Thursday 19 April 2012

Nasi Lobak Merah, Ayam Bakar Sos Burger Relish dan Pajeri Nenas


Nasi Lobak Merah
Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
sukatan air seperti memasak nasi biasa

1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
4 sudu besar rempah beriani daging (bancuh dgn sedikit air)

1 kiub ayam
2 batang karot di potong dadu
segenggam daun ketumbar
segenggam kismis kuning
1 1/2 sudu besar garam

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak

Cara menyediakan nya :

Panaskan minyak sapi + minyak tumis bawang ,bawang putih dan halia.
Masukkan rempah beriani daging yang di bancuh dengan sedikit air.
Tumis sekejap hingga terbit minyak tutup api.

Bersihkan beras basmathi dalam periuk rice cooker, masukkan sukatan
air seperti memasak nasi biasa.
Masukkan kesemua rempah yang di tumis tadi, karot yang di potong dadu,
kismis kuning dan kiub ayam serta garam secukup rasa.
Selepas itu masak seperti biasa, bila nasi dah kering air masukkan daun
ketumbar, tutup penutup periuk nasi semula biar naik wap sebentar.
Bila dah 'keep warm' gemburkan nasi, boleh lah tabur bawang goreng dan
gajus sebagai hiasan kalau suka,




Ayam Bakar Sos Burger Relish
Bahan-bahan :

2 ekor ayam (kakros guna ayam muda atau baby chicken)
seekor di potong 4 jadi 8 keping semuanya di bersihkan dikelar

1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar garam
1 sudu besar madu
3 senduk sos burger relish
4 sudu besar minyak

Cara menyediakan nya :

Ayam di bersihkan di kelar, kemudian gaul kan dengan bawang putih,
garam, madu, sos dan minyak.
Susun dalam loyang beralaskan aluminium foil.
Bakar dalam oven suhu 165C selama 1 jam, balikkan 1/2 jam pertama.
Ayam tu kalau nak perap semalaman pun boleh, kalau tak ada masa gaulkan
terus bakar pun okay sebab kakros guna baby chicken cepat masak dan ayam lembut.



Pajeri Nenas
Bahan-bahan :

1 tin nenas (pineapple pieces in lightly syrup)
3/4 biji bawang besar
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 bunga lawang
2 sudu besar rempah kari
sejemput udang kering (di rendam)
100g kerisek
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula

Cara menyediakan nya :

Tumis bawang, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi,
masukkan udang kering, rempah kari dan jus dari nenas tin tadi.
Tumis rempah hingga terbit minyak, masukkan kerisek, garam dan gula.
Masukkan nenas tin tadi balik-balikkan sebentar, rasa cukup garam dan
gula dah okay bolehlah tutupkan api, tak payah lama-lama.


sos yang digunakan untuk perap ayam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...