Wednesday 26 October 2011

Nasi Lemak Sambal Serai Ayam dan Sambal Ikan Bilis



Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
1/2 biji bawang besar di dadu
kulit kayu manis dan bunga lawang
1 sudu besar pes halia
sehelai daun pandan
1 cawan santan
3 sudu besar minyak
sukatan air seperti masak nasi biasa
1 1/2 sudu besar garam

Cara-cara :

1. Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker kemudian sukat air seperti biasa
    dan masukkan semua bahan-bahan lain. Tanak Nasi Lemak dalam rice cooker
    seperti masak nasi biasa. Sambil tu boleh masak sambal ye. Sekali letak dua-dua
    atas dapur sebelah menyebelah. Bila dah siappun dua-dua masak sama time.

Sambal Serai Ayam
9 ketul ayam di buang kulit dan di bersihkan
2 biji bawang besar  } di kisar
2 batang serai          }
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 senduk cili mesin
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
secubit belacan
1/2 biji bawang besar di potong kasar

Sambal Ikan Bilis
semangkuk kecil ikan bilis di rendam
1 1/2 biji bawang besar di kisar
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 senduk cili mesin
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
2 sudu teh pes asam jawa
secubit belacan
1/2 biji bawang besar di potong kasar

Cara-cara :

1. Ayam di sapu garam dan kunyit kemudian di goreng terlebih dahulu. Dalam dua dua
    kuali panaskan minyak dan tumis bawang hingga sedikit garing, kuning dan wangi.

2. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih serta cili mesin. Letakkan gula, garam,
    pes asam jawa serta belacan. Tumis hingga cili masak dan terbit minyak.

3. Lepas tu bolehlah masukkan ayam yang telah di goreng tadi dalam sambal yang ada serai
    dalamnya dan ikan bilis dalam kuali yang lagi satu. Masukkan juga bawang besar yang di
    potong kasar dalam kedua-dua kuali. Balik-balikkan ayam dan balik-balikkan ikan bilis,
    masak hingga bawang besar dah layu bolehlah di tutup kedua-dua api.

4. Buat telur dadar guna tiga biji telur sedikit bawang besar di dadu, sedikit susu segar, secubit
    garam dan serbuk lada hitam. Potong timun dan bolehlah hidangkan Nasi Lemak ini dengan
    lauk sampingannya sekali.







Casava Rebus Goreng Cili



Bahan-bahan :

sebungkus casava atau ubi kayu di rebus
2 senduk cili mesin (nak lebih pun boleh)
sebiji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih
segenggam udang kering     }
segenggam ikan bilis halus  } di kisar
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Rebus ubi kayu sehingga empuk dan lembut. Kemudian toskan airnya.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
    Bawang besar tu kalau nak kisar pun boleh. Kemudian masukkan cili mesin dan air asam jawa.
 
3. Lepas tu masukkan udang kering dan ikan bilis yang di kisar serta gula dan garam secukup rasa.
    Masak cili hingga terbit minyak dan masak betul kemudian barulah masukkan ubi kayu yang
    telah di toskan tadi. Gaul dan balik-balikkan bila dah okay bolehlah tutupkan api.

4. Selain dari cara ini kita juga boleh nikmati ubi kayu rebus dengan kelapa yang di gaul dengan
    sedikit garam dan gula. Buat pengat ubi kayu dengan sagu pun sedap. Lain kali kita n3 masak
    ubi kayu dengan cara yang lain pulak.

5. Kak Ros ada juga masak pisang nangka dengan cara yang sama, rebus pisang nangka sekejap dan
    kemudian goreng cili. Kalau nak tahu rasanya cubalah ye.


Pisang Nangka Rebus Goreng Cili

Wednesday 12 October 2011

Bubur Pisang Nangka dan Butir Tepung Pulut

Bahan-bahan :

3 biji pisang nangka di potong serong
1/2 cawan sagu biji
secawan tepung pulut
pewarna hijau
setin santan
air secukupnya
5 sudu besar dark brown sugar
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
sehelai daun pandan

Cara-cara :

1. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan pewarna hijau jadikan doh.
    Panaskan air secukupnya untuk kuah hingga mendidih dan letak daun pandan. Lalukan
    sagu biji dalam tapis kecil bawah paip air kemudian masukkan dalam air yang mendidih tadi.
    Masak hingga sagu kembang.

2. Sementara tu bulat-bulatkan doh dan tekan sedikit di tengahnya lalu masukkan terus
    kedalam air dan sagu yang sedang mendidih tadi. Buat sampai habis doh, sementara tu
    doh tadi pun akan timbul sebab dah masak. Sekarang bolehlah masukkan pisang nangka,
    santan, gula perang, gula dan garam. Biarkan mendidih sebentar lagi kemudian bolehlah
    tutupkan api. Sendukkan kedalam mangkuk dan hidangkan untuk minum petang.



Spaghetti Goreng Telur Dadar

Bahan-bahan :

sebungkus spaghetti di rebus hingga lembut
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
2 genggam udang basah
sejemput ikan bilis halus
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar lada sulah
kicap manis secukupnya
garam secukup rasa
sebatang karot
daun bawang, cili merah, bawang goreng
2 biji telur jadikan telur dadar

Cara-cara :

1. Didihkan air dan rebus spaghetti hingga lembut kemudian toskan.

2. Tumis bawang dan cili mesin hingga sedikit garing dan masukkan udang basah
    dan ikan bilis. Balik-balikkan masukkan karot.

3. Selepas tu boleh masukkan spaghetti, kicap manis secukupnya, sos tomato, lada sulah
    dan garam secukup rasa. Gorengkan sebentar lagi kalau rasanya dah okay bolehlah
    tutup kan api.

4. Kemudian buat telur dadar, pecahkan telur masukkan secubit garam sedikit susu dan
    serbuk lada hitam. Bila dah siap letakkan telur dadar atas pinggan dan sendukkan
    spaghetti yang dah siap tadi ke atasnya.

Kari Ayam


Bahan-bahan :

12 ketul ayam di buang kulit dan di bersikan
1/4 biji kobis di potong kasar
sebatang karot di potong bulat
3 biji cili hijau di belah dua
1 biji bawang besar    }
3 ulas bawang putih    }
2 sudu besar pes halia }  bahan tumis
setangkai daun kari     }
2 sudu besar mild curry powder
1 sudu besar paprika
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar garam
air dan susu segar secukupnya untuk kuah

cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang, halia dan daun kari. Masukkan ayam
    balik-balikkan kemudian letak serbuk kari, paprika dan serbuk kunyit.

2. Balik-balikkan ayam masukkan sedikit air tutup dengan tutup periuk sebentar biar
    ayam masak.

3. Kemudian masukkan air dan susu segar secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih,
    masukkan sos tomato dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sayur kobis,
    karot dan cili hijau. Biarkan mendidih sekali lagi bolehlah di padamkan api.

Monday 10 October 2011

Taugeh Goreng Kicap

Bahan-bahan :

sebungkus taugeh di buang ekornya
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
segenggam udang basah
seikat daun bawang di potong kasar
sebiji cili merah potong serong
kicap manis secukupnya

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang hingga wangi masukkan udang basah, goreng sebentar hingga udang masak.
    Masukkan taugeh, daun bawang dan cili merah.

2. Terus masukkan kicap secukupnya, balik-balikkan sebentar dah boleh tutup api. Jangan
    lama-lama masak nanti taugeh lembik dah tak sedap. Mudah kan.

Peparu Goreng Sambal Belacan

Bahan-bahan :

1kg peparu lembu (di bersihkan di rebus dan di potong nipis)
2 biji bawang besar (di belah empat di hiris kasar)
2 sudu besar serbuk bawang putih
3 sudu besar pes halia
semangkuk sambal belacan

Cara-cara :

1. Peparu di bersihkan dan di rebus kemudian di potong nipis. Panaskan minyak secukupnya
    untuk menggoreng paru yang di potong tadi. Bila dah siap bolehlah angkat ke dalam pinggan
    dan ketepikan.

2. Sementara menunggu peparu masak bolehlah buat sambal belacan dahulu ye. Kisar cili merah,
    cili padi, belacan, gula garam dan air asam limau. Banyak mana tu terpulanglah ....kalau suka 
    banyak sambal buat la banyak sikit.

3. Panaskan minyak secukupnya tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Bila dah 
    kekuningan dan wangi masukkan peparu yang di goreng tadi. Masukkan juga sambal belacan,
    balik-balikkan dan goreng hingga kering kemudian bolehlah tutupkan api. Dah pun siap Peparu
    Goreng Sambal Belacan kita.
    

Saturday 8 October 2011

Pulut Kuning Microwave dan Rendang Ayam

Bahan-bahan :

4 cawan beras pulut
4 cawan air panas
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
4 sudu besar minyak masak
sehelai daun pandan

Cara-cara :

1. Basuh beras pulut di dalam bekas yang tahan panas, kemudian masukkan air panas,
    serbuk kunyit, garam, minyak dan daun pandan.

2. Masukkan ke dalam microwave dan masak selama 4 minit sebanyak 5 kali. Setiap selang
    4 minit keluarkan dan kacau rata. Dah pun siap Pulut Kuning ni.

Sebelum masak Pulut Kuning dengan cara yang mudah ni...kita letak dulu kuali untuk masak
Rendang Ayam ye. Sementara menunggu rendang masak dan kering kita dah boleh masak
pulut kuning. Jadik dua-dua masak dalam waktu yang sama barulah sedap makan pulut panas-panas.
Mai semak resepi untuk rendang ayam pulak....

Rendang Ayam

Bahan-bahan :

12-15 ketul ayam di buang kulit dan di bersihkan
2 biji bawang besar    }
3 ulasbawang putih     }
2 batang serai             }
halia sebesar ibu jari   }  di kisar
sedikit lengkuas          }
3 biji cili merah           }
1 senduk rempah kari Adabi
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 tin santan
2 helai daun kunyit di hiris halus
2 asam keping
5 sudu besar kerisik
2 sudu besar brown sugar
garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan bahan-bahan yang di kisar tadi.
    Biarkan mendidih masukkan santan dan ayam.

2. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk ketumbar, asam keping dan daun kunyit.
    Bila hampir kering barulah masukkan kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.

    Rendah Ayam dah siap bolehlah makan dengan Pulut Kuning yang di masak dalam
    microwave tadi dan potongan timun kalau suka. Selamat mencuba.

Nasi Pilau, Ayam Tomato dan Kobis Kentang Goreng Kunyit


Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
1/2 biji bawang besar di dadu
halia di hiris halus
3 sudu besar rempah nasi pilau
banyak air seperti memasak nasi biasa
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 kiub pati ayam
1 sudu besar garam
pewarna kuning makanan

Cara-cara :

1. Basuh beras di dalam periuk nasi rice cooker, masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk
    kecuali pewarna kuning. Masak nasi seperti biasa, bila air dah kering titikkan pewarna kuning
    kemudian tutup semula penutup periuk nasi. Bila dah keep warm, bolehlah karihkan nasi
    perlahan-lahan. Nasi pilau dah siap.

Ayam Tomato
Bahan-bahan :

12 ketul ayam di bersihkan di buang kulit
2 biji bawang besar }
sedikit halia             }  di kisar
3 ulas bawang putih }
kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
sebatang serai di ketuk
2 sudu besar cili mesin
sedikit serbuk kunyit
setin chopped tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar, kulit kayu manis,bunga lawang
    dan buah pelaga serta serai yang di ketuk hingga wangi.

2. Kemudian masukkan cili mesin dan serbuk kunyit. Tumis hingga sedikit garing dan masukkan
    ayam. Balik-balikkan ayam, biarkan ayam betul -betul masak barulah masukan chopped tomato.
    Boleh masukkan sedikit air kalau suka.

3. Rasa garam dan gula secukup rasa. Masak ayam sehingga sedikit kering dan pekat bila dah siap
    bolehlah tutup kan api.

Kobis Kentang Goreng Kunyit
Resepi asal mesti ada kentang tapi kat rumah habis pulak kentang jadik kakros masak guna kobis
aje. Tapi bila masak nanti jangan lupa guna kentang ye..

Bahan-bahan :
sepinggan kobis yang telah di potong
2  biji kentang yang di potong dadu dan di goreng
1/2 biji bawang besar di potong kasar
1 sudu teh halba campur (atau ada yang panggil rempah tumis ikan)
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak, gorengkan kentang yang di dadu sehingga masak lembut dan
    ketepikan. Dalam minyak yang sama tumis bawang kemudian masukkan halba campur,
    tumis hingga wangi.

2. Masukkan kobis balik-balikkan masukkan kentang tadi serta sedikit serbuk kunyit.
    perasakan garam dan gula secukup rasa. Goreng kering hingga kobis lembut bolehlah di angkat.
    Hidangkan Nasi Pilau bersama Ayam Tomato dan Kobis kentang goreng kunyit ini dan kalau
    suka bolehlah gorengkan papadom sama.





 

Bubur Kacang Jagung dan Pisang


Bahan-bahan :

2 cawan kacang hijau
setin jagung
2 biji pisang
setin santan
2 sudu besar brown sugar
gula secukup manis
secubit garam
sehelai daun pandan

1. Rebuskan kacang hijau hingga lembut kemudian masukkan santan dan daun pandan.

2. Kemudian masukkan setin jagung, perasakan gula dan garam secukup rasa. Bila dah
    mendidih masukkan pisang yang di potong serong. Masak sebentar lagi bolehlah
    di tutupkan api. Hidangkan semasa minum petang.

Tuesday 4 October 2011

Kari Telur dengan Kobis


Bahan-bahan :

sepinggan penuh kobis yang telah di potong
enam biji telur (ikut berapa orang nak makan)
1/2 biji bawang besar di dadu             }
1/2 sudu besar serbuk bawang putih   }
sedikit halia di hiris halus                     } bahan tumis
kulit kayu manis dan bunga lawang     }
buah pelaga dan bunga cengkih          }
daun kari                                           }
sejemput udang kering di rendam
1 senduk rempah kari Adabi          
1 mug air dan 1 mug susu segar (nak guna santan pun boleh)      
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan-bahan untuk tumis di atas sehingga wangi.
    Kemudian masukkan udang kering yang di rendam tadi.
 
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, tumis hingga terbit minyak kemudian masukkan air
    dan susu segar. Kacau hingga mendidih, perlahankan sedikit api.

3. Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan sebiji-sebiji telur kedalam kuah yang
    sedang mendidih jangan di kacau. Biarkan telur keras sedikit barulah masukkan kobis.

4. Bila kobis dah lembut bolehlah di angkat. Hidangkan bersama nasi putih dan ayam goreng
    tandori panas-panas.

Monday 3 October 2011

Kentang Goreng


Bahan-bahan :

4 biji kentang dipotong kiub
sebiji bawang besar dipotong kasar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar paprika
1/2 sudu teh lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit olive oil untuk menumis

Cara-cara :

1. Kupas kentang dan potong kiub. Kemudian rebus kentang hingga lembut dan toskan.

2. Panas kuali kecil masukkan kentang yang di toskan air tadi. Kemudian masukkan olive oil
    secukupnya dan balik-balikkan kentang hingga garing di luarnya.

3. Kemudian masukkan bawang yang di potong sedikit kasar gorengkan hingga sedikit layu
    kemudian masukkan serbuk ketumbar, paprika, garam dan gula serta lada hitam secukup rasa.

4. Gorengkan sebentar lagi kemudian bolehlah di angkat. Kentang goreng ini sedap di makan dengan
    bubur nasi kosong begitu juga roti ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...