Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

Monday, 13 August 2012

Spaghetti Chicken Bolognese


Bahan-bahan :

sebungkus spaghetti direbus hingga lembut (12 minit)
1/2 kg daging ayam cincang
1 labu bawang besar didadu
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
setin peeled plum tomato
1 sudu besar oregano
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar dried parsley
1 sudu besar garam
gula secukupnya

Cara-cara :

Spaghetti direbus hingga lembut lebih kurang 12 minit.
Kemudian toskan letak sedikit minyak.
Dalam periuk lain panaskan sedikit minyak zaitun, tumiskan bawang,
bawang putih dan halia.
Masukkan daging ayam cincang, balik-balikkan hingga masak.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, tomato, oregano,
lada hitam dan daun parsley kering.
Rasa garam dan gula secukup rasa.

Tuesday, 26 June 2012

Sizzling Mee ~ ringkas dan sedap


Resepi : Yusnani  Nordin

Bahan- bahan : 

sebungkus mee kuning/ mee sanggul/ mee kering (kakros guna spaghetti)
10 ketul ayam (boleh guna isi ayam sahaja)
sebungkus shitake mushroom* (kakros guna cendawan butang)
1/2 biji bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih
3 keping halia di hiris halus (kakros guna 1sb pes halia)
2 tangkai cili kering (kakros lupa letak)
air secukupnya untuk kuah
2 senduk nasi kicap manis cap kipas udang
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 sudu besar garam atau secukup rasa
3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
sawi dan karot (kakros tak letak)
2 atau 3 biji telur (kakros tak letak)

Cara-cara : 

Spaghetti direbus sehingga lembut.
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia serta cili kering, masukkan ayam.
Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah.
Rebus ayam sehingga masak lembut isi nya.
Masukkan kicap, sos tiram, lada hitam dan kiub pati ayam.
Kemudian masukkan cendawan, biarkan mendidih.
Letakkan garam secukup rasa dan bancuhan tepung jagung.
Cuba rasa dahulu kuahnya dah okay bolehlah padamkan api.
Hidangkan sizzling mee panas-panas.

*Kalau menggunakan cendawan kering shitake mesti direndam terlebih dahulu sehingga kembang.
  Boleh  tambah sawi dan karot kalau suka, begitu juga dengan telur.


Saturday, 21 January 2012

Spaghetti Goreng Lagi.....

Biasalah kalau duduk kat perantauan ni, spaghetti dah jadi macam mee kuning
tak ada beza dah lagi. Murah lagi spaghetti kering dari mee kuning basah.
Cuma kalau nak nampak lebih macam mee kuning tu bila merebus spaghetti
tambahkan lah sedikit serbuk kunyit kedalam nya itu saja.

Bukannya tak rindu kat mee kuning, sabar je lah bila dah balik ke tanahair nanti,
apa-apa pun makan je lah spaghetti dulu......Semua menu yang menggunakan
mee kuning sebagai bahan asas dalam resepi-respi kakros kat blog ni semuanya
akak gunakan spaghetti sebagai alternatif. Macam kakros cakap tadi lah kalau
nak rasa exactly macam mee kuning masa merebus tu kena lah tambahkan sedikit
serbuk kunyit ye. Jom kita makan dulu spaghetti goreng kari kakros ni....


Bahan-bahan :

satu bungkus spaghetti
1/2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sebatang karot
2 biji kentang di dadu
sedikit udang basah
sedikit udang kering  }
sedikit ikan bilis        } rendam dalam air panas
1 sudu besar penuh rempah kari
sedikit air
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
kicap manis cap kipas udang secukupnya
3 sudu besar sos tiram
2 biji telor
4 batang daun bawang
bawang goreng dan cili merah

Cara-cara :

Rebus sebungkus spaghetti hingga lembut dan tos kan.
Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang, bila dah sedikit garing masuk
kentang yang di dadu dan potongan karot.
Masukkan rempah kari dan sedikit air menutupi kentang, biarkan kentang
masak lembut dan rempah kari masak.
Kat sini kakros gunakan rempah kari yang extra hot jadi kakros tak letak
cili kisar ye. Memang satu sudu besar penuh tu dah cukup pedas.
Kemudian masukkan udang kering, ikan bilis dan udang basah.
Selepas tu masukkan garam, gula, kicap manis dan sos tiram.
Pecahkan dua biji telur kedalamnya. Masukkan daun bawang yang bahagian
bawah (putih), yang bahagian atas (hijau) dihiris halus untuk di taburkan ke atasnya nanti.
Kemudian masukkan spaghetti, balik-balikkan goreng rata sampai siap.
Sendukkan kedalam pinggan tabur bawang goreng, daun bawang tadi dan cili merah.
Jom kita makan dulu.....pekena dengan kopi O sekali yup.


Wednesday, 12 October 2011

Spaghetti Goreng Telur Dadar

Bahan-bahan :

sebungkus spaghetti di rebus hingga lembut
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
2 genggam udang basah
sejemput ikan bilis halus
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar lada sulah
kicap manis secukupnya
garam secukup rasa
sebatang karot
daun bawang, cili merah, bawang goreng
2 biji telur jadikan telur dadar

Cara-cara :

1. Didihkan air dan rebus spaghetti hingga lembut kemudian toskan.

2. Tumis bawang dan cili mesin hingga sedikit garing dan masukkan udang basah
    dan ikan bilis. Balik-balikkan masukkan karot.

3. Selepas tu boleh masukkan spaghetti, kicap manis secukupnya, sos tomato, lada sulah
    dan garam secukup rasa. Gorengkan sebentar lagi kalau rasanya dah okay bolehlah
    tutup kan api.

4. Kemudian buat telur dadar, pecahkan telur masukkan secubit garam sedikit susu dan
    serbuk lada hitam. Bila dah siap letakkan telur dadar atas pinggan dan sendukkan
    spaghetti yang dah siap tadi ke atasnya.

Saturday, 6 August 2011

Spaghetti Hailam


Bahan2 :

sebungkus spaghetti (di rebus dan di toskan)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
air secukupnya untuk kuah
1/2 sb serbuk lada hitam kasar
2 sb sos tiram
10 sb kicap manis
kiub pati ayam
sedikit udang basah
5 biji telur
sebatang karot di potong
sedikit kobis di potong
5 sb cornflour di bancuh dengan air
1 sb garam

Cara2 :

1. Rebus Spaghetti hingga lembut >< 12 minit, angkat dan toskan.

2. Panaskan sedikit minyak tumis bawang hingga wangi, masukkan air secukupnya
    untuk kuah. Masukkan serbuk lada hitam, kiub pati ayam, sos tiram dan kicap manis.
    Masukkan juga udang basah dan karot.

3. Bila kuah mendidih, sambil di kacau masukkan bancuhan tepung cornflour.

4. Kemudian masukkan telur yang di pecahkan sebiji sebiji ke dalam kuah. Jangan kacau
    sampai telur sedikit keras di bahagian luar. Akhir sekali masukkan kobis dan garam
    secukup rasa.

Spaghetti Goreng Basah


Bahan2 :

sebungkus spaghetti (direbus dan ditos)
1/2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 sb cili mesn
1/2 sb serbuk lada hitam
4 sb sos tomato
2 sb sos tiram
sedikit isi ayam di potong kecil
sebatang karot di potong
sedikit air
sebiji buah tomato di potong
3 biji telur

Cara2 :

1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus spaghetti. Bila dah lembut ><12 min,
    angkat dan toskan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili mesin.

3. Bila cili dah masak, masukkan isi ayam dan karot, masukkan juga sedikit air.

4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, sos tomato dan sos tiram.

5. Bila mendidih masukkan spaghetti dan kicap manis secukupnya.

6. Selepas itu masukkan buah tomato yang di potong. Buat lubang di tengah dan
    masukkan telur. Balik-balikkan hingga telur masak bolehlah tutupkan api.

Friday, 5 August 2011

Spaghetti Ladna


Bahan2 :

1 bungkus spaghetti (di rebus)
3 ulas bawang putih di cincang
1/2 sb. pes halia
2 sb. serbuk lada putih
1 kiub pati ayam
6 sb. cornflour (di bancuh dengan air)
1 batang karot (potong bulat)
1 biji tomato potong kecil
sedikit isi ayam (potong kecil)
sedikit udang basah
sedikit daun bawang
2 sb. garam
air secukupnya untuk kuah

Cara2 :

1. Spaghetti di rebus dan di tos. Kemudian tumiskan bawang putih hingga wangi,
    masukkan air secukupnya untuk kuah.

2. Masukkan pes halia serta serbuk lada putih. Biarkan kuah mendidih
    masukkan isi ayam, udang basah serta karot yang di potong bulat.

3. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung jagung sambil di kacau.
    Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan buah tomato yang telah di potong.
    Biarkan mendidih sebentar lagi kemudian bolehlah tutupkan api.

4. Masukkan spaghetti ke dalam mangkuk dan sendukkan kuah keatasnya. Taburkan
    dengan daun bawang bila dihidangkan. Boleh masukkan sawi hijau atau bunga kobis
    kalau ada ye.                        

Monday, 30 May 2011

Spaghetti Chicken Bolognese


Bahan2 :

2 bungkus spaghetti di rebus
1 kg. ayam mince
1 1/2 biji bawang
2 tin chopped tomatoes
sedikit oregano
sedikit lada hitam
garlic powder dan ginger powder
gula dan garam

Cara2 :

1. Rebus spaghetti hingga masak dan ditos airnya. Masukkan hanya sedikit minyak kedalam spaghetti dan
    di gaul supaya ia tidak melekat.
2. Buat sauce tomato : dalam sebuah periuk lain, tumis bawang yang di potong kecil-kecil sehingga perang
    kemudian masukkan 2 tin chopped tomato. Masukkan sedikit oregano, lada hitam, garlic powder dan
    ginger powder. Letakkan sedikit gula dan garam. Sesuaikan rasanya biarkan merenih sebentar bolehlah
    di tutup api.
3. Masak ayam mince : tumis 1/2 biji bawang besar hingga perang, masukkan ayam mince masak hingga
    agak-agak kering air (jangan kering terus)masukkan serbuk lada hitam, oregano, garlic powder dan
    ginger powder serta sedikit garam, Masakkan sebentar bolehlah di tutup api. Spaghetti chicken bolognese
    ini boleh di jadikan sarapan pagi atau dijamu pada tetamu yang tiba-tiba datang ke rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...