3 biji pisang nangka di potong serong
1/2 cawan sagu biji
secawan tepung pulut
pewarna hijau
setin santan
air secukupnya
5 sudu besar dark brown sugar
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
sehelai daun pandan
Cara-cara :
1. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan pewarna hijau jadikan doh.
Panaskan air secukupnya untuk kuah hingga mendidih dan letak daun pandan. Lalukan
sagu biji dalam tapis kecil bawah paip air kemudian masukkan dalam air yang mendidih tadi.
Masak hingga sagu kembang.
2. Sementara tu bulat-bulatkan doh dan tekan sedikit di tengahnya lalu masukkan terus
kedalam air dan sagu yang sedang mendidih tadi. Buat sampai habis doh, sementara tu
doh tadi pun akan timbul sebab dah masak. Sekarang bolehlah masukkan pisang nangka,
santan, gula perang, gula dan garam. Biarkan mendidih sebentar lagi kemudian bolehlah
tutupkan api. Sendukkan kedalam mangkuk dan hidangkan untuk minum petang.
No comments:
Post a Comment