Showing posts with label tortilla. Show all posts
Showing posts with label tortilla. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Kerepek Tortilla versi bakar


Bahan-bahan :

1 bungkus tortilla
sedikit sos cili manis

Cara-cara :

Gulung kepingan tortilla kemudian gunting sederhana nipis.
Susun dalam tray yang dilapik dengan aluminium foil.
Drizzle atau picitkan sos cili manis keatas tortilla.
Sos cili jangan terlalu banyak hanya sekali lalu saja atas tortilla.
Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
suhu 160 darjah selama 25-30 minit.
Biarkan kerepek tortilla sejuk diatas tray, barulah masukkan dalam
bekas kedap udara.
Boleh jadikan snek atau kudapan semasa santai bersama keluarga.



Wednesday, 11 July 2012

Kerepek Tortilla


Bahan-bahan :

sebungkus tortilla (yang plain atau ada perasa pun boleh)
minyak untuk menggoreng

Yang ini tak ada resepi sebab bukan kakros yang buat tortilla tu, kedai yang buat.
Cuma kakros nak kongsi idea.
Sebenarnya malu jugak nak masukkan post ni kat sini, sebab mudah sangat,
kakros pun dah selalu sangat buat.
Tapi sebab kawan-kawan hari tu suka pulak bila rasa, jadi kakros kongsikan lah kat sini ye.
Bila dah siap, kerepek tortilla ni boleh jer dimakan begitu saja atau ditabur dengan gula halus
atau disira dengan cili seperti kerepek ubi pedas tu ye.

Cara-cara :

Gulung tortilla kemudian gunting, tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.
Guna api sederhana panas, goreng tortilla yang dipotong tadi hingga perang dan
toskan atas tisu dapur.
Bila sejuk simpan dalam bekas atau tupperware bertutup beralaskan kertas.
Bila hendak makan bolehlah tabur dengan gula halus kalau suka yang kerepek manis,
yang suka pedas tu bolehlah sira tortilla tu dengan cili seperti membuat kerepek ubi pedas.
Boleh je ikut mana-mana resepi kerepek pedas di tenet ye.


Friday, 3 June 2011

Tortilla Cheesy Bake


Bahan2 :

2 bungkus tortilla wraps (boleh guna yg.bulat atau yg. square)
1kg chicken mince meat
1 1/2 biji bawang di dadu kecil
2 tin chopped tomatoes
sedikit oregano dan lada hitam
sedikit garlic dan ginger powder
gula dan garam
cheddar cheese di parut


Cara2 :

Buat sos tomato

    Panaskan sedikit minyak, tumis bawang sedikit perang kemudian masukkan
    chopped tomato. Masukkan sedikit oregano, lada hitam, garlic dan ginger powder
    serta sedikit gula dan garam. Rasa sosnya sesuai rasa, renihkan sebentar bolehlah
    di tutup api.

Sediakan ayam mince

    Tumis 1/2 biji bawang hingga perang, masukkan ayam mince,  masak hingga agak-agak
     kering air, masukkan serbuk lada hitam, oregano, garlic dan ginger powder.Renihkan
     sebentar bolehlah di tutup api. Kalau suka boleh letak mushroom di potong nipis-nipis ye.

1. Ambil bekas yang tahan panas sapu sedikit butter. Ambil sekeping tortilla sapu dengan sedikit
    tomato sos , letakkan inti ayam dan sedikit cheese kemudian bolehlah di lipat dan gulung seperti
    membuat kuih ketayap. Susun di dalam bekas tadi, buat sampai habis.

2. Tuangkan sos tomato yang lebih tadi keatas tortilla dan taburkan dengan cheese. Masukkan
     kedalam oven dan bakar selama 20 min. ke 25 min. dan suhu 160 darjah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...