Friday 28 December 2012

Smoked Salmon Goreng Kicap


Bahan-bahan :

smoked salmon fillet dipotong -potong
1 labu bawang besar dipotong kasar
hirisan halia
1 biji cili merah
2 biji cili padi
kicap manis cap kipas udang secukupnya
air asam limau secukupnya

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak, gorengkan kepingan smoked salmon yang dipotong tadi.
Sudah agak garing sedikit, masukkan bawang besar yang dipotong kasar, hirisan halia,
hirisan cili merah dan cili padi.
Kemudian perasakan dengan kicap manis dan air asam limau secukupnya.
Tak perlu letak garam ye, dah pun siap.



Wednesday 26 December 2012

Kuey Teow Goreng


Bahan-bahan :

2 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
16 ekur udang sederhana besar
4 biji telur
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
kicap manis cap Kipas Udang secukupnya
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
sebatang karot
1 biji cili merah
3 pokok daun bawang

Cara-cara :

Tumiskan bawang dan bawang putih, masukkan cili kisar.
Kemudian masukkan udang, gorengkan udang sebentar masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, lada hitam, garam dan gula.
Masukkan telur yang dipukul sedikit.
Masukkan kuey teow balik-balikkan hingga rata kemudian masukkan kicap secukupnya.
Bila sudah siap taburkan cili merah dan daun bawang.



Tuesday 25 December 2012

Simple Meringue

Assalamualaikum

Jom cuba Meringue yang anak kakros buat ni. Memang senang dan gerenti nak lagi.
Meringue ni sangat ringan dan cair dalam mulut, itu yang kalau makan satu mesti nak lagi.
Tak sedar makan, dah habispun seloyang. Kalau tak caya cubalah ye. Banyak juga dapat
kalau buat satu adunan, kejap jer dah habis.


Bahan-bahan : (dapat lebih kurang 140 biji)

4 biji putih telur
230g gula caster dikisar halus (kakros kurangkan jadi 200g saja)

Cara-cara :

Masukkan putih telur dan gula kedalam mangkuk.
Pukul dengan kelajuan 1 sehingga putih telur pekat dan berkilat (thick and glossy).
Kalau nak meringue yang berwarna bolehlah tambah pewarna makanan dalam
bentuk serbuk bukan yang cecair ye.
Panaskan oven terlebih dahulu suhu 140 darjah.
Sudukan 1/2 sudu kecil (sudu teh) keatas loyang pembakar berlapik dengan
aluminium foil.
Jarakkan antara meringue kerana ia akan mengembang.
Bakar selama 30 minit atau sehingga meringue sedikit perang.
Padamkan api dan biarkan meringue sebentar didalam oven dengan pintu oven terbuka.
Simpan meringue dalam bekas kedap udara.
Meringue yang sudah siap ini mestilah ringan dan cair dalam mulut.



Saturday 15 December 2012

Daging Masak Merah


Bahan-bahan :

300g daging direbus bersama pewarna merah  (kakros tak letak pewarna)
1 sudu besar pes bawang putih dan pes halia
2 sudu besar cili kisar
1 batang serai diketuk
2 daun limau perut
3 biji cili padi diketuk sedikit
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato dipotong enam
3 pokok daun bawang dipotong kasar

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis

Cara-cara :

Daging yang direbus dipotong nipis-nipis.
Panaskan minyak secukupnya, tumiskan pes bawang putih dan halia, masukkan cili kisar
dan serai diketuk, tumis hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan daging, daun limau perut dan cili padi.
Masukkan semua sos diatas dan kicap.
Gaul balikkan boleh masukkan sedikit air rebusan daging juga.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat, buah tomato dan daun bawang.
Balik-balikkan sebentar, padamkan api hidangkan dengan nasi putih panas-panas.
Lauk sampingan lain tomyam dan telur bungkus.



Thursday 13 December 2012

Kurma Telur


Bahan-bahan :

6 biji telur direbus
1 bungkus 25g rempah kurma Baba's
2 biji kentang
2 biji bawang besar dikisar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 asam keping
1 cili merah
10 biji tomato ceri
1 cawan santan
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara :

Telur yang direbus dikopek kulitnya.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar yang dikisar tadi.
Masukkan pes bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan rempah masak hingga terbit minyak, masukkan kentang dan sedikit air.
Biarkan kentang masak hempuk, masukkan asam keping.
Terus masukkan santan, telur, tomato dan cili merah.
Masukkan garam secukup rasa, biarkan mendidih sekejap dah boleh padamkan api.

*Kalau ada yang nak masukkan rempah 4 sekawan boleh juga, tapi akak tak masukkan
sebab kakros masak sikit saja, lagipun telur bukanlah makanan yang berat yang perlukan
rempah banyak-banyak sebab dalam peket rempah kurma tu pun dah memang ada bahan
rempah tersebut.

Wednesday 12 December 2012

Rogan Josh

Salam semuanya

Hari ini kita masak Rogan Josh Pakistan style ok. Makanan tradisi Kashmiri ini
biasanya dimasak menggunakan kambing biri-biri tapi kali ni kakros guna daging lembu.
Maklum balas dari suami katanya SEDAP! Lepas tu anak-anak balik dari
sekolah pulak makan bertambah-tambah.... nampak gaya sedaplah tu..... jom semak resepi..


Rogan Josh
Bahan-bahan :

500g daging lembu  (tanpa tulang atau bertulang pun boleh)
4 biji bawang besar  (2 dikisar 2 dihiris)
1 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
2 genggam daun ketumbar  (tak letak sebab tak ada)
6 biji tomato dipotong kecil
4 cawan air
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Minyak  (boleh juga kalau nak + minyak sapi)

1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar paprika
1 sudu kecil garam masala

1 batang kulit kayu manis
10 biji lada hitam
4 bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 helai daun bay  (tak letak pun takper)

Cara-cara :

Panaskan minyak tumis bawang besar yang telah dikisar.
Masukkan daging dan bawang besar yang dihiris balik-balikkan hingga sedikit perang.
Masukkan bawang putih dan halia, terus masukkan semua rempah.
Kacau / gaul semua bahan dan daging hingga rata, masukkan 2 cawan air.
Biarkan mendidih dan air kering, tambah lagi 2 cawan air.
Biarkan air kering lagi, masa ni daging sudah pun agak lembut bolehlah masukkan  tomato
yang telah dipotong kecil-kecil tadi.
Tomato ini memang dimasak hingga hancur untuk memekatkan kuah. Kalau nak cantik
bolehlah tambah tomato lain sebagai hiasan kemudian.
Letak garam dan gula secukup rasa, masak hingga kuah pekat.
Akhir sekali sebelum padamkan api masukkan hirisan daun ketumbar.

Kakros hidangkan Rogan Josh ini bersama Nasi Kunyit dan sayur campur goreng.
Untuk memudahkan lagi, anda boleh dapatkan rempah untuk Rogan Josh ni dalam
kotak yang telah sedia ada, apa-apa brand pun boleh.



Tuesday 11 December 2012

Soo Hoon Goreng


Bahan-bahan :

200g soo hoon kering direndam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
4 batang sosej
semangkuk kecil udang basah
kobis dipotong
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
cili merah dan daun bawang

Cara-cara :

Rendam soo hoon hingga lembut, toskan.
Tumiskan bawang, bawang putih, masukkan cili kisar, masak hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan sosej dan udang, letak sikit air.
Biarkan mendidih, masukkan gula dan garam.
Terus masukkan soo hoon dan kobis, balik-balikkan hingga rata.
Taburkan cili merah dan daun bawang, hidangkan.


Monday 10 December 2012

Pedal Goreng Sambal Belacan


Bahan-bahan :

1kg pedal ayam hiris nipis-nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar potong kasar
1 biji cili hijau

bahan kisar :
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan sambal belacan : (kakros kisar saja)
3 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan
2 sudu besar garam
3 sudu besar gula
5 sudu besar air asam limau / jus lemon

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
Kemudian masukkan pedal yang telah dihiris nipis-nipis.
Masak hingga air kering, masukkan serbuk kunyit dan sambal belacan yang telah dikisar tadi.
Masak lagi hingga terbit minyak, akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong kasar
dan cili hijau.
Bawang layu sikit sudah boleh padamkan api.


Rendang Pedas Kunyit Perut

Salam semua

Selalu akak masak rendang pedas kunyit dengan ayam, kali ni masak dengan perut pula.
Sedap jugak, tak cuba tak tahu kan.



Bahan-bahan :

1 kg perut yang telah siap di bersihkan
3 helai daun kunyit  (koyakkan)
4-5 helai daun limau perut  (buangkan urat tengah)
1 tin santan
2 keping asam gelugur
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar garam
3 sudu besar gula / gula melaka
5 sudu besar kerisik  (kakros tak letak)
1 tin nangka muda

bahan untuk kisar :
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1inci lengkuas
3 batang serai
3 biji cili merah
5 biji cili padi

Cara-cara :

Perut yang telah dibersihkan tadi dipotong halus kemudian direbus hingga lembut.
Bila air sudah kering, masukkan bahan- bahan kisar dan santan.
Masukkan serbuk kunyit, asam gelugur, daun kunyit dan daun limau perut, masak
hingga terbit minyak.
Bila sudah kering sedikit baru masukkan nangka muda, kerisik kalau letak, garam dan gula.
Kalau guna nangka muda yang segar kena rebus dahulu ye, kakros guna yang dalam tin jadi
tak perlu rebus.
Masak sampai kering, pada yang suka berkuah agak-agak kuah dah pekat sedikit boleh lah
padamkan api.







Friday 7 December 2012

Rangka Ayam Goreng

rangkaayamgoreng1
Bahan-bahan :

rangka ayam berapa banyak pun boleh
serbuk kunyit
garam

Cara-cara :

Lumurkan rangka ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak secukupnya kemudian goreng rangka ayam hingga masak.
Makan dengan sos cili pun sedap.

rangkaayamgoreng

Wednesday 5 December 2012

Goreng Ayam Cincang dengan Cendawan

Salam ceria semua,
Sebenarnya ini bahan inti untuk buat lasagne, tapi akak bukan nak buat lasagne hari ini,
saja kakros masak nak makan dengan roti bakar.

gorengmincecendawan
Bahan-bahan :

1/2 kg daging ayam cincang
sepeket cendawan ada dalam 7 biji cendawan yang besar
1 labu bawang besar didadu
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar daun parsley kering (dried parsley)
garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam cincang, masak hingga kering air.
Masukkan cendawan yang dipotong kasar.
Letak lada hitam dan daun parsley serta garam secukup rasa.
Gaul / goreng rata hingga air dari cendawan sedikit kering, kemudian boleh padamkan api.

*Nak makan dengan nasi putih panas-panas pun boleh tapi kakros makan dengan roti bakar.
  Bila nak makan baru bakar roti tu, sedapnya makan roti toast panas-panas letak inti ayam
  dan cendawan tu. Nak- nak dekat luar rumah tu sejuk giler.

Tumis Swede

tumisswede
Bahan-bahan :

2 biji swede dipotong memanjang
3 pokok daun bawang potong kasar
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar udang kering direndam ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula jika perlu
sedikit air

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak tumis bawang, sambal belacan dan udang kering yang ditumbuk.
Kemudian masukkan swede dan sos tiram, letak sedikit air.
Kacau balikkan hingga swede masak lembut tapi masih rangup.
Jangan masak terlalu lama nanti swede terlalu lembut, dah tak berapa best lagi.
Akhir sekali masukkan daun bawang yang dipotong kasar tadi, kacau rata dan padamkan api.
Kakros tak letak garam dan gula sebab dalam sambal belacan dah ada.
Tapi kalau perlu bolehlah tambah sedikit garam dan gula.


cr: google

Saturday 1 December 2012

Karipap

karipap mince1
Bahan-bahan : (dapat 90 biji)

1 1/2 kg tepung gandum
1 cawan minyak
3 sudu besar marjerin (kakros guna vegetable spread)
2 sudu besar garam
3 cawan air sejuk

untuk inti karipap :

6 biji kentang dipotong dadu
1/2 kg daging ayam cincang
1 labu bawang besar didadu
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
3 sudu besar gula
sedikit air

Cara-cara :

Masak inti karipap dahulu.
Panaskan sedikit minyak tumis bawang, bawang putih dan halia.
Masukkan ayam cincang dan kentang yang telah didadu.
Balik-balikkan inti kemudian masukkan rempah kari, serbuk lada hitam
dan sedikit air, masak hingga kentang empuk dan lembut.
Perasakan dengan garam dan gula, masak inti karipap hingga kering, padamkan api.

Sementara inti karipap sejuk, boleh buat doh pula.
Dalam mangkuk besar satukan tepung gandum dan garam.
Minyak dan marjerin dipanaskan dalam microwave selama 1 1/2 minit.
Kalau tak ada microwave, panaskan saja minyak + marjerin dalam periuk kecil.
Tuang campuran minyak yang dipanaskan tadi dalam tepung dan gaul rata.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata.
Ambil plastik tutup sekejap bekas adunan tepung sementara itu siapkan tempat untuk mencanai.

Sekarang adunan tepung sudah lembut, uli sikit lagi kasi licin kemudian canai doh
terap dengan penutup botol (kakros guna penutup botol nescafe)
Letakkan 1 sudu kecil inti dan kelim seperti biasa.
Buat sampai habis doh, kemudian goreng dengan minyak yang panas menggunakan api yang kecil.
Kalau tak pandai kelim bolehlah guna acuan karipap yang plastik tu ye.

*Kalau nak kulit karipap yang halus mulus licin tak ada gelembung-gelembung tu kena lah sabar sikit,
  Pastikan minyak panas tapi menggunakan api yang perlahan, goreng hingga keperangan dah siap.

  Hari ini akak nak cepat, sebab lepas ni kakros nak pergi melawat castle.
  Hari ini hari St. ANDREW'S DAY, castle dibenarkan masuk dengan percuma.
  Jadi kami yang duduk diperantauan ini tak melepaskan peluang.
  Disebabkan sekarang dimusim sejuk jadi cepat gelap, lebih kurang 3.45 ptg sudah pun gelap
  macam malam jadi akak tak kisahlah kulit karipap tu menggelembung ke tidak, kes nak cepat.

karipap mince

Saturday 24 November 2012

Kofta Ayam Tandoori

koftaayamtandoori1
Bahan-bahan :

1kg daging ayam cincang
1 labu bawang besar dicincang halus
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
3 sudu besar serbuk tandoori masala
2 sudu besar daun ketumbar yang dicincang halus (kakros guna dried parsley sebab tak ada)
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul rata.
Sediakan loyang dilapik dengan aluminium foil.
Bentukkan adunan kofta tadi bulat memanjang seperti dalam gambar.
Kemudian bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga masak suhu 160 darjah.
Terbalikkan selang 15 minit.
Dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan tamarind chutney, nak cicah sos cili pun boleh.
Nak makan kepit dengan roti bun / roti pita / roti nan yang diletak salad dan sos mayonais
pun sedap, terpulanglah pada citarasa masing-masing ye.

koftaayamtandoori

Thursday 22 November 2012

Rangka Ayam Goreng Berempah

rangkaayamgorengrempah
Bahan-bahan :

6 rangka ayam  dikerat dua setiap satu
4 biji kentang dipotong baji
2 batang karot dipotong kasar
1 labu bawang besar didadu

1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
jus asam limau secukupnya
4 sudu besar gula
2 sudu besar garam

Cara-cara :

Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang besar terus masukkan kentang, karot
dan rangka ayam.
Balik-balikkan dan goreng hingga rangka ayam masak dan kentang empuk lembut.
Kemudian masukkan pes bawang putih dan halia serta semua rempah-rempah, garam dan gula
serta jus asam limau.
Kacau /goreng lagi masak hingga terbit minyak, rasapun dah okay bolehlah padamkan api.

Kepak Ayam Goreng Tandoori

kepak goreng tandoori
Bahan-bahan :

26 keping kepak ayam
3-4 sudu besar yougurt
3 sudu besar rempah tandoori
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Bersihkan kepak ayam dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan, perapkan sebentar.
Panaskan minyak secukupnya dan masukkan semua kepak ayam serta bahan perapan.
Sekali sekala balik-balikkan kepak ayam, goreng hingga masak.
Sedap di makan dengan apa saja nasi atau di ratah begitu saja.

kepakgoreng tandori

Wednesday 21 November 2012

Samphire Goreng

Salam semua

Pernah lihat sayur ini ? Kalau tak pernah, cuba cari di wiki atau di sini www.samphire.org.uk.
Tumbuhan ini hidup di persisiran pantai yang berlumpur. Yang duduk disini mesti sudah pernah merasainya.
Rasanya masin, sebab itu samphire ini selalu di gandingkan dengan masakan ikan. Ada juga yang menjadikan nya jeruk atau kalau suka dimakan begitu saja sebagai salad.
Kakros lebih suka goreng simple seperti resepi yang di bawah, makan dengan nasi putih panas-panas atau kepitkan dengan roti saja. Ada yang nak cuba ? Tak rugi mencuba sebab samphire ni memang sedap.

samphire goreng
Bahan-bahan :

1 pek samphire
3 biji kentang dipotong panjang
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak, terus masukkan bawang besar dan kentang sekali.
Goreng hingga bawang perang dan kentang empuk lembut.
Masukkan sos tiram dan samphire, balik-balikkan sebentar, agak-agak dah masak
bolehlah padamkan api.
*Pastikan kentang sudah lembut baru masukkan samphire, bila dah masuk samphire tak
 perlu masak lama.
 Kakros tak masukkan garam sebab samphire ni rasanya dah memang masin.
 Dan akak tak masukkan gula sebab bawang dan ubi kentang sudah cukup manis,
 memadai dengan sos tiram sahaja sebagai bahan perasa.


cr: http://north19.co.uk

Monday 19 November 2012

Ayam Goreng Perap Brown Sauce

kepak ayam goreng brown sos

Bahan-bahan :

24 keping kepak ayam
brown sauce secukupnya
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Bersihkan kepak ayam toskan.
Gaul kepak ayam bersama brown sauce secukupnya, campur garam dan gula.
Perap kalau tak boleh lama, 30 minit pun okay, kemudian goreng hingga masak.
Tapi kalau perap lama lagi sedap ye, brown sauce tu cari yang halal.
Ayam goreng kat atas tu nampak saja hitam tapi sedap menjilat jari.


Sunday 18 November 2012

Pakora

pakorakentang3

sumber : jiran berbangsa pakistan

Bahan-bahan :

5 cawan tepung kacang kuda  (gram flour atau chick pea flour)
1 biji bawang besar didadu
2 biji cili hijau buang biji dicincang halus
2 biji kentang didadu kecil
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu garam atau secukup rasa
lebih kurang 2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Campur tepung kacang kuda dengan semua bahan-bahan lain.
Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul adunan tepung hingga jadi pekat.
Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng.
Goreng pakora hingga keperangan.
Makan begitu saja atau boleh cicah dengan raita atau tamarind chutney.

Cara menyediakan cucumber raita :
1 cawan yougurt yang pekat
1 cawan timun yang disagat
1 susu kecil serbuk jintan manis
sedikit garam

Perah air dari timun yang disagat, gaulkan dengan yougurt, jintan manis dan sedikit garam.
Cucumber raita boleh juga dimakan dengan nasi biryani dan kari.

Cara menyediakan tamarind chutney :
200g pes asam jawa
2 cawan air panas
100g gula merah/gula melaka
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis }
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih  } disangai
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam

Masukkan semua bahan dalam periuk kecil masak hingga pekat, masukkan
dalam botol simpan dalam petisejuk. Bila sejuk ia akan lebih pekat.
Tamarind chutney boleh juga dimakan dengan nasi biryani.

pakorakentang


pakorakentangg2

Sambal Ikan Bilis

sambalikan bilis

Bahan-bahan :

semangkuk kecil ikan bilis halus
semangkuk kecil cili kisar
3 labu bawang besar (2 labu dikisar 1 labu dipotong kasar)
1 sudu besar pes bawang putih
semangkuk kecil air asam jawa
sebesar ibu jari belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
Kemudian tumis bawang dan cili kisar hingga terbit minyak.
Masukkan sedikit gula dahulu supaya cili cepat masak.
Bila cili yang dimasak terbit minyak, warna yang merah tadi bertukar sedikit kehitaman
itu maknanya cili yang dimasak telah garing, masukkan air asam jawa, belacan,
garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1 labu bawang besar yang dipotong kasar tadi, masak lagi hingga sedikit pekat.
Cuba rasa kalau sudah ok bolehlah padamkan api.
Sambal ikan bilis yang sedap ialah sambal yang cukup rasa masam , masin dan manisnya,
dan yang penting cili mesti betul-betul masak.
Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi atas sambal bila hendak makan.

Hari ni kakros makan sambal ikan bilis dengan ikan masin gelama basah goreng letak
bawang dan cili potong. Simple kan...

gelamabasahgoreng

Thursday 15 November 2012

Sardin Kicap

sardin kicap

Bahan-bahan :

1 tin sardin
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap manis kipas udang
4 sudu besar jus lemon / air asam limau
1 cili padi, 1cili merah
garam dan gula secukup rasa
daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara :

Tumis 1/2 labu bawang besar dan bawang putih, masukkan cili kisar.
Bila terbit minyak, masukkan kicap manis dan jus lemon.
Masukkan ikan sardin dan sos nya sekali.
Letak cili padi dan cili merah serta 1/2 labu bawang besar yang dipotong kasar.
Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Biarkan merenih sekejap padamkan api.

Lemak Cili Padi Kobis dengan Cendawan Telinga Kera

lemak cili padi cendawan

Bahan-bahan :

1/4 biji kobis dipotong
cendawan telinga kera direndam kembang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
sejemput ikan bilis direndam
sedikit serbuk kunyit
1 asam gelugur
garam dan sedikit gula secukup rasa
cili merah dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara :

Tumbuk bawang, bawang putih, cili padi dan ikan bilis masukkan
dalam periuk.
Tuang santan, letak sedikit serbuk kunyit, masukkan cendawan dan kobis
serta asam gelugur.
Biarkan mendidih masukkan garam dan sedikit gula.
Bila kobis dah lembut padamkan api.

cendawan telinga kera

Monday 12 November 2012

Kupang Goreng Kunyit


Bahan- bahan :

750g isi kupang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
secekak soo hoon direndam
3 pokok daun bawang
1 cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula

Cara- cara :

Panaskan sedikit minyak tumis bawang hingga wangi.
Masukkan isi kupang letak serbuk kunyit goreng hingga rata.
Kemudian masukkan soo hoon dan daun bawang yang dipotong kasar.
Balik- balikkan lagi, masukkan potongan cili merah, garam dan gula secukup rasa.
Cuba rasa kalau sudah ok bolehlah padamkan api.

Sunday 11 November 2012

Rendang Spring Green

Selamat pagi semua

Kalau selalu kita masak rendang pucuk ubi, kali ini kakros masak
rendang spring green, sebab kat sini susah nak cari pucuk ubi ye.
Kalau yang tak tahu macamana rupa spring green boleh cari kat ternet ye.
Sebenarnya sayur spring green adalah permulaan sayur yang sebelum
terjadinya kobis bulat ditengah.
Pernah tengok pokok kobis tak?
Daun- daun hijau yang lebar dituai lebih awal sebelum terjadinya kobis bulat.
Daunnya yang lebar, tebal dan berwarna hijau gelap kaya dengan vitamin C,
folic asid dan bersirat tinggi menjadikan ia sayuran yang sangat berkhasiat.

Jom layan rendang spring green kakros ni, akak tak guna santan dan serai berbagai.
Hanya sayur spring green, bawang, cili padi, ikan bilis, asam gelugur, gula dan garam.
Kalau nak tahu rasanya cubalah ye, sedap makan dengan nasi putih panas-panas
atau diratah begitu saja.
Kalau yang digoreng garing dan kering tu boleh disimpan lama tapi kali ni kakros
buat ada basah-basah sikit.
Sedapnya bau, buat tak sabar nak makan.


Rendang Spring Green
Bahan- bahan :

500g spring green
2 labu bawang besar
15 biji cili padi
semangkuk kecil ikan bilis direndam
sekeping asam gelugur
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Cara- cara :

Sayur spring green dipotong halus-halus.
Kisar bawang besar, cili padi dan ikan bilis.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi,
asam gelugur, garam dan gula, goreng hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan spring green yang telah dipotong halus tadi.
Sekali sekala balik-balikkan masak hingga kering air, sudah boleh padamkan api.

*Kalau suka yang garing dan kering, teruskan mengoreng lagi hingga betul-betul kering ye.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...