Tuesday 28 February 2012

Daging Perap Bakar


Bahan-bahan :

12 ketul daging lembu tanpa tulang atau bertulang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam kasar
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar madu

Cara-cara :

Perap daging dengan garam, serbuk kunyit, lada hitam dan bawang putih.
Simpan bertutup dalam peti ais semalaman, lagi lama perap lagi sedap ye.
Panaskan oven terlebih dahulu (160 darjah) dan bakar daging selama 15 minit kemudian terbalikkan
sebelah bakar lagi 10 minit, tuangkan dua sudu madu ke atas daging rata-rata dan bakar
lagi 5 minit.
Bila menghidang hiriskan daging nipis-nipis, sedap di makan begitu sahaja atau cicah dengan
air asam.


Friday 24 February 2012

Pulut Serunding Microwave


Bahan-bahan :

4 cawan beras pulut siam
4 cawan air panas   (boleh guna santan kalau suka)
4 sudu besar minyak
1 sudu besar garam
sehelai daun pandan

Serunding kelapa :

2 cawan fine desicated coconut (sangai/goreng tanpa minyak hingga sedikit perang)
1/2 biji bawang besar                                   }
2 batang serai                                              } di kisar halus
segenggam udang kering (rendam air panas) }
3 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
sedikit air asam jawa
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

Basuh beras pulut dan satukan dalam bekas atau mangkuk tahan panas
bersama air panas, minyak, garam dan daun pandan.
Kalau nak lemak lagi boleh ganti air panas dengan santan ikut kesesuaian sendiri.
Masak dalam microwave selama 4 minit x 4, balik-balikkan pulut selang 4 minit.

Kelapa di sangai/goreng tanpa minyak hingga berwarna perang, alihkan kedalam mangkuk.
Guna pan yang sama, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi, masukkan
cili kisar dan semua bahan lain.
Masak hingga kelapa sedikit kering tapi masih lembab.
Rasa cukup masam masin dan manis, boleh tutupkan api.

Lapiskan penutup botol nescafe dengan plastik, letak pulut secukupnya dan
tekan dengan plastik.
Keluarkan dan golek dalam serunding kelapa, sedap di makan waktu sarapan atau minum petang.


Tuesday 21 February 2012

Pulut Panggang Microwave


Bahan-bahan :

4 cawan beras pulut siam
4 cawan air panas / santan
4 sudu besar minyak
1 sudu besar garam
sehelai daun pandan

Inti kelapa pedas :
2 cawan desicated coconut
1/4 cawan air panas
1/2 biji bawang besar                                   }
2 batang serai                                               } di kisar
segenggam udang kering (rendam air panas)  }
segenggam udang basah  (di potong kecil-kecil)
3 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Masak inti kelapa pedas dahulu, tumis bawang, serai dan udang kering hingga wangi.
Masukkan udang basah, goreng sekejap, kemudian masukkan desicated coconut,
cili kisar, serbuk kunyit, dua sudu besar air asam jawa, garam dan gula.
Kacau / gaul rata semua bahan, masukkan 1/4 cawan air panas dan masak inti kelapa
pedas hingga sedikit kering tetapi masih lembab.
Pada adik-adik atau kengkawan yang guna kelapa parut segar tak payah lah tambah
air panas lagi. Air panas tu di tambah hanya bila guna kelapa kering saja.

Bila inti kelapa pedas dah siap bolehlah mula menggulung pulut dan inti dengan apa-apa
plastik yang sesuai samada plastik sandwich atau plastik cling wrap.
Bila duduk di tempat orang macam ni lah ye, teringin nak makan pulut panggang tapi tak ada
daun pisang, kira lepas jugak lah kempunan dari tak ada.
Pada yang mampu tu boleh aje dapatkan daun pisang frozen dari kedai cina tapi harga
boleh tahan mahal nya.
Pada yang berjimat dan tak mahu membazir boleh saja ikut cara kakros itu pun kalau sudi.


Sunday 19 February 2012

Pulut Serimuka Bakar Berempah Microwave


Sebenarnya dah lama sangat nak makan pulut serimuka ni, tapi di sebabkan tak ada
periuk kukus di pendamkan saja niat nak membuatnya. Tapi semalam bila jumpa Puan CT
di majlis doa selamat dan mengangkat barang di kediaman Puan Haslina dan Encik Zaidi,
terus buka mulut nak bertanya sebab Puan CT menyediakan pemanis mulut kegemaran kakros nih.
Orang kata kalau malu bertanya sesat jalan tapi kes ni kalau kakros malu nak tanya tak dapat lah
makan. Pulut serimuka ni Puan CT masak menggunakan microwave ye.

Tapi resepi asal Puan CT kakros dah olah sedikit dan tambah sedikit dengan rempah.
Maaf ye CT memandai aje akak menukar resepi asal CT. Sebenarnya dah lama akak teringin
nak makan pulut serimuka bakar berempah nih, selalunya orang buat untuk hantaran perkahwinan.
Masa kakros kecik-kecik dulu mak selalu buat, tu yang dok teringat tuh, resepi orang lama.
Pada Puan CT yang comel lote tu terima kasih daun keladi kerana sudi berkongsi resepi dan
kakros minta izin nak kongsikan resepi ini kat sini pula. Jom layan satu lagi resepi microwave
yang mudah ini.


Sumber : Puan Siti Khadijah Khuzairi Mohzan

Resepi asal bahagian atas yang di beri oleh Puan CT :
Bahan-bahan :
1 biji telur
6 atau 7 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu
3 sudu tepung gandum
pewarna hijau

Cara-cara :
Masak pulut seperti biasa, kemudian rata-ratakan dalam bekas tekan dengan sudu
dan tuang adunan bahagian atas (bahagian hijau) keatasnya.
Tutup bekas dengan plastik cling film dan microwavekan selama 8 minit.
Dah masak keluarkan, buka plastik dan masakkan semula selama 3 minit untuk
mengeringkan permukaan atasnya.



Resepi Serimuka Berempah Microwave yang di olah semula oleh kakros :
(Biasanya serimuka berempah ini di kukus dahulu kemudian di bakar)

Bahan-bahan :

Bahagian bawah :
3 cawan beras pulut siam (kalau guna beras pulut india (jenama East End) kena lebih sikit air)
3 cawan air panas
1 sudu besar rata garam
3 sudu besar minyak
sehelai daun pandan

Bahagian atas :
3 biji telur
10 sudu besar gula pasir
1 tin santan
6 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna hijau epal (star brand)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 biji bawang kecil
sehiris halia
*semua bahan ini dikisar kemudian ditapis keatas pulut yang telah ditekan rata.

Cara-cara :

Buat bahagian bawah dahulu, masukkan pulut yang telah di bersihkan ke dalam bekas
atau mangkuk tahan panas dan masukkan semua bahan lain, air panas, garam, minyak
dan daun pandan.
Kemudian masak dalam microwave selama 4 minit x 4, terbalikkan pulut selang 4 minit.
Bila pulut dah masak, keluarkan daun pandan, sarung tangan dengan plastik dan tekan-tekan
pulut untuk memadatkannya.
Kemudian tapis dan tuang adunan bahagian atas (bahagian hijau) keatas pulut dan masakkan
di dalam microwave.

Buat bahagian atas pula, blender semua bahan untuk adunan bahagian atas.
Atau kalau guna balloon whisk pukul gula dengan telur hingga gula hancur kemudian masukkan
santan, tepung gandum, garam, pewarna hijau, serbuk jintan manis dan serbuk kulit kayu manis.
Kacau / pukul rata kemudian tapis keatas pulut.
Kemudian tutup mangkuk tahan panas dengan plastik cling film dan masak di dalam
microwave selama 8 minit.
Dah masak keluarkan, buka plastik cling dan masakkan semula selama 3 minit tanpa di tutup
untuk mengeringkan permukaan atasnya.

Haa...dah pun siap pulut serimuka atau kata orang sebelah utara pulut sekaya ye.
Terpulanglah dengan tekak masing-masing kalau nak yang biasa tak payah lah letak rempah.
Tapi kalau nak cuba yang berempah silakan memang sedappp... sangat, pasti tak menghampakan
dan di jamin nak lagi dan lagi. Pada penggemar pulut cuba ye jangan tak cuba...


Thursday 16 February 2012

Nasi Kebuli dan Ayam Perap Bakar


Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
3 mug air
1 mug susu segar

1/2 biji bawang besar    }
2 ulas bawang putih       }
1 sudu besar pes halia   }
1 kulit kayu manis         } bahan tumis
2 bunga lawang             }
4 buah pelaga               }

1/2 sudu besar serbuk kunyit           }
1/2 sudu besar serbuk ketumbar      }
1/2 sudu besar serbuk jintan manis   }  rempah tumis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih    }
1/2 sudu besar serbuk lada hitam     }

1 kiub pati ayam
sehelai daun pandan
1 1/2 sudu teh garam
segenggam kismis kuning
segenggam bawang goreng untuk tabur

Cara-cara :

Tumis bahan tumis hingga wangi kemudian masukkan semua rempah, letak sedikit
air dan masak hingga rempah terbit minyak tutup api.
Dalam periuk rice cooker basuh beras basmathi, kemudian masukkan air dan susu
secukupnya. Kalau susu nak ganti dengan santan pun boleh.
Selepas tu masukkan rempah yang di tumis tadi, kiub pati ayam, daun pandan dan
garam secukup rasa.
Masak nasi kebuli seperti memasak nasi biasa dalam periuk rice cooker.
Bila nasi hampir kering bolehlah masukkan kismis kuning.
Taburkan bawang goreng semasa menghidang.



Ayam Perap Bakar

Bahan-bahan :
3 ekor ayam muda (baby chicken)
di potong empat setiap ekor dan di kelar

Bahan perap :
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 biji bawang besar  }
2 batang serai           }  di kisar
sedikit halia              }
5 sudu besar jus lemon atau air asam jawa
2 sudu besar gula
2 1/2 sudu besar garam
4 sudu besar madu

Cara-cara :

Ayam di bersihkan dan di kelar, kemudian di gaul dengan semua bahan perap
kecuali madu.
Lebih lama perap lagi sedap ye, panaskan oven 160 darjah bakar sampai masak
lebih kurang sejam.
Terbalikkan pada setengah jam masa memasak dan 5 minit terakhir bolehlah
tuangkan madu rata-rata di atas ayam. Masak lagi untuk lima minit terakhir.

Dah pun siap ayam perap bakar, sekarang bolehlah hidangkan Nasi Kebuli dengan
Ayam Perap Bakar serta jelatah dan sambal belacan.


Tuesday 14 February 2012

Kari Asam Berempah Ayam


Bahan-bahan :

10 ketul ayam
sebiji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih    (guna 1/2 sudu besar serbuk bawang putih)
sedikit halia    (guna 1 kiub pes halia)
sebatang serai di ketuk
setangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari extra hot
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
air secukupnya untuk kuah
air asam jawa secukupnya   (guna sesudu besar pes asam jawa)
1 biji kentang
1 biji tomato

Cara-cara :

Dalam periuk tumis bawang besar, bawang putih, pes halia dan daun kari
hingga wangi dan masukkan ayam.
Kemudian masukkan rempah kari, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar
serta sebatang serai yang di ketuk, masukkan air secukupnya untuk kuah.
Biarkan kuah mendidih dan terbit minyak, masukkan kentang dan air asam jawa.
Bila ayam dan kentang dah masak dan empok masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali potong enam sebiji tomato yang besar dan masukkan ke dalam nya.
Kalau yang ada kacang bendi tu bolehlah letak sekali.

Monday 13 February 2012

Sayur Campur


Bahan-bahan :

sepinggan kacang buncis yang telah di potong serong
sebatang karot di potong
4 batang fucuk kering di rendam air panas
secekak suun di rendam air panas
350g atau semangkuk isi kupang

1/2 biji bawang besar di dadu
2 biji bawang putih di cincang
sebatang serai di hiris halus
satu sudu besar pes halia
sejemput udang kering di rendam air panas
sedikit serbuk kunyit

secawan santan
sebiji cili merah di potong
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Tumis bawang dan halia hingga wangi masukkan serai yang di hiris halus-halus.
Kemudian masukkan udang kering yang di rendam dan sedikit serbuk kunyit.
Masukkan isi kupang balik-balikkan.
Fucuk kering yang dah lembut tadi di potong pendek-pendek dan masukkan
ke dalam kuali bersama suun.
Balik-balikkan lagi, masukkan karot dan kacang buncis, gaulkan rata tuang santan.
Masukkan hirisan cili merah, garam dan gula secukup rasa.
Bila dah sempurna masak bolehlah hidangkan bersama lauk- lauk yang lain.

Saturday 11 February 2012

Kupang Masam Manis


Bahan-bahan :

semangkuk isi kupang
2 ulas bawang putih di cincang halus
sebatang serai di ketuk
1 atau 2 biji cili padi di cincang
secawan air atau lebih
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
secubit garam
1 biji telur

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih yang di cincang bersama serai
yang di ketuk dan cili padi.
Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato serta secubit garam.
Biarkan mendidih masukkan kupang, pecahkan sebiji telur ke dalam nya.
Gaul perlahan-lahan hingga telur sedikit keras, padamkan api.
Sedap di makan panas-panas.
Hidangan ini mengambil masa yang sekejap saja untuk menyediakannya,
jadi seelok-eloknya masak bila hendak makan.



Thursday 9 February 2012

Gulai Kawah Ayam ~ harum baunya satu rumah

Salam semuanya, hari ini kakros masak gulai kawah ayam, maklumlah suami akak
tak boleh makan daging sangat ye. Kalau tak ada idea nak masak apa hari ni untuk
keluarga haa jom lah kita masak gulai kawah. Baru tumis rempah dah bau harum
satu rumah. Suami akak yang duduk kat atas pun turun, dah siap masak ke katanya
dah boleh makan, tak tahan bau.. wangi nya...
Tu baru akak tumis rempah belum masuk kerisik lagi. Gulai kawah ni selalunya orang
masak masa kenduri kendara, tapi sekarang ni dah tak payah tunggu kenduri lagi,
bila- bila masa pun boleh makan, kat kedai-kedai jual nasi campur pun selalu di sajikan
Gulai Kawah ini apatah lagi di bazar ramadan. Meh semak resepi....


Bahan-bahan :

10 ketul ayam  (boleh ganti dengan daging tetel, tulang rusuk kambing/ lembu, hati lembu dsbg.)
                       
2 biji bawang besar   }
2 ulas bawang putih  }
sedikit halia              } di kisar di tumis dengan rempah tumis
sedikit lengkuas        }

2 bunga lawang        }
5 buah pelaga          }  rempah tumis
kulit kayu manis       }
setangkai daun kari

5 sudu besar rempah kari           }
2 sudu besar serbuk cili Baba's   }  bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar serbuk kunyit         }

1 tin santan
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula perang
3 asam keping/ air asam jawa
5 sudu besar kerisik
sedikit air

Cara-cara :

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dengan rempah tumis serta daun kari
hingga wangi.
Bancuh rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit dengan sedikit air dan masukkan
ke dalam bahan yang di tumis tadi.
Masak hingga rempah terbit minyak, masukkan sedikit air biar merenih dan masukkan ayam.
Kemudian masukkan santan, tambahkan asam keping atau air asam jawa
Biarkan mendidih hingga ayam masak, perasakan dengan garam dan gula perang.
Akhir sekali masukkan kerisik dan masak ikut kepekatan yang anda suka.




Telur Dadar Kacang Buncis


Bahan-bahan :

3 biji telur
sedikit lada hitam
sedikit susu segar
secubit garam

semangkuk kecil kacang buncis
sejemput udang basah
1/2 biji bawang besar
sedikit garam dan gula

Bahan-bahan :

Telur di pukul dengan sedikit lada hitam, sedikit susu segar dan secubit garam.
Dalam kuali leper tumiskan bawang hingga wangi masukkan udang.
Bila udang masak masukkan kacang buncis yang di potong serong.
Perasakan dengan garam dan gula.
Bila kacang buncis dah masak rata-ratakan dalam kuali dan tuang telur yang
di pukul tadi, masak dengan api perlahan.
Tutup kuali dengan penutup periuk hingga telur dadar masak.
Padamkan api dan terbalikkan atas pinggan.

Tuesday 7 February 2012

Singgang Ikan Salmon


Bahan-bahan :

5 potong ikan salmon
1/2 biji bawang besar  }
2 ulas bawang putih    }
2 biji cili merah           }  di kisar
sedikit halia                }
sebatang serai di ketuk
sedikit serbuk kunyit
sedikit belacan
4 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara-cara :

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah masukkan dalam air
yang secukupnya untuk kuah dan rebus hingga mendidih.
Masukkan juga serai yang di ketuk, serbuk kunyit, sedikit belacan dan asam keping.
Kemudian masukkan potongan ikan salmon, perasakan dengan garam.
Bila ikan dah masak boleh padamkan api.

Monday 6 February 2012

Ayam Madu nasi kandar


Bahan-bahan :

3 ekor baby chicken atau ayam muda
(di potong empat setiap satu dan di sapu garam dan kunyit di goreng)

2 biji bawang besar       }
4 ulas bawang putih       }  di kisar
2 sudu besar pes halia  
kulit kayu manis dan bunga lawang
5 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili manis
4 sudu besar sos tomato
5 sudu besar madu
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
secukup minyak sayur untuk menumis

Cara-cara :

Tumis bawang yang di kisar, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak.
Masukkan sos tomato dan sos cili manis serta madu.
Letakkan garam dan gula secukup rasa kemudian masukkan ayam yang telah di goreng.
Balik-balikkan sekejap bila semua dah rata bolehlah padamkan api.
Kakros sajikan lauk Ayam Madu ni dengan nasi pilau dan nasi goreng serta kerabu apple tomato.

Kalau original nasi kandar adalah nasi putih yang di kukus dan di makan dengan berbagai
jenis lauk (salah satunya Ayam Madu) dan di top-up dengan kuah kari dari beberapa jenis kari.
Di sebelah utara nasi kandar ini di panggil juga 'nasi ganja' atau 'nasi banjir'.
Ceritanya sekarang kakros bukan buat nasi kandar ye tapi salah satu lauk yang di sajikan
untuk nasi kandar. Selamat memasak.





Kerabu Cox Apple dan Tomato


Bahan-bahan :

3 biji cox apple
3 biji tomato
1/2 biji bawang besar

untuk sambal belacan :
3 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan
garam dan gula
jus lemon atau limau nipis

Cara-cara :

Buat sambal belacan dahulu, nak tumbuk atau nak kisar saja pun boleh.
Kakros kisar semuanya dalam blender,dah siap rasa cukup garam gula dan limau
tuangkan dalam pinggan.
Kemudian baru potong apple dan tomato kecil-kecil terus gaulkan dengan sambal belacan.
Apple tak jadi hitam sebab ada jus lemon dalam sambal belacan.

Sunday 5 February 2012

Lemak Kuning Kacang Buncis



Bahan-bahan :

semangkuk kacang buncis yang telah di potong serong
semangkuk tauhu kering di rendam dengan air panas
1/2 biji bawang besar di dadu
seulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai di ketuk
sejemput udang kering di rendam dengan air panas
sejemput udang basah
setin santan
sedikit air
1 sudu besar garam

Cara-cara :

Dalam periuk masukkan santan dan air secukupnya untuk kuah.
Terus masukkan bawang, bawang putih, halia, serai yang di ketuk,
udang kering dan udang basah.
Biarkan mendidih kemudian masukkan tauhu dan kacang buncis.
Masukkan garam secukup rasa dah masak padamkan api.

Saturday 4 February 2012

Pengat Labu dengan Jagung


Bahan-bahan :

1/2 biji labu
1 tin jagung
2 cubit garam
1 ketul gula melaka
sehelai daun pandan
1 tin santan
sedikit air untuk kuah

Cara-cara :

Masak gula melaka dengan sedikit air hingga cair. Ketepikan.
Rebus buah labu yang di potong dadu dengan air yang secukupnya hingga empuk.
Letak sehelai daun pandan yang di simpul.
Kemudian masukkan santan dan garam.
Tapiskan air gula melaka ke dalam nya dan masukkan setin jagung.
Biarkan mendidih perlahan-lahan sebentar lagi kemudian padamkan api.
Kalau yang suka manis tu bolehlah tambah sedikit gula kedalamnya ye.


Botok-botok Microwave

Salam sejahtera semua. Tengah buat apa tu ? Mesti tengah sibuk di dapur, kejap lagi waktu
makan tengahari. Menu apa agaknya yang di hidangkan tu ye ? Wawawah nampak sedap je ....
Haah......mestilah kan sedap di selera anak-anak dan suami baru rasa puas hati. Penat di dapur
rasa berbaloi kalau makanan yang kita sediakan di sukai keluarga dan makan pulak bertambah-tambah.

Teringin pula nak makan botok-botok. Hari tu Diyana minta-minta buatkan botok-botok.
Kebetulan ada ikan salmon bolehlah kakros membuatnya hari ini. Biasanya ikan tenggiri
yang di gunakan, kalau tak ada ikan kembong pun boleh juga. Botok-botok ini adalah
di antara makanan tradisi orang-orang Johor. Nak cerita lebih-lebih takut salah pula, rasanya
orang Johor lebih arif tentang botok-botok nih. Kakros ni tau makan aje.
Tapi memanglah sedap.. ada rasa pedas, masam, masin, manis dan pahit, semuanya cukup.
Daun-daun yang di guna dalam botok-botok ini semuanya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Kalau makan sekali tu tak adalah....mesti kena makan selalu barulah tahu khasiatnya.

Botok-botok yang kakros buat ni menggunakan ikan salmon aje sebab ikan itu ajelah yang
mudah dapat kat sini. Daun-daun nya pulak akak gunakan salad campuran, daun kunyit dan
daun kesom. Memang tak adalah daun-daun ulam tu semua. Begitu juga dengan daun pisang
mahal ye kat sini.
Jadi tak dapatlah nak bungkus dengan daun pisang, akak terus susun daun-daun, rempah dan
ikan dalam mangkuk tahan panas dan tutup dengan plastik cling film. Masak ala-ala stim gitu
dalam microwave.

Bila dah teringat atau teringin nak makan tu mestilah kena buat sendiri kat sini. Walaupun tak ada
daun-daun ulam tu, tak ada daun pisang dan tak ada periuk kukus, masih jadik juga botok-botok
kakros. Haa....cuba ye jangan tak cuba. Meh kita semak resepi...


Bahan-bahan :
5 potong ikan tenggiri   (kakros guna 5 potong ikan salmon)

Bahan untuk di kisar :
1 biji bawang besar   }
2 ulas bawang putih   }
2 batang serai           }
3 biji buah keras       }  di kisar dengan hanya sedikit air
sedikit halia              }  (ramuan mesti pekat tak mahu cair ye)
sedikit lengkuas        }

Bahan-bahan lain yang di gunakan :
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk kunyit
sedikit air asam jawa pekat
1/2 cawan santan pekat
5 sudu besar kerisik
1/2 ketul gula melaka atau 4 sudu dark brown sugar
1 1/2 sudu besar garam

Antara Sayur/Ulam kampung yang biasa digunakan :                Sayur/Ulam yang kakros gunakan :
daun mengkudu                                                                       mixed salad dalam peket dari supermarket
daun kaduk                                                                             daun kunyit
pucuk bebuas                                                                          daun kesom
daun selasih/daun kemangi/lemon basil
daun kesom
daun kunyit
pucuk ubi kayu
daun tenggek burung
pucuk puding semangkuk
pucuk puding teh
daun salam/daun bay
pucuk betik
ulam raja
dan lain-lain lagi

Cara-cara :
Ikan salmon 5 potong tu kakros gaulkan dengan sedikit garam dan tuangkan
sedikit air asam limau ke atasnya.

Kemudian sediakan bahan-bahan untuk rempah, kisar semua bahan untuk di kisar
dengan hanya sedikit air, agak-agak mesin pengisar boleh jalan cukup ye.
Sebab kita hendakkan rempah yang pekat, tak mahu cair ye.
Tuangkan dalam bekas tahan panas dan satukan dengan rempah kari, serbuk kunyit,
air asam jawa pekat, santan pekat, kerisik, gula melaka yang di sagat atau boleh guna
dark brown sugar dan garam.
Gaul semua bahan hingga bercampur rata, masakkan dalam microwave selama 2 minit.
Hiriskan daun kunyit dan daun kesom halus halus gaulkan dalam rempah.

Dalam mangkuk tahan panas susunkan daun-daun yang di gunakan, letak setengah dari
bahan rempah kemudian letak ikan.
Kemudian letak lagi lebihan rempah atas ikan dan tutup dengan cling film.
Cucuk sekali dengan hujung pisau atas plastik cling untuk keluarkan wap.
Kemudian masakkan dalam microwave selama 8 minit.
Dah siap botok-botok microwave, hidangkan dengan nasi putih panas-panas.


tutup dengan cling-film


botok-botok sebelum dimasak


rempah botok-botok


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...