Thursday, 22 December 2011

Laksa Utara cara kakros



Bahan-bahan :

2 bungkus laksa kering (di rendam 4-5 jam)
4 ekor ikan mackerel (guna 2 tin salmon in brine)
2 senduk cili kisar (boleh tambah kalau suka pedas)
2 biji bawang besar di kisar
6 keping asam keping
sebesar ibu jari belacan
daun kesom
bunga kantan (tak letak sebab tak ada)
garam secukup rasa
lemon juice

Ulaman :

1 biji timun di potong halus memanjang
2 biji bawang besar di potong empat di hiris nipis2
10 biji telor di rebus kopek kulit dan di belah empat
3 biji cili merah }
5 biji cili padi   } di hiris nipis-nipis
limau nipis / limau kasturi (opt)
daun salad (opt)
daun selom (opt)
nenas (opt)
petis udang (opt)

Cara-cara :

1. Rebus ikan mackerel kemudian asingkan isi dan tulang. Mula-mula kisar isi ikan
    letak sedikit air, tuangkan dalam periuk besar. Kemudian kisar tulang pula dengan
    air rebusan ikan tadi dan tapis kedalam periuk besar tadi juga.
    Tapi kat sini kakros gunakan salmon dalam tin jadi akak terus kisarkan ikan salmon
    bersama air dan masukkan kedalam periuk.

2. Kemudian kisar bawang besar bersama air masukkan sekali kedalam periuk. Masukkan
    cili kisar dan tambah air lagi sebanyak mana kuah yang kita mahu.

3. Kemudian jerang atas api, letak asam keping dan belacan. Masak hingga mendidih.
    Yang ada bunga kantan bolehlah letak tapi kat sini susah nak dapat bunga kantan
    jadi kakros tak letak.

4. Masukkan daun kesom dan lemon juice serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih
    lagi rasa cukup masam dan masinnya kemudian bolehlah di tutupkan api.

5. Didihkan seperiuk air panas dan masukkan laksa kering yang telah di rendam tadi.
    Masak hingga lembut kemudian di tapis. Lalukan tapis bawah air paip atau kalau
    suka tuang kan air panas ke atasnya pun boleh. Tos kan hingga kering kemudian
    masukkan kedalam mangkuk untuk di hidang.

6. Masukkan laksa kedalam mangkuk, sendukkan kuah kemudian letakkan timun, telor,
    bawang dan cili. Kakros tak guna limau nipis sebab dah letak siap-siap lemon juice
    dalam kuah laksa tadi. Pada yang suka ulam lebih-lebih tu bolehlah letakkan daun salad
    dan daun selom serta nenas sekali.
    Kalau di sebelah utara biasanya laksa di makan dengan petis udang. Bagi kakros dan
    keluarga kami dah biasa makan laksa dengan kicap manis Cap Kipas Udang, kalau tak
    ada kicap manis rasa macam ada yang tak cukup. Kalau nak tahu rasanya cubalah ye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...