Wednesday 15 August 2012

Dodol Microwave

Salam ceria semua....

Hari ni kakros nak buat dodol untuk raya nanti, sudah tiga kali kakros 
pergi kedai nak beli gula melaka tapi stoknya masih tak ada.
Gula melaka hanya tinggal seketul saja dirumah jadi tak cukup sebab 
kakros nak buat dua adunan.
Kalau buat satu adunan sekejap je habis.
Dan kakros pergi ke dua lagi kedai yang ada menjual gula melaka tapi 
hampa juga sebab tak ada.
Agaknya bulan puasa ni ramai yang buat juadah pakai gula melaka kot.
Jadi tak nak buang masa kakros pun buatlah dodol menggunakan
lebihan seketul gula melaka tu campur dengan gula perang.
Tapi nanti kalau ada yang nak cuba tu buat lah guna gula melaka 
semata-mata ye sebab dodol gula melaka ni sememangnya sedap.

Resipinya kakros sudah pernah entrykan disini dulu ye tapi takpelah 
kakros tuliskan sekali lagi. 
Dodol Microwave ni mudah sangat penyediaannya dan rasanya sama 
dengan yang dijual dijalan TAR semasa musim perayaan ye.
Tinggal kita boleh adjust rasa manisnya sebab kita buat sendiri.
Selepas ni tak ada alasan lagi lah ye malas nak mengacau dodol.


Dodol Microwave
resipi : Lily's Wai Sek Hong
sumber : Little corner of mine@belachan2.blogspot.com

Bahan-bahan :  (1 adunan menghasilkan 500g-700g dodol)

1/2 cawan gula pasir
1/2 lb gula melaka  (kakros guna seketul gula melaka yang beratnya 250g)
1/2 cawan air panas
sehelai daun pandan

1 cawan tepung pulut  (glutinious rice flour)
1 sudu besar tepung beras
1 tin santan  (400ml)
100ml air  (kakros guna 1/2 cawan air panas)
beberapa titik pewarna cokelat  (star brand)

Cara-cara :

Dalam mangkuk plastik besar, microwave kan gula pasir, gula melaka
air panas dan daun pandan selama lima minit, kacau hingga gula hancur.
Kalau hendak masak atas dapur pun boleh juga, kacau hingga gula hancur.
Keluarkan daun pandan.

Tepung pulut, tepung beras, santan dan air panas dikacau dengan whisk hingga 
sebati kemudian campurkan dengan air gula yang dimasak tadi serta pewarna 
cokelat kalau ada. Kemudian tapis.

Masak dalam microwave selama 5 minit x 7 kali lagi, dan dikacau selang
setiap 5 minit (35 minit). Hati-hati sebab dodol panas masa tu.

Sudah siap dodol bolehlah disimpan dalam bekas plastik atau tupperware
yang disapu dengan sedikit minyak masak. 
Biarkan sejuk dahulu baru ditutup.

Kakros buat 2 adunan  menghasilkan 1kg 350g dodol microwave, kalau nak lebih
double kan saja semua bahan diatas kecuali daun pandan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...