Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts
Friday, 26 April 2013
Masak Lemak Kuning Udang dan Nenas
Bahan-bahan :
1 kotak udang air tawar (lebih kurang 24 ekor)
1 biji bawang besar } dikisar
1 kiub pes bawang putih
1 kiub pes halia
1 biji cili merah }
6 biji cili padi } dikisar
1 batang serai }
1 sudu besar serbuk kunyit
santan
air untuk kisar bahan diatas
2 biji tomato dipotong empat
1 tin nenas
daun ketumbar
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :
Udang dipotong mata, janggut dan sedikit ekur dengan gunting.
Kisar bawang, cili dan serai, bawang putih dan halia boleh dikisar sekali kalau guna yang segar.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kunyit dan santan.
Biarkan mendidih, masukkan udang, tomato, nenas dan jusnya sekali.
Perasakan dengan garam dan secubit gula secukup rasa, tabur sedikit daun ketumbar.
Terus padamkan api bila udang telah berwarna merah.
Jangan masak lama nanti isi udang jadi keras.
Monday, 21 January 2013
Masak Lemak Kupang dengan Kacang Buncis
Bahan-bahan :
350g isi kupang (dibersihkan buang tali terlekat diisi dalam)
segenggam kacang buncis dipotong serong
1/2 labu bawang besar
sedikit hirisan halia
sedikit udang kering direndam
santan atau susu segar
sedikit serbuk kunyit
2 cili padi
garam secukup rasa
Cara-cara :
Tumiskan hirisan bawang, halia dan udang kering.
Kemudian masukkan santan secukupnya, letak sedikit serbuk kunyit.
Masukkan isi kupang, hirisan kacang buncis, cili padi dibelah tengah
dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
Padamkan api sedia untuk dihidangkan.
Sambal Kupang
Bahan-bahan :
400g isi kupang yang telah dibersihkan (buang tali yang melekat pada isi dalam)
semangkuk kecil cili kisar
2 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih
air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar dipotong kasar
Cara-cara :
Tumiskan bawang besar dan bawang putih kemudian masukan cili kisar masak hingga terbit minyak.
Masukkan sesudu gula dahulu supaya cili cepat garing.
Selepas itu masukkan air asam jawa dan sedikit belacan.
Biarkan cili masak pekat baru masukkan isi kupang tadi dengan bawang besar yang dipotong kasar.
Perasakan dengan garam dan tambah gula lagi jika perlu ikut kepedasan cili yang digunakan.
Bila sudah masak sempurna bolehlah padamkan api.
Monday, 12 November 2012
Kupang Goreng Kunyit
Bahan- bahan :
750g isi kupang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
secekak soo hoon direndam
3 pokok daun bawang
1 cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
Cara- cara :
Panaskan sedikit minyak tumis bawang hingga wangi.
Masukkan isi kupang letak serbuk kunyit goreng hingga rata.
Kemudian masukkan soo hoon dan daun bawang yang dipotong kasar.
Balik- balikkan lagi, masukkan potongan cili merah, garam dan gula secukup rasa.
Cuba rasa kalau sudah ok bolehlah padamkan api.
Monday, 12 March 2012
Kari Kupang
Bahan-bahan :
350g isi kupang
sebatang karot yang di sagat
1/2 biji bawang besar di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
3 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa
sedikit air
4 cawan susu segar (kalau guna santan dalam 1/2 tin)
garam dan sedikit gula
Cara-cara :
Isi kupang di bersihkan, buang/tarik tali yang melekat pada kupang.
Tumiskan bawang dan bawang putih hingga wangi masukkan rempah kari
dan serbuk kunyit yang di bancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga terbit minyak masukkan sedikit air dan pes asam jawa.
Biarkan mendidih kemudian masukkan susu segar atau santan, ikut pilihan
masing-masing.
Selepas tu masukkan parutan karot dan isi kupang, letak garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mendidih sekejap lagi dah okay rasa nya boleh lah tutupkan api.
Saturday, 11 February 2012
Kupang Masam Manis
semangkuk isi kupang
2 ulas bawang putih di cincang halus
sebatang serai di ketuk
1 atau 2 biji cili padi di cincang
secawan air atau lebih
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
secubit garam
1 biji telur
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih yang di cincang bersama serai
yang di ketuk dan cili padi.
Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato serta secubit garam.
Biarkan mendidih masukkan kupang, pecahkan sebiji telur ke dalam nya.
Gaul perlahan-lahan hingga telur sedikit keras, padamkan api.
Sedap di makan panas-panas.
Hidangan ini mengambil masa yang sekejap saja untuk menyediakannya,
Tuesday, 27 September 2011
Seafood Medley Masak Sos
Bahan-bahan :
300gram seafood medley (campuran udang, sotong dan kupang)
semangkuk kecil cili mesin
1 1/2 biji bawang besar didadu
sebiji bawang besar di potong bulat
sedikit halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar juice lemon
serai di ketuk
3 sudu besar gula
Cara-cara :
1. Tumis bawang, halia, bawang putih serta serai, kemudian masukkan cili mesin dan gula.
Gaul sebentar hingga cili masak.
2. Tambah sos tomato, kicap manis dan juice lemon. Kemudian masukkan seafood medley
dan sebiji bawang besar yang di potong bulat tadi, masak sekejap lagi dah pun siap ye.
Udang Masak Lemak Kuning
Bahan-bahan :
200gram udang (terpulang nak buang kulit ke tak)
1/2 biji bawang besar dadu
3 hiris halia dicincang
3 biji cili padi dibelah dua
sedikit serbuk kunyit
secawan susu segar dan secawan air
serai di ketuk dan daun kunyit
kacang bendi ( kekacang yang lain pun okey)
asam keping dan garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Dalam periuk masukkan air, susu, bawang, halia, cili padi, serbuk kunyit, serai dan
daun kunyit. Jangan lupa asam keping. Didihkan.
2. Kemudian masukkan udang dan kacang bendi. Rasa garam secukup rasa. Bila dah
masak bolehlah angkat.
Friday, 26 August 2011
Masak Lemak Kuning Crabstick
Bahan-bahan :
2 bungkus crabstick
sebiji buah tomato
sedikit kacang bendi
1/2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
5 biji cili padi
sekeping asam keping
sedikit serbuk kunyit
susu segar dan air secukupnya
garam secukup rasa
cara-cara :
1. Panaskan sedikit air dalam periuk, masukkan bawang, bawang putih dan halia.
Biarkan mendidih dan masukkan susu, serbuk kunyit, asam keping dan cili padi.
2. Selepas tu bolehlah masukkan kacang bendi, tomato yang di potong dan crabstick.
Biarkan mendidih sekali lagi, okay dah siap dah.
Friday, 22 July 2011
Langoustine Masak Lemak Kuning
Bahan2 :
sepinggan langoustine (di bersihkan)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1/2 cawan single cream
2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sebiji cili hijau di potong
setangkai daun parsley
garam secukup rasa
Cara2 :
1. Panaskan air dalam sebuah periuk kecil, masukkan bawang yang di dadu.
2. Biarkan air mendidih masukkan langoustine, masukkan juga single cream.
Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit serta sedikit garam.
3. Masukkan cili hijau dan daun parsley. Cuba rasa bila dah okay bolehlah tutup api.
Hidangkan bersama nasi putih untuk makan tengahari.
Friday, 15 July 2011
Sotong Sambal Kicap
Bahan2 :
semangkuk sotong (bersihkan dan di potong)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
4 sb. cili kisar
sedikit kicap manis
sedikit lemon juice
Cara :
1. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan garlic dan ginger powder kemudian
masukkan cili kisar.
2. Tumis hingga cili masak kemudian masukkan sotong. Bila air sotong kering sedikit
masukkan kicap manis dan sedikit lemon juice. Masak sekejap lagi bolehlah di tutup api.
Wednesday, 13 July 2011
Mussel Rebus Air
Bahan2 :
sekotak Greenshell Mussel
1/2 biji bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sb.crushed dried cili (boleh guna cili kering di gunting halus)
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
2 batang celery
sedikit dried parsley
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
Masukkan mussel yang telah di bersihkan ke dalam periuk bersama-sama
semua bahan-bahan lain. Rebus hingga mendidih terus tutup api ye, jangan
lama-lama nanti isi nya liat.
Subscribe to:
Posts (Atom)