Saturday 31 March 2012

Royal Botanic Garden dan Arthur's Seat

Assalamualaikum, salam ceria semua. Kakros doakan semuanya berada
dalam keadaan sihat selalu di samping keluarga tersayang. Tapi ada masanya,
kita rasa tak sihat sangat, nak ke dapur memasak pun rasa berat je.
Tapi semua itu dugaan yang maha Esa kepada kita umatnya. Yang penting kita
kena redha, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Apa pun dugaan yang mendatang, kakros rasa ibu-ibu dan wanita di luar sana
harus merasa bangga dengan diri sendiri, sesakit sakit kita masih boleh lagi
menyediakan sajian untuk keluarga. Eh! wanita saja ke ? Maaf ye... orang
bujang dan kaum-kaum bapa sekarang ni pun tak kurang juga hebat berganding
dengan isteri turun padang menyediakan makanan di dapur.

Oleh itu banggalah dengan diri diri anda sendiri dan jalanilah kehidupan ini
sebaik mungkin kerana hidup ini hanya sementara saja.

Pendek kata, hari ni hari Sabtu 31 March 2012, lusa hari Isnin 2 April dah mula
cuti sekolah selama 2 minggu di sini. Cuti Spring Break dan Easter Holiday, tentu
dah ada yang merancang hendak makan angin atau berjalan-jalan dekat saja.

Hari ini abang bawa kami sekeluarga ke Royal Botanic Garden dan pergi memanjat
Athur's Seat di Edinburgh. Tempat ini tak berapa jauh, sejam memandu dari tempat
tinggal kakros. Belum semua bunga-bunga di Botanic Garden tu yang dah kembang,
sebab masih lagi di awal spring. Jadi kakros snap jer yang mana ada dan bunga-bunga
orkid yang ada di dalam glasshouse. Korang layan lah nengok bunga-bunga ni ye.
















Pokok Gingko Biloba







Yang ini pameran yang di adakan di ruang legar depan pintu masuk Royal Botanic
Garden tu.






Selepas 3 jam berada di situ kami pun mula beredar untuk meneruskan tujuan untuk
memanjat Arthur's Seat pulak. Tapi sebelum tu kami makan dulu, kakros ada bawa bekal
nasi lemak dan tuna sandwich untuk mengalas perut.



Walaupun hari tu cuaca sangat baik ada matahari tapi angin bertiup agak sejuk. Pada
mula nya kakros agak keberatan nak meneruskan tujuan kami, tapi memandangkan
abang telah lama teringin hendak memanjat Arthur's Seat tu sebelum beliau menjalani
pembedahan bypass lagi, kakros pun kuat kan hati untuk teruskan nya.

Kakros pulak yang bagi semangat untuk anak-anak akak sebab mereka pun kecut perut
sebab tempat tu tinggi dan curam. Dari atas boleh lihat pemandangan bandar Edinburgh
dan sekitarnya. Cantik sungguh pemandangan dari atas.













Walaupun kami tak dapat meneruskan sampai ke puncak, kerana sampai di satu tempat
tu agak licin dan jalan nya agak kecil dan curam dan mungkin juga sebab kasut mungkin
tak sesuai asyik nak menggelungsur ketepi, lutut akak yang mula tadi okay dah mula
menggigil untuk meneruskan nya.

Sebab kakros jalan paling depan, bila anak-anak akak nampak dorang pun dah naik takut.
Kakros dan anak-anak melabuhkan punggung sebentar. Abang yang berjalan dengan Hilman
di belakang dari tadi cuba memantau keadaan di depan. Abang kata jalan kat depan lagi
curam, macamana nak teruskan lagi tak ?.
Anak-anak kata cukup lah mama, abah nanti kalau jadi apa-apa susah ler pulak. Abah
pun dah mula rasa semput dada...cukuplah tu sekurang-kurangnya kita dah pun berjaya panjat
Arthur's Seat walaupun tak sampai kepuncaknya.

Hari pun dah menginjak petang, kami pun beransur pulang tapi sebelum tu berhenti solat
di Edinburgh Central Mosque dahulu. Sampai di rumah pukul 8 malam, semua nya dah keletihan.

Yang ingin tahu berkenaan Royal Botanic Garden Edinburgh boleh lihat di link ini :
www.rbge.org.uk/the-gardens/edinburgh

dan yang ingin tahu tentang Arthur's Seat boleh lihat di sini :
www.walkhighlands.co.uk/lothian/arthurs-seat.shtml

Friday 30 March 2012

Kepak Ayam Salut Peri-peri Sos dan Kacang Tanah



Bahan-bahan :

15 keping kepak ayam layur atas api sekejap untuk hilangkan bulu halus
di sapu garam dan kunyit kemudian di goreng hingga masak.

5 sudu besar sos peri-peri ketchup (kakros guna jenama Olympic, nak guna jenama lain pun boleh)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar madu
secawan kacang tanah (di panggang, buang kulit dan di tumbuk kasar)

Cara menyediakannya :

Dalam besen /salad bowl atau tupperware bertutup masukkan semua
bahan sos ~ peri-peri ketchup, sos cili, kicap manis dan madu.
Gaul semua sos hingga bercampur rata, masukkan kepak ayam yang telah
siap di goreng tadi, gaul atau goncangkan hingga semua kepak ayam telah
bersalut dengan sos.
Tabur kacang tanah dan hidangkan panas-panas, sedap di makan dengan
nasi atau di ratah begitu saja.

Ikan Panggang Sira Sambal Microwave



Bahan-bahan :

Seekur ikan salmon
garam dan kunyit
2 sudu minyak

2 cawan cili kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar garam
8 sudu besar gula
minyak secukupnya

Cara-cara menyediakan :

Ikan boleh guna ikan apa-apa pun, kakros guna ikan salmon.
Bersihkan ikan dan kelar depan belakang, kemudian bilas dengan
jus lemon atau air asam limau atau air asam jawa.
Kemudian di sapu garam dan kunyit, tuang sesudu dua minyak atas ikan
dan panggang ikan dalam oven atau atas grill pun boleh sehingga masak
kedua-dua belah.

Sediakan Sambal Microwave :

Dalam bekas plastik tahan panas masukkan semua bahan untuk sambal ~ cili kisar,
bawang besar yang di potong, bawang putih, pes asam jawa, sos ikan,
garam, gula dan minyak.
Tutup bekas plastik tahan panas dengan penutupnya dan masak sambal
dalam microwave selama 3 minit keluarkan kacau hingga semuanya
bercampur rata, masak lagi 3 minit dah pun siap.

Hidangkan ikan yang sudah siap di panggang tadi di atas pinggan dan
sendukkan sambal microwave keatas nya.

* Bekas plastik tahan panas tu bukan akak beli yang khas untuk
   guna dalam microwave ye..
   Kakros hanya guna bekas container plastik yang selalu kita beli nasi campur tu ye,
   yang di atas penutupnya ada tulis sesuai di gunakan dalam microwave.

Thursday 29 March 2012

Nasi Butter Mixed Veg, Ayam Goreng Peri-peri, Kerabu Tomato dan Kuah Dal



Bahan-bahan utk Nasi Butter Mixed Veg :

3 mug beras basmathi
sukatan air seperti memasak nasi biasa
3 sudu besar butter
1/2 biji bawang besar
semangkuk kecil mixed veg
1 kiub pati ayam
2 sudu besar garam
sedikit bawang goreng untuk tabur



Cara memasak :

Beras di bersihkan dan letak air mengikut sukatan memasak nasi biasa.
Tumis bawang dengan butter hingga lembut kemudian masukkan
semuanya kedalam periuk nasi.
Masukkan sayur campur, kiub pati ayam dan garam, kemudian masak
dalam periuk rice cooker seperti memasak nasi biasa.
Bila dah siap gemburkan nasi dan tabur dengan bawang goreng.



Bahan untuk Ayam Goreng Peri-peri :

seekur ayam muda atau baby chicken di potong kecil
5 sudu besar sos Peri-peri Ketchup  (jenama Olympic)
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam



Cara memasak :

Potongan ayam di gaul bersama sos peri-peri, gula dan garam.
Perap sebentar kemudian gorengkan ayam sehingga masak.



Bahan untuk Kerabu Tomato :

3 biji tomato
1/2 biji bawang besar
sebiji cili merah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula



Cara-cara menyediakan :

Potong / hiris tomato, bawang besar dan cili merah kecil- kecil.
Masukkan kedalam mangkuk dan gaul bersama sos cili, sos tomato,
garam dan gula.



Bahan untuk Kuah Dal :

200g kacang dal
air secukupnya utk merebus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar
setangkai daun kari
setangkai cili kering di potong
1 sudu besar halba campur
garam secukup rasa

Cara menyediakannya :

Rendam kacang dal semalaman kemudian rebus hingga empuk.
Masukkan serbuk kunyit sekali, masak hingga kacang dal lembut.
Dalam pan kecil panaskan sedikit minyak tumis bawang besar, daun kari,
cili kering dan halba campur.
Bila bawang dah keperangan dan wangi tuangkan semuanya kedalam
periuk kacang dal tadi.
Letak garam secukup rasa.
Masak ikut kepekatan yang disukai.

Wednesday 28 March 2012

Rendang Ayam Dengan Spring Green



Bahan-bahan :

seekor ayam muda atau baby chicken di potong kecil
500g sayur spring green di potong

2 biji bawang besar   }
2 batang serai            }  dikisar
sedikit halia               }
sedikit lengkuas         }

1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 keping asam gelugor

150g kerisik
1 cawan santan  (guna santan tin)
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar brown sugar

Cara-cara :

Tumis bawang besar, serai, halia dan lengkuas yang di kisar, masukkan sekali
serbuk kunyit, cili kisar, serbuk kari dan serbuk ketumbar.
Terus masukkan ayam dan asam gelugor, biarkan mendidih.
Masuk secawan santan, masak hingga kuah sedikit pekat baru masukkan
kerisik, garam dan brown sugar.
Rasa dahulu dah cukup ke asam dan garam baru masukkan sayur spring green
yang telah di potong tadi.
Masak hingga kuah pekat tapi pada yang suka berkuah bolehlah tutup api awal sedikit.
Sedap di makan bersama nasi putih atau nasi mentega panas-panas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...