Sunday 15 April 2012

Cucur Ketumbar dan Kuah Kacang


Selamat pagi dan salam ceria semua, hari ni kakros buat cucur ketumbar lagi.
Lepas tu kakros buat kuah kacang sekali, kalau rajin tu potong halus timun, rebus
telur. Kalau ada tauhu goreng lagi best. Kalau rajin lagi tu buat lah ayam bakar satay,
yang rebus telur dengan goreng tauhu tu akak tak buat lah sebab tak ada tauhu.
Saja jer nak bagi idea hehehe...

Ini yang dah keberapa kali akak buat, kekadang letak entry kekadang tak. Mesti ada
yang tertanya kenapa akak selalu buat cucur ketumbar ni ye ? Sedap ke ?
Haa...kalau nak tahu...cubalah ye... Mesti ada yang kata, alah...anak saya tak makan
sayur lah kak....

4 orang anak kakros pun tak suka makan semua sayur, ada sesetengah sayur jer yang
dorang suka. Tapi bila buat cucur ketumbar ni dorang tak pernah tolak, kalau buat
sekilo tepung pun tak cukup. Hilman anak akak yang kecik sekali tu siap request
untuk esok pulak.



Jangan risau bila dah siap tak ada rasa ketumbar pun, tapi daun ketumbar ni lah
yang buat cucur ini sedap. Pada yang suka makan rojak mamak...pasti akan suka
cucur kakros ni. Cuba ye jangan tak cuba, pasti lepas makan nak lagi. Baru kejap
tadi suami akak tanya, ''Mama ada lagi tak cucur tadi ?'' Sorry bang ye...dah abis !



Cucur Ketumbar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
semangkuk kecil daun ketumbar (di potong kasar)
2 genggam ikan bilis kecil (di rendam dalam air panas)
2 batang karot di parut
1 biji telur
1 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2  3/4 cawan air

Cara membuatnya :

Dalam mangkuk besar masukkan kesemua bahan-bahan untuk cucur ketumbar
dan gaul kan hingga sebati dengan air.
Panaskan minyak secukup nya dan bolehlah mula menggoreng.
Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cucur ketumbar kedalam minyak.
Balik-balikkan dah masak toskan ke atas tisu dapur, dah boleh di hidangkan.




Kuah Kacang
Bahan-bahan :

400g kacang tanah  (kakros beli yg dah siap kisar kemudian di goreng hingga perang)
1 biji bawang besar  (kakros dadukan sahaja)
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
sebatang serai  (di ketuk)
semangkuk air asam jawa
2 sudu besar cili kisar  (kakros guna 2 sb serbuk cili + 2 sb paprika)
air atau santan secukupnya  (kakros guna air + susu segar)
gula melaka atau brown sugar
garam secukup rasa

Cara menyediakan nya :

Kacang tanah di goreng dengan api perlahan hingga masak sekata kemudian di tumbuk
hingga halus bersama kulit, pasti kan jangan ada yang hangus nanti kuah tak cantik.
Masukkan kedalam periuk, letak air sahaja atau santan ikut pilihan masing-masing.
Selepas itu masukkan bawang dan halia yang di tumbuk, serai yang di ketuk dan air asam
jawa secukupnya serta cili kisar.
Cili kisar boleh letak lebih kalau suka pedas.
Kemudian jerangkan atas api sederhana, sesekali di kacau, masak hingga terbit minyak.
Jangan lupa letak gula melaka dan garam secukup rasa.

Bila dah siap kakros makan cucur ketumbar ni dengan kuah kacang, ayam bakar satay
dan potongan timun. Ermm.....sedap sesangat sampai lupa nak ambil gambar siap sepinggan
sebab lepas tu kakros terus jer ngap.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...