Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Laksa Sarawak

Assalamualaikum

Pertama kali nak rasa Laksa Sarawak guna perencah Laksa 'Hj MANAN'.
Mudah ye, resepi disertakan sekali dipeket perencah laksa.
Tapi Laksa Sarawak yang akak buat ni tak lah original, sebab tak semua bahannya
ada dirumah, guna bahan yang ada saja.
Rasa tetap maintain, don't worry memang sedap.
Siapa yang ada perencah 'Hj MANAN' tu bolehlah buat ye.


Terima kasih pada kawan kakros ni dan suaminya yang telah meninggalkan
perencah ini sebelum pulang ke tanahair 'for good'.


Semoga Puan Ahnis sekeluarga dimurahkan rezeki dan hidup gembira kerana baru
menerima menantu. Tahniah!

Terharu dengan kata-kata amanat Encik Kushairi, kata-kata ini lah sepatutnya setiap bapa
tidak malu meluahkannya semasa menyerahkan anak perempuannya. Bangga juga sebab
Kush sendiri yang nikahkan, memang terbaik!

Pada Kina dan suami, tahniah 'Selamat Pengantin Baru' semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Suka tengok video majlis pernikahan Shakina dan Rahim, boleh ye kongsikan disini, terima kasih.

Thursday, 22 December 2011

Laksa Utara cara kakros



Bahan-bahan :

2 bungkus laksa kering (di rendam 4-5 jam)
4 ekor ikan mackerel (guna 2 tin salmon in brine)
2 senduk cili kisar (boleh tambah kalau suka pedas)
2 biji bawang besar di kisar
6 keping asam keping
sebesar ibu jari belacan
daun kesom
bunga kantan (tak letak sebab tak ada)
garam secukup rasa
lemon juice

Ulaman :

1 biji timun di potong halus memanjang
2 biji bawang besar di potong empat di hiris nipis2
10 biji telor di rebus kopek kulit dan di belah empat
3 biji cili merah }
5 biji cili padi   } di hiris nipis-nipis
limau nipis / limau kasturi (opt)
daun salad (opt)
daun selom (opt)
nenas (opt)
petis udang (opt)

Cara-cara :

1. Rebus ikan mackerel kemudian asingkan isi dan tulang. Mula-mula kisar isi ikan
    letak sedikit air, tuangkan dalam periuk besar. Kemudian kisar tulang pula dengan
    air rebusan ikan tadi dan tapis kedalam periuk besar tadi juga.
    Tapi kat sini kakros gunakan salmon dalam tin jadi akak terus kisarkan ikan salmon
    bersama air dan masukkan kedalam periuk.

2. Kemudian kisar bawang besar bersama air masukkan sekali kedalam periuk. Masukkan
    cili kisar dan tambah air lagi sebanyak mana kuah yang kita mahu.

3. Kemudian jerang atas api, letak asam keping dan belacan. Masak hingga mendidih.
    Yang ada bunga kantan bolehlah letak tapi kat sini susah nak dapat bunga kantan
    jadi kakros tak letak.

4. Masukkan daun kesom dan lemon juice serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih
    lagi rasa cukup masam dan masinnya kemudian bolehlah di tutupkan api.

5. Didihkan seperiuk air panas dan masukkan laksa kering yang telah di rendam tadi.
    Masak hingga lembut kemudian di tapis. Lalukan tapis bawah air paip atau kalau
    suka tuang kan air panas ke atasnya pun boleh. Tos kan hingga kering kemudian
    masukkan kedalam mangkuk untuk di hidang.

6. Masukkan laksa kedalam mangkuk, sendukkan kuah kemudian letakkan timun, telor,
    bawang dan cili. Kakros tak guna limau nipis sebab dah letak siap-siap lemon juice
    dalam kuah laksa tadi. Pada yang suka ulam lebih-lebih tu bolehlah letakkan daun salad
    dan daun selom serta nenas sekali.
    Kalau di sebelah utara biasanya laksa di makan dengan petis udang. Bagi kakros dan
    keluarga kami dah biasa makan laksa dengan kicap manis Cap Kipas Udang, kalau tak
    ada kicap manis rasa macam ada yang tak cukup. Kalau nak tahu rasanya cubalah ye..

Wednesday, 24 August 2011

Laksa Johor

Tengahari semalam tengah dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka nanti, tetiba dengaq bunyi tepon,
rupanya kawan akak, cik Nani caling2 sesaja tanya khabaq. Terima kasih lah Nani rajin tanya-tanya khabar
akak. Hanya Allah saja yang balas budi baik Nani. Citer punya citer, biasalah orang pompuan ni, apa lagi
mesti citer pasai masak-masak nyer.Haaa bukan citer gosip-gosip ek...
Akak pun tanya Nani, semalam masak apa untuk berbuka ? Dia cakap, 'Semalam kak... saya masak Laksa Johor, suami dan anak-anak cakap sedap'. Tinggg... haa dapat dah idea nak masak apa hari ni. Tq tq Nani
bagi idea nak masak apa. Jom check tengok resepi Laksa Johor air tangan akak ni......


Bahan-bahan :
1 paket spaghetti  (di rebus hingga lembut)
2 tin tuna flakes
2 senduk rempah kari Adabi
2 sb serbuk cili Baba's
3 sb paprika  (tak mau pedas sangat sebab nanti makan dengan sambal belacan)
1 biji bawang besar                     }
2 ulas bawang putih                     }
sedikit halia                                 } di kisar
sebatang serai                             }
sedikit lengkuas                          }
segenggam udang kering di rendam }
3 asam keping
sedikit daun kesum
setin santan
1/2 paket cream coconut jadikan kerisik
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa.

Ulaman :
sebatang timun di potong halus
1/2 biji bawang besar di hiris nipis
2 biji cili merah di potong
5 biji telur di rebus

Sambal belacan :
4 biji cili merah
5 biji cili padi
jus lemon
4 sb gula
1 sb garam
secubit belacan

Cara-cara :

1. Spaghetti di rebus hingga lembut kemudian di tos. Sediakan kuah, tumis bahan-bahan yang
    di kisar hingga wangi. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan paprika, letak air secukupnya
    untuk kuah.

2. Masukkan isi ikan tuna, santan, asam keping, daun kesum dan kerisik. Rasa garam secukup
    rasa. Biarkan kuah mendidih lama sedikit hingga terbit minyak.

3. Kalau ada taugeh, kacang panjang, daun selasih dan bunga kantan bolehlah potong halus-halus
    untuk di makan bersama Laksa Johor. Tapi kalau tak ada cukuplah sekadar potongan timun
    dan bawang serta telur rebus.

4. Masukkan semua bahan untuk sambal belacan kedalam pengisar dan kisar halus.
    Letakkan sedikit spaghetti kedalam mangkuk, sendukkan kuah laksa dan letak hirisan timun,
    hirisan bawang, telur dan sambal belacan. Tak rugi cuba ye sebab ermmmmm... sedap !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...