Tuesday 21 August 2012

Nasi Kerabu Biru


Bahan-bahan :

Nasi Biru :
3 mug beras basmathi
sedikit pewarna biru  (warna kuning untuk nasi kerabu kuning)
1 sudu besar garam
air secukupnya seperti menanak nasi biasa

Kuah tumis :
4 sudu besar cili kisar
1 tin santan
1 biji bawang besar   }
3 ulas bawang putih   } dikisar
1 inci halia                 }
2 batang serai            }
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 asam keping
2 sudu besar garam
3 sudu besar gula
secawan air
sedikit minyak untuk menumis

Serunding Ikan dan Kelapa :
2 tin ikan tuna  (kakros guna tuna chunks)
1 cawan desicated coconut  (disangai / goreng tanpa minyak hingga perang)
1 biji bawang besar  }
1 inci halia                }  dikisar
1 batang serai           }
2 asam keping
1 sudu besar lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar brown sugar
sedikit minyak

Kuah Budu :
3 cili merah
3 cili hijau
6 cili padi
3 sudu besar gula
air asam limau / jus lemon secukupnya
1 biji bawang besar
budu secukupnya

Salad / Ulaman :
1 biji timun
6 biji radish
1/2 iceberg lettuce  }
sedikit kobis            } rendam dalam air garam sekejap
*boleh guna kacang panjang, kacang buncis, taugeh atau lain2 ulam

Keropok / Papadom :
sebungkus keropok ikan atau papadom digoreng

Ayam Goreng :
1 ekor ayam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar pes halia
1/2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari
3 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Masak nasi seperti biasa hanya tambah sedikit pewarna biru dan garam.


2. Masak kuah tumis. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dikisar hingga
     sedikit garing. Masukkan santan, cili kisar, serbuk kunyit, asam keping, garam
     dan gula serta sedikit air. Masak hingga mendidih dan terbit minyak.

3. Masak serunding ikan dan kelapa. Goreng desicated coconut hingga perang dan
     ketepikan. Panaskan sedikit minyak tumis bahan yang dikisar hingga sedikit garing
     dan masukkan ikan tuna dan asam keping. Goreng sebentar dan masukkan kelapa
     yang telah disangai tadi. Masak sebentar lagi, perasakan dengan garam, brown sugar
     dan lada hitam.

4. Buat kuah budu. Potong semua cili dan bawang besar kemudian masukkan budu,
     juice lemon dan gula secukupnya.

5. Salad dan ulam dibersihkan rendam air garam sebentar dan dipotong nipis-nipis.

6. Goreng keropok / papadom dan toskan minyaknya.

7. Ayam goreng . Bersihkan ayam dan gaul dengan semua rempah, tepung serta
     garam. Kemudian goreng dalam deep fryer sehingga masak.

8. Sendukkan nasi kedalam pinggan dan makan bersama ayam goreng ,

    serunding ikan, salad/ulam, papadom, kuah tumis dan sambal budu. Selamat mencuba. 




Gulai Kambing


Bahan-bahan :

1kg daging kambing  ( daging bertulang)

1 biji bawang besar   }
3 ulas bawang putih   } dikisar
1 inci halia                 }
sedikit lengkuas         }
rempah 4 sekawan  (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

2 sudu besar cili kisar
6 sudu besar rempah kari daging

1 tin santan
air secukupnya

2 keping asam gelugur
5 sudu besar kerisik
3 sudu besar brown sugar  (gula perang)
garam secukup rasa


Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan daging dan air secukupnya, biarkan daging masak empuk dan lembut.
Kemudian masukkan santan, masak lagi hingga terbit minyak.
Masukkan asam gelugur, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
Masak hingga pekat.



Saturday 18 August 2012

Kek Buah Bakar


Bahan-bahan :

200g buah-buahan campuran
2 sudu besar kulit limau (mix lime and orange peel)
6 biji glace cherries
3/4 cawan jus oren
250g tepung gandum
60g tepung naik sendiri
250g butter
250g gula perang
1 sudu besar jem strawberry
2 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
secubit garam

Cara-cara :

Rendam buah-buahan campuran, kulit limau dan ceri dengan jus oren sehingga jadi lembut.
(kakros cuma masukkan campuran buah-buahan kering dan jus kedalam microwave selama
1 minit untuk melembutkan nya)
Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri dan garam.
Pukul butter dan gula perang hingga gebu dan ringan.
Campurkan jem strawberry dan esen vanilla, gaul hingga rata.
Masukkan telur yang dipukul sedikit.
Kemudian masukkan campuran tepung dan campuran buah-buahan selang seli hingga habis.
Masukkan adunan kedalam tin pembakar yang telah dilapis dengan kertas disapu mentega.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama sejam atau sehingga masak
suhu 150 darjah.




Rendang Daging


Bahan-bahan :

2kg daging lembu
2 biji bawang besar  }
6 ulas bawang putih  }
2 inci halia                } dikisar
4 batang serai           }
1 inci lengkuas          }
rempah 4 sekawan (pelaga, lawang, kulit kayu manis,cengkih)
4 sudu besar serbuk ketumbar (coriander)
1 senduk nasi cili kisar
1 senduk nasi rempah kari
1 tin santan

asam keping
2 helai daun kunyit (koyakkan)
5 sudu besar kerisik (kakros guna 200g kerisik)
4 sudu besar gula perang
garam secukup rasa
4 keping daun limau perut (opt)

Cara-cara :

Masukkan semua bahan kedalam kuali, masak hingga pekat dan naik minyak.
Kalau daging tak ada lemak boleh tambah sedikit minyak.
Cuba rasa kalau daging masih liat, boleh tambah air sedikit.
Biarkan merenih, guna api perlahan.
Masak lagi hingga air kering sedikit, baru masukkan asam keping, daun kunyit,
daun limau perut, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
Bila rendang sudah naik minyak daging pun dah lembut bolehlah padamkan api.
Hidangkan dengan berbagai juadah mengikut selera anda.


Friday 17 August 2012

Acar Buah


Bahan-bahan :

sebungkus buah prun (500g)
sebungkus kulit limau (90g)
sebungkus aprikot (250g)
semangkuk kecil kurma (100g)
1/2 bungkus sultana (100g)
sebungkus plum kering
8 biji jeruk bawang
halwa kundur, buah kana,  } kalau ada boleh letak,
halwa pala, asam boi         } kakros tak ada jadi tak letak

2 biji bawang besar  } dikisar
4 ulas bawang putih  }
1 sudu besar pes halia
kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang
2 senduk nasi cili kisar
3 sudu besar jem  (kakros letak jem strawberry)
1 sudu besar cuka
2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula
1 cawan air panas

Cara-cara :

Buah yang besar bolehlah dipotong dua, kurma dibelah dua dibuang biji.
Tumis bawang, bawang putih, halia, cili kisar, kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang.
Bila sudah terbit minyak masukkan air panas, jem dan cuka.
Kemudian masukkan buah-buah yang paling keras seperti plum kering dan kulit limau.
Bila sudah kembang sedikit baru masukkan buah-buahan yang lain, gaul rata.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Bila semua sudah bergaul rata, air pun sudah kering, padamkan api.
Kalau suka boleh taburkan bijan yang disangai / goreng tanpa minyak.
Simpan dalam botol yang bertutup plastik, acar buah ini boleh disimpan lama.
Boleh dibuat buahtangan ketika berkunjung kerumah saudara atau sahabat handai.

* Pada yang suka lebih pedas boleh letak cili padi jeruk ye.


Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Teman


Assalamualaikum.....

Salam 27 ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Tinggal tak berapa hari lagi kita umat islam akan menyambut hari lebaran ye.
Hari kemenangan setelah berpuasa selama sebulan berlapar dan dahaga serta
mengingati umat islam didunia yang kurang berkemampuan.

Tentu ada yang dah mula bertolak pulang kekampung halaman untuk beraya
bersama keluarga tercinta.
Moga semuanya selamat dalam perjalanan nanti.

Kakros dan keluarga sudah enam tahun beraya diperantauan.
Rasanya seronok lagi beraya dirantau orang dari ditanahair sendiri.
Kawan-kawan itu lah saudara kita dirantauan ini.
Yang datang silih berganti jadi banyaklah kenalan.

Walaupun Aidilfitri disambut dalam keadaan bersederhana, kunjung mengunjung,
saling maaf bermaafan dan tolong menolong dalam komuniti rakyat Malaysia
mengeratkan lagi tali persaudaraan disini.
Pada kawan-kawan yang sudah lama pulang ketanahair tu......kalian tetap
dalam ingatan.

Kakros mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin' kepada semua kenalan kakros tak kira dimana berada.
Pada kawan-kawan dilaman web juga kakros ucapkan yang sama.
Tengah buat apa tu ?
Agaknya tengah mengayam kelongsong ketupat ye....
Haa....kalau makan ketupat palas tu jangan lupa kakros disini ye.

Tidak lupa juga pada sanak saudara dan keluarga ditanahair, 'Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin' moga diberi kesihatan yang baik dan panjang umur kita
jumpa nanti ditahun hadapan insyaAllah.....





Wednesday 15 August 2012

Chocolate Oats Cookies

Selamat pagi semua.....

Kakros kenal dengan biskut ni tahun lepas lagi, terus jatuh hati.
Jadi tahun ni kakros buat lagi ye.
Sedap sangat, terima kasih kak Wan sudi berkongsi resipi biskut ini,
minta halalkan ye.
Ni kakros nak kongsikan dekat sini pula mana tahu last-last minit ni
ada yang nak buat operasi tambah koleksi penuhkan balang kuih raya.


Chocolate Oats Cookies
sumber : kakWan @citarasawan.blogspot.com

Bahan-bahan :

A   250g butter
      60g minyak sapi
     160g gula perang  (kakros tambah 1sudu besar gula halus)
      secubit garam  (kakros tambah)

B    280g tepung gandum
       4 sudu besar serbuk koko
       80g tepung jagung
       60g serbuk gajus disangai  (kakros gantikan dengan cornflake)
     
        Hiasan : telur putih, oats lebih kurang 3 cawan

Cara-cara :

Gaul Bahan A hingga sebati kemudian campurkan bahan B uli
hingga jadi doh yang lembut.
Ambil doh sebesar ibujari dan bulat-bulatkan.
Celup dalam telur putih kemudian golekkan dalam oats.
Panaskan ketuhar bakar pada suhu 140 darjah selama 30-35 minit atau
sehingga masak.
(kakros bakar suhu 150 darjah selama 25-30 minit)


Dodol Microwave

Salam ceria semua....

Hari ni kakros nak buat dodol untuk raya nanti, sudah tiga kali kakros 
pergi kedai nak beli gula melaka tapi stoknya masih tak ada.
Gula melaka hanya tinggal seketul saja dirumah jadi tak cukup sebab 
kakros nak buat dua adunan.
Kalau buat satu adunan sekejap je habis.
Dan kakros pergi ke dua lagi kedai yang ada menjual gula melaka tapi 
hampa juga sebab tak ada.
Agaknya bulan puasa ni ramai yang buat juadah pakai gula melaka kot.
Jadi tak nak buang masa kakros pun buatlah dodol menggunakan
lebihan seketul gula melaka tu campur dengan gula perang.
Tapi nanti kalau ada yang nak cuba tu buat lah guna gula melaka 
semata-mata ye sebab dodol gula melaka ni sememangnya sedap.

Resipinya kakros sudah pernah entrykan disini dulu ye tapi takpelah 
kakros tuliskan sekali lagi. 
Dodol Microwave ni mudah sangat penyediaannya dan rasanya sama 
dengan yang dijual dijalan TAR semasa musim perayaan ye.
Tinggal kita boleh adjust rasa manisnya sebab kita buat sendiri.
Selepas ni tak ada alasan lagi lah ye malas nak mengacau dodol.


Dodol Microwave
resipi : Lily's Wai Sek Hong
sumber : Little corner of mine@belachan2.blogspot.com

Bahan-bahan :  (1 adunan menghasilkan 500g-700g dodol)

1/2 cawan gula pasir
1/2 lb gula melaka  (kakros guna seketul gula melaka yang beratnya 250g)
1/2 cawan air panas
sehelai daun pandan

1 cawan tepung pulut  (glutinious rice flour)
1 sudu besar tepung beras
1 tin santan  (400ml)
100ml air  (kakros guna 1/2 cawan air panas)
beberapa titik pewarna cokelat  (star brand)

Cara-cara :

Dalam mangkuk plastik besar, microwave kan gula pasir, gula melaka
air panas dan daun pandan selama lima minit, kacau hingga gula hancur.
Kalau hendak masak atas dapur pun boleh juga, kacau hingga gula hancur.
Keluarkan daun pandan.

Tepung pulut, tepung beras, santan dan air panas dikacau dengan whisk hingga 
sebati kemudian campurkan dengan air gula yang dimasak tadi serta pewarna 
cokelat kalau ada. Kemudian tapis.

Masak dalam microwave selama 5 minit x 7 kali lagi, dan dikacau selang
setiap 5 minit (35 minit). Hati-hati sebab dodol panas masa tu.

Sudah siap dodol bolehlah disimpan dalam bekas plastik atau tupperware
yang disapu dengan sedikit minyak masak. 
Biarkan sejuk dahulu baru ditutup.

Kakros buat 2 adunan  menghasilkan 1kg 350g dodol microwave, kalau nak lebih
double kan saja semua bahan diatas kecuali daun pandan.


Monday 13 August 2012

Spaghetti Chicken Bolognese


Bahan-bahan :

sebungkus spaghetti direbus hingga lembut (12 minit)
1/2 kg daging ayam cincang
1 labu bawang besar didadu
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
setin peeled plum tomato
1 sudu besar oregano
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar dried parsley
1 sudu besar garam
gula secukupnya

Cara-cara :

Spaghetti direbus hingga lembut lebih kurang 12 minit.
Kemudian toskan letak sedikit minyak.
Dalam periuk lain panaskan sedikit minyak zaitun, tumiskan bawang,
bawang putih dan halia.
Masukkan daging ayam cincang, balik-balikkan hingga masak.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, tomato, oregano,
lada hitam dan daun parsley kering.
Rasa garam dan gula secukup rasa.

Pastri Kentang

Kalau tanya dengan kakros yang mana akak suka antara shortcrust dengan
puff pastri. Kakros lebih suka shortcrust pastri walaupun kedua- duanya
boleh digunakan untuk benda yang sama untuk sweet dan savoury pastri
contohnya seperti pie dan tart.
Kenapa ek kakros cakap macam tu ?
Sebab bila dibakar shortcrust pastri tetap sama hanya mengembang sikit
tapi teksture dia gebu, tapi puff pastri bila dibakar naik cantik tapi bila makan
banyak minyak sebab ia dibuat berlapis-lapis dengan butter.
Itu pendapat kakros tak tahu lah dengan pendapat korang.


Pastri Kentang
Bahan-bahan :

buat inti dulu : sama macam buat inti karipap
5 biji kentang didadu
1/2 labu bawang
1/2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar lada hitam
segenggam ikan bilis ditumbuk
garam dan gula
telur untuk sapuan

Tumis bawang dan bawang putih kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu.
Masukkan rempah kari, lada hitam dan ikan bilis.
Masukkan sedikit air supaya kentang lembut, perasakan dengan garam dan gula.
Masak hingga kering air.

Shortcrust pastri dipotong lapan kemudian gelekkan leper, letak inti kemudian
lipat dua samada bentuk tiga segi atau empat segi.
Tekan tepinya dengan garfu, sapu telur diatas pastri kemudian bakar dalam
ketuhar suhu 160 darjah sehingga masak.




Kuih Siput atau Kuih Gunting

Salam semua...

Lama sudah kakros tak buat kuih siput asalnya resipi kuih gunting.
Sebenarnya sama jer doh nya ye. Tinggal nak gentel macam siput
atau nak gunting-guntingkan saja. Boleh saja kalau nak tambah
udang kering atau ikan bilis, tapi yang ini dua-dua nya kakros tak letak,
kira macam doh asas la ye.
Resipi ini kakros ambil dari junjs11 di myresipi.com. dari resipi kuih gunting
by Chef Norzailina Nordin. Pada kedua-duanya terima kasih daun keladi,
boleh ye kakros share kan kat sini.


Kuih Gunting
sumber : junjs11@myresipi.com
resipi : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan :

375g tepung gandum
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari (dihiris)
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90g marjerin  (kakros guna 70g sahaja)
130-140ml santan  (boleh tambah air)

Cara-cara :

Gaulkan kesemua bahan kemudian gelekkan, potong panjang-panjang
dan gunting-guntingkan serong pendek.
Kalau nak buat macam siput, cubitkan sedikit doh dan tenyehkan pada
acuan kuih siput, buat sampai habis.
Panaskan minyak kemudian gorengkan hingga perang, toskan bila dah
sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Cornflake


Bahan-bahan :

250g butter
3/4 cawan gula pasir dikisar halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan cornflake diramas halus
secubit garam

Hiasan : telur putih dan cornflake
           
Cara-cara :

Pukul butter dan gula hingga bercampur masukkan telur yang dipukul
sedikit bersama esen vanilla.
Gaul rata tepung, cornflake dan secubit garam, masukkan kedalam
adunan butter.
Uli hingga jadi doh yang lembut dan bulat-bulatkan.
Celup dalam telur dan golek dalam cornflake yang diramas kasar tadi.
Bakar suhu 160 darjah selama 20-25 minit.



Saturday 11 August 2012

Biskut Makmur

Salam semua.....

Kakros memang suka sangat dengan Biskut Makmur ni tapi tak pandai nak
menggentel bentuk nya yang bujur tu. Tak kesah lah kan bentuk apa pun
asalkan kakros buat dengan air tangan kakros sendiri janji puas hati tak gitu.
Nampak-nampak tu ada macam bentuk igloo pun adakan haa...dome lagi...
Abaikan saja gambar kakros yang kat atas tu bayangkan yang bentuk bujur
dan sedap macam kat fotopages Chef Hanieliza yang tersohor tu yer...


Biskut Makmur
sumber : Hanieliza.fotopages.com

Bahan-bahan :

500g tepung gandum
80g gula halus
minyak sapi secukupnya

Bahan inti :

300g kacang tanah
70g gula halus
gula icing untuk salut biskut

Cara-cara :

Gaul semua bahan untuk doh hingga lembut dan boleh dibentuk.
Kacang tanah digoreng tanpa minyak / dibakar dalam oven selama
20 minit, buang kulit.
Mesin kacang gaul dengan gula.
Ambilkan doh leperkan bentuk, masukkan inti kacang bentukkan bujur.
Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebentar kemudian golek dalam gula icing.


Bangkit Bijan Kak Besah

Salam semua...

Siapa tak kenal Kak Besah di myresipi.com kan.....Banyak kuih-kuih lama yang
Kak Besah hidangkan di myr yang menjadi tatapan kita semua. Ada kuih2 lama
yang kita tak pernah kenal dan dengar pun sebelum ni. Terima kasih Kak Besah
kerana sudi berkongsi ilmu, moga dibalas dengan segala kebaikkan didunia dan
diakhirat hendakNya...amin.

Pada yang belum buat tu, jangan susah-susah cari resepi, Bangkit Bijan Kak Besah
ni memang gerenti sedap....gebu gitew....


Bangkit Bijan Kak Besah
sumber : kak besah@myresipi.com

Bahan-bahan :

1 buku butter / 1 cawan marjerin (250g)
1 cawan mumbung gula icing (150g)  (kalau guna gula halus 1 cawan rata (130g))
2 kuning telur
1 sudu teh pewarna hijau
2 cawan rata tepung gandum (200g)
2 cawan rata tepung ubi (200g)
1 sudu teh baking powder  (kakros letak secubit saja)
2/3 cawan bijan (kurang pun boleh) sangai hingga kuning
2 putih telur untuk sapu dan lebihan bijan  (kakros tak guna)

Cara-cara :

Sangai / goreng dengan api perlahan bijan hingga kuning.
Kacau butter dan gula hingga lembut.
Masukkan kuning telur dan pewarna hijau, gaul rata.
Kemudian masukkan semua tepung yang diayak dengan baking powder
dan bijan yang disangai tadi.
Uli hingga jadi doh yang lembut.
Gelek doh antara dua plastik, terap dengan acuan.
Susun atas dulang dan bakar suhu 160 darjah selama 20 min.






Friday 10 August 2012

Biskut Dahlia

Salam semua ...

Resepi Biskut Dahlia Norazie ni memang dah lama ada dalam simpanan kakros.
Tapi nak buat tu tak terbuat juga sebab kakros tak ada acuan nya. Tapi tahun ni
tak kira lah, tak ada acuan bukan satu alasan. Kakros main terap jer dengan penerap
biasa. Jangan ketawa pula nengok, janji kakros dah dapat makan.....gebunya....


Biskut Dahlia
sumber : Norazie @ resepi.net

Bahan-bahan :

300g butter / mentega
160g gula icing (kakros guna 140g saja)
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
240g tepung gandum
100g tepung jagung
160g tepung kastad
ceri merah untuk hiasan 

Cara-cara :

Kacau butter dan gula icing hingga lembut.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Kemudian masukkan semua tepung yang telah diayak bersama.
Gaul / uli hingga jadi doh yang lembut.
Kemudian tekan dengan acuan biskut dahlia.
Letak ceri merah sebagai hiasan.
Bakar suhu 160 darjah selama 20 minit.

*abaikan gambar biskut dahlia kakros tu sebab hanya guna penerap biasa saja, tkasih.


Tart Nenas


Bahan-bahan :

250g butter
100g gula halus
1 biji telur
1/4 sudu teh esen vanilla
450g tepung gandum
secubit garam
inti jem nenas secukupnya

jem nenas :

nenas
gula
pewarna kuning

Cara-cara :

Kacau butter dan gula sekejap hingga sedikit putih.
Masukkan telur dan esen vanilla yang dipukul sedikit.
Kemudian masukkan tepung dan secubit garam.
Gaul atau uli hingga jadi doh yang lembut.
Biarkan sebentar barulah diterap dengan acuan tart sehingga habis adunan.
Letakkan inti jem nenas kemudian bakar suhu 160 darjah selama 20 minit.

Thursday 9 August 2012

Biskut Peanut Butter


Bahan-bahan :

680g tepung gandum
680g peanut butter
680g gula halus (kakros guna 580g sahaja)
minyak masak / minyak mazola secukupnya
secubit garam
sebiji telur campur sedikit pewarna kuning untuk sapuan
kacang tanah sebagai hiasan (kakros tak letak)

Cara-cara :

Dalam sebuah bekas besar, gaul tepung dengan gula halus dan garam
hingga rata.
Kemudian masukkan pula peanut butter, gaul hingga sebati.
Selepas itu masukkan minyak masak (kakros guna sunflower oil) sedikit
demi sedikit gaul hingga jadi doh yang lembut.
Kemudian gelek dan terap doh antara dua kepingan plastik supaya tidak
melekat.
Susun doh atas tray sapu dengan telur.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 150 darjah
selama 20 - 25 minit.

* kakros tak terap doh tapi hanya bulat-bulatkan dan sapu dengan telur.



Wednesday 8 August 2012

Nasi Prun dan Ayam Bakar Kakros


Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
4 mug air atau air secukupnya untuk masak nasi
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 kiub pati ayam
1 sudu besar pes halia
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, cengkih, lawang)

2 genggam bawang goreng segera
2 genggam buah prun tanpa biji (pitted prune)
sebiji cili merah dibelah dua
sedikit daun pudina (mint)
1 1/2 sudu besar garam

Cara-cara :

Masukkan air secukupnya bersama beras basmathi dalam periuk rice cooker.
Masukkan juga rempah kurma, kiub pati ayam, halia, rempah 4 sekawan
dan minyak zaitun.
Kacau perlahan hingga semua bercampur, tutup periuk nasi, masak seperti biasa.
Bila nasi hampir masak, masukkan buah prun, bawang goreng, cili merah dan
daun pudina.
Tutup periuk nasi biarkan ia masak sempurna sebentar lagi.
Gemburkan perlahan dengan garfu atau sudip.
Kemudian bolehlah offkan rice cooker.
Hidangkan Nasi Prun bersama Ayam Bakar Kakros.


Ayam Bakar Kakros

Bahan-bahan :

seekor ayam dipotong 16
3 biji kentang yang besar
1 labu bawang besar
serbuk all purpose seasoning secukupnya
sedikit kicap manis cap kipas udang
3 sudu besar madu
(garam tak perlu sebab all purpose seasoning dah ada garam dalamnya)

Cara-cara :

Potong baji (wedges) bawang besar masukkan dalam tray.
Potong kentang juga masukkan dalam tray.
Ayam disapu dengan serbuk all purpose seasoning dan susun diatas
kentang dan bawang.
Tuang sedikit kicap dan madu keatas ayam rata-rata.
Bakar dalam oven selama 1 jam atau sehingga masak.
Balikkan ayam disetengah masa pertama.
Hidangkan Ayam Bakar Kakros bersama Nasi Prun.

Cashew Nut Crumble


Bahan-bahan :

300g tepung gandum (3 1/4 cawan)
1/2 cawan cornflake dikisar
1/2 cawan gajus dipanggang dikisar
125g gula yang dikisar
1/4 sudu teh baking powder
secubit garam
175g butter
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
sedikit gajus panggang untuk hiasan

Cara-cara :

Tepung dicampur dengan cornflake kisar, gajus kisar, gula garam serta baking powder.
Gaul hingga semua sebati.
Gaul butter dengan adunan tepung.
Campur telur yang dipukul sedikit bersama esen vanilla.
Gaul hingga jadi seperti serbuk roti kemudian sudukan kedalam cawan kertas kecil.
Letakkan gajus sebagai hiasan.
Bakar selama 20 -25 minit suhu 150 darjah.
Biarkan sejuk atas tray kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Bangkit Kelapa Moden

Alhamdulillah, bersiaran lagi kakros hari ini, salam ceria ramadhan semuanya...

Kali ni kakros cuba pula resipi Bangkit Kelapa Moden dari resipi kak Besah
di myresipi ye. Tak rugi mencubanya kerana memang ternyata sedap bangkit kak Besah ni.
Pada kak Besah yang memang fofular di myresipi.com, terima kasih banyak2 semoga
dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik hendakNya.
Izinkan kakros kongsikan resipi ini disini pula, pada peminat bangkit kelapa apa lagi
cuba lah ye bangkit yang sedap dan gebu ini.


Bangkit Kelapa Moden
sumber : Kak Besah @ myresipi.com

Bahan-bahan :

2 cawan kelapa parut  (kakros guna desicated coconut)
1 cawan mumbung gula icing (150g)
(jika guna gula halus rata saja ya (130g)
1 buku butter (250g) / marjerin 1 cawan
2 biji kuning telur
4 cawan rata tepung ubi (400g)
2/3 cawan tepung gandum (70g)
1 sudu teh mumbung baking powder (kakros guna secubit saja)

Cara-cara :

Sangai / goreng dengan api perlahan kelapa parut hingga perang rata.
Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu2 putar 10 saat.
Ayak tepung2 bersama baking powder kemudian masukkan kedalam adunan
butter sikit2 selang seli dengan kelapa sambil diuli hingga jadi doh yang lembut.
(biarkan lembut sebentar nanti ia akan keras)
Gelek dan terap dengan acuan bulan sabit.
Susun atas dulang dan bakar suhu 150 darjah selama 20-25 min atau ikut suhu
kepanasan oven masing2 (kakros bakar 20 min suhu 160 darjah)

Tuesday 7 August 2012

German Cookies

Salam semua...

German Cookies yang sedap, gebu dan cair dalam mulut. Sekejap ada, sekejap tak ada.
Terima kasih Rima kerana share resepi ini. Dah tergoda bila pertama kali nampak di Bisous A Toi.
Boleh ye kakros nak share kat sini pula.


German Cookies
sumber : Rima@Bisous A Toi

Bahan-bahan :

125g butter
40g gula icing (ayak)
125g potato starch
80g superfine flour

Cara-cara :

Pukul butter dan gula icing hingga lembut dan putih.
Ayak tepung dan potato starch.
Gaul dan uli hingga jadi doh yang lembut.
Buatkan bebola kecil susun atas loyang.
Tekan dengan garfu atas doh. Celup garfu dalam air sebelum menekan.
Kemudian bakar selama 15minit suhu 170 darjah.
(kakros bakar suhu 160 darjah selama 20 minit)


Thursday 2 August 2012

Pajeri Terung


Bahan-bahan :

2 biji terung besar (belah dua potong panjang-panjang)
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang
rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih, pelaga)
1 senduk nasi rempah kari (bancuh dengan air)
segenggam udang kering direndam
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan santan
5 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam atau secukup rasa


Cara-cara :

Panaskan minyak tumis bawang, bawang putih dan rempah 4 sekawan
hingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan bancuhan rempah kari, letak sekali
pes asam jawa.
Tumis hingga rempah kari masak dan terbit minyak kemudian masukkan santan.
Biarkan mendidih masukkan kerisik, kemudian masukkan terung.
Balik-balikkan hingga terung masak letak garam dan gula secukup rasa.
Rasa dah okay bolehlah padamkan api. Hidangkan dengan nasi pilihan anda.


Ayam Prune


Resepi Ayam Prune ini kakros ambil dari dapur DayangJack. Memang kena dengan
selera anak-anak. Ada pedas dan masam-masam manis gitu. Terima kasih Dayang,
minta izin kongsikan resepi yang sedap ini kat dapur akak pula.
Yang ingin merasa Ayam Prune ini bolehlah mencuba ye. Resepi asal boleh dapat dari
dapur DayangJack sendiri.

Ayam Prune
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :

10 ketul ayam
1 sudu besar rempah kerutup (Dj guna rempah kerutup Adabi)
4 sudu besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
air secukupnya

2-3 sudu besar madu atau secukupnya
4 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa

semangkuk kecil buah prune tanpa biji
1-2 biji tomato (Dj guna tomato ceri)
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)

bahan-bahan kisar :
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara :

Gaulkan ayam bersama rempah kerutup, cili kisar dan bahan-bahan
kisar tadi dan perap selama sejam.

Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga wangi.

Masukkan ayam bersama bahan perap tadi, balik-balikkan hingga
mendidih. Tambahkan air secukupnya.

Bila ayam hampir masak, masukkan sos-sos, madu dan garam secukup rasa.

Balik-balikkan hingga semua bergaul sebati, masukkan prune dan tomato.

Apabila sudah masak bolehlah padamkan api. Angkat dan hidangkan dan
jika suka bolehlah taburkan dengan gajus dan bawang goreng.



Wednesday 1 August 2012

Kuey Teow Goreng


Bahan-bahan :

sebungkus kuey teow
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar udang kering direndam
sedikit udang basah
sedikit air
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
kicap manis cap kipas udang secukupnya

2 biji telur
semangkuk taugeh
sebatang karot dipotong
daun bawang, cili merah dipotong

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang dan bawang putih serta
cili kisar hingga garing.
Masukkan udang basah dan udang kering, letak sedikit air.
Kemudian masukkan sos tomato, kicap secukupnya, garam dan gula,
biarkan mendidih.
Selepas itu masukkan kuey teow, balik-balikkan hingga rata masukkan telur.
Akhir sekali masukkan karot dan taugeh.
Sudah masak, hidangkan tabur dengan potongan daun bawang dan cili merah.


Sayur Lodeh ~ Lontong


Bahan-bahan :

1 labu bawang besar                       }
3 ulas bawang putih                        }
1 inci halia                                      } dikisar
3 biji buah keras                             }
segenggam udang kering direndam   }
1 inci kunyit hidup                           } kakros guna serbuk kunyit
2 batang serai diketuk

air secukupnya      
santan pekat secukupnya   }  kakros guna susu segar

semangkuk kobis              
semangkuk kacang buncis  (nak guna kacang panjang pun boleh)
sebatang karot
semangkuk sengkuang  }  kakros tak guna

2 keping tauhu empatsegi  (digoreng dan dipotong) kakros guna bebola tauhu kering
2 keping tempe  (dipotong dan digoreng)  kakros tak guna sebab tak ada
fucuk atau tauhu kering  (di rendam)   kakros tak guna sebab tak ada    
sedikit soo hoon atau suun

2 biji cili merah potong serong
1 1/2 sudu garam atau secukup rasa
sedikit gula

Cara-cara :

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk
hingga garing dan wangi.
Kemudian masukkan air biarkan mendidih.
Kemudian masukkan santan pekat, kat sini kakros tak guna santan,
tapi guna susu segar yang secukupnya untuk kuah.
Selepas itu masukkan serbuk kunyit.

Guna api sederhana, masukkan karot, kobis dan kacang buncis serta sengkuang kalau guna.
Masukkan juga tauhu dan tempe yang digoreng, fucuk serta soo hoon (kakros guna soo hoon
dan bebola tauhu kering yang direndam terlebih dahulu)
Gaul rata kemudian masukkan cili merah yang dipotong serong, garam serta sedikit gula.
Biarkan merenih, bila mendidih rasa pun sudah okay, bolehlah padamkan api.
Hidangkan bersama nasi impit, sambal ikan bilis dan telur rebus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...