Monday 30 May 2011

Spaghetti Chicken Bolognese


Bahan2 :

2 bungkus spaghetti di rebus
1 kg. ayam mince
1 1/2 biji bawang
2 tin chopped tomatoes
sedikit oregano
sedikit lada hitam
garlic powder dan ginger powder
gula dan garam

Cara2 :

1. Rebus spaghetti hingga masak dan ditos airnya. Masukkan hanya sedikit minyak kedalam spaghetti dan
    di gaul supaya ia tidak melekat.
2. Buat sauce tomato : dalam sebuah periuk lain, tumis bawang yang di potong kecil-kecil sehingga perang
    kemudian masukkan 2 tin chopped tomato. Masukkan sedikit oregano, lada hitam, garlic powder dan
    ginger powder. Letakkan sedikit gula dan garam. Sesuaikan rasanya biarkan merenih sebentar bolehlah
    di tutup api.
3. Masak ayam mince : tumis 1/2 biji bawang besar hingga perang, masukkan ayam mince masak hingga
    agak-agak kering air (jangan kering terus)masukkan serbuk lada hitam, oregano, garlic powder dan
    ginger powder serta sedikit garam, Masakkan sebentar bolehlah di tutup api. Spaghetti chicken bolognese
    ini boleh di jadikan sarapan pagi atau dijamu pada tetamu yang tiba-tiba datang ke rumah.

Tuna pastry


Bahan2 : ( dapat 12 keping )

2 bungkus Jus~Rol shortcrust pastry
3 tin tuna flakes
1 1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
lemon juice dan black pepper
sedikit garam dan gula
1biji telur utk. disapu

Cara2 :

1. Buat filling tuna dahulu : sejatkan air dari tin tuna dan masukkan isi tuna kedalam sebuah bekas.
    Hiris bawang  dan cili merah nipis-nipis campurkan ke dalam bekas berisi tuna tadi. Kemudian
    masukkan lemon juice sedikit garam, gula dan black pepper.
2. Ambil satu bungkus pastry dipotong enam. Tabur tepung diatas plastik letakkan sekeping
    pastry, agak-agak besar mana nak buat ye, kemudian gelekkan dengan rolling pin. Jangan terlampau
    nipis. Masukkan filling tuna dilipat dua dan di tekan dengan garfu sekelilingnya. Susun di atas
    loyang pembakar yang di sapu sedikit mentega. Cucuk sedikit dengan garfu di atas pastry. Sapu
    pastry yang telah siap dengan telur, kemudian di bakar di dalam oven 160 darjah selama 40 minit
    hingga masak. Tuna pastry ini boleh juga di buat dalam bentuk tigasegi.

Mackerel Sumbat Kelapa Cicah Air Asam


Bahan2 :

3 ekor ikan mackerel

Sambal kelapa

dessicated coconut  secukupnya
1 biji bawang besar
serai dan halia
serbuk kunyit dan cili mesin
air asam jawa pekat dan air panas
garam dan gula

Air asam

5 biji cili padi
2 biji cili hijau dan sebiji cili merah
semangkuk air asam jawa
secubit belacan (boleh digantikan dgn. sos ikan)
1 biji bawang besar
3 sb. gula dan 1 sb. garam

Cara2 :

1. Masak sambal kelapa dahulu : dalam sebuah periuk kecil masukkan dessicated coconut dan sedikit
    air panas untuk melembabkannya . Masukkan bawang , halia, serai dan cili mesin .Masukkan juga
    serbuk kunyit ,sedikit air asam jawa ,garam dan gula secukupnya .Masakkan sebentar diatas api .
2. Ikan mackerel disiang dibersihkan dan dibelah belakang kedua-dua belah isinya .Kemudian disapu kunyit
    dan garam disebelah luar dan dalam .
3. Masukkan inti yang telah dimasak tadi dikedua-dua belah ikan .Sapukan loyang pembakar dengan sedikit
    minyak .Bakar ikan selama 30 min . sehingga ikan masak .
4. Buat pencicah air asam : potong dan hiris cili serta bawang nipis2. Bancuh asam jawa dgn. air panas ,tapis
    dan masukkan kedalamnya bawang dan cili  yang dipotong tadi. Campurkan sedikit belacan ,gula dan
    garam .Mackerel bakar sumbat kelapa tadi bolehlah dicicah dengan air asam ini.

Chicken Tandoori Kofta


Bahan2 :

1 kg chicken mincemeat
serbuk tandoori masala secukupnya
1 biji bawang besar di blender
1/2 sb. ginger powder
1/2 sb. garlic powder
2 sb. gula dan sedikit garam
3 sb. lemon juice
sedikit daun ketumbar yang dicincang halus
sedikit minyak


Cara2 :

1. Basuh ayam mince dalam tapis halus dan tos airnya .Masukkan dalam sebuah bekas .
2. Campurkan semua bahan-bahan yang lain dan rasa cukup masam ,masin dan manisnya .
    Gaul hingga sebati.
3. Kemudian bentukkan memanjang di atas pinggan dan masukkan kedalam microwave , masak
    selama 2  minit untuk membentuknya .
4. Susun diatas loyang pembakar dan bakar dalam oven selama 15 minit di terbalikkan dan bakar lagi
    sebelah selama 15 min. juga .
5. Boleh keluarkan dari oven dan di cucuk pada bamboo skewer .Dah siap untuk di makan .

Rendang Pedas Kunyit Ayam


Bahan2 :

12 ketul ayam
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 batang serai   ( 1 diblender dgn. bawang dan 1 lagi diketuk )
3 biji buah keras
sedikit halia
segenggam cili padi
2 sb. paprika
1/2 sb. serbuk kunyit
2 asam keping
daun limau perut dan daun kunyit
garam dan 1/2 sb. gula
susu segar atau santan

Cara2 :

1. Bersihkan dan basuh ayam dengan asam limau .Panaskan sedikit minyak ,masukkan ayam dalam
    kuali .Blender bawang ,bawang putih ,cili padi ,halia dan serai serta buah keras .Masukkan semua bahan
    ini dalam kuali bersama ayam tadi .
2. Masukkan serbuk kunyit dan paprika .(saya gunakan paprika kerana segenggam cili padi sudah cukup
    pedas .Jika yang suka pedas bolehlah gantikan dengan beberapa cili merah) .
3. Kemudian masukkan daun limau perut, daun kunyit, asam keping dan sebatang serai yang diketuk tadi.
    Masukkan susu segar atau santan secukupnya, masak hingga terbit minyak.
4. Rasa garam dan gula secukup rasa.      

Kuih Badak Kentang Dan Karot


Bahan2 :

6 biji kentang   } di kupas kulit dan di potong kecil
3 batang karot } kemudian di rebus
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sb. garam
1 sb. gula

Untuk inti :

dessicated coconut secukupnya ( tak ada stok kelapa basah )
1/2 mangkuk kecil udang basah
1/2 biji bawang besar
2 batang serai
1/2 sb. serbuk kunyit
cili yang di mesin
segenggam udang kering ( di rendam dan di blender )
sedikit air asam jawa
garam dan gula
sedikit air panas















Cara2 :

1. Cara memasak inti : masukkan semua bahan untuk inti kedalam sebuah periuk kecil .
    Masukkan  hanya sedikit minyak , masak dengan api perlahan hingga sebati .Masak hingga
    inti basah-basah kering bolehlah di tutup api .
2. Untuk kulit luar : kupas kulit potong kentang dan karot kecil-kecil kemudian di rebus .Bila
    sudah lembut ,tapis kentang masukkan kedalam sebuah bekas dan di lecek halus .Campurkan
    tepung ,gula dan garam .(Adunan memang sedikit lembik) Gaul sampai sebati .
3. Ambil sedikit adunan leperkan dan masukkan sedikit inti .Tutup dan bulat-bulatkan .Buat sampai
    habis .Kemudian bolehlah di goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga perang .

Salmon Masak Asam Berempah


Bahan2 :

2 potong ikan salmon ( ikan lainpun boleh )
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sedikit halia dan belacan
1/2 sb. serbuk ketumbar
1/2 sb. serbuk jintan manis
1/2 sb. serbuk jintan putih
1/4 sb. serbuk kunyit
4 sb. cili mesin
sedikit daun kesom
2 biji buah tomato
air asam jawa secukupnya

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak , tumis bawang , halia dan cili  yang di blender hingga
    pecah minyak .
2. Masukkan semua rempah dan secubit belacan . Masakkan sebentar kemudian
    bolehlah masukkan air asam jawa . Biarkan kuah mendidih , baru masukkan ikan . Tambah
    sedikit lagi air jika nampak kuah nya sedikit .
3. Akhir sekali masukkan tomato biji yang di potong empat dan sedikit daun kesom .
    Biarkan mendidih sebentar , barulah di tutup api. Bolehlah di hidangkan untuk
    makan tengahari dan malam .

Kerabu Tomato dan Timun


Bahan2 :

4 biji tomato }
1/2 biji timun }           di potong
1 biji bawang besar }
2 biji cili merah
3 biji cili padi
secubit belacan } tak gunakan pun takpe
3 sb. sos ikan
3 sb. lemon juice
1 sb. sos tomato
3 sb. gula dan sedikit garam
segenggam udang kering } di rendam dlm. air

Cara2 :

1. Potong tomato ,timun dan bawang besar masukkan kedalam sebuah bekas .
2. Kemudian blender bahan asas sambal belacan , cili ,belacan ,gula dan garam .
    Blender juga udang kering .Campurkan semua bahan yang di blender tadi bersama
    sos ikan ,air asam limau dan sos tomato .
3. Masukkan semua bahan-bahan  ini kedalam bekas berisi tomato ,timun dan bawang yang
    di potong tadi .Gaul sebati ,salinkan kedalam sebuah pinggan yang bersih dan hidangkan
    bersama lauk-lauk yang lain .

Kari Ikan Salmon


Bahan2 :

Bahagian kepala dan ekor ikan
1/2 biji bawang besar
halia di hiris halus
1/2 sb. garlic powder
1/4 sb. serbuk kunyit
2 sb. paprika
3 sb. mild curry powder
1 sb. rempah tumis ikan
(biji sawi , j. manis , j. putih , halba dan j. hitam)
2 biji tomato dan daun kari
cili merah dan cili hijau
2 senduk sos tomato
semangkuk kecil fresh milk
sedikit air dan garam

Cara2 :

1. Tumis bawang , halia , daun kari dan rempah tumis ikan hingga
     perang dan wangi .
2. Masukkan semua bahan rempah yang lain dan masukkan air .
    Masak hingga mendidih . Bolehlah masukkan ikan .
3. Masukkan susu , sos tomato , tomato biji yang di belah 4 , cili
    yang di belah dua dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih
    sebentar , tutupkan api dan siap untuk di hidang .

Kepak Ayam Goreng Tandoori


Bahan2 :

12 ketul chicken wing
rempah tandoori
sedikit paprika
garam dan gula
lemon juice dan susu

Cara2 :

1. Gaul semua bahan dengan kepak ayam . Perap sebentar .
2. Kemudian boleh di goreng dalam deep fryer .

Sunday 29 May 2011

Nasi Goreng


Bahan2 :

semangkuk besar nasi sejuk
3 ulas bawang putih
udang dan ikan bilis kecil
serbuk lada putih
sos tiram dan kicap manis
3 biji cili padi dan garam
daun bawang ,bawang goreng dan cili potong

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak , tumis bawang putih , udang dan ikan bilis .
    Masukkan nasi sejuk gaul sebati .
2. Masukkan sos tiram dan kicap serta lada putih dan cili padi . Letakkan
    garam dan gula secukup rasa . Tutup api .
3. Masukkan ke dalam mangkuk  dan tabur dengan bawang goreng , daun
    bawang dan cili potong .

Botok-Botok Perantau



Bahan2 :

2 potong ikan salmon (gaul garam kunyit di goreng)
Daun kesom }
Savoy cabbage } di potong
Red gem lettuce }
Serbuk kari dan serbuk kunyit
garam , gula melaka
kerisik dan air asam jawa
sedikit susu menggantikan santan pekat
2 batang serai }        
1 biji bawang besar}       di blender halus
3 biji buah keras }
halia , lengkuas dan bawang putih }

Cara2 :

1. Masukkan semua bahan blender dalam kuali bersama dengan serbuk kari ,
    serbuk kunyit, garam , gula melaka , kerisik , air asam jawa dan sedikit susu.
    Masak sebentar hingga rempah masak .
2. Letak sayuran di atas mangkuk tahan panas , letak separuh rempah dan letak ikan .
    Kemudian bubuh semua rempah yang selebihnya dan letak semua sayuran di atasnya.
    Tutup mangkuk dengan cling film dan masak dalam microwave selama 8 minit.
     Cucuk sekali atas cling film dengan pisau untuk keluarkan wap. Siap di hidang
     bersama nasi putih panas-panas.


Jika mengikut Resepi Botok- Botok sebenar, ikan yang di gunakan adalah ikan tenggiri .
Dan daun-daun yang di gunakan adalah pucuk-pucuk daun kayu yang kita boleh dapati
di sekeliling kampung seperti pucuk ubi kayu , daun bebuas , daun selasih , daun tenggek
burung , daun mengkudu , puding semangkuk , daun kunyit dan lain-lain lagi .
Di sebabkan saya tidak berada di Malaysia jadi daun-daun ini bolehlah di gantikan dengan
apa-apa daun sahaja . Santan pekat di gantikan dengan fresh milk dan jika tiada gula
melaka boleh di gantikan dengan dark brown sugar .
Dan cara memasak sepatutnya ikan di masukkan dengan daun -daun dan rempah , kemudian
di bungkus di dalam daun pisang yang di layur dahulu . Setelah itu di kukus sehingga masak.
Di sebabkan saya tidak mempunyai periuk kukus jadi saya hanya menggunakan microwave
sahaja.

Resepi ini saya belajar dari arwah ibu mertua saya Hajjah Saebah Binti Pie . Al-Fatihah untuk
kedua-dua ibu dan bapa mertua saya . Saya hanya sempat bermanja dengan arwah hanya
di awal-awal tahun perkahwinan saya . Beliau telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya
kerana mengidap sakit kanser hati. Juadah ini telah menjadi salah satu masakan kegemaran keluarga saya.

Kepak Ayam Goreng BBQ



Bahan2 :

12 ketul chicken wing
sauce BBQ dan sos cili
garlic dan ginger powder
honey dan garam

Cara2 :

1. Gaul semua bahan dan perap sebentar.
2. Ayam yang di perap tadi bolehlah di goreng dalam deep fryer.
3. Sos dari perapan ayam tadi di masukkan kedalam periuk kecil .
    Letak sedikit minyak . Campur sedikit air dan serbuk lada hitam .
    Bancuh sedikit tepung dengan air masukkan ke dalam kuah tadi
    untuk memekatkannya . Kepak Ayam Goreng BBQ yang telah siap di
    goreng tadi bolehlah di makan bersama sos .

Smoke Lemon And Parsley Mackerel Fillet Masak Kicap



Bahan2 :

3 keping smoke mackerel fillet
kicap manis
lemon juice
cili hijau dan cili merah
1 biji bawang besar di potong bulat
halia dan serbuk lada hitam
sedikit air

Cara2 :

1. Mackerel fillet di potong kepada beberapa kepingan lebar .Panaskan sedikit
    minyak , masukkan sedikit air . Didihkan sebentar masukkan mackerel .
2. Terus masukkan kicap manis , air asam limau , cili hijau dan cili merah yang
    di hiris , potongan bawang besar , halia yang di hiris halus dan sedikit serbuk
    lada hitam . Biarkan sebentar bolehlah padamkan api .

Kalau berada di Malaysia , Smoke Mackerel bolehlah digantikan dengan apa-apa
ikan salai . Boleh juga dibuat sendiri , caranya ambil satu tin tray masukkan wood chip .
Kemudian letakkan jaring tray dan letakkan fillet ikan yang di perap bersama lemon juice
dan parsley. Tutup tray dengan aluminium foil dan masakkan atas dapur dengan api yang
kecil sehingga ikan masak dan berwarna perang.

Rendang Ayam Kari Adabi



Bahan2 :

1 ekor ayam
1 biji bawang besar }
halia dan lengkuas }  
2 batang serai }         di blender
3 ulas bawang putih }
semangkuk kecil serbuk kari Adabi
1/2 mangkuk kecil kerisik
2 sudu paprika ,sedikit serbuk kunyit
2 sb. ketumbar
1 sb. jintan manis
air asam jawa
daun lima perut dan daun kunyit
semangkuk kecil susu fresh milk
sedikit air
garam dan gula

Cara2 :

1. Panaskan minyak tumis bahan yang di blender . Masukkan ayam,
    masakkan ayam sebentar .
2. Masukkan semua bahan rempah yang lain , masak hingga pecah minyak .
    Kemudian  masukkan fresh milk , air asam jawa , air bersama daun limau perut
    dan daun kunyit . Masak hingga ayam betul-betul masak dan lembut.
3. Akhir sekali masukkan kerisik , garam dan gula secukup rasa.

Wednesday 25 May 2011

Ayam Kicap Berempah


Bahan2 :

Seekor ayam
2 sb. rempah kari
1 st. serbuk kunyit
1 sb. paprika
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
2 biji bawang besar
sedikit bawang putih dan halia
sedikit lada hitam
3 biji buah tomato
2 biji kentang potong bulat
kicap manis dan kicap masin
sedikit sos tomato
daun kari dan air

Cara2 :

1. Tumis bawang dan halia serta daun kari. Masukkan ayam dan semua rempah.
    Goreng hingga ayam masak. Masukkan air dan kentang, renihkan sebentar sehingga ayam
    betul-betul masak dan lembut.
2. Kemudian masukkan kicap, sos tomato, cili potong dan bawang yang di potong bulat serta buah tomato.





Kuih Lopes Microwave

Bahan2 :


4 cawan beras pulut
4 cawan air panas
1 1/2 sb. garam
2 sb. minyak masak
sehelai daun pandan
sedikit pewarna hijau (kalau tak ada boleh guna pewarna kuning + pewarna biru)












Kelapa (untuk golek kuih)
2 cawan desicated coconut (fine)
3/4 cawan air panas
1 sb. garam
Masukkan semua bahan dalam bekas tahan panas, gaul rata kemudian microwavekan selama 1 minit.


Air gula
seketul gula melaka
1/2 cawan dark brown sugar
sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
Masak dalam periuk sehingga gula hancur dan mendidih. Bila sejuk sedikit boleh di tapis.












Cara2 :

1. Basuh beras pulut masukkan dalam bekas tahan panas bersama air panas,
    garam, minyak, pewarna hijau dan daun pandan. Masak dalam
    microwave sehingga masak. Balik2kan pulut setiap 4 minit selama lima kali.

2. Boleh bentukkan bulat atau tigasegi. Guna bucu plastik untuk bentukkan tigasegi
    dan gunakan penutup botol nescafe yang di lapik plastik untuk bentukkan bulat.
    Golekkan dalam kelapa. Siap di makan dengan air gula.

Sunday 22 May 2011

BBQ

Hari itu kami ke Ardeer beach di daerah Ayr. Lokasi tidaklah berapa jauh dari tempat tinggal dalam 45 minit dengan kereta. Hilman gembira dapat bermain air. Begitu juga kakak-kakaknya yang bertiga tu dah lama tak bersantai. Menu hari tu Ayam perap satay dengan nasi himpit dan kuah kacang, bihun goreng, kari ayam dan nasi lemak. Ikan bakar dan ais krim Malaysia pun ada.Semuanya gembira hari itu kerana dah lama tak barbecue picnic.



























Saturday 21 May 2011

Mocha Chocolate Cake




Bahan2 :

Bahan A

4 cwn. self raising flour
2 cwn. dark brown sugar
1 cwn. caster sugar
1 cwn. cocoa powder
1/2 sb. soda bikarbonat
1 sb. baking powder
secubit garam

Bahan B

1 cwn. susu suam + 1 sb. lemon
1 cwn. air suam + 2 sb. nescafe
1 1/4 cwn. sunflower oil
1 sb. esen vanilla

Topping

1 pot double cream
1 bar dark chocolate
1 sb. butter
1 sb. gula caster

Cara2 :

1. Dalam bekas besar campur semua bahan A, gaul sebati.
2. Kemudian masukkan semua bahan B kedalam adunan A dan gaul sebati.
3. Bakar suhu 160 darjah selama 1 jam. Biarkan kek sejuk baru sapukan topping.
4. Double boilkan semua bahan untuk topping dan simpan sebentar dlm. fridge sementara kek sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...