Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts
Sunday, 27 January 2013
Singgang Ikan Plaice
Bahan-bahan :
2 ekor ikan plaice (ikan sisa nabi) di fillet jadi 4 keping
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
halia
lengkuas
sebatang serai
sedikit serbuk kunyit (boleh guna kunyit hidup kalau suka)
3 keping asam gelugur
2 bunga kantan
segenggam daun kesom
belacan
garam secukupnya
secubit gula
Cara-cara :
Ikan plaice dibersihkan bilas dengan air asam limau kemudian dibilas dengan air semula.
Bawang besar, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas dikisar.
Masukkan kedalam periuk bahan yang dikisar dan tambah air secukupnya untuk kuah.
Rebuskan sampai mendidih bersama asam gelugur, serbuk kunyit, serai, belacan, garam dan secubit gula.
Kemudian masukkan kepingan ikan plaice, bunga kantan yang dipotong dua dan daun kesom.
Biarkan kuah mendidih hingga ikan masak sempurna, rasa pun dah okay bolehlah padamkan api.
Friday, 25 January 2013
Sea Bream Goreng, Sambal cili Kicap dengan Kacang Buncis Goreng
Tengahari ini makan ringan-ringan saja, ada ikan sea bream dua ekor dalam petiais tu,
kakros goreng biasa saja, cicah dengan sambal cili kicap dan gorengkan sayur kacang buncis
campur cili capsicum traffic light. Alhamdulillah kenyang dah pun.
Sea Bream Goreng
2 ekor ikan sea bream
serbuk kunyit
garam
Lumurkan ikan sea bream rata-rata dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng.
Ada ikan lain pun tak kesah, ini cuma perkongsian.
* ikan sea bream ni kat tempat kita panggil apa pun tak tahu.
Sambal Cili Kicap
6 biji cili padi dihiris dicincang
2 biji cili merah dihiris dicincang
1 labu bawang besar didadu kecil
kicap manis cap kipas udang secukupnya
air asam limau secukupnya
gula
belacan (opt)
Yang ini memang selalu dah kakros tulis kat sini, kalau tak suka boleh buat sambal belacan seperti biasa.
Senang saja potong-potong, cincang-cincang lepas tu campur gaul semua.
Rasa pedas, masam, masin, manis dah pun siap janji sedap.
Cili tu kalau tak nak potong cincang, boleh jer tumbuk atau kisar, ikut masing-masinglah yer.
Kacang Buncis Goreng
segenggam kacang buncis dipotong serong
cili capsicum merah kuning hijau dihiris
1/2 labu bawang besar dihiris
sejemput udang kering direndam
sos tiram
garam dan gula
Tumis bawang letak udang kering, kemudian masukkan kacang buncis dan cili capsicum.
Letak sos tiram, garam gula sikit, sayur dah lembut, rasa dah ok boleh padamkan api.

Friday, 28 December 2012
Smoked Salmon Goreng Kicap
Bahan-bahan :
smoked salmon fillet dipotong -potong
1 labu bawang besar dipotong kasar
hirisan halia
1 biji cili merah
2 biji cili padi
kicap manis cap kipas udang secukupnya
air asam limau secukupnya
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, gorengkan kepingan smoked salmon yang dipotong tadi.
Sudah agak garing sedikit, masukkan bawang besar yang dipotong kasar, hirisan halia,
hirisan cili merah dan cili padi.
Kemudian perasakan dengan kicap manis dan air asam limau secukupnya.
Tak perlu letak garam ye, dah pun siap.
Thursday, 15 November 2012
Sardin Kicap
Bahan-bahan :
1 tin sardin
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap manis kipas udang
4 sudu besar jus lemon / air asam limau
1 cili padi, 1cili merah
garam dan gula secukup rasa
daun bawang sebagai hiasan
Cara-cara :
Tumis 1/2 labu bawang besar dan bawang putih, masukkan cili kisar.
Bila terbit minyak, masukkan kicap manis dan jus lemon.
Masukkan ikan sardin dan sos nya sekali.
Letak cili padi dan cili merah serta 1/2 labu bawang besar yang dipotong kasar.
Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Biarkan merenih sekejap padamkan api.
Tuesday, 16 October 2012
Pan Fried Salmon
Bahan-bahan :
2 keping ikan salmon
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit peri-peri seasoning
2 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
Cara-cara :
Ratakan garam, serbuk lada hitam dan peri-peri seasoning pada
kepingan salmon dan biarkan sebentar.
Panaskan non-stick pan, letak olive oil.
Bila sudah panas masukkan kepingan salmon yang berkulit dahulu,
jarakkan jangan rapat.
Bila setengah bahagian salmon telah bertukar warna, terbalikkan
sebelah lagi.
Masak jangan terlalu garing nanti keras, lama masa memasak bergantung
kepada besar dan tebal kepingan salmon yang anda guna.
Ada yang suka half done dan ada yang suka well done macam kakros,
terpulang kepada deria rasa masing-masing ye.
*Peri-peri seasoning tu pilihan kakros kalau ada yang suka seosoning lain pun
boleh juga.
Friday, 4 May 2012
Cili Asam Garam Ikan Parang
Masakan yang akak masak hari ini kakros tak tahu nama asal nya, tapi kakros
pernah tengok mak masak. Mak kakros kata resepi orang Singapura,
dia dapat dari radio, tapi dah lama lah masa kakros sekolah rendah lagi mak dah
selalu buat. Jadi sampai hari ini pun kakros masih ingat macamana nak menyediakan nya.
Masakan ini kakros bagi nama Asam Garam Ikan Parang saja. Kalau yang tahu nama
sebenar nya bolehlah betulkan kakros nanti ye. Kakros ingat nak share lah kat sini,
itu pun kalau ada yang sudi. Masakan ini sebenar nya menggunakan ikan parang, tapi
kat sini rasa nya memang tak ada ikan parang. Jadi kakros gantikan dengan ikan salmon sahaja.
Ikan parang ini di potong lebar-lebar, di sapu garam dan serbuk kunyit. Kemudian
di panggang dengan sedikit minyak di dalam kuali leper. Bila dah masak, kaitkan
ke dalam pinggan.
Kemudian sediakan cili untuk di tepekkan ke atas nya. Cili kering di potong
kemudian di rebus. Toskan dan tumbuk cili hingga hancur, masukkan kedalam
mangkuk. Kemudian tumbuk bawang putih dan halia. Gaul dengan asam jawa
pekat, gula dan garam. Masa ni cili dah pun bertukar warna kepada gelap. Potong
bawang besar nipis-nipis dan gaul sekali kedalam nya.
Selepas itu tepekkan cili yang dah siap ini keatas ikan parang yang telah di panggang
tadi. Mesti pelikkan.....cili ini memang tidak perlu di masak ye. Cubalah ye kalau
nak tahu macamana rasa nya. Pada kakros, kami sekeluarga sukakan nya.
Cili Asam Garam Ikan Parang
Bahan-bahan :
seekor ikan parang di potong lebar-lebar (kakros guna ikan salmon)
di gaul serbuk kunyit dan garam kemudian
di panggang dengan sedikit minyak
semangkuk cili kering (di rebus, toskan dan di tumbuk)
seulas bawang putih
sedikit halia
8 sudu besar gula
2 sudu besar garam
1 sudu besar pes asam jawa pekat
2 biji bawang besar (di belah 4 di hiris nipis-nipis)
Cara-cara menyediakan nya :
Seekor ikan parang di potong lebar-lebar di sapu garam dan kunyit,
kemudian di panggang dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
Tutup kuali leper dengan tutup periuk, terbalikkan ikan masak sebelah lagi.
Bila dah masak angkat ikan kedalam pinggan.
Cili kering di rebus, toskan kemudian di tumbuk hingga halus, kaitkan kedalam mangkuk.
Tumbuk seulas bawang putih dan sedikit halia.
Masukkan kedalam mangkuk tadi dan gaulkan dengan gula, garam dan asam jawa pekat.
Adjust rasa nya ikut kepedasan cili yang anda guna.
Masa ni cili sudah pun bertukar ke warna gelap.
Potong bawang besar nipis-nipis dan gaul kan sekali kedalam cili tadi.
Dah siap bolehlah tepekkan cili ini keatas ikan yang sudah siap di panggang.

Sunday, 22 April 2012
Botok-Botok
Bahan-bahan :
5 potong ikan tenggiri ( kakros guna 5 potong ikan salmon)
Bahan untuk di kisar :1 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih }
sedikit halia } di kisar dengan hanya sedikit air
sedikit lengkuas } (ramuan mesti pekat)
3 biji buah keras }
2 batang serai }
Bahan-bahan lain yang di gunakan :
3 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 ketul gula melaka atau 4 sb dark brown sugar
5 sudu besar kerisek
sedikit air asam jawa pekat
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 sudu besar garam
Antara Daun / Ulam kampung yang biasa di gunakan Daun / Ulam yang kakros gunakan
dalam pembuatan botok-botok ini : menggantikan daun-daun yang
daun mengkudu tersebut di sebelah :
daun kaduk daun kunyit
pucuk bebuas daun kesom
daun selasih / daun kemangi kacang buncis
daun kesom
daun kunyitpucuk ubi kayu
daun tenggek burung
pucuk puding semangkuk
pucuk puding teh
daun salam / daun bay
pucuk betik
ulam raja
dan lain-lain lagi
Cara-cara menyediakan :
Ikan Salmon tu kakros gaulkan dengan sedikit garam dan air asam limau
supaya hilang hanyir nya kemudian bilas dengan air.
Kemudian sediakan bahan-bahan untuk rempah.
Kisar semua bahan untuk di kisar dengan hanya sedikit air, agak-agak mesin
pengisar boleh jalan cukup ye.
Sebab kita hendakkan rempah yang pekat, tak mahu cair ye.
Tuangkan dalam kuali kecil dan satukan dengan rempah kari, serbuk kunyit,
air asam jawa pekat, santan pekat, kerisek, garam dan gula melaka yang
di rincik kecil. Kalau tak ada gula melaka boleh pakai dark brown sugar.
Gaul semua bahan hingga bercampur rata atas api hingga rempah masak.
Hiris daun kunyit dan daun kesom halus-halus gaulkan dalam rempah yang
telah di masak tadi.
Kalau yang ada daun pisang bolehlah sediakan untuk di bungkus, layurkan
dahulu supaya tak mudah koyak.
Susun serba sedikit daun / ulam kampung, letak 2-3 sudu rempah, kemudian letak
ikan sekeping, letak balik 2-3 sudu rempah dan letak lagi daun / ulam tadi kemudian
bungkus dengan cermat daun pisang dan sematkan dengan lidi.
Lebih kurang macam nak bungkus tapai tapi lebih besar sedikit dari bungkus tapai yer.
Selepas tu bolehlah di kukus sehingga masak.
Kakros tak ada daun pisang jadi masak jer dalam mangkuk pyrex pun boleh juga.
Lepas dah susun selang seli dengan rempah dan kacang buncis yang kakros gunakan
untuk hari ini, kakros tutup mangkuk pyrex dengan cling film dan stim kan dalam
microwave sehingga masak selama 8 minit.
Jangan lupa cucuk sekali dengan hujung mata pisau atas plastik cling supaya wap
boleh keluar.
Sesiapa yang nak cuba tu kalau masak guna microwave boleh sediakan, susun elok-elok
semua bahan dalam mangkuk pyrex, bila nak hidangkan baru masakkan dalam microwave.
Bila buka plastik cling tu.....wah wangi nya bau....terus hidangkan berasap lagi atas meja
dengan nasi putih panas-panas.
Terus buka selera...ni yang nak tambah nasi lagi nih.
Jangan risau bahan tak cukup, kita cari alternatif lain, janji boleh makan Botok-Botok.
Puas jugaklah dapat makan Botok-Botok walaupun duduk jauh, anak-anak dan suami
sukaa.... sangat. Alhamdulillah.
Friday, 30 March 2012
Ikan Panggang Sira Sambal Microwave
Bahan-bahan :
Seekur ikan salmon
garam dan kunyit
2 sudu minyak
2 cawan cili kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar garam
8 sudu besar gula
minyak secukupnya
Cara-cara menyediakan :
Ikan boleh guna ikan apa-apa pun, kakros guna ikan salmon.
Bersihkan ikan dan kelar depan belakang, kemudian bilas dengan
jus lemon atau air asam limau atau air asam jawa.
Kemudian di sapu garam dan kunyit, tuang sesudu dua minyak atas ikan
dan panggang ikan dalam oven atau atas grill pun boleh sehingga masak
kedua-dua belah.
Sediakan Sambal Microwave :
Dalam bekas plastik tahan panas masukkan semua bahan untuk sambal ~ cili kisar,
bawang besar yang di potong, bawang putih, pes asam jawa, sos ikan,
garam, gula dan minyak.
Tutup bekas plastik tahan panas dengan penutupnya dan masak sambal
dalam microwave selama 3 minit keluarkan kacau hingga semuanya
bercampur rata, masak lagi 3 minit dah pun siap.
Hidangkan ikan yang sudah siap di panggang tadi di atas pinggan dan
sendukkan sambal microwave keatas nya.
* Bekas plastik tahan panas tu bukan akak beli yang khas untuk
guna dalam microwave ye..
Kakros hanya guna bekas container plastik yang selalu kita beli nasi campur tu ye,
yang di atas penutupnya ada tulis sesuai di gunakan dalam microwave.
Wednesday, 21 March 2012
Salmon Masak Kicap
seekur ikan salmon sederhana besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
sesenduk sos cili
sesenduk sos tomato
kicap manis cap kipas udang secukupnya
2 biji tomato
sebiji cili merah
sebiji cili hijau
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Ikan di bersihkan di potong kepada enam keping, bilas dengan
jus lemon atau air asam limau dahulu, kemudian sapu garam kunyit
dan di goreng. Ketepikan.
Tumiskan bawang dan halia hingga wangi, masukkan air secukupnya
untuk kuah.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis secukupnya,
biarkan kuah mendidih.
Selepas tu masukkan ikan yang telah siap di goreng tadi, tomato yang
di belah empat, cili merah dan cili hijau yang di belah dua.
Rasa dahulu baru tambah garam dan gula secukup rasa ye.
Monday, 12 March 2012
Ikan Bakar Tandoori
Bahan-bahan :
Seekor ikan salmon sederhana besar (guna ikan lain pun okay)
2 sudu besar rempah tandoori }
1 sudu besar serbuk paprika } gaul sekali untuk di sapu dalam ikan
1 sudu besar gula }
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit
jus lemon atau air asam limau
Cara-cara :
Kakros guna ikan salmon, nak guna ikan lain pun boleh jugak.
Bilas dengan jus lemon sekejap selepas ikan dicuci bersih.
Ikan di belah dua tengah kemudian di kelar, sapu garam kunyit luar dan dalam.
Sapu rata-rata di bahagian dalam ikan dengan rempah yang di campur tadi (rempah tandoori,
serbuk paprika dan gula).
Renjis sedikit minyak zaiton atau apa-apa minyak masak di atas ikan.
Bakar di dalam oven suhu 160 darjah sehingga ikan masak cantik.
Bila hendak makan perahkan sedikit jus lemon atau air asam limau ke atas ikan.
Tuesday, 7 February 2012
Singgang Ikan Salmon
Bahan-bahan :
5 potong ikan salmon
1/2 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih }
2 biji cili merah } di kisar
sedikit halia }
sebatang serai di ketuk
sedikit serbuk kunyit
sedikit belacan
4 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara :
Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah masukkan dalam air
yang secukupnya untuk kuah dan rebus hingga mendidih.
Masukkan juga serai yang di ketuk, serbuk kunyit, sedikit belacan dan asam keping.
Kemudian masukkan potongan ikan salmon, perasakan dengan garam.
Bila ikan dah masak boleh padamkan api.
Friday, 20 January 2012
Ikan Tenggiri masak cengini sesuai untuk dalam pantang
Beberapa keping ikan tenggiri
garam dan serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia potong halus memanjang
lada hitam kasar
sedikit minyak zaitun / minyak sayur
Cara-cara :
Kepingan ikan tenggiri di sapu garam dan kunyit.
Goreng / bakarkan ikan dalam kuali non-stick dengan sedikit minyak.
Balikkan ikan, bila ikan hampir masak masukkan bawang dan halia tadi.
Bila bawang dan halia dah wangi dan sedikit garing ikan pun dah masak bolehlah
kaitkan ikan kedalam pinggan.
Jangan lupa taburkan lada hitam lepas tu.
Halia dan lada hitam tu banyak pun tak pe sebab ia bagus untuk keluarkan angin
dan panaskan badan.
Makan dengan nasi putih panas-panas yang masih berasap lagi barulah berpeluh dan
badan rasa segar.
Stim Salmon dalam microwave
Bahan-bahan :
1/2 ekor ikan salmon (guna bahagian ekor)
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit halia potong halus memanjang
1/2 batang karot potong halus memanjang
1/2 biji cili merah potong halus memanjang
air panas secukupnya menutupi separuh bahagian ikan
sedikit sos ikan
sedikit cuka putih
sedikit jus lemon
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
sedikit daun bawang
plastik cling wrap untuk tutup mangkuk
Cara-cara :
Basuh ikan salmon dan kelar-kelar kedua-dua belah ikan, bilas dengan jus lemon.
Masukkan salmon ke dalam mangkuk bujur tahan panas.
Taburkan bawang, karot dan cili merah yang di potong keatas ikan.
Masukkan air panas menutupi separuh bahagian ikan.
Letakkan sos ikan, cuka dan jus lemon secukup nya.
Tuang saja ke atas badan ikan tu ye.
Taburkan juga garam dan gula keatas nya.
Tutupkan permukaan atas mangkuk dengan plastik cling wrap secukupnya.
Cucukkan sekali dengan hujung mata pisau kat tengah plastik untuk wap keluar.
Masukkan dalam microwave dan stimkan selama 6 minit. Dah pun siap.
Taburkan sedikit daun bawang sebagai hiasan sebelum menghidang.
Masa untuk stim ikut berapa besar ikan yang di gunakan ye.
Sedap makan panas-panas tengah berasap lagi tu.
Sambal Sardin
setin sardin apa-apa bran pun boleh
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
jus lemon atau air asam jawa
2 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/2 biji bawang besar di potong kasar
sedikit kacang peas (opt)
Cara-cara :
Tumis bawang dan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan cili kisar.
Letak jus lemon, kicap manis, garam dan gula. Tumis hingga cili masak dan
terbit minyak. Masukkan sardin serta sosnya sekali dan bawang besar yang
di potong kasar tadi. Biarkan mendidih dan bawang dah layu sedikit boleh
padamkan api.
Kemudian gorengkan telur mata kerbau dan tuangkan kicap.
Haa....ni dia lauk bila balik dari jalan jauh dah penat dan semua orang dah lapar,
paling cepat masak sardin je lah. Haa...senyap semuanya dah dapat makan.....
Saturday, 14 January 2012
Salmon Masam Manis
Bahan-bahan :
Seekor ikan salmon yang sedang besarnya (guna ikan lain pun boleh saja)
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar pes halia
1 senduk cili mesin
2 sudu besar sos tomato
gula dan garam secukupnya
1/2 biji nenas di buang empulur di dadu
1/2 batang karot di dadu
1 biji bawang besar di potong bulat
1 biji cili merah (boleh juga guna capsicum merah atau hijau)
Cara-cara :
1. Ikan salmon di potong empat disapu garam dan kunyit kemudian di goreng garing.
Kaitkan ke dalam pinggan.
2. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili mesin
dan gula. Tumis hingga cili masak, masukkan sos tomato dan garam. Rasa cukup
masam manis nya.
3. Kemudian masukkan nenas dan karot yang di dadu tadi. Begitu juga bawang besar
yang di potong bulat dan cili merah. Masak hingga bawang layu sedikit tutupkan api,
tuang sos masam manis keatas ikan yang siap di goreng tadi. Hidangkan dengan nasi
panas-panas.
Saturday, 24 December 2011
Ikan Salmon Goreng Cili
Bahan-bahan :
seekur ikan salmon (di bersihkan guna juice lemon)
2 biji bawang besar di dadu
2 sudu besar pes halia
3 senduk cili kisar
sedikit belacan
juice lemon
garam dan gula
1 biji bawang besar di potong bulat
Cara-cara :
1. Kakros guna wild Alaskan salmon, ikan ni tak lah berapa besar macam ikan salmon
yang biasa tu. Potong tiga ikan, belah tengah dan kelar-kelar. Kemudian sapu garam
dan serbuk kunyit lepas tu boleh goreng garing ye.
2. Sekarang masak sambal pula, tumiskan bawang besar yang di dadu dan halia hingga
wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan belacan, tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan juice lemon, garam dan gula, masak hingga cili garing kemudian masukkan
bawang besar yang di potong bulat. Balikkan hingga bawang layu padamkan api tuangkan
sambal ke atas ikan salmon yang telah di goreng garing tadi. Hidang dengan nasi putih
panas-panas, kalau ada masak lemak putih sayur pun sedap makan sekali.
Tuesday, 22 November 2011
Ikan Terubuk Grill Cicah Air Asam dan Nasi Wangi
Bahan-bahan :
1ekor ikan terubuk (di bersihkan di belah belakang)
di sapu garam, kunyit dan pes halia
Air Asam Jawa
8 biji cili padi
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
air asam jawa secukupnya
sedikit belacan
garam dan gula
Nasi Wangi
3 mug beras basmathi
1/4 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes halia
1 helai daun pandan
3 sudu besar minyak
sukatan air seperti masak nasi biasa + 1 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar garam
Cara-cara :
1. Ikan terubuk yang telah di sapu garam kunyit dan pes halia bolehlah di grill atau nak bakar
macam biasa pun boleh juga sehingga masak.
2. Untuk air asam jawa potong cili padi, cili merah dan bawang besar masukkan kedalam
mangkuk. Campurkan belacan, garam, gula dan air asam jawa. Guna belakang sudu
tenyeh-tenyehkan belacan supaya semuanya bercampur sebati.
3. Untuk nasi basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker. Kemudian masukkan semua
bahan-bahan yang lain bawang, halia, daun pandan, air, susu segar, minyak dan garam.
Masak seperti memasak nasi biasa.
4. Untuk hidangan Ikan Terubuk Grill Cicah Air Asam dan Nasi Wangi kak ros gandingkan
juga dengan Sticky Chicken Wing. Nanti akak tempekkan resepinya. Jangan lupa cuba ye...
Thursday, 11 August 2011
Nasi Dagang
Sebenarnya selain dari Nasi Kerabu, akak suka makan Nasi dagang juga. Dulu zaman akak
masih kerja, pernah minta resepi dari kawan sepejabat asal orang Terengganu, tapi senyap saja...
Sedih jugak sebab masa tu tengah mengandungkan anak pertama. Maklumlah masa tu belum
pandai masak-masak berbagai ni.
Walaucamana pun akak usahakan jugak nak belajar masak Nasi Dagang ni. Layanlah entry
Nasi Dagang versi kak Ros ni. Maklumlah duduk di perantauan serba kekurangan. Apa yang ada
semuanya di manafaatkan. Janji sedap dan rasa asalnya tak lari. Jom semak... nasi dagang makan
dengan gulai ikan dan acar timun.
Bahan-bahan : untuk Nasi Dagang
1 mug beras pulut
1 1/2 mug beras basmathi
1/4 biji bawang besar didadu
sedikit halia di hiris halus
1/2 sb halba
1 tin santan + air jadikan 2 1/2 mug santan
lebihkan 1/2 cawan air lagi
1sb garam
1sb gula
Cara masak Nasi Dagang :
Campurkan kedua-dua beras, bersihkan dalam rice cooker. Masukkan santan + air, halba,
bawang dan halia serta garam dan gula. On kan rice cooker dan masak seperti nasi biasa.
Bila dah masak balik-balikkan nasi dagang dan bolehlah off kan rice cooker.
Bahan-bahan : untuk Gulai Ikan Nasi Dagang
1/2 biji bawang besar }
sedikit halia } di kisar
sedikit lengkuas }
2 sb serbuk cili Baba's
3 sb rempah kurma Adabi
1 sb rempah kari Adabi
2 asam keping
susu segar secukupnya untuk kuah
1 tin Jack Mackerel in tomato sauce
1 sb garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara masak Gulai Ikan Nasi Dagang :
Kisar bawang, halia dan lengkuas. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan
bahan kisar tadi. Kemudian masukkan serbuk cili, rempah kurma dan rempah kari.
Tumis hingga terbit minyak, masukkan asam keping dan susu segar secukupnya untuk kuah.
Masukkan garam dan ikan mackerel bersama sosnya sekali. Ikan ni besarnya lebih kurang
macam ikan tongkol juga. Bezanya tak payah di rebus dahulu dengan asam keping seperti
ikan tongkol ye. Biarkan mendidih sekali lagi, kemudian bolehlah di tutupkan api.
Bahan-bahan : untuk Acar Timun
1/2 batang timun (di potong halus)
1 batang karot (di sagat)
1/4 biji bawang besar (di hiris nipis)
1 biji cili merah (di hiris halus)
2 sb cuka
1 1/2 sb gula
1 sb garam
Cara buat Acar Timun :
Potong timun halus memanjang, karot di sagat, bawang besar di hiris nipis dan
cili merah di potong halus. Kemudian gaulkan dengan cuka, gula dan garam.
Semuanya dah siap, tunggu masa untuk berbuka saja.

Friday, 22 July 2011
Masak Asam Pekat Salmon
Bahan2 :
2 potong ikan salmon
1 biji bawang besar
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
2 sb. cili kisar
1 senduk serbuk cili Baba's
semangkuk air asam jawa
secubit belacan
garam dan gula secukup rasa
daun kesum
2 cawan air
Cara2 :
1. Ikan di bersihkan kemudian sapu sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng
sehingga masak dan garing.
2. Dalam periuk panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan
serbuk bawang putih dan halia. Masukkan cili kisar dan serbuk cili Baba's. Masukkan
air dan air asam jawa.
3. Renihkan hingga cili masak. Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa serta
daun kesum. Kemudian bolehlah masukkan ikan salmon yang di goreng tadi. Masakkan
sekejap lagi bolehlah di tutupkan api.
Sole Goreng Lada Hitam
Bahan2 :
seekor ikan sebelah atau sole (di bersih dan di kelar)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
sedikit daun bawang
sedikit serbuk lada hitam kasar
garam dan gula secukup rasa
sedikit lemon juice
Cara2 :
1. Panaskan sedikit olive oil di atas frying pan. Letakkan sole perlahan-lahan.
Taburkan lada hitam kasar dan garam ke atasnya, kemudian terbalikkan.
2. Ulang proses yang sama, tabur lada hitam dan garam. Bila kedua-dua belah
ikan telah masak dan garing, masukkan bawang yang di dadu, daun bawang,
cili hijau dan merah yang di potong.
3. Letakkan sedikit gula dan perahan air asam limau. Masakkan sebentar bolehlah
di tutupkan api.
Subscribe to:
Posts (Atom)