Wednesday 28 September 2011

Chicken Mushroom Soup


Bahan-bahan :

semangkuk besar cendawan butang di potong
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
kiub pati ayam
bancuhan tepung jagung atau tepung gandum
1/2 liter susu segar
1/2 liter air

250gram chicken mince
sebiji kentang di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara :

1. Dalam sebuah periuk didihkan air dan susu kemudian masukkan bawang putih, lada hitam
    kiub pati ayam dan bancuhan tepung. Kemudian masukkan cendawan yang di potong tadi.
    Rasa garam secukup rasa.

2. Sementara tu dalam frying pan masukkan chicken mince, masak sampai kering air kemudian
    masukkan kentang, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam secukup rasa. Bila kentang
    dah lembut dan chicken mince dah masak masukkan ke dalam mushroom sup tadi.

3. Biarkan mendidih sebentar lagi bolehlah di angkat. Chicken Mushroom Soup di makan
    begitu saja dengan spaghetti pun boleh, dengan roti atau dengan dumpling pun sesuai.
    Selamat mencuba.

Lamb Soup


Bahan-bahan :

sekilo daging kambing (bahagian rib pun boleh)
air secukupnya untuk kuah
1/2 biji bawang besar didadu kecil
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
sebesar ibujari halia di ketuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sup bunjut adabi (kalau tiada guna rempah 4 sekawan)
garam secukup rasa
segenggam bawang goreng
segenggam daun bawang yang telah di potong halus

Cara-cara :

1. Basuh bersih daging kambing (boleh guna tepung atau asam limau) kemudian masukkan
    kedalam periuk. Masukkan air secukupnya untuk kuah.

2. Kemudian masukkan bawang yang didadu, serbuk bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis
    dan jintan putih, lada hitam serta sup bunjut adabi. Didihkan kuah sampai daging lembut dan
    mudah tanggal dari tulang. Barulah masukkan garam secukup rasa.

3. Dah siap bolehlah angkat dan taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang.                  

Tuesday 27 September 2011

Seafood Medley Masak Sos


Bahan-bahan :

300gram seafood medley (campuran udang, sotong dan kupang)
semangkuk kecil cili mesin
1 1/2 biji bawang besar didadu
sebiji bawang besar di potong bulat
sedikit halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar juice lemon
serai di ketuk
3 sudu besar gula

Cara-cara :

1. Tumis bawang, halia, bawang putih serta serai, kemudian masukkan cili mesin dan gula.
    Gaul sebentar hingga cili masak.

2. Tambah sos tomato, kicap manis dan juice lemon. Kemudian masukkan seafood medley
    dan sebiji bawang besar yang di potong bulat tadi, masak sekejap lagi dah pun siap ye.
 

Udang Masak Lemak Kuning


Bahan-bahan :

200gram udang (terpulang nak buang kulit ke tak)
1/2 biji bawang besar dadu
3 hiris halia dicincang
3 biji cili padi dibelah dua
sedikit serbuk kunyit
secawan susu segar dan secawan air
serai di ketuk dan daun kunyit
kacang bendi ( kekacang yang lain pun okey)
asam keping dan garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Dalam periuk masukkan air, susu, bawang, halia, cili padi, serbuk kunyit, serai dan
    daun kunyit. Jangan lupa asam keping. Didihkan.

2. Kemudian masukkan udang dan kacang bendi. Rasa garam secukup rasa. Bila dah
    masak bolehlah angkat.

Tuesday 20 September 2011

Nasi Beriani, Kurma Ayam, Sambal Belacan Dan Salad








Masakan ini sangat mudah dan cepat di masak. Pada adik-adik student yang sibuk
tak ada banyak masa di dapur bolehlah cuba cara masak Nasi Beriani dan Kurma Ayam
yang mudah ini ye.....bukan nak memandai cuma sekadar berkongsi.....Jom semak resepi...

Nasi Beriani (cara mudah)

Bahan-bahan :

2 mug beras basmathi
3 mug air
3 sudu besar rempah beriani masala mix
1/4 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
sedikit pewarna kuning
1 kiub pati ayam (opt)

Cara-cara :

1. Basuh beras di dalam periuk rice cooker. Masukkan air, rempah beriani, bawang,
    minyak sapi, minyak, garam dan kiub pati ayam. Kalau tak letak kiub pun tak pe ye.

2. Kemudian on kan rice cooker. Masak seperti masak nasi biasa. Bila air dah kering
    titikkan pewarna kuning ke atasnya dan tutupkan penutup periuk nasi semula.

3. Biarkan sebentar kemudian gemburkan nasi perlahan-lahan. Nasi beriani dah pun siap.

Kurma Ayam (cara mudah)
Sementara menunggu nasi masak bolehlah masak Kurma Ayam dahulu.

Bahan-bahan :

10 ketul ayam (atau 1kg ayam)
2 biji kentang (sebiji di potong empat)
2 biji tomato (sebiji di potong lapan)
sebungkus rempah chicken white korma mix
1 1/2 biji bawang besar di cincang halus
3 hiris halia di cincang halus
3 biji cili hijau di cincang halus
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
1 1/2 mug air
1 tin susu cair + 2 sudu besar lemon juice

Cara-cara :

1. Tumis bawang, halia dan cili hijau. Kemudian masukkan ayam serta sepeket rempah
    kurma, gaul ayam sebentar.

2. Masukkan susu cair, air dan kentang. Didihkan hingga ayam masak dan kentang lembut.
    Kemudian baru masukkan tomato yang di potong tadi.

3. Masakkan sebentar lagi kemudian bolehlah di tutupkan api. Tidak payah letak garam kerana
    rempah kurma kotak tu sudah ada garam di dalam nya. Kurma Ayam mudah dah siap.

Sambal Belacan dan salad
Sambal belacan tentu semuanya dah tahu buatkan dan salad boleh guna apa-apa daun salad
dan timun terpulang. Pada yang tak tahu... saja akak tempekkan juga cara nak buatnya di sini ye....

4 biji cili merah
8 biji cili padi
sebesar ibu jari belacan
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula
lemon juice secukupnya

Semua bahan-bahan di atas di blender atau kalau ada lesung batu bolehlah di tumbuk ye...
tapi lemon juice letakkan kemudian sebab nanti mercik kat mata pulak.
Set Nasi Beriani, Kurma Ayam dan Sambal Belacan ni dah cukup buat anak-anak akak
makan sampai menjilat jari.....takut jugak naik berat badan sekilo lagi. Pada yang ada masaalah
menambahkan berat badan bolehlah cuba. Pada yang nak jaga badan... makan sepinggan
cukuplah ye....hehehe :))

Kari Ayam ( tanpa santan)


Bahan-bahan :

1kg isi ayam
2 biji kentang
1 tin chopped tomato
1/2 biji bawang besar di dadu
3 hiris halia dicincang halus
setangkai daun kari
2 sudu besar mild curry powder
1 sudu besar paprika
1/4 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar garlic powder
kiub pati ayam
sebiji cili merah di belah dua
1 1/2 sudu besar garam (secukup rasa)
air secukupnya untuk kuah

Cara-cara :

1. Tumis bawang besar, halia dan daun kari. Masukkan rempah kari , paprika, serbuk kunyit
    dan garlic powder.

2. Kemudian masukkan ayam serta chopped tomato. Masukkan air secukupnya untuk kuah.

3. Letak kentang yang telah di potong dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih sehingga ayam
    dan kentang lembut. Masukkan sebiji cili merah yang di belah dua. Biarkan mendidih sebentar
    lagi kemudian bolehlah di tutupkan api.

Sunday 18 September 2011

Tuna Roll





Bahan-bahan :

2 bungkus shortcrust pastri (dapat 32 keping)
2 tin tuna flake
1 tin kacang peas
1/2 biji bawang besar
1/2 sb serbuk bawang putih
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb garam
1 sb penuh tepung cornflour (bancuh dengan air)~tak nak letakpun takpe
1 biji cili merah di potong kecil
sebiji telur + pewarna kuning

Cara-cara :

1. Ambil sekeping pastri di potong dua. Kemudian sebelah pastri di gelek (gelek perlahan
    supaya kekal bentuknya empat segi tepat) dan di potong 8.

2. Ambil sekeping kecil pastri yang di potong tadi gelekkan lagi, masukkan inti dan di gulung
    kemas. Buat sampai habis, susun atas dulang pembakar kemudian sapukan telur.

3. Ambil gunting kecil dan gunting (menyenget) sedikit di atasnya. Kemudian masukkan
    kedalam oven yang di panaskan terlebih dahulu suhu 160 darjah 30-35 minit atau sehingga
    masak mengikut suhu kepanasan oven masing-masing.

Pastri Manis Peach


Bahan-bahan :

sebungkus shortcrust pastri (dapat 16 keping)
2 tin peach slices in syrup
telur + pewarna kuning (untuk sapuan)

Cara-cara :

1. Pastri di potong dua, kemudian sebelah pastri di gelek dan di potong 8. Ambil sekeping kecil
    pastri tadi kemaskan tepinya, tekan dengan garfu sekelilingnya. Susun atas dulang pembakar.

2. Susun buah peach yang telah di asingkan sirapnya di tengah-tengah buat sampai habis. Panaskan
    oven 160 darjah. Bakar sekejap hingga sirapnya kering sedikit, keluarkan dari oven barulah
    disapukan telur rata-rata.

3. Masukkan semula kedalam oven, masak hingga warna keperangan lebih kurang 20 minit.
    Agak-agak dah masak bolehlah keluarkan.

Kek Coklat Lembap


Resepi asal : Hasue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

* 3/4 cawan gula pasir
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu sejat (evoparated milk)
* 1 cawan susu pekat (condensed milk)
* 1 cawan minyak masak
* 1/2 sudu teh serbuk nescafe

4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam periuk, panaskan dengan api perlahan.
    Masak hingga gula cair, tak perlu mendidih. Panaskan oven 160 darjah.

2. Dalam sebuah bekas besar, pecahkan telur, pukul sedikit hingga kembang. Masukkan
    adunan tadi kedalam telur dan gaul sebati, boleh guna hand whisk atau balloon whisk.

3. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder.
    Gaulkan sebati adunan.

4. Masukkan kedalam loyang yang telah di lapik dengan kertas dan dilengser, bakar selama
    45 minit atau sehingga masak mengikut suhu kepanasan oven masing-masing.

Coklat Ganache :
Panaskan 180gram plain coklat (akak guna hanya 100gram sahaja) double boilkan kemudian campurkan
dua sudu besar whipping cream (akak guna empat sudu besar double cream) dan satu sudu besar butter.
Kacau dengan hand whisk (akak hanya masukkan semuanya kedalam bekas tahan panas dan microwavekan sehingga cair, kacau dengan spatula). Sejukkan baru tuang keatas kek. Hiaskannya kalau suka.

Menurut Hasue asalnya Kek Coklat Lembap ini adalah resepi untuk di kukus tapi bakar pun boleh.
Sebab akak pun tiada periuk pengukus, jadi ikut saja cara Hasue. Tima kasih Hasue kerana sudi kongsikan resepi.

Devil's Food Chocolate Cake



Resepi asal : Love2cook-msia.blogspot.com

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula
1 cawan brown sugar
120gram butter
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan buttermilk
1 cawan air suam

Cara-cara :

1. Panaskan oven 170 darjah.

2. Lengserkan tin pembakar.

3. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam sebuah bekas.

4. Pukul butter dan gula hingga ringan kemudian masukkan telur, pukul lagi.

5. Bila semua telah sebati, masukkan adunan kering yang telah di ayak tadi selang seli dengan
    buttermilk dan air suam sebanyak tiga kali. Akhir sekali masukkan esen vanilla.

6. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting :
250gram Philadelphia cheese
125gram butter
1 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanilla
juice lemon

Pukul butter dan cheese, kemudian campurkan gula ising, esen vanilla dan juice lemon.
Gaul hingga sebati.

Chocolate Ganache :
200ml double cream (guna whipping cream)
250gram dark chocolate dipatah-patah kecil
secubit garam

Double boilkan whipping cream, kemudian campurkan chocolate dan secubit garam. Bila
chocolate cair, angkat dan gaul hingga semua sebati. Setelah kek betul-betul sejuk sapu
cream cheese dan tuang ganache.

Kek choklat ni sebenarnya tak berapa jadi kejadiannya, akak akan cuba lagi nanti. Tak tahu
kat mana silapnya, bahagian bawahnya agak padat tak berapa spongy macam Love buat.
Tapi rasa nya okey, cuma nanti akan kurangkan 1/2 adunan brown sugar sebab agak manis
dan akan gunakan tepung naik sendiri mungkin mutu tepung di sini lain sikit dari tempat
Love sebab tu tak berapa jadi kejadiannya. Kemudian di bakar selama 45 minit-1 jam. Untuk
chocolate ganache akak gunakan 100gram dark chocolate, 4 sudu besar double cream dan
1 sudu besar butter di microwavekan hingga cair. Thanks Love... kerana sudi kongsikan resepi.
Atau kalau ada sesiapa yang boleh bagi idea, bolehlah kongsikan dengan akak di ruangan komen.

Wednesday 7 September 2011

Makaroni Goreng


Bahan-bahan :

500gm  makaroni  (sebungkus) di rebus
1/2 biji bawang besar di dadu
1/2 sb serbuk bawang putih
4 sb cili mesin
sedikit air
segenggam udang basah
sedikit taugeh, sawi dan kobis
kicap manis secukupnya
sos tiram secukupnya
sebiji telur
1/2 sb garam dan 1/2 sb gula
daun bawang dan cili merah

Cara-cara :

1. Rebus makaroni hingga lembut. Tumis bawang, cili mesin dan serbuk bawang putih.

2. Letakkan sedikit air, masukkan udang basah, setengah sudu besar garam dan gula.
    Bila dah mendidih masukkan sayur kobis, sawi dan taugeh.

3. Kemudian masukkan makaroni, letak kicap manis dan sos tiram secukupnya. Pecahkan
    sebiji telur, gaul rata dan masak sekejap lagi bolehlah di tutupkan api. Taburkan daun bawang
    dan cili merah yang di potong.

Cucur Udang



Bahan-bahan :

4 cawan tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk lada hitam
1 sb garam
semangkuk kecil udang basah
semangkuk kecil taugeh
semangkuk kecil daun kuchai  (guna daun bawang)

Cara-cara :

1. Dalam sebuah bekas besar, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, kunyit ,
    lada hitam dan garam. Letakkan sedikit air gaul rata.

2. Panaskan minyak, bila hendak mula menggoreng baru masukkan taugeh , daun bawang
    dan udang basah. Goreng garing hingga kekuningan, toskan dan boleh di angkat. Hidangkan
    dengan sos cili manis atau kuah kacang.

Sayur Air Timun dan Kobis


Bahan-bahan :

2 batang timun  (di potong panjang)
1/4 biji kobis  (di potong halus)
sejemput udang basah (udang kering pun boleh)
sedikit suun
sejemput bawang besar yang di dadu
1/2 sb serbuk bawang putih
1/2 sb serbuk lada hitam
1 sb garam
1/2 sb gula
secubit belacan

1. Didihkan air secukupnya untuk kuah, masukkan bawang, lada hitam, garam gula dan belacan.
    Kemudian masukkan udang dan suun.

2. Bila suun dah lembut, masukkan kobis dan timun. Didihkan sebentar lagi kemudian bolehlah
    tutupkan api.

Rendang Ayam (tanpa kerisik)


Bahan-bahan :

1 kg isi ayam
1 biji bawang besar  }
2 ulas bawang putih  }
1 inci halia                } di kisar
sedikit lengkuas        }
1 batang serai           }
3 biji cili merah         }
1/2 sb serbuk kunyit
1 sb ketumbar biji  (guna serbuk ketumbar)
2 helai daun kunyit  (di potong halus)
4 sb brown sugar
1 1/2 sb garam
1 cawan santan  (guna susu segar)

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan semua bahan-bahan yang di kisar tadi.
    Kemudian masukkan isi ayam, serbuk kunyit, ketumbar dan susu segar.

2. Potong halus daun kunyit, masukkan bersama brown sugar dan garam secukup rasa.
    Masak hingga hampir kering. Hidangkan bersama pulut kuning, nasi himpit, roti canai
    atau apa-apa juadah yang anda suka. Selamat mencuba.

Chicken Nuggets


Bahan-bahan :

1kg isi ayam
1/2 sb serbuk bawang putih
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
1 1/2 sb garam

1 biji telur (di pukul sedikit)
100gm serbuk roti (ruskoline crumb dressing)
5 sb tepung jagung (boleh guna tepung gandum)

Cara-cara :

1. Setelah isi ayam di bersihkan toskan airnya. Kemudian gaul dengan semua rempah
    dan garam.

2. Pukul sebiji telur. Serbuk roti di gaul rata dengan tepung jagung.

3. Ambil isi ayam golek dalam telur, kemudian golek pulak dalam serbuk roti. Goreng
    hingga kuning keemasan bolehlah di angkat. Hidangkan bersama sos cili manis dan
    coleslaw. Selamat mencuba.

Friday 2 September 2011

Dodol Microwave



Sumber dari : Little corner of mine @belachan2.blogspot.com
Resepi asal : Lily's Wai Sek Hong

Bahan-bahan :

1/2 cawan gula
1/2 lb gula melaka  (guna seketul gula melaka yang beratnya 250g)
1/2 cawan air
sehelai daun pandan

1 cawan tepung pulut
1 sb tepung beras
1 tin (400ml) santan
100ml air (guna 1/2 cawan air)
beberapa titik pewarna makanan cokelat (star brand) -opt

Cara-cara :

1. Masukkan gula, gula melaka, air dan daun pandan dalam mangkuk kaca besar atau mangkuk
    plastik yang tahan panas dan microwave selama 5 minit dan kacau. Kalau gula masih belum cair,            
    microwavekan lagi.

2. Campurkan tepung pulut, tepung beras, santan dan air dalam bekas lain. Kacau hingga sebati
    kemudian tapis kedalam adunan air gula tadi. Masukkan beberapa titis pewarna cokelat dan
    kacau lagi.

3. Kemudian microwavekan selama 3 minit selama 11 kali. Kacau setiap selang 3 minit.

4. Bila dah siap, masukkan kedalam bekas atau plastik yang di sapu sedikit minyak. Menghasilkan
    dodol yang beratnya 500g. Doublekan adunan kalau mahu banyak dodol dan boleh tambah isi durian
    atau lempok durian kalau yang suka dodol durian. Selamat mencuba.

Terima kasih kepada Little corner of mine dan  Lily's Wai Sek Hong kerana sudi share resepi. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...