Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

Fusilli Goreng Tuna



Bahan-bahan :

sebungkus fusilli (di rebus hingga lembut dan di tos)
1 tin tuna chunk
1 tin chopped tomato
sebatang karot di potong
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh parsley kering
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
cili merah dan daun bawang

Cara-cara :

Sebungkus fusilli di rebus hingga lembut lebih kurang 12 minit kemudian di tos.
Tumis bawang dan bawang putih, masukkan cili kisar dan chopped tomato.
Tumis hingga cili masak dan terbit minyak, masukkan karot, serbuk lada hitam,
oregano, parsley kering, garam dan gula.
Selepas itu masukkan tuna chunk dan fusilli yang dah di rebus tadi.
Balik-balikkan rata dah pun siap, hidangkan tabur cili merah dan daun bawang.



Friday, 2 December 2011

Twist Pasta Goreng Kari


Bahan-bahan :

500g twist pasta  (sebungkus)
300g mince chicken
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 sudu besar serbuk kari Adabi
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar dried parsley

Cara-cara :

1. Rebus pasta twist hingga lembut kemudian toskan.

2. Panaskan sedikit olive oil tumis bawang hingga wangi dan kekuninggan, masukkan
    pes halia dan bawang putih. Kemudian masukkan mince chicken, masak sekejap hingga
    keluar airnya.

3. Selepas tu masukkan rempah kari Adabi, sos tomato, serbuk lada hitam, garam dan gula.
    Tumis hingga terbit minyak. Kemudian masukkan pasta yang telah di rebus tadi.

4. Gaul dan balikkan hingga rata, letak sedikit daun parsley kering. Bila dah okay rasanya
    bolehlah di tutupkan api.


Wednesday, 7 September 2011

Makaroni Goreng


Bahan-bahan :

500gm  makaroni  (sebungkus) di rebus
1/2 biji bawang besar di dadu
1/2 sb serbuk bawang putih
4 sb cili mesin
sedikit air
segenggam udang basah
sedikit taugeh, sawi dan kobis
kicap manis secukupnya
sos tiram secukupnya
sebiji telur
1/2 sb garam dan 1/2 sb gula
daun bawang dan cili merah

Cara-cara :

1. Rebus makaroni hingga lembut. Tumis bawang, cili mesin dan serbuk bawang putih.

2. Letakkan sedikit air, masukkan udang basah, setengah sudu besar garam dan gula.
    Bila dah mendidih masukkan sayur kobis, sawi dan taugeh.

3. Kemudian masukkan makaroni, letak kicap manis dan sos tiram secukupnya. Pecahkan
    sebiji telur, gaul rata dan masak sekejap lagi bolehlah di tutupkan api. Taburkan daun bawang
    dan cili merah yang di potong.

Tuesday, 12 July 2011

Pasta Goreng Mamak


Bahan2:

Sebungkus pasta twist (di rebus hingga lembut)
semangkuk kecil udang basah
segenggam udang kering (di rendam dan di kisar)
semangkuk kecil taugeh
semangkuk kecil sawi
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sb. serbuk bawang putih
4 sb. cili kisar
4 sb. tomato sos
kicap manis secukupnya
3 biji telur
garam secukup rasa

Cara2 :

1. Rebuskan pasta twist hingga lembut dan toskan.

2. Tumiskan bawang yang di dadu masukkan serbuk bawang putih, cili kisar dan
    sos tomato. Tumis hingga pecah minyak masukkan udang basah dan udang kering.

3. Kemudian masukkan pasta yang di rebus tadi. Balik-balikkan sebentar masukkan
    kicap secukupnya.

4. Buatkan lubang di tengah dan masukkan telur, goreng sebentar bolehlah masukkan
    sawi dan taugeh. Gorengkan sebentar lagi dan tutuplah api dapur.

Monday, 4 July 2011

Pasta Tuna


Bahan2 :

500g fusilli atau pasta twist (sebungkus)
450g sos spaghetti (lihat cara membuat sos spaghetti di n3 yang lepas)
1 tin tuna chunks
2 sb. lemon jus
2 sb. serbuk lada hitam
2 sb. dried parsley
1 sb. dried oregano
1 sb. garlic powder
10 biji tomato ceri
garam dan gula secukup rasa
olive oil untuk menumis




Cara2 :

1. Rebus fusilli atau pasta twists sehingga lembut dan toskan.

2. Panaskan sedikit olive oil masukkan pasta yang telah di rebus tadi bersama sos spaghetti.

3. Masukkan tuna chunks dan semua bahan-bahan yang lain. Goreng sehingga semua bahan
    bergaul rata dan naik wap.

4. Masukkan tomato ceri yang telah di belah dua dan goreng sebentar lagi. Kemudian bolehlah
    di tutup api .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...