Sunday 25 December 2011

Mee Kari Daging Cincang



Bahan-bahan :

sebungkus mee kuning (akak guna spaghetti)

500g daging cincang
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sedikit pes halia
sesenduk rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk paprika
2 genggam udang kering di rendam di kisar
100g instant mashed potato  (untuk pekatkan kuah)
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 batang karot
2 genggam bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

taugeh
daun bawang
cili merah, cili hijau
telur rebus
bawang goreng

Cara-cara :

1. Celur mee kuning dan toskan. Tapi kakros guna spaghetti yang di rebus dengan
    sedikit serbuk kunyit hingga lembut kemudian toskan.

2. Untuk kuah tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi lepas tu masukkan
    daging cincang. Bila daging dah bertukar warna masukkan rempah kari, serbuk kunyit
    dan paprika. Akak guna paprika sebab tak nak kuah terlalu pedas, siapa yang suka
    pedas boleh ganti dengan cili boh ye.

3. Bila dah terbit minyak masukkan air ikut banyak mana kuah yang kita mahu. Biarkan
    kuah mendidih masukkan udang kering yang di kisar tadi dan instant mashed potato.
    Akak guna mashed potato untuk pekatkan kuah, kalau tak ada boleh saja lebih kan
    kentang yang di rebus dan di lecek.

4. Kemudian masukkan karot dan kentang yang di dadu kecil, biarkan mendidih lagi rasa
    garam dan gula secukup rasa. Sebelum tutup api jangan lupa masukkan bawang goreng
    dalam kuah sebab ia buat kuah rasa lebih sedap lagi.

5. Masukkan mee kuning atau spaghetti kedalam mangkuk, sendukkan kuah secukupnya
    tabur taugeh, daun bawang, cili dan bawang goreng. Letakkan potongan telur rebus,
    kalau ada sawi dan tauhu boleh letak sekali lagi sedap. Selamat memasak.

Saturday 24 December 2011

Tandoori Chicken Goreng, Ayam Percik, Sayur Goreng Jawa dan Nasi Ghee


Tandoori Chicken Goreng

Bahan-bahan :

1 baby chicken di belah bahagian dada di bersihkan
3 sudu besar tandoori masala atau secukupnya
2 sudu besar yogurt  (guna susu segar + lemon juice)
sedikit pes halia dan bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar gula
garam  (tandoori masala dah ada garam kalau rasa tak cukup boleh tambah)

Cara-cara :

1. Sapu semua bahan pada ayam dan perap sebentar.

2. Kemudian bolehlah goreng dalam deep fryer hingga masak rata.







Ayam Percik

Bahan- bahan :

1 baby chicken di belah bahagian dada di bersihkan
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit

1 biji bawang besar       }
2 ulas bawang putih       }
sedikit halia                   }  di kisar
sebatang serai               }
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar halba
setin santan
garam dan gula

Cara-cara :

1. Sapu garam dan kunyit pada ayam ketepikan.

2. Dalam kuali panaskan sedikit minyak tumis bahan kisar, masukkan semua
    bahan-bahan lain juga, santan, cili mesin, garam gula dan halba. Biarkan
    mendidih.

3. Sementara tu goreng ayam tadi dalam deep fryer. Bila ayam dah masak
    masukkan dalam kuah yang sedang mendidih, golek-golekkan hingga kuah
    masak pekat dan ayam lembut.






Sayur Goreng Jawa

Ini kes tak cukup bahan tapi rasa nak makan juga. Jadi masaklah juga dengan
apa saja bahan yang ada dalam peti. Yang tak ada fucuk kering dan tempe tapi
ngam juga.
Pada sapa yang tinggal di tempat di mana barang-barang dapur mudah di dapati
selamat menjamu selera dengan sayur goreng jawa asli dan hidangan lain yang di saji.

Bahan-bahan :

semangkuk kacang buncis di potong
semangkuk suun di rendam
semangkuk tauhu di goreng
3 biji cili merah di potong nipis
sebatang serai di hiris nipis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
udang basah dan udang kering
secawan santan
semangkuk tempe di goreng  (tak ada)
semangkuk fucuk kering di rendam  (tak ada)

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang kemudian masukkan serai. Masukkan udang basah
    dan udang kering. Tumiskan sebentar masukkan santan.


2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, goreng hingga kering.



Nasi Ghee

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
3 mug air + 1 mug susu segar
2 sudu besar minyak sapi
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes halia
kulit kayu manis, buah pelaga
bunga lawang, bunga cengkih
1 1/2 sudu besar garam
bawang goreng untuk tabur

Cara-cara :

Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker kemudian masukkan air, susu, minyak sapi
dan semua bahan lain. Kemudian masak seperti masak nasi biasa. Bila dah masak taburkan
bawang goreng.

Ayam Percik Lada Hitam dan Nasi Bukhari

Bahan-bahan :

2 ekor ayam (guna 2 ekor baby chicken)
2 biji bawang besar  }
2 batang serai          }  di kisar
pes halia dan bawang putih
1 tin santan
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
asam keping
2 genggam beras di goreng dan kisar

Cara-cara :

1. Kakros guna baby chicken jadi ayam nya tak berapa besar senang dan cepat sikit nak masak.
    Kalau nak bakar dalam oven terpulang, akak goreng saja lepas tu masak dalam kuah hingga
    kuah percik pekat sikit.

2. Bersihkan ayam gaul garam dan kunyit kemudian goreng dalam deep fryer.

3. Sementara tu kisar bawang, serai dan halia masukkan dalam kuali yang muat 2 ekor
    ayam. Masukkan setin santan kemudian masukkan sedikit minyak sebab akak guna santan tin.

4. Masukkan lada hitam, asam keping dan beras yang di kisar, biarkan mendidih. Kemudian
    masukkan ayam yang telah di goreng tadi, golek-golekkan ayam masak hingga kuah pekat.
    (kalau nak ayam percik yang kuah nya merah ganti aje lada hitam dengan cili kisar ye)

5. Ayam percik lada hitam ni akak gandingkan dengan nasi bukhari dan sambal tomato karot.
    Tak kisah lah nak makan dengan nasi apa-apa pun boleh belaka. Cuba lah ayam percik lada
    hitam versi mudah nih.

Nasi Bukhari

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
3 mug air
1 mug susu segar
1/2 biji bawang besar di dadu
halia di hiris halus
kulit kayu manis, buah pelaga
bunga lawang, bunga cengkih
3 sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tomato
sebiji tomato di potong kecil-kecil
sebiji cili merah atau hijau di belah dua
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar minyak sapi + sesudu minyak
bawang goreng, daun ketumbar untuk tabur

Cara-cara :

1. Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker. Panaskan minyak sapi dan sesudu minyak
    kemudian tumiskan bawang besar, halia dan rempah empat sekawan. Bila dah kuning dan
    wangi masukkan rempah kurma letak sedikit air. Biarkan mendidih tutup api.

2. Masukkan rempah yang di tumis kedalam beras yang telah di basuh tadi bersama air dan susu
    segar. Kemudian masukkan semua bahan lain kiub pati ayam, sos tomato, cili, tomato di potong
    dan garam secukup rasa.

3. Kacau sedikit dan biarkan nasi masak dalam rice cooker seperti biasa. Bila dah masak tabur
    bawang goreng dan daun ketumbar. Kemudian buat sambal tomato dan karot.

4. 2 biji tomato 1/2 biji bawang besar di potong sebatang karot di sagat kemudian gaul dengan
    sambal belacan. Boleh lihat n3 yang lepas selamat mencuba.






Ikan Salmon Goreng Cili


Bahan-bahan :

seekur ikan salmon (di bersihkan guna juice lemon)
2 biji bawang besar di dadu
2 sudu besar pes halia
3 senduk cili kisar
sedikit belacan
juice lemon
garam dan gula
1 biji bawang besar di potong bulat

Cara-cara :

1. Kakros guna wild Alaskan salmon, ikan ni tak lah berapa besar macam ikan salmon
    yang biasa tu. Potong tiga ikan, belah tengah dan kelar-kelar. Kemudian sapu garam
    dan serbuk kunyit lepas tu boleh goreng garing ye.

2. Sekarang masak sambal pula, tumiskan bawang besar yang di dadu dan halia hingga
    wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan belacan, tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan juice lemon, garam dan gula, masak hingga cili garing kemudian masukkan
    bawang besar yang di potong bulat. Balikkan hingga bawang layu padamkan api tuangkan
    sambal ke atas ikan salmon yang telah di goreng garing tadi. Hidang dengan nasi putih
    panas-panas, kalau ada masak lemak putih sayur pun sedap makan sekali.

Goreng Pisang panas-panas



Petang ni kakros goreng pisang, asyik buat pengat aje. Rasa nak makan goreng pisang
pulak. Akak guna pisang montel aje selalunya pisang montel ni makan macam tu saja kan.
Cuba cari yang kulitnya hijau-hijau kuning macam tu, isinya yang belum masak ranum lagi.

Buatkan bancuhan tepung beras campur sedikit garam sedikit serbuk kunyit sesudu air kapur
dan gaul dengan air pekat pekat gitu agak-agak bila kita celup pisang bancuhan tepung beras
tu cantik menyaluti pisang bukan cair ye.

Kemudian letakkan perlahan-lahan kedalam minyak yang panas. Goreng hingga kuning keemasan
kemudian kaitkan keatas pinggan yang di lapik dengan tisu dapur. Kemudian salin keatas pinggan
untuk di hidangkan. Lepas tu kakros buat seteko kopi O. Hemmm...sedapnya makan goreng pisang 
panas-panas lepas tu pekena pulak dengan kopi O panas jugak. Hohh....lega nya tersandar... 

Ayam Bakar, Black Paper Sauce, Coleslaw dan Mashed Potato



Bahan untuk ayam bakar :

15 ketul ayam di bersihkan
rempah lamb seasonning (nak guna rempah seasonning yg lain pun boleh)
1 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar minyak

Gaul rata ayam dengan rempah lamb seasonning, serbuk bawang putih dan minyak.
Perapkan ayam sekejap. Kemudian bakar dalam oven hingga masak.

Bahan untuk black paper sauce :

1/2 biji bawang besar di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
sedikit kicap manis
serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar tepung jagung (di bancuh dengan air)
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
kiub pati ayam
garam dan gula

Tumiskan bawang yang di dadu masukkan air biarkan mendidih. Kemudian
masukkan semua bahan lain masak hingga pekat Adjust rasanya tambah yang mana patut.

Bahan untuk coleslaw :

1/4 kobis
1 batang karot
1/4 biji bawang besar
mayonis secukup nya
garam dan serbuk lada hitam
sedikit gula

Rincik kobis dan karot halus-halus begitu juga dengan bawang besar kemudian
gaul dengan mayonis. Letak sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam gaul rata.

Bahan untuk mashed potato :

4 biji kentang di rebus dan di lecek
2 cawan susu segar }+kan keduanya dan panaskan dalam
2 sudu besar butter }  microwave hingga butter cair
sedikit garam dan serbuk lada hitam

Rebus kentang hingga lembut toskan air kemudian lecek hingga halus. Campur
susu segar dan butter panaskan dalam microwave hingga butter cair. Tuang kedalam
kentang yang di lecek tadi letak sedikit garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.

Thursday 22 December 2011

Mee Udang



Bahan-bahan :

sebungkus mee kuning (guna spaghetti di rebus + sedikit serbuk kunyit)
1 biji bawang besar     }
4 ulas bawang putih     }
sedikit lengkuas           } di kisar
sedikit halia                 }
2 batang serai             }
segenggam udang kering (rendam dan kisar)
2 senduk cili kisar (cili kering rebus dan kisar)
250g udang basah (di potong janggut dan sedikit ekor)
200g  isi ayam (di potong kecil-kecil)
kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

semangkuk daun bawang
3 cili merah di hiris
tauhu di goreng dan potong
4 biji telur di dadar dan hiris
bawang goreng
taugeh dan sawi (tak guna sebab tak ada)

Cara-cara :

1. Mee kuning di celur toskan. Kakros guna spaghetti di rebus campur sedikit serbuk kunyit.
 
2. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi masukkan cili mesin gorengkan sebentar
    masukkan udang kering. Masukkan air secukupnya untuk kuah biarkan mendidih
    letakkan kiub pati ayam.

3. Kemudian masukkan isi ayam dan udang biarkan mendidih lama sedikit perasakan
    dengan garam dan gula secukup rasa dah okay bolehlah tutup api.

4. Letak sedikit mee kedalam mangkuk sendukkan kuah bersama udang dan isi ayam
    dan taburkan daun bawang, cili, bawang goreng, tauhu dan hirisan telur dadar.

Meehoon Goreng Tomyam



Bahan-bahan :

1 bungkus mee hoon (di rendam hingga lembut toskan)
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di dadu
2 sudu besar pes tomyam
1 kiub pati ayam
5 sudu besar sos tiram
semangkuk udang basah (boleh letak ayam juga)
sedikit udang kering kisar
semangkuk taugeh
semangkuk daun bawang potong panjang
sebatang karot di potong bulat
sebiji tomato di potong kecil
3 biji cili padi di potong serong
garam dan gula secukup rasa
semangkuk air

Cara-cara :

1. Rendam sebungkus mee hoon kering bila dah lembut toskan. Tumiskan bawang
    dan bawang putih masukkan pes tomyam letakkan semangkuk air. Biarkan mendidih.

2. Masukkan udang, udang kering dan kiub pati ayam. Letak karot dan tomato.
    Perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan mee hoon yang telah
    di toskan tadi.

3. Balik-balikkan kemudian masukkan taugeh, daun bawang dan cili padi. Goreng
    mee hoon hingga lembut dan kering air kemudian bolehlah tutupkan api.

Cucur Udang dan Kuah Kacang

Alang-alang dah buat kuah kacang kakros buat cucur udang sekali potong-potong
makan dengan timun. Tentulah sedap ala-ala rojak gitu walaupun set nya tak lengkap.

Kat luar tu cuaca tak berapa nak elok dahlah sejuk gedi macam nih hujan batu pulak tuh.
Banyak sekolah di tutup. Angin ribut di jangka akan singgah di sini selepas tengahari
sehingga lewat petang. Tak berani kakros nak keluar. Sekolah Hilman, sekolah Diyana
dan Uni Sabrina pun di tutup juga. Jadi semua orang ada kat rumah lah hari nih melainkan
Syuhada yang kini berada Malaysia .

Nak cerita pasal cucur udang  kakros cerita pasal hujan batu pulak. Cucur Udang ni
sangat lah rangup di luar dan lembut di dalam. Buat sikit-sikit tak cukup jadi akak buatlah
sekilo tepung suka dorang dapat makan puas-puas. Jomlah semak resepi Cucur Udang
yang kakros buat nih...



Cucur Udang
Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
semangkuk udang basah
semangkuk daun kuchai (guna daun bawang)
semangkuk taugeh
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (guna lada sulah)
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
air panas untuk bancuh adunan

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kemudian bancuh
    dengan air panas kacau hingga sebati.

2. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Bila dah garing kaitkan kedalam
    pinggan yang di lapik dengan tisu dapur.

3. Sesiapa yang suka guna udang besar bolehlah buat guna senduk bulat yang di rendam
    kedalam minyak panas dahulu. Kemudian sudukan adunan ke dalam senduk letak
    udang besar sekur dan goyang-goyangkan dalam minyak panas sehingga adunan keluar sendiri.
    Kat sini kakros guna udang kecil yang di gaul sekali di dalam adunan tepung. Jadi kakros guna
    sudu saja untuk masukkan adunan kedalam minyak panas. Kalau nak guna jari pun boleh
    tapi sebelum tu kena celupkan jari duhulu dalam air baru jemput adunan tepung.
    Buat ye jangan tak buat, tak rugi kalau mencuba.

Kuah Kacang
Bahan-bahan :

500gm kacang tanah (di goreng dengan sedikit minyak)
2 senduk cili kisar
2 biji bawang besar di kisar
sedikit halia di kisar
3 biji buah keras di kisar
2 batang serai di ketuk                
semangkuk air asam jawa
brown sugar secukupnya
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara :

1. Goreng kacang tanah dengan hanya sedikit minyak hingga garing rata. Kemudian
    tumbuk atau kisar kacang tanah dengan kulitnya sekali. Masukkan kedalam periuk
    letak air secukupnya untuk kuah.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Jerang atas api hingga mendidih.
    Jangan lupa sekali sekala kacau kuah kacang. Masak hingga kuah sedikit pekat
    dan terbit minyak. Rasa cukup masam, masin dan manis nya kemudian bolehlah
    tutupkan api.

3. Potong beberapa cucur udang masukkan ke dalam pinggan, letak timun yang
    di potong halus memanjang kemudian sendukkan kuah kacang. Kalau ada yang
    nak tambah telur rebus pun sedap juga.




Nasi Impit

Hari ni kakros masak nasi impit makan dengan rendang ayam dan kuah kacang.
Nasi impit ni adalah makanan kesukaan Hilman. Bila dia balik sekolah tadi masuk je
pintu rumah, waahh!! katanya, Hilman tau bau ni...mama masak nasi yang Hilman suka tu ye.
Cepat-cepat Hilman pergi tukar baju sekolahnya dan datang kat dapur. Mama....cepatlah
Hilman nak makan nih....katanya. Tak sabar dah dia nak makan. Bau kuah kacang dan
rendang ayam buat Hilman rasa lapar.

Jom kita semak resepi biasa-biasa nih. Kalau nak buat cara lama pun boleh juga, kalau
nak buat cara ringkas pun boleh.



Nasi impit cara lama :

4 mug beras basmathi (beras biasa pun boleh)
12 mug air (guna mug yang sama sukat beras)
1 sudu besar garam
4 sudu besar minyak

1. Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker, letak air secukupnya.
    Nisbah air ialah 1 pot beras : 3 pot air (akak guna mug dan suka lebihkan
    air +1/2 mug lagi).

2. Masukkan garam, on kan rice cooker dan masak hingga nasi kering
    kemudian masukkan minyak. Guna senduk kayu kacau-kacau putar ikut
    jam hingga nasi dah betul-betul lembut dan tidak melekat lagi di periuk.

3. Kemudian sendukkan nasi kedalam plastik yang telah di lubang-lubangkan
    terlebih dahulu. Rata kan nasi dan lipat di hujung plastik. Proses ini mesti lah
    di buat semasa nasi masih panas lagi.

4. Buat sampai habis letak bersusun macam kakros buat. Tak payah nak himpit
    dengan benda-benda berat lagi. Bila sejuk bolehlah di potong makan dengan
    kuah kacang dan rendang ayam atau daging.

Nasi impit cara ringkas :

Beli saja beras basmathi dalam kotak (boil in the bag) yang dalam sekotak ada
4 bungkus dan rebuskan dengan air yang banyak hingga beras betul-betul kembang
dan padat. Kalau yang di Malaysia tu boleh aje guna pack nasi impit keluaran
Adabi atau Nona.




nasi impit cara ringkas



nasi impit buat sendiri

Ayam Masak Lada Hitam



Bahan-bahan :

10 ketul ayam di bersihkan di potong kecil-kecil
1 biji bawang di dadu
3 sudu besar pes halia
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
kicap manis secukupnya
garam secukup rasa
1 biji bawang besar di potong bulat

Cara-cara :

1. Tumis bawang besar yang di dadu dan pes halia hingga wangi. Masukkan ayam yang
    telah di potong kecil tadi.

2. Goreng dan balik-balikkan hingga ayam masak. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk
    lada hitam.

3. Masukkan sedikit air untuk pastikan ayam betul-betul masak dan lembut. Masak hingga
    kering kemudian masukkan kicap manis, garam dan bawang besar yang di potong bulat.
    Balik-baikkan hingga bawang layu kemudian bolehlah di tutupkan api.

Puding Jagung



Bahan -bahan :

1 cawan tepung kastad
1 tin sweet corn
3 cawan air
1 1/2 cawan susu segar
3/4 cawan gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

1. Dalam periuk bancuhkan tepung kastad dan air kacau hingga sebati.

2. Tambahkan susu segar, gula dan garam. Kacau hingga gula hancur masukkan sedikit
    pewarna kuning. Masukkan setin jagung.

3. Buka api perlahan dan kacau adunan tadi hingga pekat dan berkilat. Bila adunan dah
    mula meletup-letup bolehlah tutupkan api dan tuangkan adunan kedalam bekas kaca.
    Sejukkan kemudian bolehlah di potong.

Laksa Utara cara kakros



Bahan-bahan :

2 bungkus laksa kering (di rendam 4-5 jam)
4 ekor ikan mackerel (guna 2 tin salmon in brine)
2 senduk cili kisar (boleh tambah kalau suka pedas)
2 biji bawang besar di kisar
6 keping asam keping
sebesar ibu jari belacan
daun kesom
bunga kantan (tak letak sebab tak ada)
garam secukup rasa
lemon juice

Ulaman :

1 biji timun di potong halus memanjang
2 biji bawang besar di potong empat di hiris nipis2
10 biji telor di rebus kopek kulit dan di belah empat
3 biji cili merah }
5 biji cili padi   } di hiris nipis-nipis
limau nipis / limau kasturi (opt)
daun salad (opt)
daun selom (opt)
nenas (opt)
petis udang (opt)

Cara-cara :

1. Rebus ikan mackerel kemudian asingkan isi dan tulang. Mula-mula kisar isi ikan
    letak sedikit air, tuangkan dalam periuk besar. Kemudian kisar tulang pula dengan
    air rebusan ikan tadi dan tapis kedalam periuk besar tadi juga.
    Tapi kat sini kakros gunakan salmon dalam tin jadi akak terus kisarkan ikan salmon
    bersama air dan masukkan kedalam periuk.

2. Kemudian kisar bawang besar bersama air masukkan sekali kedalam periuk. Masukkan
    cili kisar dan tambah air lagi sebanyak mana kuah yang kita mahu.

3. Kemudian jerang atas api, letak asam keping dan belacan. Masak hingga mendidih.
    Yang ada bunga kantan bolehlah letak tapi kat sini susah nak dapat bunga kantan
    jadi kakros tak letak.

4. Masukkan daun kesom dan lemon juice serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih
    lagi rasa cukup masam dan masinnya kemudian bolehlah di tutupkan api.

5. Didihkan seperiuk air panas dan masukkan laksa kering yang telah di rendam tadi.
    Masak hingga lembut kemudian di tapis. Lalukan tapis bawah air paip atau kalau
    suka tuang kan air panas ke atasnya pun boleh. Tos kan hingga kering kemudian
    masukkan kedalam mangkuk untuk di hidang.

6. Masukkan laksa kedalam mangkuk, sendukkan kuah kemudian letakkan timun, telor,
    bawang dan cili. Kakros tak guna limau nipis sebab dah letak siap-siap lemon juice
    dalam kuah laksa tadi. Pada yang suka ulam lebih-lebih tu bolehlah letakkan daun salad
    dan daun selom serta nenas sekali.
    Kalau di sebelah utara biasanya laksa di makan dengan petis udang. Bagi kakros dan
    keluarga kami dah biasa makan laksa dengan kicap manis Cap Kipas Udang, kalau tak
    ada kicap manis rasa macam ada yang tak cukup. Kalau nak tahu rasanya cubalah ye..

Kari Ayam Pekat, Bendi Goreng Kunyit, Ulam Brokoli Rebus dan Sambal Belacan Bawang



Bahan-bahan :

10 ketul ayam di potong kecil
1 biji bawang besar di dadu
3 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar paprika
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar garam
1/2 senduk sos tomato
sedikit susu segar dan air

Cara-cara :

1. Rempah kari kakros dah habis jadi akak masak cara ini untuk masak kari ayam pekat,
    sedap jugak. Kalau nak guna santan ganti susu pun boleh juga terpulang.

2. Tumis bawang besar, pes halia dan bawang putih hingga sedikit garing kemudian masukkan
    ayam yang telah di potong kecil tadi. Masukkan juga rempah-rempah lain paprika, serbuk cili
    serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan jintan putih.

3. Balik-balikkan ayam hingga rempah terbit minyak kemudian masukkan susu segar dan sedikit
    air. Masukkan tomato sos dan garam masak hingga pekat.

Bendi Goreng Kunyit

Bahan-bahan :

sebungkus kacang bendi
1/2 biji bawang besar potong dadu
1/2 biji bawang besar potong kasar
1 biji cili merah potong serong
segenggam udang basah
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam dan gula

Cara-cara :

1. Bendi di bersihkan di potong kepala dan ekor kemudian di potong serong.
    Cili merah pun di potong serong.

2. Tumis bawang yang di dadu masukkan udang basah dan serbuk kunyit.                                                                                                                
    Kemudian masukkan kacang bendi, cili merah dan bawang yang di potong kasar tadi.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Ulam Brokoli Rebus dan Sambal Belacan Bawang

Potong brokoli rebus dalam air mendidih yang di letak sedikit garam. Buat sambal belacan
dan potong setengah biji bawang besar masukkan ke dalam nya.



Sambal Telor



Bahan-bahan :

6 biji telor
3 senduk cili kisar
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Masak telur mata kerbau dahulu. Panaskan sedikit minyak masak telur sebiji-sebiji bila
    dah masak terbalikkan bila dah garing kaitkan ke dalam pinggan. Goreng telor sampai habis.

2. Guna lebihan minyak goreng telur untuk tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit
    garing kemudian masukkan cili kisar, sedikit belacan, sedikit air asam jawa, garam dan
    gula secukup rasa.

3. Biarkan cili  masak hingga terbit minyak baru masukkan telor mata kerbau tadi. Rasa cukup
    masam masin dan manis dah okay bolehlah tutupkan api.



Kuah Dal

Kuah Dal ni kakros buat sebab nak makan dengan roti canai, tapi roti canai tu akak tak buat
beli aje £2.50 untuk 20 keping, okay jugak lah kan. Kuah dal nya pulak agak instant lah jugak,
sebab guna rempah yang dah siap dalam kotak hanya tambah split lentil dan air saja.

Pada adek-adek student yang tak nak buang masa lama-lama kat dapur tu bolehlah cuba cara
mudah ini sambil menikmati roti canai dengan kuah dal depan laptop tu ye. Jom semak resepi....



Bahan-bahan :

8 ketul ayam di bersihkan dan di potong kecil-kecil
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar serbuk bawang putih
3 sudu besar pes halia
1 senduk dal curry mix jenama Shan
2 cawan red split lentil basuhkan dalam tapis
air secukupnya untuk kuah
1/2 senduk tomato sos
sedikit daun kari dan 1 cili kering di potong }
1 sudu besar jintan halus (tak letak)            } di goreng sekejap

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang, bila dah kuning sedikit masukkan ayam yang
    telah di potong kecil tadi. Masukkan halia dan bawang putih.

2. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah, biarkan mendidih. Masukkan rempah
    dal curry mix dan split lentil. Masak hingga lentil lembut dan kuah jadi sedikit pekat, masukkan
    sos tomato. Biarkan mendidih sebentar lagi kemudian bolehlah tutupkan api.

3. Dalam rempah dal curry mix tu dah memang ada garam, jadi rasa dulu sebelum tambah garam.
    Panaskan hanya sedikit minyak dalam pan kecil dan gorengkan sebentar daun kari, cili kering
    dan jintan halus hingga wangi dan terus tuangkan semua kedalam kuah dal yang dah siap tadi.

4. Panaskan non-stick pan dan masak roti canai segera (plain paratha).
 






Friday 2 December 2011

Twist Pasta Goreng Kari


Bahan-bahan :

500g twist pasta  (sebungkus)
300g mince chicken
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 sudu besar serbuk kari Adabi
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar dried parsley

Cara-cara :

1. Rebus pasta twist hingga lembut kemudian toskan.

2. Panaskan sedikit olive oil tumis bawang hingga wangi dan kekuninggan, masukkan
    pes halia dan bawang putih. Kemudian masukkan mince chicken, masak sekejap hingga
    keluar airnya.

3. Selepas tu masukkan rempah kari Adabi, sos tomato, serbuk lada hitam, garam dan gula.
    Tumis hingga terbit minyak. Kemudian masukkan pasta yang telah di rebus tadi.

4. Gaul dan balikkan hingga rata, letak sedikit daun parsley kering. Bila dah okay rasanya
    bolehlah di tutupkan api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...