Friday 11 January 2013

Roti Goreng ke Goreng Roti


Bahan-bahan :

3/4 buku roti dipotong dadu
1 labu bawang besar didadu
2 sudu besar cili kisar
3 biji telur
sedikit susu segar
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
sedikit minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara :

Roti dipotong dadu ketepikan.
Panaskan sedikit minyak untuk menumis, tak ada minyak zaitun, minyak masak biasa pun boleh.
Tumis bawang hingga layu, masukkan cili kisar (kalau nak tukar dengan potongan cili padi pun boleh)
Kemudian masukkan garam dan gula.
Selepas itu masukkan roti yang dipotong dadu tadi, balik-balikkan.
Pukul telur dan susu segar dengan garfu, tuang sedikit demi sedikit keatas roti rata-rata sambil digoreng.
Goreng roti hingga masak rata telur yang dimasukkan tadi.

*Kalau nak letak sawi dan taugeh pun boleh, tapi yang ini kakros goreng kosong saja.
  Taburkan daum bawang bila menghidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...