Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, 27 October 2012

Kek Lobak Merah

Salam hormat pada semua yang sudi berkunjung.
Kek Karot atau Lobak Merah ini kakros buat untuk dibawa kejamuan
dirumah kawan kakros.
Sebenarnya dah lama kakros tak membuat kek sebab timbangan berat
dah naik, rasanya ada dah dekat setahun.
Bukan apa, sebenarnya pantang jumpa kek, nanti habis kakros balun.
Maaflah tak dapat tunjuk kek yang dah potong, namapun nak bawak pergi
rumah orang, kenalah tuan rumah yang potong.
Apa-apa pun kek ni gerenti sedap, cubalah ye....


Bahan- bahan :

230g tepung naik sendiri  (self raising flour)
1 sudu kecil baking powder
100g gula perang  (dark brown sugar)
100g gula pasir  (gula caster)
secubit garam
2 batang karot disagat
4 biji telur dipukul sedikit
1 cawan minyak  (kakros guna sunflower oil)
1 sudu kecil esen vanilla

untuk cream cheese :

250g cream cheese
100g ising sugar
100g butter
sedikit esen vanilla
sedikit kepingan badam untuk hiasan

Cara- cara :

Dalam mangkuk besar, masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak
bersama baking powder.
Masukkan juga gula perang, gula pasir serta garam, gaul sebati.
Kemudian masukkan karot yang disagat, telur yang telah dipukul sedikit,
minyak serta esen vanilla.
Guna balloon whisk gaul semua bahan-bahan hingga sebati dan bergaul rata.
Tuang adunan kedalam loyang yang telah digris dan dilapis dengan kertas.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 45 minit
suhu 165 darjah atau sehingga masak mengikut suhu kepanasan oven
masing-masing.
Bila kek sudah sejuk bolehlah sapukan topping cream cheese dan hias
mengikut kesukaan anda.

Untuk topping cream cheese, pukul butter dan gula ising hingga putih,
masukkan cream cheese dan sedikit esen vanilla.
Gaul hingga sebati tak perlu lama.
Sapukan atas kek dan taburkan kepingan badam yang telah dipanggang
sekejap dalam oven.


Saturday, 18 August 2012

Kek Buah Bakar


Bahan-bahan :

200g buah-buahan campuran
2 sudu besar kulit limau (mix lime and orange peel)
6 biji glace cherries
3/4 cawan jus oren
250g tepung gandum
60g tepung naik sendiri
250g butter
250g gula perang
1 sudu besar jem strawberry
2 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
secubit garam

Cara-cara :

Rendam buah-buahan campuran, kulit limau dan ceri dengan jus oren sehingga jadi lembut.
(kakros cuma masukkan campuran buah-buahan kering dan jus kedalam microwave selama
1 minit untuk melembutkan nya)
Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri dan garam.
Pukul butter dan gula perang hingga gebu dan ringan.
Campurkan jem strawberry dan esen vanilla, gaul hingga rata.
Masukkan telur yang dipukul sedikit.
Kemudian masukkan campuran tepung dan campuran buah-buahan selang seli hingga habis.
Masukkan adunan kedalam tin pembakar yang telah dilapis dengan kertas disapu mentega.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama sejam atau sehingga masak
suhu 150 darjah.




Sunday, 18 September 2011

Kek Coklat Lembap


Resepi asal : Hasue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

* 3/4 cawan gula pasir
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu sejat (evoparated milk)
* 1 cawan susu pekat (condensed milk)
* 1 cawan minyak masak
* 1/2 sudu teh serbuk nescafe

4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam periuk, panaskan dengan api perlahan.
    Masak hingga gula cair, tak perlu mendidih. Panaskan oven 160 darjah.

2. Dalam sebuah bekas besar, pecahkan telur, pukul sedikit hingga kembang. Masukkan
    adunan tadi kedalam telur dan gaul sebati, boleh guna hand whisk atau balloon whisk.

3. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder.
    Gaulkan sebati adunan.

4. Masukkan kedalam loyang yang telah di lapik dengan kertas dan dilengser, bakar selama
    45 minit atau sehingga masak mengikut suhu kepanasan oven masing-masing.

Coklat Ganache :
Panaskan 180gram plain coklat (akak guna hanya 100gram sahaja) double boilkan kemudian campurkan
dua sudu besar whipping cream (akak guna empat sudu besar double cream) dan satu sudu besar butter.
Kacau dengan hand whisk (akak hanya masukkan semuanya kedalam bekas tahan panas dan microwavekan sehingga cair, kacau dengan spatula). Sejukkan baru tuang keatas kek. Hiaskannya kalau suka.

Menurut Hasue asalnya Kek Coklat Lembap ini adalah resepi untuk di kukus tapi bakar pun boleh.
Sebab akak pun tiada periuk pengukus, jadi ikut saja cara Hasue. Tima kasih Hasue kerana sudi kongsikan resepi.

Devil's Food Chocolate Cake



Resepi asal : Love2cook-msia.blogspot.com

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula
1 cawan brown sugar
120gram butter
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan buttermilk
1 cawan air suam

Cara-cara :

1. Panaskan oven 170 darjah.

2. Lengserkan tin pembakar.

3. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam sebuah bekas.

4. Pukul butter dan gula hingga ringan kemudian masukkan telur, pukul lagi.

5. Bila semua telah sebati, masukkan adunan kering yang telah di ayak tadi selang seli dengan
    buttermilk dan air suam sebanyak tiga kali. Akhir sekali masukkan esen vanilla.

6. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting :
250gram Philadelphia cheese
125gram butter
1 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanilla
juice lemon

Pukul butter dan cheese, kemudian campurkan gula ising, esen vanilla dan juice lemon.
Gaul hingga sebati.

Chocolate Ganache :
200ml double cream (guna whipping cream)
250gram dark chocolate dipatah-patah kecil
secubit garam

Double boilkan whipping cream, kemudian campurkan chocolate dan secubit garam. Bila
chocolate cair, angkat dan gaul hingga semua sebati. Setelah kek betul-betul sejuk sapu
cream cheese dan tuang ganache.

Kek choklat ni sebenarnya tak berapa jadi kejadiannya, akak akan cuba lagi nanti. Tak tahu
kat mana silapnya, bahagian bawahnya agak padat tak berapa spongy macam Love buat.
Tapi rasa nya okey, cuma nanti akan kurangkan 1/2 adunan brown sugar sebab agak manis
dan akan gunakan tepung naik sendiri mungkin mutu tepung di sini lain sikit dari tempat
Love sebab tu tak berapa jadi kejadiannya. Kemudian di bakar selama 45 minit-1 jam. Untuk
chocolate ganache akak gunakan 100gram dark chocolate, 4 sudu besar double cream dan
1 sudu besar butter di microwavekan hingga cair. Thanks Love... kerana sudi kongsikan resepi.
Atau kalau ada sesiapa yang boleh bagi idea, bolehlah kongsikan dengan akak di ruangan komen.

Saturday, 21 May 2011

Mocha Chocolate Cake




Bahan2 :

Bahan A

4 cwn. self raising flour
2 cwn. dark brown sugar
1 cwn. caster sugar
1 cwn. cocoa powder
1/2 sb. soda bikarbonat
1 sb. baking powder
secubit garam

Bahan B

1 cwn. susu suam + 1 sb. lemon
1 cwn. air suam + 2 sb. nescafe
1 1/4 cwn. sunflower oil
1 sb. esen vanilla

Topping

1 pot double cream
1 bar dark chocolate
1 sb. butter
1 sb. gula caster

Cara2 :

1. Dalam bekas besar campur semua bahan A, gaul sebati.
2. Kemudian masukkan semua bahan B kedalam adunan A dan gaul sebati.
3. Bakar suhu 160 darjah selama 1 jam. Biarkan kek sejuk baru sapukan topping.
4. Double boilkan semua bahan untuk topping dan simpan sebentar dlm. fridge sementara kek sejuk.

Friday, 20 May 2011

Kek Oren Lembab


Bahan2:

250 g self raising flour
250 g gula caster
1 1/4 cwn. sunflower oil
3 biji telur
2 biji oren sunkist
1 st. baking powder
3 sb. jus oren
sedikit esen vanilla
secubit garam

Cara2:

1. Oren sunkist di potong kedua-dua hujungnya , di belah dua memendek
    dan di buang bijinya. Kemudian di rebus selama 10 minit sehingga lembut.
2. Keluarkan dan di potong empat setiap satu. Sambil tu boleh check samaada
    masih ada biji tertinggal. Blender kering sampai halus.
3. Dalam sebuah bekas masukkan tepung, baking powder, gula dan garam. Gaul rata.
4. Masukkan telur yg dah di pukul sedikit bersama esen vanilla, minyak dan oren yg telah
   diblender tadi. Gaul sebentar hingga semua sebati. Masukkan dalam tin pembakar yg telah dilapik
   kertas dan disapu marjerin. Bakar suhu 160 darjah selama 45 hingga 1 jam.
   Kalau belum masak, tambahkan masa membakar.

Monday, 16 May 2011

Kek Karot





Bahan2 :

230g self raising flour
1 1/4 caw. sunflower oil
100g dark brown sugar
100g gula caster
3 biji telor
2 batang karot (di sagat)
1 sk. esen vanilla
1 sk. baking powder
secubit garam


Untuk topping :

120g butter
250g cream cheese
120g ising sugar
sedikit esen vanilla


Cara2 :

1. Dalam bekas besar masukkan tepung, dua jenis gula, garam dan baking powder.
2. Kemudian masukkan minyak, telur yang di pukul sedikit dan esen vanilla.
    Masukkan karot yang di sagat tadi dan gaul sebati.
3. Alas loyang dgn. kertas dan sapu mentega. Bakar 160 darjah 45min hingga 1 jam.
4. Untuk topping krimkan butter dan gula ising, kemudian masukkan cream cheese
    dan esen vanilla. Gaul hingga rata. Sapu bila kek dah sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...