Monday 9 April 2012

Barbeque di Loch Lubnaig

Hari ni cuti Easter dan masih lagi dalam cuti sekolah. Tak rancang pun nak kemana
tapi bila kakros nengok ada matahari pulak kat luar tu...terus jer kakros perapkan ayam.
Kakros ajak abang dan anak-anak bbq di Loch Lubnaig. Bukan apa kat sini memang
susah ye nak dapat matahari yang bersinar sehari penuh. Kekadang tengah-tengah
panas tu tetiba turun hujan tak pun hujan batu. Ikut tiupan angin sebab tu tak boleh nak
pakai baju selapis walaupun ada matahari.... sejuk.

Loch ini terletak dalam daerah Trossachs melalui Stirling. Tempat ini dah pernah kami
pergi dahulu. Nanti kakros tunjukkan gambarnya. Memang cantik pemandangan di sini.
Perjalanan mengambil masa sejam lebih sikit dari rumah kakros. Tempat ini memang
sesuai untuk bercamping bersama keluarga. Ada yang memasang khemah di pinggir
Loch dan ada juga yang tinggal di dalam motor home dan caravan bergerak.





Sebelum sampai ke Loch Lubnaig kena melalui bandar percutian Callander. Ramai
pelancung datang kesini bila musim cuti. Aktiviti lain seperti memancing, berkayak,
berbasikal dan hill traking. Pada yang kaki pancing tu boleh lah memancing salmon
dan trout di sini. Ayam Bakar Satay, Sosej dan Salmon Bakar antara menu tengahari
kami sekeluarga hari ini. Sambal cili kicap, hirisan timun dan nasi putih pelengkap
hidangan. Pemanis mulut pula kakros buatkan pulut serimuka pandan yang kakros
masak dalam microwave.




Rasanya baru jer kakros buat serimuka pandan hari tu. Entah dah keberapa kali di buat,
pulut serimuka ni cepat jer abis. Kalau duduk di tanahair dulu kakros selalu buat yang
kukus tapi bila di sini kakros buat dalam microwave aje cepat sikit, itupun idea dari
kawan-kawan.

Kakros cerita ni bukan apa mana lah tahu ada yang nak berhijrah ke sini ke di masa
akan datang boleh lah dapat info sikit tentang tempat- tempat yang sesuai untuk bbq.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ini boleh lawat link ini :
www.trossachs-scotland.co.uk/loch-lubnaig.htm

Dalam perjalanan balik singgah sekejap di Trossachs Wollen Mill sebab Hilman nak
nengok highland cattle ni. Yang anak nya comel jer rambut panjang tutup mata tapi yang
mak nya tanduk punya lah panjang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...