Showing posts with label ayam percik. Show all posts
Showing posts with label ayam percik. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

Ayam Percik


Bahan-bahan :

2 ekor ayam muda atau baby chicken
1 biji bawang besar  }
4 ulas bawang putih  } di kisar
2 batang serai           }
1 sudu besar halba
2 sudu besar pes halia
2 sudu besar cili kisar
air asam jawa
setin santan
1 sudu besar garam atau secukup rasa
1 sudu besar gula atau secukup rasa

Cara-cara :

Ayam di potong empat setiap satu dan di kelar.
Masak ayam dengan bahan- bahan kisar dan semua bahan-bahan lain
hingga hampir masak.
Kemudian alihkan ayam ke dalam oven tray dan bakar ayam sehingga
masak dan keperangan suhu 160 darjah.
Resepi ayam percik ini kakros ambil dari dapur Hanieliza.
Terima kasih Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi dan kakros minta
izin kongsikan resepi yang sedap ini di sini pula.
Resepi asal boleh lihat di Ayam Percik@Hanieliza's Cooking

Saturday, 24 December 2011

Tandoori Chicken Goreng, Ayam Percik, Sayur Goreng Jawa dan Nasi Ghee


Tandoori Chicken Goreng

Bahan-bahan :

1 baby chicken di belah bahagian dada di bersihkan
3 sudu besar tandoori masala atau secukupnya
2 sudu besar yogurt  (guna susu segar + lemon juice)
sedikit pes halia dan bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar gula
garam  (tandoori masala dah ada garam kalau rasa tak cukup boleh tambah)

Cara-cara :

1. Sapu semua bahan pada ayam dan perap sebentar.

2. Kemudian bolehlah goreng dalam deep fryer hingga masak rata.







Ayam Percik

Bahan- bahan :

1 baby chicken di belah bahagian dada di bersihkan
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit

1 biji bawang besar       }
2 ulas bawang putih       }
sedikit halia                   }  di kisar
sebatang serai               }
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar halba
setin santan
garam dan gula

Cara-cara :

1. Sapu garam dan kunyit pada ayam ketepikan.

2. Dalam kuali panaskan sedikit minyak tumis bahan kisar, masukkan semua
    bahan-bahan lain juga, santan, cili mesin, garam gula dan halba. Biarkan
    mendidih.

3. Sementara tu goreng ayam tadi dalam deep fryer. Bila ayam dah masak
    masukkan dalam kuah yang sedang mendidih, golek-golekkan hingga kuah
    masak pekat dan ayam lembut.






Sayur Goreng Jawa

Ini kes tak cukup bahan tapi rasa nak makan juga. Jadi masaklah juga dengan
apa saja bahan yang ada dalam peti. Yang tak ada fucuk kering dan tempe tapi
ngam juga.
Pada sapa yang tinggal di tempat di mana barang-barang dapur mudah di dapati
selamat menjamu selera dengan sayur goreng jawa asli dan hidangan lain yang di saji.

Bahan-bahan :

semangkuk kacang buncis di potong
semangkuk suun di rendam
semangkuk tauhu di goreng
3 biji cili merah di potong nipis
sebatang serai di hiris nipis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
udang basah dan udang kering
secawan santan
semangkuk tempe di goreng  (tak ada)
semangkuk fucuk kering di rendam  (tak ada)

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang kemudian masukkan serai. Masukkan udang basah
    dan udang kering. Tumiskan sebentar masukkan santan.


2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, goreng hingga kering.



Nasi Ghee

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
3 mug air + 1 mug susu segar
2 sudu besar minyak sapi
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes halia
kulit kayu manis, buah pelaga
bunga lawang, bunga cengkih
1 1/2 sudu besar garam
bawang goreng untuk tabur

Cara-cara :

Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker kemudian masukkan air, susu, minyak sapi
dan semua bahan lain. Kemudian masak seperti masak nasi biasa. Bila dah masak taburkan
bawang goreng.

Ayam Percik Lada Hitam dan Nasi Bukhari

Bahan-bahan :

2 ekor ayam (guna 2 ekor baby chicken)
2 biji bawang besar  }
2 batang serai          }  di kisar
pes halia dan bawang putih
1 tin santan
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
asam keping
2 genggam beras di goreng dan kisar

Cara-cara :

1. Kakros guna baby chicken jadi ayam nya tak berapa besar senang dan cepat sikit nak masak.
    Kalau nak bakar dalam oven terpulang, akak goreng saja lepas tu masak dalam kuah hingga
    kuah percik pekat sikit.

2. Bersihkan ayam gaul garam dan kunyit kemudian goreng dalam deep fryer.

3. Sementara tu kisar bawang, serai dan halia masukkan dalam kuali yang muat 2 ekor
    ayam. Masukkan setin santan kemudian masukkan sedikit minyak sebab akak guna santan tin.

4. Masukkan lada hitam, asam keping dan beras yang di kisar, biarkan mendidih. Kemudian
    masukkan ayam yang telah di goreng tadi, golek-golekkan ayam masak hingga kuah pekat.
    (kalau nak ayam percik yang kuah nya merah ganti aje lada hitam dengan cili kisar ye)

5. Ayam percik lada hitam ni akak gandingkan dengan nasi bukhari dan sambal tomato karot.
    Tak kisah lah nak makan dengan nasi apa-apa pun boleh belaka. Cuba lah ayam percik lada
    hitam versi mudah nih.

Nasi Bukhari

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
3 mug air
1 mug susu segar
1/2 biji bawang besar di dadu
halia di hiris halus
kulit kayu manis, buah pelaga
bunga lawang, bunga cengkih
3 sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tomato
sebiji tomato di potong kecil-kecil
sebiji cili merah atau hijau di belah dua
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar minyak sapi + sesudu minyak
bawang goreng, daun ketumbar untuk tabur

Cara-cara :

1. Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker. Panaskan minyak sapi dan sesudu minyak
    kemudian tumiskan bawang besar, halia dan rempah empat sekawan. Bila dah kuning dan
    wangi masukkan rempah kurma letak sedikit air. Biarkan mendidih tutup api.

2. Masukkan rempah yang di tumis kedalam beras yang telah di basuh tadi bersama air dan susu
    segar. Kemudian masukkan semua bahan lain kiub pati ayam, sos tomato, cili, tomato di potong
    dan garam secukup rasa.

3. Kacau sedikit dan biarkan nasi masak dalam rice cooker seperti biasa. Bila dah masak tabur
    bawang goreng dan daun ketumbar. Kemudian buat sambal tomato dan karot.

4. 2 biji tomato 1/2 biji bawang besar di potong sebatang karot di sagat kemudian gaul dengan
    sambal belacan. Boleh lihat n3 yang lepas selamat mencuba.






Friday, 3 June 2011

Ayam Percik Lada Hitam


Bahan2 :

Seekor ayam di potong 16
sebiji bawang besar   }
sedikit halia dan bawang putih   }   di blender
2 batang serai    }
2 asam keping dan sedikit garam
1 tin santan dan serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang di blender
    hingga terbit minyak.

2. Masukkan ayam balik-balikkan, masakkan sebentar. Masukkan santan, serbuk kunyit, serbuk lada hitam
    dan asam keping, masak hingga ayam betul-betul masak. Sesuaikan rasa garamnya.

3. Masukkan kedalam bekas tahan panas, tutup dengan aluminium foil dan masukkan
    kedalam oven. Bakar selama 30 minit suhu 160 darjah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...