Saturday 14 April 2012

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Ayam Bakar Satay



Nasi Impit
Bahan-bahan :

Nasi impit boleh buat sendiri (lihat entry yg lepas) atau
kat sini beli beras yang dah siap pek dalam kotak (beras basmathi Morisson atau Asda)atau
kat mesia boleh beli yang brand Adabi dan Nona


Kuah Kacang
Bahan-bahan :

400g kacang tanah di goreng di tumbuk
1 biji bawang besar di tumbuk
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
sebatang serai di ketuk
semangkuk air asam jawa
2 sudu besar cili kisar
air / santan / susu segar (ikut pilihan anda)
gula melaka / brown sugar
garam secukup rasa

Cara-cara :

Kacang tanah yang di goreng di tumbuk atau di kisar di campurkan
ke dalam periuk bersama-sama semua bahan-bahan lain.
Kemudian jerangkan atas api perlahan, sekali sekala di kacau.
Masak hingga kuah kacang terbit minyak, rasa garam gula dan asam jawa.
Terpulang kepada anda samada hendak menggunakan air sahaja atau air
dan susu segar atau air dan santan, ikut tahap kesihatan anda.
Tapi pastikan lebihkan air sedikit supaya kuah kacang masak hingga terbit minyak.



Ayam Bakar Satay
Bahan-bahan :

12 ketul ayam
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk serai
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar jintan manis }
1/2 sudu besar jintan putih  } sangai kemudian kisar
1/2 sudu besar ketumbar    }
1 sudu garam
1 sudu gula / madu
jus lemon
minyak

Cara-cara menyediakan nya :

Ayam di gaul bersama semua bahan-bahan, jangan lupa letak sedikit minyak.
Nak perap sekejap pun boleh atau nak terus bakar pun boleh.
Susun ayam dalam loyang berlapik aluminium foil dan bakar suhu 165C
sehingga masak.
Dah siap bolehlah makan dengan nasi impit, kuah kacang dan timun.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...