Showing posts with label cucur. Show all posts
Showing posts with label cucur. Show all posts

Thursday, 31 January 2013

Bebola Keria

Assalamualaikum

Sebenarnya kakros nak buat kuih keria, tapi tak ada keledek biasa, yang ada keledek oren.
Keledek oren ni memanglah lembik sedikit bila dicampur tepung. Lambat pulak rasanya bila
nak dibentukkan gegelang. Jadi kakros jemput-jemputkan saja kedalam minyak panas
bulat-bulat macam tu. Bila dah masak angkat toskan, suam-suam sikit golekkan dalam gula.


Bahan-bahan :

1kg keledek oren
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar garam
gula untuk salut

Cara-cara :

Kupaskan keledek kemudian direbus hingga lembut, kemudian toskan.
Lenyek keledek hingga hancur, campur garam dan dua-dua tepung.
Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak, kemudian celupkan jari dalam air dan jemputkan adunan
kedalam minyak panas.
Goreng hingga masak angkat toskan, bila dah suam-suam baru golek dalam gula.
Kalau baru angkat dan terus golek dalam gula nanti banyak sangat gula melekat sebab masih panas.





Friday, 27 July 2012

Vegetable Pakora


Bahan-bahan :

500g tepung kacang kuda (gram flour atau chickpea flour)
100g tepung naik sendiri (self raising flour)
2 biji kentang besar didadu
1 biji bawang besar didadu
semangkuk kecil daun ketumbar }
semangkuk kecil daun bawang   } dipotong kasar
4 biji cili hijau dipotong halus
2 sudu besar tandoori masala
1/2 sudu besar serbuk cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu besar garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Dalam mangkuk yang besar gaul tepung dengan semua bahan-bahan lain.
Masukkan air sedikit-sedikit, gaul hingga jadi doh yang pekat.
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
Goreng pakora hingga kuning keemasan, toskan atas tisu dapur.
Nikmati pakora dengan sos cili, tamarind chutney atau raita.





Sunday, 15 April 2012

Cucur Ketumbar dan Kuah Kacang


Selamat pagi dan salam ceria semua, hari ni kakros buat cucur ketumbar lagi.
Lepas tu kakros buat kuah kacang sekali, kalau rajin tu potong halus timun, rebus
telur. Kalau ada tauhu goreng lagi best. Kalau rajin lagi tu buat lah ayam bakar satay,
yang rebus telur dengan goreng tauhu tu akak tak buat lah sebab tak ada tauhu.
Saja jer nak bagi idea hehehe...

Ini yang dah keberapa kali akak buat, kekadang letak entry kekadang tak. Mesti ada
yang tertanya kenapa akak selalu buat cucur ketumbar ni ye ? Sedap ke ?
Haa...kalau nak tahu...cubalah ye... Mesti ada yang kata, alah...anak saya tak makan
sayur lah kak....

4 orang anak kakros pun tak suka makan semua sayur, ada sesetengah sayur jer yang
dorang suka. Tapi bila buat cucur ketumbar ni dorang tak pernah tolak, kalau buat
sekilo tepung pun tak cukup. Hilman anak akak yang kecik sekali tu siap request
untuk esok pulak.



Jangan risau bila dah siap tak ada rasa ketumbar pun, tapi daun ketumbar ni lah
yang buat cucur ini sedap. Pada yang suka makan rojak mamak...pasti akan suka
cucur kakros ni. Cuba ye jangan tak cuba, pasti lepas makan nak lagi. Baru kejap
tadi suami akak tanya, ''Mama ada lagi tak cucur tadi ?'' Sorry bang ye...dah abis !



Cucur Ketumbar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
semangkuk kecil daun ketumbar (di potong kasar)
2 genggam ikan bilis kecil (di rendam dalam air panas)
2 batang karot di parut
1 biji telur
1 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2  3/4 cawan air

Cara membuatnya :

Dalam mangkuk besar masukkan kesemua bahan-bahan untuk cucur ketumbar
dan gaul kan hingga sebati dengan air.
Panaskan minyak secukup nya dan bolehlah mula menggoreng.
Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cucur ketumbar kedalam minyak.
Balik-balikkan dah masak toskan ke atas tisu dapur, dah boleh di hidangkan.




Kuah Kacang
Bahan-bahan :

400g kacang tanah  (kakros beli yg dah siap kisar kemudian di goreng hingga perang)
1 biji bawang besar  (kakros dadukan sahaja)
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
sebatang serai  (di ketuk)
semangkuk air asam jawa
2 sudu besar cili kisar  (kakros guna 2 sb serbuk cili + 2 sb paprika)
air atau santan secukupnya  (kakros guna air + susu segar)
gula melaka atau brown sugar
garam secukup rasa

Cara menyediakan nya :

Kacang tanah di goreng dengan api perlahan hingga masak sekata kemudian di tumbuk
hingga halus bersama kulit, pasti kan jangan ada yang hangus nanti kuah tak cantik.
Masukkan kedalam periuk, letak air sahaja atau santan ikut pilihan masing-masing.
Selepas itu masukkan bawang dan halia yang di tumbuk, serai yang di ketuk dan air asam
jawa secukupnya serta cili kisar.
Cili kisar boleh letak lebih kalau suka pedas.
Kemudian jerangkan atas api sederhana, sesekali di kacau, masak hingga terbit minyak.
Jangan lupa letak gula melaka dan garam secukup rasa.

Bila dah siap kakros makan cucur ketumbar ni dengan kuah kacang, ayam bakar satay
dan potongan timun. Ermm.....sedap sesangat sampai lupa nak ambil gambar siap sepinggan
sebab lepas tu kakros terus jer ngap.





Wednesday, 4 April 2012

Cekodok Pisang ~ jangan jemu yer

Petang tadi kakros buat cekodok pisang lagi, jangan jemu lak.
Kalau jemu gak tutup mata ye. Bukan kakros sorang jer yang suka,
1,2,3,4,5,6 orang dalam rumah ni....semua suka cekodok pisang.
Laku sekejap jer abis. Kakros belum habis lagi goreng kat dapur,
dalam pinggan yang kat depan dah pun habis.

Mesti ada yang cakap, kakros ni...cekodok pisang pun nak letak
entry. Tak kesah lah ye...kakros suka. Bukan semua orang buat jadi.
Kadang-kadang ada yang kempis dan berminyak, ada yang kecut berkedut
dan ada juga yang keras terlebih tepung.

Kakros sendiri pun kekadang terbabas letak tepung, dah jadi keras. Kita
belajar dari kesilapan, itu yang penting biar pun entry cikai-cikai bak kata
CMatGebu. Kalau kita yang buat, kita dah suka, biarlah apa orang nak kata.

Terima kasih daun keladi buat semua yang sudi menjengah kemari, kunjungan
anda amat bermakna dan kakros sangat hargai. Moga tidak banyak tapi sedikit
yang kakros kongsikan di sini dapat membantu anda di dapur. Mungkin deria
rasa kita berbeza....tapi idea kita boleh kongsi sama-samakan.
Salam kenalan juga pada semua.....


Cekodok Pisang

Bahan-bahan :

7 biji pisang berangan atau pisang montel
2 senduk tepung gandum
2 senduk tepung naik sendiri
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Picik-picikkan pisang hingga lembut, kopekkan kulit dan masukkan dalam
sebuah bekas.
Lenyekkan dengan garfu hingga hancur.
Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, garam dan gula.
Gaul hingga semua bercampur rata, boleh lah mula menggoreng.
Panaskan minyak, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cekodok
ke dalam kuali.
Balik-balikkan hingga masak dan warna sekata, kemudian toskan keatas
pinggan beralas tisu dapur.







Friday, 9 March 2012

Keledek Goreng Kari


Bahan-bahan :

Dua biji keledek
semangkuk kecil tepung beras
1 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar air kapur
air secukupnya untuk membancuh

Cara-cara :

Potong keledek sederhana nipis.
Buat bancuhan tepung untuk menggoreng, untuk kelainan rasa kakros tambah
sedikit serbuk kari.
Bancuhan tepung jangan terlalu cair, bila angkat belakang sudu tepung masih
melekat, itu makna nya dah sempurna bancuhan tepung tu.
Sekarang bolehlah mula menggoreng, bila keledek dah masak angkat dan toskan
atas tisu dapur.

Sementara menunggu keledek masak buat cili kicap untuk cicah dengan keledek.
Campurkan empat sudu besar sambal belacan dengan kicap manis cap Kipas Udang
secukupnya, kemudian gaulkan dengan sedikit kacang tanah goreng yang di tumbuk.
Hidangan minum petang buat keluarga bersama seteko kopi O.



Friday, 20 January 2012

Cokodok Pisang


Bahan-bahan :

5 biji pisang montel
12 sudu besar membukit tepung naik sendiri
2 sudu besar rata gula
dua cubit garam

Cara-cara :

Picit-picitkan dulu pisang kemudian kopekkan kulit masukkan dalam bekas.
Guna garfu lenyek-lenyekkan pisang. Tak payah hancur betulpun tak pe.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan tepung naik sendiri, gaul rata.
Bila minyak dah panas boleh terus menggoreng.

Cucur Quarker Oats


Bahan-bahan :

500g tepung gandum
1 1/2 cawan oats
1 biji bawang besar di dadu
2 batang celery di potong nipis
1 batang karot di potong kecil
1 biji cili hijau di potong kecil
2 genggam ikan bilis halus di rendam airpanas
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
3 cawan air suam

Cara-cara :

1. Dalam sebuah bekas besar masukkan tepung dan semua bahan-bahan lain
    kemudian bancuh dengan air suam hingga sebati.

2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng. Sediakan semangkuk air
    untuk celupkan jari kemudian jemputkan adunan.

3. Goreng hingga garing kemudian kaitkan keatas pinggan yang di alas dengan
    tisu dapur. Sedap di makan begitu saja atau bersama sos cili. Kalau ada lebihan
    kari ikan pun sedap juga dibuat cicah.





Thursday, 22 December 2011

Cucur Udang dan Kuah Kacang

Alang-alang dah buat kuah kacang kakros buat cucur udang sekali potong-potong
makan dengan timun. Tentulah sedap ala-ala rojak gitu walaupun set nya tak lengkap.

Kat luar tu cuaca tak berapa nak elok dahlah sejuk gedi macam nih hujan batu pulak tuh.
Banyak sekolah di tutup. Angin ribut di jangka akan singgah di sini selepas tengahari
sehingga lewat petang. Tak berani kakros nak keluar. Sekolah Hilman, sekolah Diyana
dan Uni Sabrina pun di tutup juga. Jadi semua orang ada kat rumah lah hari nih melainkan
Syuhada yang kini berada Malaysia .

Nak cerita pasal cucur udang  kakros cerita pasal hujan batu pulak. Cucur Udang ni
sangat lah rangup di luar dan lembut di dalam. Buat sikit-sikit tak cukup jadi akak buatlah
sekilo tepung suka dorang dapat makan puas-puas. Jomlah semak resepi Cucur Udang
yang kakros buat nih...



Cucur Udang
Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
semangkuk udang basah
semangkuk daun kuchai (guna daun bawang)
semangkuk taugeh
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (guna lada sulah)
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
air panas untuk bancuh adunan

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kemudian bancuh
    dengan air panas kacau hingga sebati.

2. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Bila dah garing kaitkan kedalam
    pinggan yang di lapik dengan tisu dapur.

3. Sesiapa yang suka guna udang besar bolehlah buat guna senduk bulat yang di rendam
    kedalam minyak panas dahulu. Kemudian sudukan adunan ke dalam senduk letak
    udang besar sekur dan goyang-goyangkan dalam minyak panas sehingga adunan keluar sendiri.
    Kat sini kakros guna udang kecil yang di gaul sekali di dalam adunan tepung. Jadi kakros guna
    sudu saja untuk masukkan adunan kedalam minyak panas. Kalau nak guna jari pun boleh
    tapi sebelum tu kena celupkan jari duhulu dalam air baru jemput adunan tepung.
    Buat ye jangan tak buat, tak rugi kalau mencuba.

Kuah Kacang
Bahan-bahan :

500gm kacang tanah (di goreng dengan sedikit minyak)
2 senduk cili kisar
2 biji bawang besar di kisar
sedikit halia di kisar
3 biji buah keras di kisar
2 batang serai di ketuk                
semangkuk air asam jawa
brown sugar secukupnya
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara :

1. Goreng kacang tanah dengan hanya sedikit minyak hingga garing rata. Kemudian
    tumbuk atau kisar kacang tanah dengan kulitnya sekali. Masukkan kedalam periuk
    letak air secukupnya untuk kuah.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Jerang atas api hingga mendidih.
    Jangan lupa sekali sekala kacau kuah kacang. Masak hingga kuah sedikit pekat
    dan terbit minyak. Rasa cukup masam, masin dan manis nya kemudian bolehlah
    tutupkan api.

3. Potong beberapa cucur udang masukkan ke dalam pinggan, letak timun yang
    di potong halus memanjang kemudian sendukkan kuah kacang. Kalau ada yang
    nak tambah telur rebus pun sedap juga.




Wednesday, 7 September 2011

Cucur Udang



Bahan-bahan :

4 cawan tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk lada hitam
1 sb garam
semangkuk kecil udang basah
semangkuk kecil taugeh
semangkuk kecil daun kuchai  (guna daun bawang)

Cara-cara :

1. Dalam sebuah bekas besar, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, kunyit ,
    lada hitam dan garam. Letakkan sedikit air gaul rata.

2. Panaskan minyak, bila hendak mula menggoreng baru masukkan taugeh , daun bawang
    dan udang basah. Goreng garing hingga kekuningan, toskan dan boleh di angkat. Hidangkan
    dengan sos cili manis atau kuah kacang.

Saturday, 6 August 2011

Jemput-jemput Daun Ketumbar dan Kuah Kacang segera.


Bahan2 :

5 cawan tepung gandum
sebiji bawang di dadu
sebatang karot di sagat
semangkuk kecil daun ketumbar yang di potong halus
sebiji telur
1/2 sb serbuk kunyit
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb paprika
1/2 sb serbuk jintan manis
2 cubit soda bikarbonat
1 sb garam

Cara2 :

1. Campurkan semua bahan kedalam sebuah mangkuk yang besar. Masukkan air
    secukupnya dan gaul hingga sebati.

2. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Goreng  jejemput daun ketumbar
    hingga garing dan toskan. Hidangkan dengan kuah kacang segera. Resepi seperti di bawah.



Kuah Kacang Segera

Bahan2 :

>< 2 1/2 cawan ground peanut (beli yang dah siap di kisar)
1/2 biji bawang besar yang di dadu
1 batang serai potong nipis dan di cincang halus
2 hiris lengkuas di cincang halus
1 sb pes halia
1 sb serbuk bawang putih
1 sb serbuk paprika
1 sb serbuk cili
1/2 sb serbuk kunyit
1 st pes tamarind
2 sb minyak
4 sb gula
1 sb garam

Cara2 :

1. Goreng tanpa minyak kacang yang telah siap di kisar hingga warna keperangan. Masukkan
    air secukupnya untuk kuah.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak hingga terbit minyak. Dah siap untuk
    di cicah dengan jejemput daun ketumbar tadi.

3. Bawang besar, serai dan lengkuas boleh di kisar kalau suka ye.




Friday, 22 July 2011

Cokodok Daun Bawang


Bahan2 :

750 g tepung gandum
semangkuk kecil daun bawang (di potong)
1 batang karot (di sagat)
1 biji ubi kentang (di dadu)
1 biji cili hijau (di potong dan di cincang)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
segenggam ikan bilis halus (di rendam)
1 sb.soda bikarbonat
2 1/2 sb garam
1/2 sb. serbuk kunyit
1 sb. serbuk lada hitam
1 biji telur
3 cawan air

Cara2 :

1. Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas besar. Kemudian masukkan
    semua bahan -bahan lain. Campurkan telor dan air hingga adunan jadi sebati.

2. Panaskan minyak kemudian bolehlah di goreng adunan tepong tadi. Masak hingga
    cokodok berwarna kuning keperangan kemudian bolehlah di angkat ke atas pinggan
    yang di lapik kitchen towel.

3. Cokodok Daun Bawang ini rangup diluar dan lembut di dalam. Sedap di cicah dengan
    cili sos manis atau kuah kari, dengan kuah masak asam pun sedap jugak.



Tuesday, 12 July 2011

Jemput-jemput Karot

Bahan2 :

Tepung gandum
4 batang karot (di sagat)
1 biji bawang (di dadu)
sedikit lada hitam
sedikit serbuk kunyit dan garam
segenggam ikan bilis halus
secubit soda bikarbonat dan baking powder
air secukupnya

Cara2 :

1. Campurkan semua bahan hingga sebati kemudian bolehlah di goreng.

2. Makan panas-panas cicah dengan sos cili manis.

Sunday, 3 July 2011

Keledek Goreng

Hari nie kita minum petang dengan keledek goreng. Keledek warna oren nie
memang manis. Makan macam tue saja pun dah okay. Tapi terpulanglah kalau
ada yang nak cicah dengan sambal ikan bilis ke...sambal cili kicap ke...kuah kacang
ke...atau kuah-kuah yang sewaktu dengannya pun....semuanya bolehhhh...janji sedap.
Jom layan.....

Monday, 20 June 2011

Cokodok Pisang Dan Bubur Pulut Hitam Untuk Minum Petang

N3 hari nie akak masukkan gambar saja sebab semua orang tentu dah tahu
cara nak masak cokodok pisang dan bubur pulut hitam. Sila layan.



Friday, 3 June 2011

Cucur Ikan bilis dan Udang


Bahan2 :

Tepung gandum
1 biji bawang besar
1 biji kentang
1 batang karot
ikan bilis dan udang
daun bawang
1 biji telur
sedikit garam,serbuk kunyit dan lada hitam
secubit soda bikarbonat

Cara2 :

1. Masukkan semua bahan dalam sebuah bekas , campurkan sedikit air.
    Gaul semua bahan hingga sebati. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan.
2. Hidangkan bersama sos cili.

Sos cili
Blender cili merah dan seulas bawang putih. Campur sedikit sos tomato dan sos
cili ,1 sb.cuka, gula dan garam. Masukkan sedikit air ,masak atas api hingga
mendidih dan sedikit pekat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...