Showing posts with label nasi beriani. Show all posts
Showing posts with label nasi beriani. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Beriani Daging, Ayam Panggang @ Ayam Golek Munira dan Acar Timun Masak

Salam ceria semua, hari ini kakros masak Nasi Beriani Daging, Ayam Panggang aka Ayam Golek
dari resepi di dapur Puan Munira Baharum serta Acar Timun Masak. Memandangkan yang
abang tak boleh makan daging (sekali sekala tu boleh lah), kakros pun masak aje Beriani Daging
tanpa daging dengan menggunakan perencah Beriani Daging yang masih ada balen 1/2 peket lagi.

Malamnya kakros kena masak lagi nasi sebab Beriani Daging yang akak masak siang tadi dah
habis. Pada Puan Munira salam kenalan dan terima kasih kerana sudi kongsikan resepi Ayam
Panggang aka Ayam Golek tu, memang sedap. Kakros minta izin kongsikan di sini pula. Pada
sapa yang sedang mencari resepi ayam untuk di masak hari ini boleh lah cuba resepi dari Puan
Munira ini ye. Kakros buat Acar Timun Masak juga, pada yang suka makan berkuah boleh lah
masak apa-apa kari atau kuah dalca sebagai tambahan terpulang lah pada masing-masing yer.
Jangan lupa gorengkan papadom juga.



Beriani Daging

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
air ikut sukatan seperti memasak nasi biasa
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
4 sudu besar rempah beriani daging
1 kiub pati ayam atau kiub daging
2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
pewarna kuning
daun ketumbar

Cara-cara menyediakan :

Dalam periuk rice cooker bersihkan beras dan masukkan air mengikut sukatan seperti
memasak nasi biasa.
Panaskan minyak sapi dan minyak, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga
wangi.
Kemudian masukkan rempah beriani daging dan kiub pati ayam, letakkan
sedikit air.
Masak hingga terbit minyak kemudian terus masukkan dalam periuk
rice cooker bersama beras tadi.
Masak seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker, bila air dah kering titiskan
pewarna kuning dan tabur daun ketumbar.
Tutup semula penutup periuk nasi biar naik wap sebentar, bila dah 'keep warm' dah siap
dah Nasi Beriani Daging tu ye.
Boleh gembur nasi dan hidangkan bersama lauk kegemaran keluarga anda.




Ayam Panggang aka Ayam Golek
Resepi : Puan Munira Baharum @ DiraBakers

Bahan-bahan :

28 ketul ayam  (di kelar)
2 biji bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar lada putih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

1 senduk sos tiram
1 senduk kicap pekat (kakros guna kicap manis cap kipas udang)
1 senduk jus lemon
2 sudu besar madu
4 sudu makan gula perang (kakros tak letak)
1 kiub ayam

Cara-cara menyediakan :

Ayam di bersihkan dan di kelar.
Kisar bawang dan semua rempah di atas dan gaul sebati ayam dengan semua bahan di atas.
Perap ayam semalaman di dalam tupperware bertutup dalam peti ais, lagi lama perap lagi
sedap ye.
Kalau nak perap 5-6 jam pun boleh juga kata Pn Munira mengikut tahap kesabaran masing-masing.
Nak membakar di atas pemanggang atau susun jer ayam dalam loyang berlapik aluminium
dan bakar ayam dalam oven selama 1 jam suhu 165 darjah atau sehingga masak (ikut suhu
kepanasan oven masing-masing) jangan lupa terbalikkan 1/2 jam pertama.
Kalau nak pastikan ayam dah masak sempurna bolehlah cucukkan dengan garfu atau hujung
mata pisau, kalau jus yang keluar jernih dah masak lah ayam tu.

Resepi asal boleh lihat di dapur Pn Munira Baharum @ DiraBakers sebab kakros telah
double kan bahan di atas sebab ayam yang kakros guna kan banyak sikit.
Kalau guna seekur ayam seperti Pn Munira boleh lah semak resepi asal di dapur beliau.
Pada Pn Munira terima kasih dan izinkan kakros kongsikan resepi Ayam Panggang aka
Ayam Golek ini di sini pula.




Acar Timun Masak

Bahan-bahan :

1 biji timun
2 batang karot
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit hirisan halia
1/2 sudu besar halba campur
setangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari
1/4 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar cuka
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
hanya sedikit air (lebih kurang 2-3 sudu besar air)
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan :

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang yang di dadu dan halia hingga sedikit
perang masukkan halba campur dan daun kari.
Kemudian masukkan rempah kari, serbuk kunyit, cuka, garam dan gula.
Letak sedikit air nak kasi rempah masak.
Tumis sebentar lagi hingga terbit minyak, dah boleh masukkan karot dan timun.
Balik-balikkan tak mau lama sangat sebab tak nak sayur jadi lembut, cuba rasa
dulu dah okay bolehlah tutupkan api.







Friday, 20 January 2012

Beriani Ikan



Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
3 mug air
1 mug susu segar
3 sudu besar perencah beriani ikan
1/4 biji bawang besar di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
1 kiub pati ayam
3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak sapi + 1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
pewarna kuning

Cara-cara :

1. Kali ni kita masak pula beriani ikan cara mudah ye. Kenapa akak kata mudah?
    Sebab hanya gunakan perencah fish beriani yang dah siap dalam kotak.

2. Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker kemudian masukkan semua
    bahan-bahan lain kecuali pewarna kuning. Masak nasi beriani ini seperti masak
    nasi biasa dalam rice cooker.

3. Bila air sudah kering titiskan beberapa titis pewarna kuning keatas nasi. Tutup
    semula penutup periuk. Biarkan nasi betul-betul masak kemudian gemburkan.

4. Nasi Beriani Ikan ini kakros hidangkan dengan Ikan masak merah, kerabu tomato
    timun dan papadom goreng.

Ikan Masak Merah

Bahan-bahan :

seekor ikan sederhana besar atau beberapa keping potongan ikan
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
sesenduk cili kisar
setin peeled tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Boleh guna apa-apa ikan, kakros guna salmon. Sapu garam dan kunyit kemudian goreng
garing. Kaitkan ikan kedalam pinggan. Tumis bawang yang di kisar dengan serai dan halia.
Bila dah garing masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak masukkan peeled tomato.
Pecah-pecahkan tomato dengan senduk, masukkan garam dan gula secukup rasa masak
hingga pekat. Masukkan ikan yang di goreng tadi balik-balikkan sebentar kemudian tutupkan
api. Dah siap untuk di hidangkan dengan nasi beriani tadi ye. Jangan lupa goreng papadom
dan siapkan kerabu tomato timun sekali. Selamat menjamu selera.

Tuesday, 20 September 2011

Nasi Beriani, Kurma Ayam, Sambal Belacan Dan Salad








Masakan ini sangat mudah dan cepat di masak. Pada adik-adik student yang sibuk
tak ada banyak masa di dapur bolehlah cuba cara masak Nasi Beriani dan Kurma Ayam
yang mudah ini ye.....bukan nak memandai cuma sekadar berkongsi.....Jom semak resepi...

Nasi Beriani (cara mudah)

Bahan-bahan :

2 mug beras basmathi
3 mug air
3 sudu besar rempah beriani masala mix
1/4 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
sedikit pewarna kuning
1 kiub pati ayam (opt)

Cara-cara :

1. Basuh beras di dalam periuk rice cooker. Masukkan air, rempah beriani, bawang,
    minyak sapi, minyak, garam dan kiub pati ayam. Kalau tak letak kiub pun tak pe ye.

2. Kemudian on kan rice cooker. Masak seperti masak nasi biasa. Bila air dah kering
    titikkan pewarna kuning ke atasnya dan tutupkan penutup periuk nasi semula.

3. Biarkan sebentar kemudian gemburkan nasi perlahan-lahan. Nasi beriani dah pun siap.

Kurma Ayam (cara mudah)
Sementara menunggu nasi masak bolehlah masak Kurma Ayam dahulu.

Bahan-bahan :

10 ketul ayam (atau 1kg ayam)
2 biji kentang (sebiji di potong empat)
2 biji tomato (sebiji di potong lapan)
sebungkus rempah chicken white korma mix
1 1/2 biji bawang besar di cincang halus
3 hiris halia di cincang halus
3 biji cili hijau di cincang halus
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
1 1/2 mug air
1 tin susu cair + 2 sudu besar lemon juice

Cara-cara :

1. Tumis bawang, halia dan cili hijau. Kemudian masukkan ayam serta sepeket rempah
    kurma, gaul ayam sebentar.

2. Masukkan susu cair, air dan kentang. Didihkan hingga ayam masak dan kentang lembut.
    Kemudian baru masukkan tomato yang di potong tadi.

3. Masakkan sebentar lagi kemudian bolehlah di tutupkan api. Tidak payah letak garam kerana
    rempah kurma kotak tu sudah ada garam di dalam nya. Kurma Ayam mudah dah siap.

Sambal Belacan dan salad
Sambal belacan tentu semuanya dah tahu buatkan dan salad boleh guna apa-apa daun salad
dan timun terpulang. Pada yang tak tahu... saja akak tempekkan juga cara nak buatnya di sini ye....

4 biji cili merah
8 biji cili padi
sebesar ibu jari belacan
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula
lemon juice secukupnya

Semua bahan-bahan di atas di blender atau kalau ada lesung batu bolehlah di tumbuk ye...
tapi lemon juice letakkan kemudian sebab nanti mercik kat mata pulak.
Set Nasi Beriani, Kurma Ayam dan Sambal Belacan ni dah cukup buat anak-anak akak
makan sampai menjilat jari.....takut jugak naik berat badan sekilo lagi. Pada yang ada masaalah
menambahkan berat badan bolehlah cuba. Pada yang nak jaga badan... makan sepinggan
cukuplah ye....hehehe :))

Thursday, 11 August 2011

Nasi Beriani Ayam Masala

Hari ni rasa malas nak masak, malas nak berdiri. Sendi pun masih sakit-sakit lagi.
Saki baki demam dari minggu lepas masih ada lagi. Jadi masak simple-simple saja,
supaya cepat-cepat habis masak dan boleh duduk.
Jadi akak masaklah nasi guna rempah yang dah siap dalam kotak. Menu hari ini
Nasi Beriani dan Ayam Masala. Jom semak resepi simple ni....


Nasi Beriani

Bahan-bahan :
2 mug beras basmathi
1/4 biji bawang besar di dadu
1 sb pes halia
1 sb serbuk bawang putih
2 sb penuh rempah beriani masala
1 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
2 sb yogurt
1 sb garam
1 kiub pati ayam (tak letak)
sedikit bawang goreng

Cara-cara :
Basuh beras dalam rice cooker, letak air secukupnya. Kemudian masukkan semua
bahan-bahan lain kecuali bawang goreng. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi beriani
dah masak, balik-balikkan dengan senduk dan offkan rice cooker, tabur bawang goreng
di atasnya.

Ayam Masala

Bahan-bahan :
8 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
1 sb serbuk bawang putih
1 sb pes halia
4 sb penuh rempah meat masala (boleh guna daging atau kambing)
2 biji kentang
2 biji tomato  (tak letak)
air secukupnya untuk kuah
1 sb garam

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, halia dan bawang putih. Masukkan ayam,
masak hingga sedikit garing di luarnya. Tuang air hingga menutupi ayam. Masukkan
rempah masala dan kentang serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih, ayam
betul-betul masak dan isinya dah lembut. Kalau tak cukup kuah, tambah air lagi. Boleh
guna daging atau daging kambing. Guna ayam sebab ada yang tak boleh makan daging
kat umah ni.

Tamarind Chutney (brown sauce)
1/2 cawan air panas
1 sb pes asam jawa
3 sb brown sugar
1 sb gula
1 st pes halia
1/2 st serbuk jintan manis
1 sb sos cili
secubit garam

Cara menyediakannya : Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan microwavekan
                                    selama 1 minit. Keluarkan dan gaul sebati. Atau boleh masak
                                    atas dapur.

Bahan sampingan lain : Papadom dan salad campur.







Tuesday, 5 July 2011

Beriani Middle East



Bahan2 :

3 pot beras basmathi
air banyak macam masak nasi biasa

12 potong ayam
1/2 biji bawang besar
1 sb. ginger powder
1 sb. garlic powder
2 sb. serbuk jintan manis
1 sb. serbuk jintan putih
1 sb. serbuk ketumbar
rempah 4 sekawan (k.kayu manis,b.pelaga,b.lawang,b.cengkih)
2 sb. dried parsley
1 biji cili merah, 2 biji cili hijau (potong serong)
1 kiub pati ayam
2 1/2 sb. garam dan 1 sb. gula
sedikit minyak + 3 sb. minyak sapi (untuk menumis)

1/2 cawan kismis
1/2 cawan bawang goreng












Sambal tomato dan karot
semangkuk ceri tomato  (di belah 4)
1 biji bawang besar  (di hiris nipis)
2 batang karot  (di sagat)
1 biji cili merah, 3 biji cili padi           }
secubit belacan                                 }
2 sb. gula, 1 sb. garam                      } di kisar kasar
segenggam udang kering (di rendam) }

Dalam sebuah mangkuk campurkan ceri tomato, bawang besar, karot dan
bahan yang telah di kisar tadi. Gaul sebati.



Salad campur
red cabbage, white cabbage  }
iceberg lettuce, endive salad  }  di potong nipis
(boleh guna salad lain selain dari di atas)



Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak + 3 sb. minyak sapi. Tumis bawang hingga wangi.

2. Masukkan rempah 4 sekawan dan semua rempah lain, masakkan sebentar lagi.

3. Kemudian masukkan ayam balik-balikkan sebentar, masukkan air hingga menutupi
    ayam. Masak hingga daging ayam lembut.

4. Masukkan dried parsley, garam dan gula bersama kiub pati ayam. Masak hingga
    kuah tinggal sedikit dan tutup api.

5. Basuh beras basmathi dan masukkan air seperti memasak nasi biasa.

6. Kemudian masukkan ayam yang di masak ke dalam rice cooker bersama beras dan
    air yang telah di sukat tadi. Masukkan 3 sb. pewarna kuning + 1/2 st. kunyit serbuk.
    Masak seperti memasak nasi biasa.

7. Bila air hampir kering, masukkan kismis dan tutup penutup periuk semula, jangan
    di gemburkan nasi.

8. Bila nasi telah masak, taburkan bawang goreng di atasnya dan bolehlah di gemburkan
    nasi tadi. Siap untuk di makan bersama salad campur serta sambal tomato dan karot.

Thursday, 9 June 2011

Nasi Beriani Ayam


Bahan2 :

seekor baby chicken
3 pot beras basmathi
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia di hiris
5 sb. rempah beriani ayam*
1 kiub pati ayam
sedikit minyak dan 2 sb. minyak sapi
1/2 cawan susu segar+ sedikit lemon juice
air secukupnya untuk memasak nasi
sedikit pewarna kuning
bawang goreng dan garam

*Boleh letak rempah seperti kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang
  jika menggunakan rempah beriani dari Malaysia. Tapi di sini saya gunakan rempah beriani
  dalam kotak yang telah sedia ada semua rempah itu di dalamnya.

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, tumiskan bawang dan halia. Bila sedikit
    garing, masukkan ayam yang telah di potong dan di bersihkan. Masakkan sebentar.

2. Kemudian masukkan rempah beriani dan kiub pati ayam. Masukkan sedikit air dan
    masak ayam sehingga lembut. Biarkan air kering sedikit bolehlah di tutup api.

3. Basuh beras dan masukkan air seperti biasa dalam rice cooker, kemudian masukkan
    semua rempah dan ayam tadi bersama beras dan masak seperti biasa. Masukkan juga
    susu yang di campurkan lemon juice. Bila air kering titiskan pewarna kuning dan tutup
    semula periuk nasi. Biarkan rice cooker keep warm sebentar bolehlah di tutup api.
    Kemudian gemburkan nasi dan taburkan bawang goreng ke atasnya. Boleh juga taburkan
    daun ketumbar dan kacang gajus serta masukkan sedikit kismis ke dalam nasi jika suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...