Monday 30 July 2012

Mee Rebus Ayam


Bahan-bahan :

sebungkus mee kuning dicelur (kakros guna spaghetti direbus)
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
sebatang serai diketuk
semangkuk isi ayam
2 sudu besar cili kisar
1 senduk nasi rempah kari
sos tomato dan sos tiram
1 kiub pati ayam (opt)
air secukupnya untuk kuah

segenggam udang kering direndam di tumbuk
5 biji telur direbus
3 biji kentang yang besar direbus dilecek
semangkuk soya chunk kering direndam (boleh guna tauhu empatsegi)
1 1/2 sudu besar garam
sedikit gula
bawang goreng untuk tabur (segenggam masukkan dalam kuah)
daun bawang di potong
potongan cili hijau dan cili merah

Cara-cara :

Celur mee kuning kemudian ditos, kat sini kakros hanya rebuskan sebungkus
spaghetti hingga lembut.
Rebuskan telur.
Panaskan minyak tumiskan bawang, bawang putih, halia dan serai.
Masukkan isi ayam, balik-balikkan.
Masukkan cili kisar serta rempah kari serta sedikit air, tumis hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah, sos tomato dan sos tiram.

Biarkan kuah mendidih masukkan udang kering yang ditumbuk dan kentang yang
lecek.
Akhir sekali masukkan bebola tauhu kering yang direndam tadi beserta garam
dan sedikit gula.
Kacau rata kuah biarkan mendidih sebentar lagi kemudian bolehlah tutupkan api.
Masukkan segenggam bawang goreng, sekarang bolehlah hidangkan.



Saturday 28 July 2012

Lempeng Pisang


Bahan-bahan :

12 biji pisang montel
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
parutan kelapa (opt)

Cara-cara :

Picit-picitkan pisang supaya lembut, buangkan kulit masukkan
dalam bekas.
Guna garfu untuk lenyekkan pisang.
Masukkan garam dan gula serta parutan kelapa jika guna.
Gaulkan hingga rata kemudian masukkan tepung, gaul lagi
hingga semua bahan sebati.
Panaskan pan nonstick yang kecil sapukan sedikit minyak,
kemudian masukkan sesenduk adunan.
Ratakan dengan belakang senduk bulat, bila sudah perang terbalikkan.
Biarkan masak perang sebelah lagi baru angkat.
Teruskan melempeng sehingga habis adunan.
Hanya sapu minyak diawal memasak.



Friday 27 July 2012

Vegetable Pakora


Bahan-bahan :

500g tepung kacang kuda (gram flour atau chickpea flour)
100g tepung naik sendiri (self raising flour)
2 biji kentang besar didadu
1 biji bawang besar didadu
semangkuk kecil daun ketumbar }
semangkuk kecil daun bawang   } dipotong kasar
4 biji cili hijau dipotong halus
2 sudu besar tandoori masala
1/2 sudu besar serbuk cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu besar garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Dalam mangkuk yang besar gaul tepung dengan semua bahan-bahan lain.
Masukkan air sedikit-sedikit, gaul hingga jadi doh yang pekat.
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
Goreng pakora hingga kuning keemasan, toskan atas tisu dapur.
Nikmati pakora dengan sos cili, tamarind chutney atau raita.





Wednesday 25 July 2012

Jejari Pastri Manis


Bahan-bahan :

2 bungkus shortcrust pastri
susu evaporated secukupnya
gula caster secukupnya
dark brown sugar secukupnya
sedikit chopped mix nuts

Cara-cara :

Potong pastri jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
Susun atas tray atau dulang yang berlapik aluminium foil.
Kemudian sapu susu diatas pastri dan tabur gula secukupnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
160 darjah selama 30 minit atau sehingga masak.

Selain gula caster boleh juga ditabur dengan brown sugar yang
digaul dengan kekacang.




Kerepek Tortilla versi bakar


Bahan-bahan :

1 bungkus tortilla
sedikit sos cili manis

Cara-cara :

Gulung kepingan tortilla kemudian gunting sederhana nipis.
Susun dalam tray yang dilapik dengan aluminium foil.
Drizzle atau picitkan sos cili manis keatas tortilla.
Sos cili jangan terlalu banyak hanya sekali lalu saja atas tortilla.
Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
suhu 160 darjah selama 25-30 minit.
Biarkan kerepek tortilla sejuk diatas tray, barulah masukkan dalam
bekas kedap udara.
Boleh jadikan snek atau kudapan semasa santai bersama keluarga.



Tuesday 24 July 2012

Daging Rusuk Kambing Panggang


Bahan-bahan :

10 potong daging rusuk kambing (lamb rib)
serbuk lamb seasoning secukupnya
kicap manis cap kipas udang secukupnya

3 biji ubi kentang yang besar
sedikit rempah kari
1/2 sudu besar garam
2 batang karot
sedikit olive oil

Cara-cara :

Rusuk kambing dilumur dengan lamb seasoning dan kicap manis secukupmya.
Tak perlu garam sebab serbuk lamb seasoning tu sudah ada garam didalamnya.
Susun dalam tray atau dulang yang telah dilapik dengan aluminium foil.

Ubi kentang dan karot dipotong kasar kemudian digaul dengan rempah kari dan
garam serta sedikit minyak zaiton.
Kemudian tuangkan semuanya keatas rusuk kambing.

Panggang / bakar rusuk kambing dalam oven selama 1 jam 160 darjah.
Terbalikkan rusuk kambing dalam 30 minit yang pertama.
Sudah siap bolehlah hidangkan bersama nasi kesukaan anda atau makan
begitu saja bersama sos pilihan masing-masing.




Ayam Kicap


Bahan-bahan :

10 ketul ayam disapu garam dan kunyit
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
kicap manis cap kipas udang secukupnya
2 sudu besar sos tomato
air secukupnya jika perlu
3 biji cili merah dan hijau
2 biji tomato

Cara-cara :

Ayam digaul garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng
terlebih dahulu.
Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga sedikit garing,
masukkan ayam yang digoreng tadi.
Tuang kicap secukupnya, masukkan sos tomato.
Boleh letak sedikit air jika perlu, biarkan mendidih.
Kemudian masukkan cili potong dan buah tomato.
Balik-balikkan sebentar lagi kemudian bolehlah tutupkan api.




Sunday 22 July 2012

Kuih Badak Berendam


Bahan-bahan :

4 cawan tepung pulut hitam
2 cawan lebih sikit air (agak-agak hingga jadi doh yang lembut)
1/2 sudu kecil garam

inti kelapa :

2 cawan desicated coconut
1 cawan brown sugar
1 sudu besar gula pasir
3/4 cawan air panas
sehelai daun pandan di simpul

kuah santan :

1 tin santan (lebih kurang 2 1/2 cawan)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung beras

Cara-cara :

Bancuh tepung pulut hitam dengan air dan sedikit garam hingga jadi doh
yang lembut, tutup dan ketepikan.

Satukan semua bahan untuk inti kelapa dan masak dengan api perlahan
sambil dikacau hingga masak sedikit kering tetapi masih lembab.

Satukan santan, garam dan tepung beras didalam periuk kecil, kacau
atas api hingga masak sedikit pekat.

Dalam periuk lain didihkan air secukupnya untuk masak doh yang telah
diletak inti.

Bahagi doh kepada beberapa bahagian yang sama besar lebih kurang
16 - 18 biji.

Ambil doh leper-leperkan, jangan terlampau tebal atau jangan terlampau
nipis dan masukkan inti, tutup semula doh bulat-bulatkan.

Terus masukkan kedalam air panas yang mendidih, sambil tu terus
masukkan inti dalam doh buat hingga habis.

Biarkan doh yang sudah masak terapung dua tiga minit lagi supaya masak
betul barulah ditoskan kedalam tapis, terus masukkan kedalam kuah santan.
Sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka puasa.








Thursday 19 July 2012


Assalamualaikum Semua.


Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua teman-teman.
Semoga Allah menerima amalan kita.

Friday 13 July 2012

Pastri Pizza

Selamat petang semua......
Petang ni anak akak diyana ajak buat pizza, lama dah tak makan katanya.
Kebetulan dalam petiais ada 2 bungkus lagi shortcrust pastry, jadi kakros
kata kita tak payah buat doh pizza lah, kita guna pastri boleh juga.

Mesti ada kawan-kawan yang dah pernah buat pizza guna pastri kan.
Betul tak kalau kakros kata, pastri pizza ni tersangatlah sedap, betul tak ?
Haa...apatak nya sekali ngadap habis 2 keping kakros makan, dah tak boleh
nak berhenti.
Punyalah sedap, rangup, gebu pulak tu, cair dalam mulut......hemmm macam tu lah
kesedapan nya.

Kawan-kawan yang tak pernah buat lagi, cubalah ye...memang tak menghampakan,
anak- anak mesti suka punyalah.
Bukan anak-anak aje, mak dengan ayah pun sama jer suka.


Pastri Pizza
Bahan- bahan :

2 bungkus shortcrust pastry
4 batang sosej
1 tin kecil tuna flakes
semangkuk kecil nenas dalam tin
200g parutan cheddar cheese
oregano
sos tomato
mayonais

Cara- cara :

Gelek pastri tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
Angkat pastri menggunakan penggelek dan bentangkan atas pizza tray yang berlubang
atau tray biasa pun boleh.
Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 minit atau sehingga perang.
Kemudian sapu atas pastri dengan sos tomato rata- rata.
Taburkan sosej, tuna, nenas, oregano dan parutan cheese.
Bakar semula di dalam oven selama 20 minit lagi atau sehingga masak.
Dah pun siap, hidangkan panas-panas.

* Untuk topping atas pizza tak terhad boleh letak apa-apa saja topping pilihan anda.
 

tuna + sosej + nenas


sosej + nenas



Thursday 12 July 2012

Puding Sagu Bersusu


Salam ceria dan selamat petang semua.
Dah minum petang ke...uissh sedapnya ada kuih bingka, ada kuih talam,
goreng pisang, kuih pau pun ada.
Rajin- rajinnya kawan-kawan semua, kakros petang ni buat Puding Sagu jer,
dimakan dengan susu segar kemudian diletak sesudu dua air gula melaka.
Kalau nak tahu rasanya kenalah cuba ye.
Kakros sekeluarga memang suka sangat Puding Sagu Bersusu ni,
ada iras-iras macam rasa cendol. Bila rasa nak makan cendol kakros buatlah
Puding Sagu Bersusu ni, haa...lepaslah rasa teringin tu.

Kalau yang tak ada masalah kesihatan tu boleh jer ganti susu segar tu dengan santan.
Boleh jer kalau nak panggil Puding Sagu Gula Melaka cuma kakros nak bezakan
yang ini sebab kakros makan dengan susu segar.
Nak makan sedap- sedap ni kadang-kadang kena juga ingat jaga kesihatan, bukan
ikut sedap mulut jer, kang naik pulak kolestrol sapa yang susah, diri sendiri jugak
yang susah.
Maaflah yer banyak lak kakros ni celoteh, jom kita terus ke resepi....


Puding Sagu Bersusu

Bahan-bahan :

sebungkus sagu kecil (yang putih atau warna hijau pun boleh)
air panas secukupnya
1 sudu kecil pewarna hijau
air gula melaka
susu segar yang sejuk

Cara- cara :

Didihkan air panas secukupnya dalam periuk, kemudian masukkan sagu.
Kacau dengan senduk kayu hingga sagu kembang, tambah lagi air panas
kalau sagu belum kembang.
Bila sagu sudah masak sempurna, tuang sagu kedalam mangkuk hidang biarkan sejuk.
Bila hendak makan, sendukkan sagu kedalam mangkuk kecil, tuang susu segar sejuk
dan masukkan sesudu dua gula melaka.

hemm....kalau kakros makan tu tak hengat dunia, sejuk sedap jer masuk ke tekak.





Wednesday 11 July 2012

Kerepek Tortilla


Bahan-bahan :

sebungkus tortilla (yang plain atau ada perasa pun boleh)
minyak untuk menggoreng

Yang ini tak ada resepi sebab bukan kakros yang buat tortilla tu, kedai yang buat.
Cuma kakros nak kongsi idea.
Sebenarnya malu jugak nak masukkan post ni kat sini, sebab mudah sangat,
kakros pun dah selalu sangat buat.
Tapi sebab kawan-kawan hari tu suka pulak bila rasa, jadi kakros kongsikan lah kat sini ye.
Bila dah siap, kerepek tortilla ni boleh jer dimakan begitu saja atau ditabur dengan gula halus
atau disira dengan cili seperti kerepek ubi pedas tu ye.

Cara-cara :

Gulung tortilla kemudian gunting, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.
Guna api sederhana panas, goreng tortilla yang dipotong tadi hingga perang dan
toskan atas tisu dapur.
Bila sejuk simpan dalam bekas atau tupperware bertutup beralaskan kertas.
Bila hendak makan bolehlah tabur dengan gula halus kalau suka yang kerepek manis,
yang suka pedas tu bolehlah sira tortilla tu dengan cili seperti membuat kerepek ubi pedas.
Boleh je ikut mana-mana resepi kerepek pedas di tenet ye.


Saturday 7 July 2012

Dodol Microwave

Assalamualaikum, terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog kakros ni. Rasanya dah lama kakros tak masukkan post baru, maklumlah bila dah bercuti tu malaslah pulak nak mula balik. Semalam kakros buat dodol microwave, lama dah rasanya kakros tak mendodol. Pada sapa yang teringin nak makan dodol tu bolehlah cuba dodol dari resepi ni. Mudah, senang dan tidak makan masa yang lama untuk menyediakannya. Kalau inginkan dodol yang boleh dipotong, bolehlah sediakan dodol ini 4 atau 5 hari lebih awal. Tapi kalau suka dodol yang lembut boleh buat dan terus makan bila dah sejuk. Kalau nak buat Dodol untuk Raya nanti pun boleh, jom semak resepi. Kredit pada penyumbang resepi dan izinkan kakros kongsikan resepi Dodol Microwave di sini pula.


Dodol Microwave
Resepi oleh : Lily's Wai Sek Hong
Little corner of mine@belachan2.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 cawan gula
1/2 lb gula melaka (kakros guna seketul gula melaka berat 250g)
1/2 cawan air sehelai daun pandan
1 cawan tepung pulut (glutinious rice flour)
1 sudu besar tepung beras secubit garam
1 tin santan (400ml) 100ml air (kakros guna 1/2 cawan air)
1 sudu kecil pewarna makanan chokelat (opt)

Cara-cara :

Dalam periuk kecil masukkan gula, gula melaka, air dan daun pandan.
Kacau dan masak hingga semua gula cair, biarkan air gula melaka ini sejuk sedikit.
Dalam sebuah bekas campurkan tepung pulut, tepung beras, santan, air,
pewarna chokelat dan air gula melaka tadi.
Guna balloon whisk untuk mengacau hingga semua bahan bercampur rata.
Kemudian tapiskan adunan ini kedalam mangkuk plastik tahan panas.
Masak dalam microwave selama 6 minit x 5 kali, kacau dodol rata selang 5 minit.
Dah siap masukkan Dodol dalam bekas atau plastik bersapu sedikit minyak.
Menghasilkan 500g-700g Dodol Microwave.





Pulut Serunding


Bahan-bahan :

4 cawan beras pulut
4 cawan air panas
4 sudu besar minyak
1 sudu besar garam sehelai daun pandan (opt)

Bahan untuk Serunding :
2 cawan desicated coconut (digoreng perang)
1/2 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih } dikisar 
2 batang serai  
segenggam udang kering (rendam air panas kemudian kisar) 
3 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili) 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
sedikit air asam jawa 
1 sudu besar garam 
2 sudu besar gula 
minyak untuk menumis 


Cara-cara : 


Bersihkan beras pulut dalam bekas plastik yang tahan panas, masukkan 
air panas, minyak, garam dan daun pandan. 
Masak dalam microwave selama 4 minit x 4 kali. 
Kacau / balikkan pulut selang 4 minit hingga masak.

Untuk Serunding : 


Kelapa kering disangai/ digoreng hingga perang rata warnanya. 
Bawang besar, bawang putih dan serai dikisar. 
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sedikit garing, masukkan 
kelapa yang di goreng tadi. 
Kemudian masukkan semua bahan- bahan lain udang kering, cli kisar, 
serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih, air asam jawa, garam dan gula.
Goreng semua bahan tadi sedikit kering tapi jangan terlalu kering,
maksudnya masih ada lembab-lembab sikit. 
Rasa garam gula dan asam kalau dah sedap bolehlah padamkan api. 
Pulut microwave tadi boleh dibentuk bulat atau tiga segi terpulanglah ye. 
Kemudian golekkan dalam Serunding Kelapa tadi, hidangkan untuk
minum petang atau sarapan pagi.




Thursday 5 July 2012

Burger ~ cara kakros


Bahan-bahan : 9 keping daging burger

9 biji roti burger
500g daging kambing cincang (mutton mince meat)
500g daging ayam cincang (chicken mince meat)
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu besar pes halia
2 sudu besar serbuk paprika
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar daun parsley kering (dried parsley)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar garam
100g serbuk roti
2 biji telur
sedikit olive oil


timun, daun salad, bawang besar, tomato
vegetable spread, mayonais, sos cili, kepingan cheese


Cara-cara :


Kakros gunakan dua campuran daging cincang, ayam dan kambing.
Tak nak campurpun tak mengapa, boleh guna daging ayam cincang sahaja.
Kemudian campurkan dan gaul rata daging dengan bawang, rempah, garam
serbuk roti, telur dan olive oil.
Kakros guna penutup botol untuk membentuk kepingan daging yang sama besar.
Hendak bentukkan menggunakan tangan pun boleh, terpulanglah ye.
Masak atas kuali leper, bakar dalam oven atau grill kan saja pun boleh.
Bila dah siap sapu sedikit vegetable spread dan bakar/grill roti burger.
Lapiskan daging burger bersama salad dan sos kesukaan anda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...