Tuesday 15 May 2012

Mee Hoon Goreng dan Baked Potatoes dalam Microwave

Selamat pagi semua, entry biasa-biasa jer untuk sarapan pagi tadi.
Terima kasih semua yang sudi singgah ke mari...


Mee Hoon Goreng
Bahan-bahan :

sebungkus meehoon di rendam
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
sejemput udang kering  }
sejemput ikan bilis       }  di rendam air panas
sebiji kentang di potong dadu
4 batang sosej ayam di potong
2 sudu besar cili kisar

secawan lebih air panas
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula

sebatang karot
semangkuk kobis
sebiji cili merah, daun bawang

Cara-cara menyediakan nya :

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, bawang putih hingga wangi, masukkan
cili kisar, udang kering dan ikan bilis yang di rendam serta sosej yang telah di potong.
Masukkan kentang yang di dadu juga, goreng hingga sosej dan kentang masak.
Kemudian masukkan secawan lebih air panas, sos tomato, kicap manis, sos tiram, garam dan gula.
Biarkan mendidih sebentar masukkan karot dan kobis serta mee hoon yang di rendam tadi.
Balik-balikkan hingga bergaul rata dan mee hoon masak lembut.
Taburkan cili merah dan daun bawang.






Baked Potatoes dalam Microwave
Bahan-bahan :

4 biji kentang
6 batang sosej ayam di potong
1 tin baked beans
< 1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan nya :

Kulit kentang di bersihkan kemudian di potong silang di atas nya jangan putus.
Kalau nak cucuk kentang guna garfu saja pun boleh.
Bungkus kentang satu satu dalam plastik cling wrap, letak keatas pinggan dan
masakkan dalam microwave selama 8 minit.
Lama masa memasak bergantung kepada besar nya kentang yang di gunakan.
Bila sudah masak jangan terus keluarkan kentang, biarkan kentang di dalam microwave
beberapa minit lagi. (proses stim masih berlaku)

Sosej ayam di potong dan di goreng sebentar hingga masak dan toskan.
Tuang baked beans atau kacang panggang ke dalam mangkuk, letak sedikit garam
dan masak dalam microwave selama 30 saat.

Bila hendak makan keluarkan kentang yang sudah masak tadi dari plastik wrap
letak dalam mangkuk yang hendak di gunakan dan tekan sedikit bahagian atas nya.
Hati-hati kerana masih panas, kemudian tekan bahagian bawah kentang menggunakan
kedua-dua tangan supaya terbuka bahagian atas yang di potong silang di awal tadi.
Kemudian sudukan kacang panggang ke atas nya dan taburkan sosej yang telah
di goreng.

Bake Potatoes ini boleh di makan dengan berbagai-bagai topping seperti mayonais
dan tuna, scrambble eggs dan cheese, mince chicken yang di goreng dengan bawang.
Yang ini semua contoh, anda boleh makan dengan apa saja yang anda rasa suka.. okeh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...