Showing posts with label sup cendawan. Show all posts
Showing posts with label sup cendawan. Show all posts
Tuesday, 26 June 2012
Sizzling Mee ~ ringkas dan sedap
Resepi : Yusnani Nordin
Bahan- bahan :
sebungkus mee kuning/ mee sanggul/ mee kering (kakros guna spaghetti)
10 ketul ayam (boleh guna isi ayam sahaja)
sebungkus shitake mushroom* (kakros guna cendawan butang)
1/2 biji bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih
3 keping halia di hiris halus (kakros guna 1sb pes halia)
2 tangkai cili kering (kakros lupa letak)
air secukupnya untuk kuah
2 senduk nasi kicap manis cap kipas udang
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 sudu besar garam atau secukup rasa
3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
sawi dan karot (kakros tak letak)
2 atau 3 biji telur (kakros tak letak)
Cara-cara :
Spaghetti direbus sehingga lembut.
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia serta cili kering, masukkan ayam.
Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah.
Rebus ayam sehingga masak lembut isi nya.
Masukkan kicap, sos tiram, lada hitam dan kiub pati ayam.
Kemudian masukkan cendawan, biarkan mendidih.
Letakkan garam secukup rasa dan bancuhan tepung jagung.
Cuba rasa dahulu kuahnya dah okay bolehlah padamkan api.
Hidangkan sizzling mee panas-panas.
*Kalau menggunakan cendawan kering shitake mesti direndam terlebih dahulu sehingga kembang.
Boleh tambah sawi dan karot kalau suka, begitu juga dengan telur.
Tuesday, 15 May 2012
Mushroom Soup ~ sup cendawan sedap
Bahan-bahan :
1 pack cendawan butang
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1litre susu segar
bancuhan tepung gandum
serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam
sedikit minyak / olive oil / butter
Cara menyediakan nya :
Cendawan di potong nipis-nipis.
Panaskan sedikit olive oil dan butter, tumiskan bawang dan bawang putih.
Masukkan cendawan yang di potong tadi, masukkan susu segar.
Kemudian letak kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan garam.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan nya
sambil di kacau supaya tidak bergentel.
Renihkan sebentar lagi, rasa dahulu kalau dah okay dah boleh tutupkan api.
Kakros suka sup cendawan panas-panas.
Friday, 20 January 2012
Spaghetti Sup Cendawan Ringkas
Nampak macam sup orang sakit tapi walaupun di masak secara ringkas semakin
bertambah akak makan. Nak-nak pula makan panas-panas ...dua mangkuk pun
tak cukup hirup sup cendawan tu... Jom kita semak resepi...
Bahan-bahan :
sebungkus spaghetti di rebus
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 kiub pati ayam
1/2 sudu besar lada hitam kasar
5 sudu besar tepung gandum (di bancuh dengan sedikit air)
1 tin cendawan butang (di hiris)
2 batang celery (di potong nipis)
5 biji telur
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Cara-cara :
1. Didihkan air masukkan serbuk bawang putih, kiub pati ayam dan lada hitam.
Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum, sebab tu kuah nya keruh.
Kalau suka yang kuah nya jernih guna bancuhan tepung jagung ye.
2. Biarkan mendidih lagi pecahkan telur sebiji-sebiji jangan kacau. Bila telur dah
sedikit keras barulah masukkan celery dan cendawan. Perasakan dengan garam
secukup rasa. Letak spaghetti kedalam mangkuk dan sendukkan kuah panas-panas.
bertambah akak makan. Nak-nak pula makan panas-panas ...dua mangkuk pun
tak cukup hirup sup cendawan tu... Jom kita semak resepi...
Bahan-bahan :
sebungkus spaghetti di rebus
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 kiub pati ayam
1/2 sudu besar lada hitam kasar
5 sudu besar tepung gandum (di bancuh dengan sedikit air)
1 tin cendawan butang (di hiris)
2 batang celery (di potong nipis)
5 biji telur
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Cara-cara :
1. Didihkan air masukkan serbuk bawang putih, kiub pati ayam dan lada hitam.
Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum, sebab tu kuah nya keruh.
Kalau suka yang kuah nya jernih guna bancuhan tepung jagung ye.
2. Biarkan mendidih lagi pecahkan telur sebiji-sebiji jangan kacau. Bila telur dah
sedikit keras barulah masukkan celery dan cendawan. Perasakan dengan garam
secukup rasa. Letak spaghetti kedalam mangkuk dan sendukkan kuah panas-panas.
Wednesday, 28 September 2011
Chicken Mushroom Soup
Bahan-bahan :
semangkuk besar cendawan butang di potong
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
kiub pati ayam
bancuhan tepung jagung atau tepung gandum
1/2 liter susu segar
1/2 liter air
250gram chicken mince
sebiji kentang di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara :
1. Dalam sebuah periuk didihkan air dan susu kemudian masukkan bawang putih, lada hitam
kiub pati ayam dan bancuhan tepung. Kemudian masukkan cendawan yang di potong tadi.
Rasa garam secukup rasa.
2. Sementara tu dalam frying pan masukkan chicken mince, masak sampai kering air kemudian
masukkan kentang, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam secukup rasa. Bila kentang
dah lembut dan chicken mince dah masak masukkan ke dalam mushroom sup tadi.
3. Biarkan mendidih sebentar lagi bolehlah di angkat. Chicken Mushroom Soup di makan
begitu saja dengan spaghetti pun boleh, dengan roti atau dengan dumpling pun sesuai.
Selamat mencuba.
Friday, 5 August 2011
Mushroom Soup
Bahan2 :
semangkuk besar cendawan butang (di potong nipis)
1 biji bawang besar (di dadu)
1 sb. serbuk bawang putih
1 sb. serbuk lada hitam kasar
1 kiub pati ayam
5 sb. tepung gandum (bancuh dengan air)
sedikit dried parsley
3 mug susu segar
3 mug air
sedikit olive oil (untuk menumis)
garam secukup rasa
Cara2 :
1. Basuh bersih cendawan kemudian potong. Dalam periuk panaskan sedikit olive oil.
Tumis bawang hingga wangi, masukkan air dan susu. Masukkan serbuk bawang putih.
2. Bila dah naik wap, masukkan cendawan yang telah di potong tadi. Kemudian masukkan
serbuk lada hitam dan kiub pati ayam. Masukkan juga bancuhan air tepung gandum sambil
di kacau.
3. Biarkan mendidih sekejap lagi. Bolehlah di tutupkan api. Bila hendak hidangkan, sendukkan
ke dalam mangkuk dan taburkan dengan sedikit parsley kering.
Saturday, 7 May 2011
Chicken Dumplings in Mushroom Soup
Ingredients:
- 2 tins of sliced mushrooms (1 tin blended)
- 2 mugs of water
- 3 mugs of fresh milk
- 2 chicken stock cubes
- 1 tbsp coarse black pepper
- 3 tbsp plain flour (mix with water)
Dumpling fillings:
- 3 small bowls of chicken mince meat
- 1/2 tbsp garlic powder
- 1/2 tbsp ginger powder
- 1/2 tbsp black pepper
- 2 tbsp plain flour (mix it with all the above ingredients for the filling)
- 1/2 onion
- water mixed with the flour to seal the dumpling
- 1 packet of wanton wrapper
Method:
1. Cook dumpling filling.
2. Cook mushroom soup.
3. Place a small portion (about 1 tsp) of the filling into the middle of each wrapper. Wet the edges of the dumpling with flour mixture to help it to seal. Fold the wrapper over the filling into a half moon shape and pleat the edges to seal. Continue with the remainder of the dumplings.
4. To cook, bring a pot of water to boil. Cook for around 4 minutes. Drain and remove. Place into mushroom soup straight after removal, then it will be ready to serve.
Subscribe to:
Posts (Atom)









