Wednesday 8 August 2012

Bangkit Kelapa Moden

Alhamdulillah, bersiaran lagi kakros hari ini, salam ceria ramadhan semuanya...

Kali ni kakros cuba pula resipi Bangkit Kelapa Moden dari resipi kak Besah
di myresipi ye. Tak rugi mencubanya kerana memang ternyata sedap bangkit kak Besah ni.
Pada kak Besah yang memang fofular di myresipi.com, terima kasih banyak2 semoga
dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik hendakNya.
Izinkan kakros kongsikan resipi ini disini pula, pada peminat bangkit kelapa apa lagi
cuba lah ye bangkit yang sedap dan gebu ini.


Bangkit Kelapa Moden
sumber : Kak Besah @ myresipi.com

Bahan-bahan :

2 cawan kelapa parut  (kakros guna desicated coconut)
1 cawan mumbung gula icing (150g)
(jika guna gula halus rata saja ya (130g)
1 buku butter (250g) / marjerin 1 cawan
2 biji kuning telur
4 cawan rata tepung ubi (400g)
2/3 cawan tepung gandum (70g)
1 sudu teh mumbung baking powder (kakros guna secubit saja)

Cara-cara :

Sangai / goreng dengan api perlahan kelapa parut hingga perang rata.
Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu2 putar 10 saat.
Ayak tepung2 bersama baking powder kemudian masukkan kedalam adunan
butter sikit2 selang seli dengan kelapa sambil diuli hingga jadi doh yang lembut.
(biarkan lembut sebentar nanti ia akan keras)
Gelek dan terap dengan acuan bulan sabit.
Susun atas dulang dan bakar suhu 150 darjah selama 20-25 min atau ikut suhu
kepanasan oven masing2 (kakros bakar 20 min suhu 160 darjah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...