Saturday 23 June 2012

Kuih Lopes Microwave


Bahan- bahan :

4 cawan beras pulut siam
4 cawan air panas
3 sudu besar minyak
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan

Cara- cara :

Nak guna mangkuk plastik tahan panas atau mangkuk pyrex pun boleh.
Sukat 4 cawan beras pulut dan bersihkan, kemudian masukkan 4 cawan air panas, minyak, garam dan sehelai daun pandan disimpul.
Masukkan dalam microwave dan tekan 4 minit, keluarkan kacau rata dengan sudu.
Ulangi proses yang sama sebanyak 3 kali lagi. Selepas di masak 4 minit x 4 kali, kuih lopes microwave dah pun masak.
Sekarang bolehlah bentukkan kuih lopes bulat atau tiga segi.
Golekkan dalam kelapa yang di gaul dengan sedikit garam.
Hidangkan bersama air gula merah.

Untuk kelapa :

Kakros hanya gunakan 1 cawan desicated coconut yang di gaul dengan 1/4 cawan air panas dan 1 sudu kecil garam kemudian masukkan kedalam microwave selama 30 saat.

Untuk air gula merah :

Kakros gunakan seketul gula melaka berat 200g di masak bersama 1 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan di simpul hingga mendidih dan gula hancur kemudian bila sejuk di tapis.

Untuk membentuk kuih lopes :

Kakros gunakan tutup botol nescafe yang kecil di lapis dengan plastik untuk yang bulat.
Dan untuk yang tiga segi kakros gunakan hujung bucu plastik sandwich.

Agak- agak faham tak ? Kalau tak faham tanya kakros balik ye...

Untuk rujukan kakros kemudian hari :
Kalau guna sebungkus beras pulut berat 2kg, buat dalam 3 kali, sekali buat dalam 4 cawan, boleh menghasilkan 130 lebih kuih lopes. Desicated coconut guna 300g dan gula melaka guna 3 ketul berat 600g.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...