sebati.
2. Tambahkan susu segar, gula dan garam. Kacau hingga gula hancur masukkan sedikit
pewarna kuning. Masukkan setin jagung.
3. Buka api perlahan dan kacau adunan tadi hingga pekat dan berkilat. Bila adunan dah
mula meletup-letup bolehlah tutupkan api dan tuangkan adunan kedalam bekas kaca.
Sejukkan kemudian bolehlah di potong.
Friday, 18 November 2011
Puding Sagu Bersusu
Bahan-bahan :
1 bungkus sagu hijau (454gm)
1 periuk air panas
pewarna hijau
2 liter susu segar (sejukkan)
seketul gula melaka
5 sudu besar brown sugar
3 cawan air
sehelai daun pandan
Cara-cara :
1. Didihkan air masukkan sagu, kacau supaya ia tak berketul. Kalau guna sagu berwarna hijau
tak perlu letak daun pandan hanya tambah sedikit lagi pewarna hijau sebab ia dah memang
ada pewangi pandan. Tapi kalau guna sagu putih kena letak daun pandan dan tambah warna
hijau. Masak sagu hingga kembang dan jernih, kalau masih ada bintik putih tambahkan lagi
air panas teruskan mengacau hingga semua sagu jadi jernih serta tiada lagi air dalam periuk.
2. Keluarkan daun pandan dan tuangkan sagu yang telah masak tadi kedalam sebuah bekas kaca.
Sejukkan dan bila hendak makan sudukan kedalam mangkuk kecil sagu hijau tadi, tuang susu
dan air gula melaka.
3. Untuk air gula melaka, masak 3 cawan air, seketul gula melaka dan 5 sudu besar brown
sugar hingga mendidih. Jangan lupa masukkan sehelai daun pandan, bila sejuk sedikit bolehlah
di tapis ke dalam bekas lain.
4. Puding Sagu Bersusu ini sangat mudah menyediakannya dan sangat sedap. Rasanya lebih kurang
macam cendol. Sejuk rasa bila lalu kat anak tekak. Resepi ini akak belajar dari Dr.Wan Amir dan
isterinya Dr. Liza. Terima kasih ye Amir kakros nak letak resepinya kat sini supaya mudah akak
dan anak-anak ingat nanti. Kalau ada yang nak mencuba boleh juga silakan tapi jangan lupa tinggalkan
komen anda.
Sunday, 7 August 2011
Pudding Trifle
Bahan-bahan guna yang beli siap di supermarket sebab boleh dapat dengan
murah kat sini. Tapi kalau balik Malaysia kena buat sendirilah nampaknya.
Bahan2 :
sebungkus swiss roll chocolate (kalau yg kecil guna 2 bungkus)
sekotak jelly perasa strawberry (apa -apa perasa pun boleh)
sekotak ready to use custard (boleh guna sos kastad buat sendiri)
setin fruit cocktail in syrup (boleh guna buah-buahan lain)
Cara2 :
1. Sediakan dua bekas plastik tahan panas seperti di atas atau apa-apa bekas
dessert yang anda suka. Ikut adunan di atas akan dapat dua bekas.
2. Potong swiss roll dan susun rata dalam bekas. Buat yang sama dengan bekas
satu lagi. Kemudian tuang sama banyak custard keatas swiss roll.
3. Sediakan agar-agar pula. Masukkan 2 cawan air panas kedalam bekas tahan panas.
Masukkan serbuk agar-agar, kacau hingga larut.
4. Tuang perlahan-lahan agar-agar, sama banyak kedalam dua bekas custard tadi.
Ambil buah-buahan koktail yang di asingkan sirupnya dan sudukan keatas agar-agar
tadi secepat mungkin kerana agar-agar instant ini cepat membeku.
5. Kemudian bolehlah disejukkan dahulu sebelum di hidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)