Friday 22 July 2011

Choi Sum Goreng Sos Tiram


Bahan2 :

Sepinggan sawi choi sum (di potong)
sepinggan taugeh (di buang akar)
sebatang karot (di potong kasar)
1/2 biji bawang besar
1/2 sb. serbuk bawang putih
segenggam udang basah
1 sb. serbuk lada putih
4 sb. sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak olive

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak olive. Kemudian tumiskan bawang hingga wangi. Masukkan
    serbuk bawang putih dan udang basah. Goreng sebentar masukkan bahagian batang
    sawi dan karot.

2. Kemudian masukkan serbuk lada putih dan sos tiram. Masukkan lebih kurang setengah
    sudu besar garam dan gula. Akhir sekali masukkan choi sum dan taugeh. Masa ni
    tak payah lama-lama boleh tutup api sebab tak nak choi sum dan taugeh lembik sangat.
    Bila makan biar bunyi taugeh rangup gitu.

Chow Mein Noodles Goreng Kicap


Bahan2 :

2 bungkus mee kering Chow Mein
3 sb.garlic granules (boleh guna garlic powder)
2 sb. serbuk lada hitam kasar
3 sb. dried parsley
1/2 biji bawang besar (di dadu)
segenggam udang basah
1cawan kicap manis
1/4 cawan olive oil
2 peket perencah mushroom (apa2 perencah lain pun boleh)

Cara2 :

1. Panaskan air hingga mendidih, rebuskan mee hingga lembut. Kemudian tapis dan toskan.

2. Dalam frying pan kecil tumis bawang yang di dadu hingga wangi kemudian masukkan
    udang basah. Bila masak tutup api.

3. Masukkan mee Chow Mein yang di toskan tadi kedalam sebuah bekas besar. Kemudian
    masukkan bawang dan udang yang telah masak tadi. Masukkan juga semua bahan -bahan
    lain bawang putih, lada hitam, parsley kering, kicap, olive oil dan perencah mushroom.
    (boleh guna apa-apa perencah lebih dari masak mee segera)

4. Dengan menggunakan dua senduk kaup dan balikkan mee Chow Mein dengan semua bahan
    yang di masukkan tadi hingga sebati. Kemudian masukkan kedalam mangkuk lain untuk di hidangkan.

Masak Asam Pekat Salmon


Bahan2 :

2 potong ikan salmon
1 biji bawang besar
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
2 sb. cili kisar
1 senduk serbuk cili Baba's
semangkuk air asam jawa
secubit belacan
garam dan gula secukup rasa
daun kesum
2 cawan air

Cara2 :

1. Ikan di bersihkan kemudian sapu sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng
    sehingga masak dan garing.

2. Dalam periuk panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan
    serbuk bawang putih dan halia. Masukkan cili kisar dan serbuk cili Baba's. Masukkan
    air dan air asam jawa.

3. Renihkan hingga cili masak. Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa serta
    daun kesum. Kemudian bolehlah masukkan ikan salmon yang di goreng tadi. Masakkan
    sekejap lagi bolehlah di tutupkan api.

Aiskrim Strawberry

Bahan2 :

sepinggan penuh buah strawberry
8 sb. gula
1/2 tin lebih sikit susu evaporated Carnation

Cara2 :

1. Masukkan buah strawberry, gula dan susu ke dalam blender dan kisar halus.
    Kemudian tuangkan ke dalam sebuah bekas dan masukkan ke dalam freezer.

2. Bila setengah keras, whisk dengan hand whisk atau gunakan garfu sahaja, putar
    atau cakar-cakarkan aiskrim strawberry tadi hingga menjadi gebu.

3. Kemudian masukkan semula bekas aiskrim tadi ke dalam freezer. Bila hendak
    makan, keluarkan sebentar supaya mudah hendak di scoop nanti.

4. Kemudian bolehlah di scoopkan kedalam gelas dessert dan hidangkan.
    Sukatan ini boleh dapat 1 litre aiskrim Strawberry.









Aiskrim Nectaberry

Bahan2 :

1/2 pinggan buah strawberry
3 biji buah nectarine
8 sb.gula
1/2 tin lebih sikit susu evaporated Carnation

Cara2 :

1. Masukkan buah strawberry, nectarine, gula dan susu ke dalam blender dan kisar halus.

2. Kemudian tuangkan ke dalam sebuah bekas dan masukkan ke dalam freezer.

3. Bila setengah keras, whiskkan dengan hand whisk atau guna garfu sahaja, putar atau
    cakar-cakarkan aiskrim Nectaberry tadi hingga menjadi gebu.

4. Kemudian masukkan semula ke dalam freezer, bila hendak di hidangkan keluarkan
    sebentar bekas aiskrim tadi supaya senang hendak di scoopkan.

5. Kemudian bolehlah di scoopkan ke dalam gelas dessert aiskrim Nectaberry tadi.
    Selamat mencuba sementara summer fruits masih ada.



Aiskrim Nectarine

Bahan2 :

5 biji nectarine
8 sb. gula
1/2 tin lebih sikit susu evaporated Carnation

Cara2 :

1. Masukkan buah nectarine, gula dan susu ke dalam blender dan di kisar halus.
    Tuang ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer.

2. Bila setengah keras, whisk dengan hand whisk atau gunakan garfu sahaja, putar
    atau cakar-cakar aiskrim nectarine tadi hingga menjadi gebu.

3. Kemudian masukkan semula kedalam freezer. Bila hendak hidangkan, keluarkan
    sebentar bekas aiskrim supaya mudah hendak di scoop nanti. Kemudian bolehlah
    di scoop ke dalam gelas dessert. Selamat mencuba.



Cokodok Daun Bawang


Bahan2 :

750 g tepung gandum
semangkuk kecil daun bawang (di potong)
1 batang karot (di sagat)
1 biji ubi kentang (di dadu)
1 biji cili hijau (di potong dan di cincang)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
segenggam ikan bilis halus (di rendam)
1 sb.soda bikarbonat
2 1/2 sb garam
1/2 sb. serbuk kunyit
1 sb. serbuk lada hitam
1 biji telur
3 cawan air

Cara2 :

1. Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas besar. Kemudian masukkan
    semua bahan -bahan lain. Campurkan telor dan air hingga adunan jadi sebati.

2. Panaskan minyak kemudian bolehlah di goreng adunan tepong tadi. Masak hingga
    cokodok berwarna kuning keperangan kemudian bolehlah di angkat ke atas pinggan
    yang di lapik kitchen towel.

3. Cokodok Daun Bawang ini rangup diluar dan lembut di dalam. Sedap di cicah dengan
    cili sos manis atau kuah kari, dengan kuah masak asam pun sedap jugak.



Chopped Spinach Tumis Air


Bahan2 :

 sebungkus chopped spinach
1/4 biji bawang besar (di dadu)
segenggam udang basah
sebatang karot (di potong kasar)
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara2 :

1. Tumis bawang hingga wangi masukkan udang basah, kemudian masukkan karot.

2. Masak sekejap hingga karot lembut dan udang masak. Kemudian masukkan spinach,
    serta masukkan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap masukkan garam dan gula
    secukup rasa. Kemudian bolehlah di tutup api.

Sosej Goreng Tomato


Bahan2 :

1 1/2 peket sosej (chicken frankfurter)
1 biji bawang besar (di potong bulat)
2 biji cili hijau
2 biji ubi kentang (potong baji)
1 botol sos tomato dengan herbs

 Cara2 :

1. Sosej di potong bulat kemudian di goreng, kalau nak grill pun boleh. Bila dah masak
    boleh lah di angkat.

2. Kentang di potong baji kemudian di goreng hingga masak. Angkatkan ke sebelah
    sosej bila dah masak.

3. Panaskan kuali, tak payah letak minyak, masukkan sebotol sos tomato dengan herbs
    dan masukkan 2 sb. gula dan 1/2 sb. garam.

4. Kemudian masukkan sosej dan kentang yang di goreng tadi. Masukkan juga bawang
    yang di potong bulat dan cili hijau tadi. Masakkan sebentar kemudian bolehlah di tutup api.

5. Kalau pada yang rajin, sos tomato dengan herbs tu bolehlah di buat sendiri macam buat
    sos spaghetti bolognese ye, rasa nya sama saja.(lihat entry yang lepas) Kat sini saya guna
    sos yang dah siap sebab boleh di dapati dengan murah saja (hanya 18p)di Lidl atau Aldi.


Kuih Rengas atau Kasturi


Bahan2 :

2 cawan kacang hijau (mung bean)
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 sb.garam

Adunan tepung untuk menggoreng :
1 3/4 cawan tepung beras
1/4 sb. serbuk kunyit
1 sb. air kapur makan
1 sb. garam
1 cawan air

Cara2 :

1. Rebus kacang hijau hingga lembut. Bila air hampir kering masukkan gula dan garam.

2. Bila masukkan gula, air akan banyak semula dalam periuk. Teruskan mengacau dengan
    api sederhana sampai air kering. Kemudian boleh tutupkan api.

3. Biarkan adunan kacang hijau yang di masak betul-betul sejuk, barulah di bulat leperkan.
    Buat sampai habis.

4. Buatkan bancuhan tepung beras untuk menggoreng. Campurkan semua bahan, bancuh
    hingga sebati kemudian boleh mula menggoreng.

5. Panaskan minyak, celupkan kepingan kacang hijau tadi dalam adunan tepung beras dan
    goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Siap untuk di hidangkan untuk sarapan pagi
    atau minum petang. Terima kasih Ha Sue@sue-hasue.blogspot.com kerana kongsi resepi.




Taugeh Masak Air


Bahan2 :

1 peket taugeh
sebatang karot
sedikit daun bawang
1/4 biji bawang besar (di dadu)
sedikit udang kering (di rendam)
1/4 sb. serbuk lada hitam kasar
secubit belacan
garam dan gula secukup rasa
sedikit air untuk kuah

Cara2 :

1. Masukkan air secukupnya untuk kuah ke dalam periuk. Kemudian masukkan bawang
    besar yang di dadu, udang kering dan secubit belacan. Masukkan lada hitam, garam dan gula
    secukup rasa.

2. Biarkan kuah mendidih, masukkan karot, taugeh dan daun bawang. Biarkan mendidih
    sebentar lagi bolehlah di tutup api.

Sole Goreng Lada Hitam


Bahan2 :

seekor ikan sebelah atau sole (di bersih dan di kelar)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
sedikit daun bawang
sedikit serbuk lada hitam kasar
garam dan gula secukup rasa
sedikit lemon juice

Cara2 :

1. Panaskan sedikit olive oil di atas frying pan. Letakkan sole perlahan-lahan.
    Taburkan lada hitam kasar dan garam ke atasnya, kemudian terbalikkan.

2. Ulang proses yang sama, tabur lada hitam dan garam. Bila kedua-dua belah
    ikan telah masak dan garing, masukkan bawang yang di dadu, daun bawang,
    cili hijau dan merah yang di potong.

3. Letakkan sedikit gula dan perahan air asam limau. Masakkan sebentar bolehlah
    di tutupkan api.

Langoustine Masak Lemak Kuning


Bahan2 :

sepinggan langoustine (di bersihkan)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1/2 cawan single cream
2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sebiji cili hijau di potong
setangkai daun parsley
garam secukup rasa

Cara2 :

1. Panaskan air dalam sebuah periuk kecil, masukkan bawang yang di dadu.

2. Biarkan air mendidih masukkan langoustine, masukkan juga single cream.
    Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit serta sedikit garam.

3. Masukkan cili hijau dan daun parsley. Cuba rasa bila dah okay bolehlah tutup api.
    Hidangkan bersama nasi putih untuk makan tengahari.

Dalca Red Split Lentil


Bahan2 :

seekor baby chicken
1/2 biji bawang besar (di dadu)
setangkai daun kari
1 cawan red split lentil
1/2 sb. garlic powder        }
1/2 sb.ginger powder        }
2 sb. mild curry powder    } bancuh dengan sedikit air jadikan pes
1 sb. paprika                    }
sedikit serbuk kunyit         }
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
sekeping asam keping
sebiji buah tomato (di belah empat)
sebiji kentang (di potong enam)
1/2 peket frozen okra
1/2 cawan single cream
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang yang di dadu, kulit kayu manis serta bunga lawang
    dan daun kari hingga wangi.

2. Kemudian masukkan pes kari yang di bancuh tadi, masak hingga terbit minyak.

3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan lentil, ayam dan ubi
    kentang. Bila ayam dah masak, lentil dan kentang sudah lembut, masukkan single cream.

4. Kemudian masukkan asam keping dan garam. Akhir sekali masukkan buah tomato dan okra.
    Biarkan mendidih sekejap lagi, bolehlah tutupkan api.

5. Dalca ini tidak menggunakan yellow split pea atau kacang dhal seperti selalu kerana mengambil
    masa lama sedikit untuk merendam dan merebus terlebih dahulu. Dengan penggunaan red split
    lentil, proses memasak menjadi lebih cepat sebab ia cepat lembut hanya di masukkan terus
    bersama ayam dan kentang.

Friday 15 July 2011

Karipap Inti Keledek dan Spera Inti Kelapa.

Karipap Inti Keledek


Spera Inti Kelapa


Dua-dua kuih ini guna adunan tepung yang sama tapi intinya lain-lain ye.
Satu inti keledek oren dan satu lagi inti kelapa. Yang inti kelapa tu kita panggil Spera.
N3 yang dulu kita buat karipap inti kentang kali nie karipap inti keledek pulak yek.....

Bahan2 :

1 kg tepung gandum
2 sb. vegetable spread
1 cawan minyak  (microwave 1 1/2 minit)
2 sb. garam
2 3/4 cawan air suam

Inti Keledek :                                    Inti Kelapa :
3 biji keledek (di dadu)                      3 mangkuk kecil desicated coconut
1/2 biji bawang besar                        1/2 biji bawang besar
1/2 sb. ginger powder                       1/2 sb. garlic powder
2 sb. rempah kari Adabi                    1/2 sb ginger powder
1 sb. dried parsley                           1/2 sb. serbuk kunyit
segenggam ikan bilis halus               2 sb. cili kisar
1 sb. garam                                    1/2 batang serai (potong dan kisar dgn.udang kering)
1 sb. gula                                       segenggam udang kering (rendam dan di kisar)
1 1/2 cawan air                               segenggam udang basah (di potong kecil)
                                                      2 sb. lemon juice
                                                      1 sb. garam
                                                      2 sb. gula
                                                      sedikit air panas untuk membasahkan kelapa

Cara2 :

1. Campurkan semua bahan-bahan untuk kulit karipap dan uli hingga sebati.
 
2. Masak inti keledek : Tumis bawang besar masukkan garlic dan ginger powder.
    Masukkan juga rempah kari dan ikan bilis kecil. Masak rempah sekejap kemudian
    masukkan air, bila kuah mendidih masukkan keledek yang di potong dadu, garam dan
    gula serta dried parsley.

3. Masak inti kelapa : Tumis bawang besar hingga wangi masukkan udang basah. Dalam
    sebuah mangkuk masukkan desicated coconut, garlic dan ginger powder, serbuk kunyit,
    cili kisar, serai dan udang kering yang di kisar serta lemon juice. Letakkan sedikit air panas
    sekadar untuk membasahkan kelapa. Gaul semua bahan hingga sebati kemudian masukkan
    kedalam tumisan bawang dan udang basah di awal tadi. Masak sekejap rasa garam gula
    secukup rasa kemudian bolehlah di tutup api.

4. Kemudian buat lah karipap seperti biasa.

Sotong Sambal Kicap


Bahan2 :

semangkuk sotong (bersihkan dan di potong)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
4 sb. cili kisar
sedikit kicap manis
sedikit lemon juice

Cara :

1. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan garlic dan ginger powder kemudian
    masukkan cili kisar.

2. Tumis hingga cili masak kemudian masukkan sotong. Bila air sotong kering sedikit
    masukkan kicap manis dan sedikit lemon juice. Masak sekejap lagi bolehlah di tutup api.

Mackerel Goreng Kicap


Bahan2 :

2 ekor ikan mackerel (bersihkan dan di kelar atasnya)
sedikit serbuk kunyit dan garam
1 biji bawang besar (di dadu)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
sedikit kicap manis
sedikit lemon juice

Cara2 :

1. Mackerel di sapu sedikit garam dan kunyit. Kemudian di goreng dengan
    minyak yang sedikit. Terbalikkan sebelah lagi, bila masak ketepikan ke sebelah kuali.

2. Masukkan bawang, goreng hingga kuning sedikit, kemudian masukkan cili merah dan
    hijau yang di potong tadi. Masukkan kicap manis secukupnya dan sedikit lemon juice.
    Lepas tu makan dengan nasi putih atau nasi planta panas-panas.

Wednesday 13 July 2011

Mussel Rebus Air


Bahan2 :

sekotak Greenshell Mussel
1/2 biji bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sb.crushed dried cili (boleh guna cili kering di gunting halus)
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
2 batang celery
sedikit dried parsley
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Masukkan mussel yang telah di bersihkan ke dalam periuk bersama-sama
semua bahan-bahan lain. Rebus hingga mendidih terus tutup api ye, jangan
lama-lama nanti isi nya liat.

Chicken Meatball with Tomato Sauce


Bahan2 :

500 g chicken mince
1 cawan Ruskoline Crumb Dressing (serbuk roti)
1 sb. serbuk lada hitam
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
1 sb. dried parsley
1 sb. garam
3 sb. olive oil (vegetable oil pun boleh)
2 sb. tepung gandum + secubit baking powder

Tomato Sauce
1/2 biji bawang besar di dadu
1 tin peeled plum tomato  (kalau guna chopped tomato lagi mudah)
1/2 sb. garlic
1/2 sb. ginger
1 sb. lada hitam
1 sb. oregano
1 sb.garam
3 sb. gula

Cara2 :

1. Basuh dan toskan ayam mince. Dalam sebuah bekas campurkan semua bahan-bahan
    hingga sebati. Masukkan juga 3 sb. minyak tujuan supaya ia tidak melekat di tangan
    ketika hendak membulatkannya.

2. Buat bulat-bulat sedang. Masukkan kedalam air yang mendidih. Bila sudah masak
    bolehlah di angkat dan toskan airnya, buat sampai habis.

3. Untuk sos tomato: Tumiskan bawang hingga wangi, masukkan setin plum tomato.
    Pecah-pecahkan tomato dengan senduk dan campur semua bahan-bahan lain. Masak
    hingga tomato sos pekat sedikit kemudian masukkan chicken ball yang telah siap tadi.
    Balik-balikkan sebentar kemudian bolehlah di tutup api.

4. Chicken Meatball ini boleh di makan dengan spaghetti, jadikan filling tortilla atau filling
    sub roll dan selitkan sedikit salad lettuce, olive hitam dan cheese.

Peach Smoothie


Bahan2 :

1 tin peach slices in syrup
1 cawan fresh milk sejuk

Kisar semua bahan dalam blender.Tuang dalam gelas.
Hidangkan sejuk.

Cherry Smoothie


Bahan2 :

semangkuk buah cherry
1 cawan fresh milk sejuk
1 sb. gula

Kisar semua bahan dalam blender masukkan dalam gelas.
Hidangkan sejuk.

Chicken Lasagne


Bahan2 :

1 kotak (250g) lasagne sheets
1 botol Dolmio bolognese sauce
2 tin cream of mushroom soup
1 tin sliced mushrooms
white cheddar cheese yang di parut

500 g chicken mince
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
1 sb.serbuk lada hitam
1 sb.oregano
garam secukup rasa

Cara2 :

1. Masak ayam mince dahulu : Basuh dan tos ayam mince dalam tapis, terus masukkan
    dalam periuk kecil campurkan garlic dan ginger powder. Masakkan ayam mince jangan
    sampai kering air. Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam secukup rasa
    kemudian bolehlah di tutup api.

2. Sediakan bekas tahan panas seperti mangkuk empat segi Pyrex. Sapu vegetable spread
    atau margerin pada dasar mangkuk dan susun kepingan lasagne. Kemudian taburkan
    ayam mince yang di masak tadi dan slice mushroom rata-rata. Sudukan sos bolognese
    di ikuti dengan mushroom soup ke atas nya.

3. Ulangi proses yang sama, samaada tiga atau empat lapis tapi lapis yang paling atas sekali
    mestilah lapisan ayam mince. Kemudian taburkan cheddar cheese yang di parut rata-rata.
    Bakar dalam oven yang telah di panaskan suhu 160 darjah selama 40-45 minit atau sehingga
    masak. Masak hingga cheese cair dan sedikit perang, sedap di makan panas-panas ye.




Tuesday 12 July 2011

Stew Ayam


Bahan2 :

Ayam secukupnya
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sb. serbuk bawang putih
1/2 sb. serbuk halia
1 1/2 sb. serbuk lada hitam
1 sb. dried parsley
2 sb. cornflour (di bancuh dengan air)
kiub pati ayam
air secukupnya

Cara2 :

1. Tumis bawang yang di dadu hingga wangi, masukkan serbuk bawang putih dan halia.
    Kemudian masukkan ayam masakkan sebentar.

2. Masukkan air penuh, kemudian masukkan serbuk lada hitam, kiub pati ayam dan air
    bancuhan tepung jagung.

3. Biarkan stew ayam merenih lama sedikit sehingga ayam lembut dan isinya mudah tanggal
    dari tulang. Hidangkan Stew Ayam ini dengan roti.

Aiskrim Malaysia

Pemintaan anak-anak bila tiba musim panas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...