Friday 4 May 2012

Cili Asam Garam Ikan Parang

Masakan yang akak masak hari ini kakros tak tahu nama asal nya, tapi kakros
pernah tengok mak masak. Mak kakros kata resepi orang Singapura,
dia dapat dari radio, tapi dah lama lah masa kakros sekolah rendah lagi mak dah
selalu buat. Jadi sampai hari ini pun kakros masih ingat macamana nak menyediakan nya.

Masakan ini kakros bagi nama Asam Garam Ikan Parang saja. Kalau yang tahu nama
sebenar nya bolehlah betulkan kakros nanti ye. Kakros ingat nak share lah kat sini,
itu pun kalau ada yang sudi. Masakan ini sebenar nya menggunakan ikan parang, tapi
kat sini rasa nya memang tak ada ikan parang. Jadi kakros gantikan dengan ikan salmon sahaja.

Ikan parang ini di potong lebar-lebar, di sapu garam dan serbuk kunyit. Kemudian
di panggang dengan sedikit minyak di dalam kuali leper. Bila dah masak, kaitkan
ke dalam pinggan.

Kemudian sediakan cili untuk di tepekkan ke atas nya. Cili kering di potong
kemudian di rebus. Toskan dan tumbuk cili hingga hancur, masukkan kedalam
mangkuk. Kemudian tumbuk bawang putih dan halia. Gaul dengan asam jawa
pekat, gula dan garam. Masa ni cili dah pun bertukar warna kepada gelap. Potong
bawang besar nipis-nipis dan gaul sekali kedalam nya.

Selepas itu tepekkan cili yang dah siap ini keatas ikan parang yang telah di panggang
tadi. Mesti pelikkan.....cili ini memang tidak perlu di masak ye. Cubalah ye kalau
nak tahu macamana rasa nya. Pada kakros, kami sekeluarga sukakan nya.


Cili Asam Garam Ikan Parang

Bahan-bahan :

seekor ikan parang di potong lebar-lebar    (kakros guna ikan salmon)
di gaul serbuk kunyit dan garam kemudian
di panggang dengan sedikit minyak

semangkuk cili kering  (di rebus, toskan dan di tumbuk)
seulas bawang putih
sedikit halia
8 sudu besar gula
2 sudu besar garam
1 sudu besar pes asam jawa pekat
2 biji bawang besar (di belah 4 di hiris nipis-nipis)

Cara-cara menyediakan nya :

Seekor ikan parang di potong lebar-lebar di sapu garam dan kunyit,
kemudian di panggang dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
Tutup kuali leper dengan tutup periuk, terbalikkan ikan masak sebelah lagi.
Bila dah masak angkat ikan kedalam pinggan.

Cili kering di rebus, toskan kemudian di tumbuk hingga halus, kaitkan kedalam mangkuk.
Tumbuk seulas bawang putih dan sedikit halia.
Masukkan kedalam mangkuk tadi dan gaulkan dengan gula, garam dan asam jawa pekat.
Adjust rasa nya ikut kepedasan cili yang anda guna.
Masa ni cili sudah pun bertukar ke warna gelap.
Potong bawang besar nipis-nipis dan gaul kan sekali kedalam cili tadi.
Dah siap bolehlah tepekkan cili ini keatas ikan yang sudah siap di panggang.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...