Tuesday 17 April 2012

Beriani Daging, Ayam Panggang @ Ayam Golek Munira dan Acar Timun Masak

Salam ceria semua, hari ini kakros masak Nasi Beriani Daging, Ayam Panggang aka Ayam Golek
dari resepi di dapur Puan Munira Baharum serta Acar Timun Masak. Memandangkan yang
abang tak boleh makan daging (sekali sekala tu boleh lah), kakros pun masak aje Beriani Daging
tanpa daging dengan menggunakan perencah Beriani Daging yang masih ada balen 1/2 peket lagi.

Malamnya kakros kena masak lagi nasi sebab Beriani Daging yang akak masak siang tadi dah
habis. Pada Puan Munira salam kenalan dan terima kasih kerana sudi kongsikan resepi Ayam
Panggang aka Ayam Golek tu, memang sedap. Kakros minta izin kongsikan di sini pula. Pada
sapa yang sedang mencari resepi ayam untuk di masak hari ini boleh lah cuba resepi dari Puan
Munira ini ye. Kakros buat Acar Timun Masak juga, pada yang suka makan berkuah boleh lah
masak apa-apa kari atau kuah dalca sebagai tambahan terpulang lah pada masing-masing yer.
Jangan lupa gorengkan papadom juga.



Beriani Daging

Bahan-bahan :

3 mug beras basmathi
air ikut sukatan seperti memasak nasi biasa
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
4 sudu besar rempah beriani daging
1 kiub pati ayam atau kiub daging
2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
pewarna kuning
daun ketumbar

Cara-cara menyediakan :

Dalam periuk rice cooker bersihkan beras dan masukkan air mengikut sukatan seperti
memasak nasi biasa.
Panaskan minyak sapi dan minyak, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga
wangi.
Kemudian masukkan rempah beriani daging dan kiub pati ayam, letakkan
sedikit air.
Masak hingga terbit minyak kemudian terus masukkan dalam periuk
rice cooker bersama beras tadi.
Masak seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker, bila air dah kering titiskan
pewarna kuning dan tabur daun ketumbar.
Tutup semula penutup periuk nasi biar naik wap sebentar, bila dah 'keep warm' dah siap
dah Nasi Beriani Daging tu ye.
Boleh gembur nasi dan hidangkan bersama lauk kegemaran keluarga anda.




Ayam Panggang aka Ayam Golek
Resepi : Puan Munira Baharum @ DiraBakers

Bahan-bahan :

28 ketul ayam  (di kelar)
2 biji bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar lada putih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

1 senduk sos tiram
1 senduk kicap pekat (kakros guna kicap manis cap kipas udang)
1 senduk jus lemon
2 sudu besar madu
4 sudu makan gula perang (kakros tak letak)
1 kiub ayam

Cara-cara menyediakan :

Ayam di bersihkan dan di kelar.
Kisar bawang dan semua rempah di atas dan gaul sebati ayam dengan semua bahan di atas.
Perap ayam semalaman di dalam tupperware bertutup dalam peti ais, lagi lama perap lagi
sedap ye.
Kalau nak perap 5-6 jam pun boleh juga kata Pn Munira mengikut tahap kesabaran masing-masing.
Nak membakar di atas pemanggang atau susun jer ayam dalam loyang berlapik aluminium
dan bakar ayam dalam oven selama 1 jam suhu 165 darjah atau sehingga masak (ikut suhu
kepanasan oven masing-masing) jangan lupa terbalikkan 1/2 jam pertama.
Kalau nak pastikan ayam dah masak sempurna bolehlah cucukkan dengan garfu atau hujung
mata pisau, kalau jus yang keluar jernih dah masak lah ayam tu.

Resepi asal boleh lihat di dapur Pn Munira Baharum @ DiraBakers sebab kakros telah
double kan bahan di atas sebab ayam yang kakros guna kan banyak sikit.
Kalau guna seekur ayam seperti Pn Munira boleh lah semak resepi asal di dapur beliau.
Pada Pn Munira terima kasih dan izinkan kakros kongsikan resepi Ayam Panggang aka
Ayam Golek ini di sini pula.




Acar Timun Masak

Bahan-bahan :

1 biji timun
2 batang karot
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit hirisan halia
1/2 sudu besar halba campur
setangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari
1/4 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar cuka
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
hanya sedikit air (lebih kurang 2-3 sudu besar air)
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan :

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang yang di dadu dan halia hingga sedikit
perang masukkan halba campur dan daun kari.
Kemudian masukkan rempah kari, serbuk kunyit, cuka, garam dan gula.
Letak sedikit air nak kasi rempah masak.
Tumis sebentar lagi hingga terbit minyak, dah boleh masukkan karot dan timun.
Balik-balikkan tak mau lama sangat sebab tak nak sayur jadi lembut, cuba rasa
dulu dah okay bolehlah tutupkan api.







1 comment:

  1. Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
    Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...