Monday 20 June 2011

Nasi Lemak


Bahan2 :
3 mug beras basmathi
1/2 biji bawang besar di potong
4 hiris halia di potong halus
sebatang kulit kayu manis
sejemput lada hitam biji
2 mug santan + 1 1/2 mug air
2 sb. minyak
2 sb. garam
sehelai daun pandan

Cara2 :

1. Basuh beras dan masukkan ke dalam rice cooker bersama santan dan air. Masukkan
    juga semua bahan-bahan lain. Kacau sedikit supaya semua bahan bercampur. Kemudian
    masak seperti masak nasi biasa .

2. Bila nasi dah kering air, gemburkan sedikit nasi. Tutup periuk semula biarkan sebentar
    hingga nasi masak bolehlah tutupkan api.

3. Hidangkan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang atau
    apa-apa sambal lain, timun dan  telur. Telur ikut suka nak telur dadar, telur rebus atau
    telur mata kerbau. Hidangkan juga dengan lauk sampingan lain, kacang goreng, paru-paru
    goreng, rendang daging, rendang ayam, ayam goreng, rendang hati atau lauk2 lain yang
    sewaktu dengannya.

Lemak Cili Padi Chopped Spinach dengan Telur


Bahan2 :

sekotak chopped spinach
sebatang karot
1/2 biji bawang besar  }
sedikit halia                 }  di kisar
2 ulas bawang putih     }
4 biji cili padi               }
4 biji telur
1/2 sb. serbuk kunyit
susu segar secukupnya ( boleh guna santan )
garam dan gula


Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang di kisar tadi sebentar.

2. Masukkan susu segar secukupnya dan serbuk kunyit. Kacau sekejap hingga
    mendidih, terus masukkan telur sebiji-biji yang telah di pecahkan dahulu kedalam
    mangkuk. Biarkan jangan di kacau sehingga telur telah keras sedikit baru masukkan
    spinach dan karot. Telur boleh masuk lebih jika suka.

3. Kacau  rasa garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih sebentar bolehlah di tutup api.

Cokodok Pisang Dan Bubur Pulut Hitam Untuk Minum Petang

N3 hari nie akak masukkan gambar saja sebab semua orang tentu dah tahu
cara nak masak cokodok pisang dan bubur pulut hitam. Sila layan.



Sunday 19 June 2011

Nasi Kerabu Ina Seri

N3 ini ku tujukan khas pada sahabatku cikgu Ina atau lebih di kenali mesra dengan
panggilan Datin Ina Seri. Kali pertama aku makan nasi kerabu sejak aku sampai di bumi
Glasgow kerana Ina dan suaminya Cikgu Nordin mengadakan jamuan makan di rumahnya.
Terima kasih Ina, kalau tak kerana resepi yang Ina ajar kepada akak (walaupun dengan hanya
cakap mulut saja) mungkin sampai sekarang akak masih tak tahu masak nasi kerabu.
Terima Kasih sekali lagi Ina. Selamat jalan dan selamat sampai ke Malaysia dengan selamatnya.
Semoga Ina sekeluarga di murahkan rezeki dan di berkati Allah hendaknya.
Sila layan Nasi Kerabu juadah kegemaran keluarga kakros.


Nasi Kerabu Ina Seri

Bahan2 :

Untuk nasi :
3 pot beras basmathi
1 sb. garam
sedikit pewarna biru ( warna kuning untuk nasi kerabu kuning )
air secukupnya


Untuk kuah tumis :
4 sb.cili mesin
1 tin santan
sebiji bawang besar  }
3 ulas bawang putih  }
1 in halia                  }  di kisar
2 batang serai          }
1/2 sb. serbuk kunyit
2 asam keping
2 sb. garam , 3 sb. gula
sedikit air, sedikit minyak untuk menumis


Untuk serunding ikan dan kelapa :
2 tin ikan tuna ( guna tuna chunk )
sebiji bawang besar  }
1 in halia                  } kisar kering
1 batang serai          }
1 caw. fine desicated coconut
2 asam keping
1 sb. serbuk lada hitam
1 1/2 sb. garam , 2 sb. brown sugar
sedikit minyak


Untuk sambal budu :
budu secukupnya
3 biji cili merah   }
3 biji cili hijau     } di potong halus
6 biji cili padi     }
3 sb. gula
sebiji bawang besar
lemon juice secukupnya


Salad / Ulam  ( boleh guna kacang panjang, taugeh atau lain-lain ulam)
sebiji timun
6 biji radish
1/2 iceberg lettuce
sedikit kobis


Keropok  :  goreng keropok ikan saya guna papadom jer.


Ayam Goreng Berempah
seekor ayam
1/2 sb. serbuk kunyit
1/2 sb. serbuk ginger
1/2 sb. serbuk garlic
1/2 sb. ketumbar
1/2 sb. jintan manis
1/2 sb. jintan putih
1/2 sb. mild curry powder
garam secukup rasa

Cara2 :

1. Masak nasi seperti biasa hanya tambah sedikit pewarna biru dan garam.

2. Masak kuah tumis. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang di kisar hingga
    sedikit garing. Masukkan santan, cili mesin, serbuk kunyit, asam keping, garam
    dan gula serta sedikit air. Masak hingga mendidih dan terbit minyak.

3. Masak serunding ikan dan kelapa. Goreng desicated coconut hingga perang dan
    ketepikan. Panaskan sedikit minyak tumis bahan yang di kisar hingga sedikit garing
    dan masukkan ikan tuna dan asam keping. Goreng sebentar dan masukkan kelapa
    yang telah di sangai tadi. Masak sebentar lagi, perasakan dengan garam, brown sugar
    dan lada hitam.

4. Buat sambal budu. Potong semua cili dan bawang besar kemudian masukkan budu,
    juice lemon dan gula secukupnya.

5. Salad dan ulam di bersihkan dan di potong nipis.

6. Goreng keropok/ papadom dan toskan minyaknya.

7. Ayam goreng berempah. Bersihkan ayam dan gaul dengan semua rempah serta
    garam. Kemudian goreng dalam deep fryer sehingga masak.

8. Sendukkan nasi kedalam pinggan dan makan bersama ayam goreng berempah,
    serunding ikan, salad/ulam, papadom, kuah tumis dan sambal budu. Selamat mencuba.



Grill Roti Chestnut mushrooms


Bahan2 :

sebungkus roti ( thick slice )
sedikit sos tomato
sebiji bawang besar
1 pack chestnut mushroom
sedikit garlic dan ginger powder
sedikit garam dan serbuk lada hitam
sedikit oregano
sedikit grated cheese


Cara2 :

1. Panaskan sedikit olive oil tumis bawang sehingga layu masukkan mushroom yang
    di potong nipis. Masukkan garlic powder, ginger powder, serbuk lada hitam dan
    sedikit garam. Masak sebentar kemudian tutup api.

2. Toast roti kemudian sapu dengan sos tomato. Letak sedikit mushroom yang di masak
    tadi dan tabur dengan cheese yang di parut dan sedikit oregano. Letak bawah grill sebentar hingga cheese
    cair bolehlah di angkat. Teruskan dengan roti yang lain.

Mee Hailam


Bahan2 :

sebungkus mee kuning (guna spaghetti di rebus + sedikit serbuk kunyit)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia dicincang halus
2 sudu cili mesin
sedikit udang kering  }
sedikit ikan bilis halus  } di rendam
sedikit udang basah
air secukupnya untuk kuah
1 kiub pati ayam
2 sb. serbuk lada hitam
sesenduk sos tiram
2 senduk kicap manis
2 sb. sos tomato
semangkuk kobis  }
4 batang celery     } di potong
2 batang karot      }
2 sb. tepung jagung di bancuh dgn. air
garam dan gula secukup rasa




Cara2 :

1. Tumis bawang, bawang putih dan halia. Bila garing sedikit masukkan cili mesin.
     Kemudian masukkan udang dan ikan bilis, masak sebentar kemudian masukkan
     air secukupnya untuk kuah.

2. Masukkan kiub pati ayam, sos tiram dan kicap manis serta serbuk lada hitam.Biarkan
    ia mendidih sebentar.

3. Masukkan semua sayur yang di potong dan bancuhan tepung jagung. Rasa garam
    dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan mee kuning. Sendukkan kedalam
    mangkuk dan taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili yang di potong.

Chocolate Chip Muffin


Bahan2 :  dapat 23 muffin

3 1/2 caw. self raising flour
1/2 st. soda bikarbonat
5 sb. serbuk koko
1 caw.+ 2 sb. gula caster
1/2 caw. milk chocolate chip
sedikit chopped mix nuts (boleh guna apa2 kekacang)
2 caw. susu suam
1/2 caw. sunflower oil
2 biji telur (di pukul sedikit)
1 st. esen vanilla


Cara2 :

1. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan gula.
    Gaul sebati semua bahan. Buat lubang di tengah, masukkan susu suam, minyak, telur
    dan esen vanilla. Gaul sebati dan masukkan chocolate chip.

2. Susun papercup dalam muffin tin. Guna senduk kecil, sendukkan adunan ke dalam
    papercup. Tabur sedikit chocolate chip dan sedikit kekacang. Bakar dalam oven
    165 darjah selama 20 min.

Thursday 16 June 2011

Layer Cheese Chocolate Cake


Bahan untuk kek :
180g butter
160g gula caster (di blend halus)
40g cocoa powder
120g self raising flour
1 st. baking powder
3 biji telur

Bahan untuk cheese :
250g cream cheese
60g gula caster (di blend halus)
sebiji telur
1 st. esen vanilla

Bahan untuk cream chocolate :
1 bar dark chocolate (pecahkan kpd. kepingan kecil)
1 sb. butter (guna vegetable spread)
3 sb. susu segar

Cara2 :

1. Pukul butter dan gula hingga putih dan kembang.

2. Masukkan telur yang telah di pukul sedikit.

3. Kemudian masukkan semua bahan kering.

4. Dalam bekas lain, pukul bahan untuk cheese hingga kembang.

5. Tuang separuh adunan kek kedalam tin pembakar, bila adunan kek dah masak
    masukkan semua adunan cheese. Bila dah masak masukkan semua adunan kek
    selebihnya. Bakar dalam oven suhu 160 darjah sehingga masak.

6. Untuk cream chocolate, masukkan semua bahan kedalam sebuah bekas tahan
    panas dan microwave kan selama 30 sec. Gaulkan chocolate hingga sebati
    kemudian bolehlah di sapukan ke atas kek.

Kari Sardin


Bahan2 :

setin sardin (pilchards in brine)
1/2 biji bawang besar
sedikit daun kari
2 sb. mild curry powder  }
1/2 sb. serbuk kunyit      }
1/2 sb. serbuk paprika    } bancuh dgn. air jadikan pes
1/2 sb. serbuk garlic       }
1/2 sb. serbuk ginger      }
sebiji kentang di potong bulat
sebiji cili hijau
3 sb. sos tomato
sesudu garam dan 1/2 sb. gula
sedikit susu segar dan sedikit air

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang serta daun kari. Bila sedikit garing, masukkan
    bancuhan semua rempah tadi. Masak hingga pecah minyak, masukkan potongan kentang.

2. Kemudian masukkan sedikit air dan sedikit susu segar (nak gunakan santan pun boleh). Bila
    kentang dah lembut, bolehlah masukkan sos tomato, sardin dan cili hijau. Rasa garam secukup
    rasa. Didihkan sebentar dan tutupkan api.

Lentil Soup


Bahan2 :

2 cawan red split lentils
sebiji ubi kentang di dadu
3 batang karot di potong kecil
1/2 biji bawang di hiris
1 kiub pati ayam
sesudu garam,sesudu lada hitam
sesudu dried parsley
sedikit olive oil untuk menumis
air secukupnya

                                                                                                          













Cara2 :

1. Panaskan sedikit olive oil, tumis bawang hingga sedikit garing. Masukkan air secukupnya.

2. Kemudian masukkan kentang, karot dan lentil yang telah di basuh dan di tos. Biarkan mendidih
    masak sehingga kentang, karot dan lentil lembut.

3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Renihkan sebentar bolehlah di tutup api.

4. Biarkan sejuk sedikit, kemudian bolehlah di blender halus. Masukkan balikkan kedalam periuk,
    letak sesudu dried parsley. Sambil di kacau dan merenih sebentar, tutupkan api. Lentil Soup ini
    bolehlah di makan begitu sahaja atau bersama roti yang telah di bakar.

Acar Timun


Bahan2 :

Sebatang timun  }
3 batang karot   }  di potong memanjang
1/2 biji bawang besar
sedikit daun kari
3 hiris halia di potong halus
1 st. rempah tumis ikan (dipanggil juga halba campur)
2 sb. mild curry powder
1/2 sb. serbuk kunyit
1/2 sb. serbuk paprika
3 sb. cuka
sesudu garam dan 2 sb. gula
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, halia, rempah tumis dan daun kari. Bila sedikit garing,
    masukkan rempah kari, serbuk kunyit dan paprika. Masukkan sedikit air, tumis hingga
    terbit minyak.

2. Masukkan cuka, garam dan gula. Kemudian bolehlah masukkan timun dan karot. Balik-
    balikkan masak sebentar kemudian bolehlah di tutup api.

Sunday 12 June 2011

Barbecue kedua!

Hari ini cuaca agak panas, jadi kami decided untuk keluar pergi BBQ. Hala tuju ke Lunderston Bay di Gourock. Waktu pagi panas, tapi bila sampai cuaca mendung pulak tapi nasib baik tak hujan.

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...