Wednesday 4 April 2012

Kuih Bakar Pandan

Kalau dulu masa baru lepas kahwin, kakros selalu jugak buat kuih bakar pandan nih.
Tapi takde lah sukatan tepat, main bubuh aje agak-agak. Bila dah kacau sebati, test tengok
celop sudu bila angkat kalau belakang sudu melekat lapisan adunan yang kita bancuh tu
makna nya dah boleh bakar lah kuih tu.

Tapi sekarang ni dah banyak kawan-kawan blogger yang kongsikan resepi Kuih Bakar
Pandan, alhamdulillah lah lebih mudah membuatnya. Hari ni kakros buat Kuih Bakar Pandan
dari resepi didapur Yatiememories ye. Yatie pulak buat ikut resepi dari Joayee, apa-apa pun
Kuih Bakar Pandan ni memang sedap. Pada mereka berdua kakros minta izin nak kongsi
resepi ni kat sini pula. Yang belum cuba tu, lepas ni cubalah ye memang mudah membuatnya,
yang pasti Kuih Bakar Pandan ni memang sedap.

Kuih Bakar Pandan
resepi asal : Joayee
sumber dari : YatieMemories



Bahan-bahan : (kakros olah sedikit ikut bahan-bahan yang ada di rumah)

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula  *(kakros kurangkan 2 sudu besar dari 1 caw)
1 cawan jus pandan  (kisar tapis 4 helai daun pandan + 1 caw air)  *(kakros guna secawan air)
3 biji telur
2 1/4 cawan santan  (atau 1 tin santan = 450 ml) *(kakros guna setin evaporated milk)
2 sudu besar mentega  *(kakros guna butter)
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau  *(kakros guna 1 sudu kecil pewarna hijau)
bijan

Cara- cara :

1. Campur kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas,
    masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 darjah sampai garing.
    (Yatie bakar 1 jam 15 min 165 darjah)

Cara kakros :
*Kakros masukkan semua bahan kecuali bijan dalam mangkuk plastik
  dan guna balloon whisk kacau gaul hingga rata.
  Panaskan 2 sudu butter dalam mangkuk pyrex di dalam oven sebentar.
  Bila butter dah cair, tapis adunan tadi ke dalam mangkuk pyrex.
  Taburkan bijan dan bakar pada suhu 165 selama 45 minit.



2 comments:

  1. As'salam Kak Ros

    kak sedapnya kuih bakar pandan ni, ct suka yang kerak atas tu. kalau dekat dah hulur piring dah..hehehe

    ReplyDelete
  2. w'salam CT...Terima kasih CT kerana sudi jengah ke dapur akak yang tak seberapa ni. Malu pulak rasa nya orang terkenal macam CT singgah mari. Rasa macam kecik jer, kakros nak nyorok lah, malu. Kuih bakar pandan resepi Joayee ni memang dah jadi kesukaan kakros sekeluarga. Selalu nya akak ke dapur Yatie lah kalau nak cari kuih-kuih bakar yang sewaktu dengan nya. Kalau buat tu kejap jer dah abih, tak sempat kot nak pos laju kat CT....hehehe. Tkasih CT singgah mari. Len kali sembang lagi....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...