Masakan ini sangat mudah dan cepat di masak. Pada adik-adik student yang sibuk
tak ada banyak masa di dapur bolehlah cuba cara masak Nasi Beriani dan Kurma Ayam
yang mudah ini ye.....bukan nak memandai cuma sekadar berkongsi.....Jom semak resepi...
Nasi Beriani (cara mudah)
Bahan-bahan :
2 mug beras basmathi
3 mug air
3 sudu besar rempah beriani masala mix
1/4 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
sedikit pewarna kuning
1 kiub pati ayam (opt)
Cara-cara :
1. Basuh beras di dalam periuk rice cooker. Masukkan air, rempah beriani, bawang,
minyak sapi, minyak, garam dan kiub pati ayam. Kalau tak letak kiub pun tak pe ye.
2. Kemudian on kan rice cooker. Masak seperti masak nasi biasa. Bila air dah kering
titikkan pewarna kuning ke atasnya dan tutupkan penutup periuk nasi semula.
3. Biarkan sebentar kemudian gemburkan nasi perlahan-lahan. Nasi beriani dah pun siap.
Kurma Ayam (cara mudah)
Sementara menunggu nasi masak bolehlah masak Kurma Ayam dahulu.
Bahan-bahan :
10 ketul ayam (atau 1kg ayam)
2 biji kentang (sebiji di potong empat)
2 biji tomato (sebiji di potong lapan)
sebungkus rempah chicken white korma mix
1 1/2 biji bawang besar di cincang halus
3 hiris halia di cincang halus
3 biji cili hijau di cincang halus
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
1 1/2 mug air
1 tin susu cair + 2 sudu besar lemon juice
Cara-cara :
1. Tumis bawang, halia dan cili hijau. Kemudian masukkan ayam serta sepeket rempah
kurma, gaul ayam sebentar.
2. Masukkan susu cair, air dan kentang. Didihkan hingga ayam masak dan kentang lembut.
Kemudian baru masukkan tomato yang di potong tadi.
3. Masakkan sebentar lagi kemudian bolehlah di tutupkan api. Tidak payah letak garam kerana
rempah kurma kotak tu sudah ada garam di dalam nya. Kurma Ayam mudah dah siap.
Sambal Belacan dan salad
Sambal belacan tentu semuanya dah tahu buatkan dan salad boleh guna apa-apa daun salad
dan timun terpulang. Pada yang tak tahu... saja akak tempekkan juga cara nak buatnya di sini ye....
4 biji cili merah
8 biji cili padi
sebesar ibu jari belacan
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula
lemon juice secukupnya
Semua bahan-bahan di atas di blender atau kalau ada lesung batu bolehlah di tumbuk ye...
tapi lemon juice letakkan kemudian sebab nanti mercik kat mata pulak.
Set Nasi Beriani, Kurma Ayam dan Sambal Belacan ni dah cukup buat anak-anak akak
makan sampai menjilat jari.....takut jugak naik berat badan sekilo lagi. Pada yang ada masaalah
menambahkan berat badan bolehlah cuba. Pada yang nak jaga badan... makan sepinggan
cukuplah ye....hehehe :))
No comments:
Post a Comment